Followers Remaja Purba

Monday, December 31, 2018

Hari Orientasi Persekolahan dak Nuha


29 Disember 2019, Hari Sabtu

Kali kedua menghadirkan diri ke sekolah ini untuk sesi orientasi persekolahan dak Nuha selepas dak Adik dan kali pertama tanpa en. Hubby di sisi kerana en. Hubby sedang bergelut dengan Majlis Aqiqah dan Kesyukuran dua orang anak buah beliau dalam waktu yang sama.


Hati kena kental beb..


Agak mendebarkan kerana dak Nuha anak bongsu kami, risau takut dak Nuha tak boleh nak menyesuaikan diri dengan keadaan yang begitu ramai kawan-kawan yang lebih dari biasa. Sebenarnya aku yang rasa begitu, dak Nuha tak pun.. kahkahkah..


Selesai urusan di sekolah, berkejar pulak balik kampung mertua di SINI.. Ketika aku tiba, waktu dah melepasi tengahari, terasa dah macam tetamu pulak. 😅  Mungkin sebab aku letih dan lewat makan punca utama sakit aku menyerang kembali. Itu punca aku hanya berehat di dalam rumah dan hanya keluar ketika tetamu dari Singapura tiba. Selebihnya hanya berehat di dalam rumah.



StatusHati: Penghujung Tahun 2018..


Sunday, December 30, 2018

Majlis Aqiqah dan Kesyukuran di rumah MIL



29 Disember 2019 (Sabtu)

Telah berlangsung Majlis Aqiqah dan Kesyukuran anak buah en. Hubby di rumah myMIL. Aku tak dapat membantu sedari awal memandangkan dak Nuha terlibat dengan hari Orientasi persekolahan di sekolah pada waktu yang sama.


 Baju tema untuk anak-anak buah..
Pink untuk girls.. Putih untuk boys..


 Tema majlis pada hari kejadian..


Sebelum majlis dimulakan..


Di bawah khemah..

Dua orang anak buah en. Hubby..


Bersekali dengan sambutan Hari Lahir..


Kebanyakkan dari gambar sedia ada adalah dari khidmat jurugambar..


Ketika aku tiba, waktu dah melepasi tengahari, terasa dah macam tetamu pulak. 😅  Tak lama berehat, kawan jauh datang..


Kawan lama dari Singapura..


10 tahun lamanya aku tak jumpa kak Farr. Dari dak Kakak kecil, la ni dah jadi anak dara baru dapat jumpa, itu pun di Malaysia.. 🤣😁.. Nanti ye kak Farr, one fine day.. InsyaAllah.. cuma maafkan saya tak dapat nak layan sebaiknya, dalam keadaan penat dan kurang sihat.


Sesi bergambar..
Outdoor theme..


All in one..
Rumah depan padang memudahkan keadaan..
😄😄😄


Bersantai selepas penat memasak char koey teow..



Video ni win.. 😁 hahaha..


Antara sebahagian tenaga utama..


Sesekali up video apa yang FIL sedang buat.. 😁


Alhamdulillah..
Walau aku cuma ada sekejap pada malam sebelum hari kejadian dek terlibat dengan Hari Orientasi persekolahan dak Nuha tapi segala urusan berkaitan dipermudahkanNYA.


Majlis Aqiqah kedua-dua anak buah en. Hubby berjalan dengan baik mengikut perancangan. Terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan majlis ini. Mohon maaf di atas kekurangan sekiranya ada.


StatusHati: Letih disebabkan tak sihat..

Saturday, December 29, 2018

Sentuhan Ekin Wedding Planner



SEBELUM..

Sebenarnya aku lebih kepada menemani, membantu pun hanya pada barangan yang ringan. Sedia maklum keadaan diri, jadi tak usah nak berangan nak sibukkan diri mengangkat berat apatah lagi nak memenatkan badan. Jadi, rileks dan santai sambil melihat team mySIL menyiapkan pelamin pilihan.






Hasil air tangan mySIL and her Team minggu lepas.. Aku tolong buat kacau je..😁
Perkhidmatan dan koleksi mySIL boleh dapatkan di SINI..


Tu dia..





Hujung sana aku dan anak buah aku buat.. banggalah sikit.. 🤗


Pelamin sebelum dan selepas..



SEMASA hari kejadian..

Pada awalnya ada sedikit masalah semasa majlis tersebut tetapi bukan melibatkan pihak mySIL and her team. Namun, Alhamdulillah.. Majlis tetap berjalan dengan baik. Syukur kepadaNYA.


En. Hubby turut membantu di belakang tabir, begitu juga dengan anak buah. Kenapa, mengapa biarlah menjadi sejarah..


Seperti 'Ayuh Bangkit Bersama'
Bekerjasama agar majlis berjalan dengan baik..


Photobooth..
psstt: bunga sebelah tu pun dikerjakan dek aku dengan anak buah.. ekekeke..


Selamat Pengantin Baru
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.



SELEPAS..

Bila bab nak mengemas, alahai lagi senang rupanya. Cabut + tanggal + alih apa yang ada. Aku buat part yang senang - susun bunga ikut warna. Part lain aku tengok je, bukan tak nak tolong. Macam aku dah cakap tadi, mySIL and her team yang buat. Aku ni pengacau terhebat je..


Sekejap je siap bila professional team yang buat..


Majlis dah selesai baru sempat selfie..


Subhanallah.. cantik pemandangan di belakang aku..


Sebelum balik kita makan dulu..
Menu biasa je tapi akan jadi sedap bila makan waktu hujan lebat dan perut tengah lapar..



Kerang Bakar biasa je tapi Sup Kambing memang marvellous..


Selesai urusan di tempat kejadian, aku teruskan perjalanan berjumpa dengan dak Aliff yang dah makin bam bam sekarang. Makin tembam dia kak Suria Amanda.. opss.. jangan cakap dekat dia kita cerita dalam ni, mujur takde gambar dia.. hahaha.. Selesai urusan dengan beliau barulah balik rumah tapi sebelum tu kupaksa en. Hubby makan di Jalan 222, P.J. Sudahnya.. hingga pukul 3 pagi masih terkebil-kebil tak dapat tidur.. hehehe..

StatusHati: Hari ni Orientasi dak Nuha..

Friday, December 28, 2018

Cik Cinderella dan Encik Tengku.. Sebenarnya..



'Sebenarnya.. Sabar ni tak bererti kita kalah.
Sabar itu sendiri buat kita menang sebab apa..? Sebab kita berjaya menahan diri dari godaan syaitan yang sentiasa nakkan kita marah.'
Cik Cinderella & Encik Tengku.


Realitinya..
Aku bukan jenis seorang yang penyabar. Untuk mencapai tahap 'sabar' itu, aku perlukan masa untuk pulih. Lagi bertambah parah kalau manusia yang punya angkara itu jenis telunjuk dia je yang betul.


Aku tak suka nak luah aura negatif dalam blog MakBudak ni walau pernah cuba di SINI.. Nampak tak.. walau aku marah tapi sebaik mungkin aku tapis sebab macam aku kata tadi - tak nak ada aura negatif dalam ni.


StatusHati: Terus jatuh hukum tanpa dibicarakan 🤔 ??


Wednesday, December 26, 2018

Majlis di Dewan Melor Garden



Pada 15 Disember 2018 baru-baru ini, bertempat di Dewan Melor Garden, Sg. Ramal Dalam, pihak lelaki menerima kunjungan balas daripada pihak pengantin perempuan yang telah dibuat sebelum ini di SINI..


Dewan Melor Garden
Sg. Ramal Dalam


Hiasan dalaman yang cantik..


Sentuhan tangan dari mySIL..


Kejadian di belakang pentas..
Sebelum majlis dimulakan..


Kita bergambar dulu, nanti dekat depan tak dapat nak macam ni..



Kan.. aku dah cakap.. 
Pakai lelawa hadir untuk majlis perkahwinan tiba-tiba kau suami isteri menjadi pemegang bunga manggar.. kau hado.. 🤣🤣



Turut menyerikan majlis dengan paluan kompang..



Pengantin di atas pelamin..


DJ yang sempoi dan mampu menarik halwa pendengar.


Meja makan beradab..
Masa sesi bergambar di sini aku tengah sibuk melayan kerenah dak Nuha..



Bersungguh aku berusaha nak bergambar dengan si dak kembar ni seperti di SINI.. 



Tapi mereka susah nak beri kerjasama.. dapat dengan salah seorang pun jadilah..


Pengantin yang risau bila tudung jadi senget.. hehehe..


Awalnya memang tak rancang sesi fotografi ini tapi biasalah MakBudak memang suka over shadow..


Bersama keluarga pengantin lelaki..


Orang kuat aku yang banyak menemani aku ke hulu ke hilir di dalam dewan tersebut..


Pakej dari Melor Garden Wedding yang telah dipilih oleh pihak pengantin.



Alhamdulillah..
Majlis berjalan dengan baik dan dipermudahkanNYA. Untuk MUA pengantin, mereka sepakat menggunakan khidmat mySIL #Sentuhanekin



StatusHati: Semakin ke penghujung 2018..


Sunday, December 23, 2018

Cara nak elak anak meragam + Tantrum di tempat umum



Baru perasan entry ni tersimpan agak lama di dalam draft. Dari terperam di situ meh.. biar aku share di sini mengenainya.


Salah satu cara nak elak anak meragam + tantrum di tempat umum:
Biarkan dia sekejap, tengok reaksi dia macam mana. Kemudian, barulah pujuk dan tegur dia. Jangan terus marah dan pukul sebab si anak tu nakkan perhatian kita je sebenarnya.


Kalau dah cuba masih tak menjadi, si anak makin mengada a.k.a over?
Bawa si anak keluar dari lokasi kejadian. Kita tak pening, hati tak sakit. Alihkan perhatian si anak dengan membawanya ke lokasi yang lebih selesa dan sesuai. Kalau masih tak berjaya, bawa je balik rumah. Gunakan kuasa seorang ibu mesti si anak takkan berani tantrum. Hahaha.. 😎



Contoh kes:
Kedai Dobi - urusan keringkan baju. Setiap kali dak Nuha temankan aku ke kedai dobi ni mesti dia akan pau aku RM1.

'Ibu ada duit tak..?'
'Nak buat apa..?'
'Nak duduk atas kerusi tu..'

Suka dia dapat pau aku.. 😎


Si Bongsu a.k.a dak Nuha ni ada je idea dia nak bagi hati ibu yang macam singa manja ni cair.. kahkahkah. Adeh. Tepuk dahi kejap. Tapi tantrum dia masih dalam kawalan tak macam dak Adik. Tantrum dia paling susah nak dijinakkan. Bagi belaian + pujukan terbaik pun tak jalan. Kalau dia kata M, M lah tak boleh ubah lain dah walau sebenarnya dalam hati ada taman.. 😂😂 


Ini pulak..

'Sarung' buah dijadikan serkup kepala..


StatusHati: Hujung minggu penuh dengan aktiviti..


Saturday, December 22, 2018

Kalis Tekanan


STOP..!

Aku nak lupakan sekejap apa sahaja masalah ketika ini. Jauhkan diri dari rutin harian sekejap..

Bukan larikan diri dari masalah cuma perlukan sedikit ruang bagi diri yang agak tertekan kebelakangan ini.

Moga aku kalis tekanan.. Aamiin..


StatusHati: Sabarlah hati..


Friday, December 21, 2018

Tiada Komunikasi dua hala


Ragam hidup ni takkan sama setiap hari. Begitu juga dengan rutin harian yang kita harungi. Warna-warni kehidupan takkan selalunya cerah. Adakala hujan turun di tengahari tatkala kita mengharapkan panas hingga ke petang.


Aku tak suka dengan dia yang hanya pentingkan diri sendiri. Aku letih sebenarnya berhadapan dengan situasi yang tiada komunikasi dua hala ni. Aku buntu untuk mendapatkan jalan penyelesaian bila ada tembok penghadang di bina walau bukan aku tak berusaha untuk memulihkan keadaan semasa.


Namun, jauh disudut hati..
Pergi kau jauh-jauh masalah yang membelit diri. Jangan kau buat diriku ini murung berhari-hari 🤣 walau hakikatnya itulah yang terjadi.


StatusHati: Hati kena kental.


Thursday, December 20, 2018

Sedang mengalami alahan teruk..?



Dah lama tak aktif bersukan terutama futsal dan ping pong sejak kes aku dikejarkan ke hospital di SINI..


How I miss this very much?


Also this one..


Gambar kedua itu..?
Sebenarnya hampir tiga bulan lamanya aku tak memasak di rumah. Kalau ikutkan pengalaman, biasanya dikaitkan sindrom alahan teruk..? eerrr.. tapi bukan itu sebenarnya yang berlaku pun..


Umum mengetahui en. Hubby memang memanjakan aku kalau bab masak ni.. oh! How sweet aku rasa tetiba tapi percayalah bukan itu realitinya. OK.. dah jangan mulakan bunga-bunga perasaan itu.


Takpelah.. sementara ada masa beberapa minggu lagi sebelum nak masuk tahun 2019 ni, biarlah aku gedik manja sepuasnya.. nanti aku peganglah balik sudip, senduk, pisau tu semua. 



StatusHati: Berusaha cuba menerima keadaan semasa..


Wednesday, December 19, 2018

Debaran Semakan UPKK Tahun 2018



Petang semalam Keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Tahun 2018 dah keluar tapi baru pagi aku tengok keputusannya. Ketika orang lain sibuk 'mengumumkan' keputusan anak-anak di media sosial tapi aku diam menyendiri. Bukan kerana tak ambil peduli tapi blur tiba-tiba betul ke result UPKK dah keluar.


Walau boleh semak online semalam di SINI..  tapi hati tak cukup kuat nak semak online sebenarnya. Sanggup tunggu pagi tadi minta en. Hubby sendiri pergi ke sekolah untuk dapatkan maklumat.


DAN.. bila en. Hubby mesej pagi tadi..
Allahuakbar.. Anak yang susah tak nak ulangkaji belajar, ini result yang dia bagi pada aku.

Terharu.. Sungguh! Walau tak banyak A's biarlah apa orang nak kata, sekurang-kurangnya MQA a.k.a dak Adik banggakan ibu dan Babah. En. Hubby bagitahu, petang nanti kena kembali ke sekolah untuk ambil keputusan penuh dari pejabat sekolah.


Seperti kata #SedaraSedodol
"Akak.. bagi saya maksud kejayaan bukan dapat straight A's tu dikira berjaya, tapi bagi saya anak yang berjaya capai keputusan dari yang biasa itulah kejayaan tapi kalau dapat straight A's it dikira bonus."


Satu soalan dari dak Adik..
'Babah.. Ibu dah tahu ke..?'
Adik.. adik.. mesti dia terlupa yang ibu boleh semak secara online seperti biasa. 


😭😭😭
Nangis bukan sebab sedih tapi sebab terharu..
#ResultUPKK2018

Akan aku cuba ingat pesanan seorang boss kecil aku ini:
'.. yang saya selalu pegang.. Its not where u start.. Its where u end..'





StatusHati: Happy Birthday buat satu-satu adik aku.. 19 Disember 2018..


Tuesday, December 18, 2018

Bukan susah mana pun nak pujuk..



'Andai ingin marah, berhenti sejenak. Tangguhkan aktiviti marah itu.' 


Sesekali perlu ubah selera dengan kehidupan peribadi pulak. Gara-gara geram dengan kerenah anak-anak.. sang suami menjadi mangsa kemarahan. Bukan marah sampai tahap petala langit ketujuh pun..


Tiba-tiba dapat mesej dari en. Hubby..
Aku yang sememangnya tengah marah terus macam kena renjatan elektrik pulak rasanya. Rasa marah tiba-tiba hilang diganti dengan rasa miang keladi..


Rugilah tak cium abang pagi tadi..
Rasa tak lengkap hari ni.. 😅😅😅😂


Nampak tak.. bukan susah mana pun nak pujuk.. Bagi ayat-ayat cinta sikit mulalah membunga perasaan. Tapi kalau tak kena gaya.. tak jadi jugak.. kahkahkah..


Siap mintak pujuk lagi.. kau rasa.. 😛


Bila minta dipujuk sekali aku terkena balik. Adeh.. tepuk dahi aku kejap. Tak ada nak romantika biola pianonya en. Hubby aku tu. Tapi apa-apapun.. kembali ceria hari ni bila mood marah terbang hilang bila sesekali diayat dek en. Hubby.


StatusHati: Jauhkan aku dari rasa amarah itu..


Monday, December 17, 2018

Ubi Kayu Belakang Rumah


Selama ni kalau nak makan ubi kayu kena beli dekat kedai. Kali ni dapat rasa dari hasil tanah sendiri. Batang ubi kayu yang asalnya diambil dari kampung bapa saudara di Masjid Tanah, Melaka.


Kawasan di belakang rumah yang telah dibersihkan untuk memberi laluan pada pokok ubi kayu dibantu oleh dak Kakak dan dak Adik.


Percubaan menanam batang ubi kayu di dalam bekas tong minyak tapi akhirnya tumbang kerana tak mampu menampung berat batang yang semakin membesar.


Baru-baru ini..
Dak Kakak dengan dak Adik yang bersungguh-sungguh menarik ubi kayu keluar..


Teringin nak merasa hasil dari tanaman yang diusahakan sendiri.


Putih licin ubi kayu lepas dibersihkan..


Hasil dari korekan di belakang tanah, isi taklah besar mana gara-gara tak sabar nak merasa hasil yang ditanam sendiri 🤗 Berbudi kepada tanah jauh lebih baik daripada menjadi kaki kipas.


StatusHati: Menghitung hari..


Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...