Followers Remaja Purba

Friday, January 6, 2017

Lambat sikit pun kena marah


Kisah pagi tadi:

Perbualan whatsapps di antara aku dan chef Hubby.

'Lambat sikit pun kena marah.'
'Kenapa? Siapa yang marah abang?'
'Anak dara ni lah. Abang hantar abangnya pergi sekolah dulu, balik rumah amik dia hantar dia ke sekolah. Dia marah abang sebab dia dah lambat.'

'Dah lambat Nuha pergi sekolah, cikgu dah sampai. Babahlah ni lambat.' Bising dia bila tengok cikgu dulu sampai dekat sekolah.

Ni jadi macam ni sebab semalam bila Babah dia hantar ke sekolah, pintu sekolahnya tak buka lagi. Pagi ni sengaja Babah dia hantar lambat. Bila tengok cikgu dah sampai, mengomel dia dekat Babah dia. Hahaha.. kesian Babah dia kena 'marah'.

'Nanti abang nak bagi satu kunci dekat Nuha, senang biar dia sendiri bukak pintu sekolah tu.'  Hahaha.. Biarlah abang.. kita doakan dia bersemangat dan terus bersemangat untuk belajar. Doakan yang terbaik bukan hanya untuk dia tapi untuk dak Kakak dan dak Adik.


Sekarang, balik kerja.. sambil bersilat dekat dapur nak masak, sambil bertanya apa aktiviti yang dak Nuha buat di sekolah. Macam-macam yang diceritakan. Ada yang aku faham.. ada yang aku tak faham. Tapi paling best.. masuk je dalam rumah.. 'Ibu.. Nuha nak susu.' Masih belum putus menyusu botol lagi. Selagi dia nak susu, aku bagi. Maklumlah dia sorang je baby besau dalam rumah ni.


StatusHati: Terima kasih kepada pengasuh baru yang sanggup jaga dak Nuha.


7 comments:

  1. SALAM JUMAAT WAH DAQ NUHA DH SEKOLAH YA..TERUJA SGT DGN PENGALAMAN BARUNYA..

    ReplyDelete
  2. zaman anak acik kecik dulu pun macam tu..balik sekolah susu..walaupun dah 5 tahun..Nuha kecik lagi..tu yang belum putus susu

    ReplyDelete
  3. nuha3..... mcm2 kerenah dia, tp bgs lah gitu kak
    semangat dia pegi sekolah hehehhe

    ReplyDelete
  4. heheh.. bertabahlah..

    fasya stop myusu botl 6y..
    lya plok 9y..haha..bapok org!

    ReplyDelete
  5. hahha.. amboi dak nuha.. lawan tokey! hahaha

    ReplyDelete
  6. Hehehe... anak idah dah darjah 1 pun masih minum susu botol lagi... idah biarkan jer sebab kalau putuskan nanti dia langsung taknak minum susu dah... :D

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...