Followers Remaja Purba

Friday, September 30, 2016

Standard piawaian jalan raya..


Ketika orang lain dok bercerita isu semasa dan isu ke hadapan, aku pulak dok sibuk kembali ke belakang.. Banyak rupanya yang masih tersimpan dalam draft.

Kisah pada hari Jumaat minggu lepas (23 September 2016)..
Ada sedikit kerja yang perlu diselesaikan pada petang hari tersebut membuatkan aku kena balik lambat dari kebiasaan. Lagi menambah rencah kelewatan aku petang tu, awek Hubby boleh pulak gedik nak merajuk dengan mengeluarkan angin pada badan dia. Alah.. awek Hubby ni.. cakaplah nak baju baru, kau bagi hint pun pada waktu yang salah..


Bukanlah tahap pancit, tapi kurang angin je..
Lepas pam.. Alhamdulillah ok dah awek Hubby ni..


Nah.. standard piawaian jalan raya di Malaysia..
Sesak.. padat.. merimaskan..



Syukur juga ada makanan menemani.. takdelah aku bosan..


Pada aku ini semua kenangan, bila aku refresh balik.. oh.. macam ni rupanya keadaan aku bila berada di dalam kesesakan jalanraya. Dalam masa yang sama saja nak bagi hint yang aku akan berpindah tempat kerja.. di mana, bila.. sabar dulu. Sampai masanya nanti aku akan bercerita di sini. Jadi masa tu nanti aku takkan berhadapan dah dengan kesesakan seperti ini. Kita tukar pulak sesak dekat jalan lain.. kehkehkeh..

Apa-apapun, sempena Jumaat yang mulia ini..

Moga tahap kesabaranku ini berada di paras optimum dan lebih baik dari sebelum ini ketika memandu di jalan raya. Kurangkanlah rasa tegang, stressku ini agar masih ada tenaga untuk melakukan rutin harian di rumah selepas itu.

Tapi bila awek Hubby yang temankan aku memandu, terasa diri berada di Litar F1 Sepang Circuit. Tu pasal en. Hubby tak bagi sangat aku guna.. Ni seminggu dua ni.. pasrah jelah ye abang.. kihkihkih..


StatusHati: Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi atas apa yang diberikan..


Thursday, September 29, 2016

Istilah gemuk bagi orang perempuan




Istilah gemuk bagi orang perempuan:
Kawan dia lagi kurus dari dia..



Pada aku..
Kau nak nampak cantik body ala-ala model atas pentas peragaan, kau KENA usaha. Bukan hanya sekadar berkata-kata tapi tiada usaha ke arah kekurusan itu.

Nak kurus bukan susah, nak maintain tu yang payah..

Cari kawan yang sama-sama nak #perasanSlim, barulah rasa semangat nak buat.
Lepas tu bukan setakat kau kena tahan selera makan, apa sahaja yang orang bercakap tentang kau, buat tak tahu je. Deme nak kutuk ke, nak sindir ke.. lantak deme.

Nanti bila kau dah berjaya.. tak mustahil orang yang dok bercakap yang negatif tu datang kepada kau untuk dapatkan tips #perasanSlim kau tu.


Percayalah cakap aku ni..


StatusHati: Usahalah.. jangan hanya pandai berkata-kata..


Wednesday, September 28, 2016

Kisah seram pagi tadi..


Kejadian berlaku di Federal Highway menuju arah Petaling Jaya..

Dalam keadaan jalan yang sesak tu, aku memandu sambil menahan sakit perut.. eemm.. mana celah nak adanya toilet dekat Federal tu. Dalam keadaan macam tu.. sambil memandu sambil tarik nafas hembus nafas.. pasrah dan bertabahlah..

Sekarang ni...?
Aaahhhhhhh.... legaaaaaaa....

Tak nak aku bayangkan kalau terperangkap lebih sejam.. memang dapat pewangi barulah gamaknya kereta awek Hubby ni.. kahkahkah..
Dah lega bolehlah kau gelak ye Mak Budak..


StatusHati: Tak selesa hadap kerja dalam keadaan perut yang meragam ni..


Monday, September 26, 2016

PSRA 2016 bermula


UPSR 2016 selesai sudah..

Bermula hari ni hingga Jumaat, PSRA 2016 pula akan dijalankan dan dak Kakak salah seorang calonnya.

Moga kakak tenang dan dipermudahkanNYA dalam menjawab soalan.


StatusHati: Berdebar-debar rasa hati..



Saturday, September 24, 2016

Notis dari Pejabat Kesihatan Daerah Klang


Notis pemberitahuan dari Pejabat Kesihatan Daerah Klang di mana Semburan Kabus (Fogging) akan dilaksanakan pada petang ini di taman perumahan aku telah diterima termasuk hebahan melalui kenderaan bergerak berkenaan notis ini.

Tujuan Semburan Kabus (Fogging) adalah untuk:

  • Menghapuskan nyamuk Aedes dewasa yang membawa Virus Denggi.
  • Mengawal penyakit demam denggi daripada merebak.


Untuk Semburan Kabus (Fogging) yang berkesan, penghuni rumah diminta:

  • Tutup semua tingkap, buka semua pintu bilik dan buka pintu hadapan untuk memudahkan kerja semburan (fogging) di dalam rumah, kawasan sekitar rumah.
  • Tutup semua makanan atau simpan di tempat yang tidak terkena semburan kabus (fogging).
  • Tutup semua suis kipas dan buka lampu di rumah.
  • Pastikan apu dapur di padamkan.
  • Berada di luar rumah dan bawa bersama binatang peliharaan.
  • Pastikan aquarium / kolam ikan ditutup.
  • Jika hujan Semburan Kabus (fogging) tidak dapat diteruskan.
  • Jika cuaca tidak mengizinkan (hujan) semburan akan dilakukan lebih awal.


LUANGKAN MASA 10 MINIT SEMINGGU UNTUK MENCARI DAN MEMUSNAHKAN TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK.



StatusHati: Ya!Allah.. Jauhkanlah kami dari sebarang penyakit..


Friday, September 23, 2016

Pernah tak dulu..


Pernah tak dulu kau rapat dengan seseorang..
Berkongsi pahit manis kehidupan kau.
TAPI..
Sekarang kau dengan dia dah tak rapat macam dulu..
Makin berjauhan..

Tiba-tiba teringatkan si dia..


StatusHati: Rindunya aku pada si dia..

Thursday, September 22, 2016

Dak Kakak kena ejek di sekolah..?


'Umairah takut dengan mak dia.'

Dak Kakak kena ejek dengan kawan-kawan beliau kerana tak nak join apa yang mereka buat.

Kukatakan pada dak Kakak..
'Kakak cakap balik dekat kengkawan Kakak tu, aku bukan takut dekat mak aku tapi aku hormatkan mak aku sebab dia mak aku. Takkan korang tak belajar dekat sekolah. Itulah siapa suruh ponteng sekolah lagi.'


Juga telah acapkali aku ingatkan jangan berkawan dengan budak yang suka ponteng sekolah. Kalau sekarang dia biasa buat, akan datang apatah lagi. Ibu paling benci orang yang malas nak pergi sekolah. Aku tak faham kenapa mesti nak ponteng sekolah. Best hape pergi sekolah sebab kalau duduk rumah kena buat kerja rumah.. Itu aku waktu sekolah dululah..


DAN.. selalu aku ingatkan dak Kakak:
'Kalau dorang tak nak kawan dengan Kakak, biarkanlah. Tak payah dengan dorang. Kakak kawan je dengan Ibu.'
'Takde kawan pun Kakak bukannya tak hidup. Elok sihat je ibu tengok. Tengok ibu ni.. tengok mama tu.. orang tak nak kawan, lantak doranglah. Bukan dorang yang bagi Kakak makan. Bukan dorang yang bagi kakak duit belanja.'


Walaupun dak Kakak diejek begitu, Alhamdulillah dak Kakak tak cepat melatah sebab bukannya senang budak-budak tu nak buli dak Kakak. Bukan setakat dak Kakak lebih besar dari dorang tapi sejak dari darjah Satu dak Kakak dah diajar oleh nenek a.k.a pengasuh lama macam mana nak ajar mereka yang cuba nak menyakat/membuli di sekolah.


StatusHati: KAU jauhkanlah perkara yang tidak elok dari mendekati anak-anakku.. Aamiin..

Wednesday, September 21, 2016

Mengantuk dengar ceramah Syamsul Debat?



Satu program pemantapan rohani telah diadakan di tempat kerjaku pada hari Isnin 19 September 2016 yang lepas. Penceramah jemputan yang dijemput kali ni sangat menarik perhatian aku.
Dengan loghat Negeri Sembilan, wajah yang bersahaja, sangat lucu tapi tajam menikam ketika menyampaikan ceramah, beliau berjaya menarik perhatian kami semua sepanjang sesi ceramah tersebut.
Takdelah yang aku tengok tak gelak.. takdelah yang mengantuk aku tengok. Masing-masing teruja termasuklah aku sendiri. Yelah.. asyik tengok dekat tv.. kali ni live.. depan mata lagi.


Sebahagian kecil dari ceramah hari Isnin lepas oleh Tuan Syamsul Debat.

Tajuk: Keikhlasan Bekerja Kerana Allah
Oleh: Syamsul Amri Ismail a.k.a Syamsul Debat

Sesuatu bermula dengan niat.
Dah dapat benda baik, ambil benda buruk buat apa?
Manusia bila dah dapat, dia mudah lupa.
Apa-apapun, semak semula niat kita tu.


DALAM BIDANG PEKERJAAN:

Allah Segala-galanya.
Ikhlaskan diri dalam bekerja. Walau tak dapat anugerah tapi boleh jadi kita akan dapat dapat bentuk lain. Allah dah susun yang terbaik buat kita.

Bantu-membantu dalam satu organisasi.
Pengarah bertanggungjawab di atas tindakan yang dilakukan oleh anak buahnya.
Perkara yang boleh selesai di dalam jabatan, selesaikan di dalam. Jangan sampai orang luar tahu.

Cakna - Ambil tahu (kerja orang lain).
Dalam sesebuah organisasi, aset utama menjadikan organisasi berfungsi pastilah anggota kerja iaitu manusia atau human capital. Jika setiap pekerja peduli kerja orang lain, maka secara langsung proses kerja menjadi lancar kerana semua menjalankan fungsi dengan berkesan. Pihak pengurusan mestilah bijak memainkan peranan sewaktu pekerja ditimpa musibah, dengan cara dekati pekerja tersebut tanpa menjatuhkan maruah atau menyebabkan beliau hilang kepercayaan. Komunikasi penting dalam memastikan organisasi sentiasa sihat.

Dengki - Jauhkan.
Hasad boleh memakan kebaikan umpama api membakar kayu.

Elakkan fitnah dalam kerja.
Buangkan dari dalam diri sifat tamak dan sombong. Kita hanya akan terseksa andai kita mengambil sesuatu yang bukan hak kita dan kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada.


Kita kena lihat pada mereka yang lebih teruk dari kita, bukannya kita tengok mereka yang lebih senang dari kita. Kita lapangkan dada kita bila sampainya ujian.. 'paling tidak, ada benda baik disebalik musibah tersebut.'

Kadang-kadang kita tak suka tetapi itulah yang terbaik buat kita. Perbezaan itu melengkapkan hubungan antara majikan dan pekerja.

Mudah-mudahan ada manfaatnya bila jangan berkira sangat. Jangan demand. Jangan berlagak kerana ILMU hanyalah pinjaman dariNYA. Tak dapat sesuatu yang kita harapkan tak apa. Allah Taala akan gantikan dengan yang lain. Balik semula pada Niat kerana sesuatu itu bermula dengan Niat.




Nak baling boomerang ke tu..? Selamba beliau bertanya padaku..


Wefie bersama Syamsul Debat..


Hidup kita ni tak panjang. Kenapa nak bazirkan masa?
Ingatlah, bukan penghargaan dari manusia yang kita cari..
Nawaitu - niatlah kerana Allah Taala.


Terima kasih kepada pihak urusetia di atas program tersebut. Walau penuh dihiasi dengan gelak tawa tapi sebenarnya ianya sangat bermanfaat, nak pulak kena batang hidung sendiri. Alah.. bukan aku sorang je yang terasa macam tu, orang lain pun sama. Sedar dengan tak je..


StatusHati: Romeo India November Delta Uniform..


Tuesday, September 20, 2016

Today is her birthday..



 Dak Kakak.. today is her birthday..


Selamat Hari Lahir buat dak Kakak..
Ibu doakan yang terbaik buat Kakak..
Moga yang ada dan akan datang adalah dari kalangan yang baik-baik dan terbaik serta mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan..


StatusHati: Terima kasih buat semua yang wish kepada dak Kakak.. amin..


Monday, September 19, 2016

Elianto at Setia City Mall (SCC)


Kelmarin..
Gedik santai di Setia City Mall..

Aku bukan peminat make up.. sekadar meneman akak ke sini..



Tak make up pun.. sekadar acah-acah make up..

Brunch (breakfast + lunch) di sini..
Nasib baik tak dinner sekali.. ekekeke..


Kisah hari ni.. tak dan lagi nak bercerita..


StatusHati: Awak.. kenapa kita makin jauh..


Sunday, September 18, 2016

Rasa nak patah balik je..


Kali pertama selepas.. eerrr... bila last buat ye..?

Petang tadi..
Rasa nak patah balik je tapi bila lagi nak mula kalau asyik tertangguh kan..
Dalam rasa nak patah balik tu, dapatlah sejauh 1.5km je..
Takpelah.. perlahan-lahan.. lelama nanti berjaya jugak le ke Olympic.. wakakaka..




StatusHati: Ni semua sebab stamina dah merosot..

Friday, September 16, 2016

Kawalan perlu dilakukan apabila..


Straight to the point..
Kawalan perlu dilakukan apabila korang:

  • Kalau bercuti di mana-mana, pastikan korang balik awal, jangan Isnin ni kerja, pagi tu baru terkial-kial nak gerak balik pulak.
  • Kalau makan di luar, jaga perut tu sebaik mungkin. Dah tahu perut tu sensitif, janganlah makan pedas sampai tercirit-cirit.
  • Kalau main/bersenam di luar, jaga diri tu elok-elok. Dah tahu diri tu tak kuat, yang pergi panjat bukit tu buat apa.
  • Kalau ada anak, pastikan kesihatan anak berada di paras optimum bukan optimus prime. Dah tahu anak tu tak sihat, pergi bawak masa jualan gudang tu dah kenapa?
  • Kalau dah tahu diri tu tak sihat.. antibodi badan tu lemah, duduk santai rehat dekat rumah jelah. Ni tak, sibuk nak berjalan.
  • Sekarang ni musim hujan, elakkan diri dari kerap berhujan. Jangan turut sama join budak-budak mandi hujan. Kau tu bukan muda tapi dah purba..



Kesimpulannya:

  1. Abam Doctor, kalau staff saya datang ke klinik abam doctor untuk dapatkan rawatan (yang sebenarnya lebih kepada nak MC), abam doctor bagi time slip je. Tak payah bagi MC. Staff saya dah cukup rehat tiga hari ni. Jadi deme takde sebab nak MC untuk hari Isnin ni.
  2. Kalau abam doctor nak bagi jugak MC pada staff saya tu, pastikan jugak abam doctor suntik dia dengan ubat yang bersesuaian dan terbaik bagi dia cepat sembuh. Tak payah bekalkan ubat lain dah. Abam doctor faham kan maksud saya ni.
  3. Kalau staff saya tu maki abam doctor sebab tak dapat MC abam doctor boleh hantarkan aduan berserta bukti bergambar kepada saya. Saya suka buat kerja berkenaan Tatatertib ni.


Abam doctor jangan risau, nanti saya whatsapp gambar staff-staff saya tu, senang sikit waktu sesi pengecaman tu nanti.

#MohonTerasa
#DegilLagi..


StatusHati: Awak.. tolonglah dengar nasihat ni..


Thursday, September 15, 2016

Siapa suruh tak nak dengar nasihat..


Kisah pagi tadi dalam whatsapp group Bahagian di tempat kerja..

Tok tok tok....
Yuhuuuu....
Anybody home...
Siapa lagi yang EL atau MC hari ni ye..?
Nak catat rekod kehadiran ni..

Awak.. awak..
Nak mintak tolong dekat awak ni..
Kalau awak EL atau MC hari ni..
Kalau tak larat call.. mesej je..
Kalau tak larat mesej.. tekan button speak then speak je..
Kalau tak larat jugak..
Mintak orang lain yang berdekatan telefon on behalf bagitau ketidakhadiran awak..
Kalau takde credit.. pinjam telefon kawan..

Kalau takde kawan..
Eh!Dahlah..
Tunggu jelah memo dalaman..
Den maleh nak cakap.. biar kertas lak cakap on behalf..
Dah bagitahu dekat SINI kan.. siapa suruh tak nak dengar nasihat..


StatusHati: Sikap segelintir individu boleh menyusahkan pihak lain.


Wednesday, September 14, 2016

Melayu.. tetap dengan rendangnya..


Kelmarin en. Hubby cakap 'melayu moden mana makan rendang' sebab kami hantarkan 'rendang' kepci dekat tempat kerja beliau.. kihkihkih..

Semalam..
 
Nah... ni dia abang.. rendang daging in d house..
Berpeluh mak budak layan sensorang dekat dapur..


Daun kunyit segar tak payah beli..


Ditanam oleh en. Hubby, dibelai dijaga oleh dak Kakak..


Menjadi juga rendang daging Mak Budak..


Sambutan Aidiladha kali ni.. biarlah hanya kami yang tahu..
Dalam gembira ada sedih, begitu juga sebaliknya..
Apa-apapun Alhamdulillah.. anak-anak tak cepat melatah..


StatusHati: Hari ni seharian dak Nuha bersama aku di tempat kerja..

Monday, September 12, 2016

Melayu moden mana makan rendang


Semalam.. sehari sebelum raya Aidiladha..

Mantai Day..
Orang dah mula sibuk untuk persiapan raya..
Esok nak raya dah.. 😒
Semalam acah-acah lepaking.. korang main sesaje ye..
Hari ni.. amik ko..
Selagi tak siap, no eating.. no playing.. no sleeping..

 Acah-acah macam banyak je tu.. 😅


Hari ni..
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua..
Moga urusan kita semua hari ni dipermudahkanNYA..

Melayu moden mana makan rendang..


Setepek kena dengan en. Hubby tengahari tadi.. 😆😆
Maaflah ye abam sayang.. walau tiada rendang tapi anak-anak tapaukan kepci untuk babah deme.. kihkihkih..

Tahun ni takde gambar aku dan anak-anak berbaju raya.. Alhamdulillah anak-anak tak kisah ke mana aku nak bawa deme semua. Apa yang penting deme happy..


Dalam kita gembira, tanpa kita sedar ada insan pergi meninggalkan kita secara tiba-tiba. Berlaku ketika orang kampung sibuk menguruskan urusan korban di surau di kampung mak aku. Arwah rebah tiba-tiba.. walau bantuan awal diberikan tapi Allah lebih menyayangi. DariNYA kita datang.. kepadaNYA kita kembali. Salam takziah buat keluarga arwah acik Murad. Innalillahiwainnailaihirojiun..


StatusHati: Aidiladha korang kali ni di mana..?


Saturday, September 10, 2016

Keracunan Makanan atau Cirit-birit


Suka saya ingatkan..
Minggu depan ada yang akan bercuti panjang..
Jadi, saya harap tuan/puan menjaga kesihatan dan berhati-hati dalam memilih makanan.
Untuk makluman, saya tidak akan luluskan Cuti Sakit (MC) tuan/puan yang menyatakan alasan keracunan makanan atau cirit-birit.
Saya mahu tuan/puan kembali bertugas dalam keadaan sihat agar tugas sedia ada tidak tertangguh.

Sekian, terima kasih.

Saya yang tiada kuasa.

#MoodGeram
#Asyik2OrangYangSama
#PeringatanUntukDiriSendiriJuga.


Pada aku..
Dah tahu antibodi kau lemah..
Dah tahu perut kau jenis slow leaner..
Dah tahu kau ada masalah kesihatan..
Tolonglah...
Tolonglah jaga diri tu sebaiknya..
Jangan sampai menyusahkan pihak lain terpaksa cover kerja kau tu disamping kerja hakiki.. Sekali dua orang tahanlah.. bila dah kerap siapa nak hadap..


StatusHati: Cuti Raya Aidiladha dibekukan.. 😢😢😢


Friday, September 9, 2016

Apa hasilnya nanti terimalah dengan hati yang tenang..


Berlalu sudah UPSR 2016..
Tunggu jelah keputusannya nanti..
Apa hasilnya nanti terimalah dengan hati yang tenang..

Minggu depan cuti sekolah selama seminggu..
Dalam cuti tersebut ada pula cuti umum..
Cuti Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Isnin ni, 12 September 2016..
Hari Malaysia pulak pada hari Jumaat, 16 September 2016.

Aku..?
Anak-anak je yang cuti.. aku kerja seperti biasa..
Cuti Umum..?
Berehat gedik santai di rumah bersama anak-anak..
Belum boleh berjalan jauh memandangkan bulan ni khas buat dak Kakak..

Pagi ni.. hujan
Perjalanan menjadi sangat perlahan bila memasuki Lebuhraya Persekutuan..
Makin kronik laluan ni..
Belum lagi dengan kerenah segelintir pemandu yang pentingkan diri sendiri..
Bertabahlah wahai hati..

 
StatusHati: Cubaan untuk blogwalking..


Thursday, September 8, 2016

Hari keempat.. hari terakhir UPSR 2016


Hari ni merupakan hari terakhir USPR 2016..
Kertas Sains I dan II..

Kemudian dikuti dengan Ujian kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Kelas Aliran Agama.

Debaran bukan makin berkurangan nampak gayanya.
Moga dak Kakak tenang dan berusaha menjawab dengan lebih baik dari sebelum ni.
Begitu juga semua calon UPSR yang lain.
Moga anak-anak kita berjaya hendakNYA.
Amin..


StatusHati: Biarlah kita tak sehebat deme tapi jangan biarkan deme mengambil kesempatan ke atas diri kita..

Wednesday, September 7, 2016

Hari Ketiga UPSR 2016


Pukul lima pagi..
Hujan lebat.. Alhamdulillah..
Sejuk je rasa sambil tarik selimut sampai ke dada..
Rasa berat je nak bukak kelopak mata..

Tiba-tiba..
Eh!Hari ni hari ketiga UPSR.
Kertas Matematik I dan II.
Tarik nafas hembus nafas.. selawat banyak-banyak..
Moga dak Kakak dapat jawab dengan tenang..
Aku..?
Seakan terlupa yang aku ni bukannya surirumah sepenuh masa.
Lambat-lambat aku bangun siapkan diri untuk hadap rutin di tempat kerja pulak..



StatusHati: Bila dah syok cuti..


Tuesday, September 6, 2016

Hari Kedua UPSR 2016


Hari Kedua UPSR 2016.
Kertas Bahasa Inggeris I dan II.

Dah hari kedua Dak Nuha tak bagi aku pergi kerja. Dia suruh aku cuti jaga dia dekat rumah.. 😆 Kulayankan je gedik manja dia tu.. dan aku memang cuti rehat untuk dua hari ni. 

Semalam.. menunggu dak Kakak di sekolah..

Itu dak Nuha..

Makan cendol dekat warung tepi jalan UNITEN..



StatusHati: Esok.. aku kena keluar senyap-senyap je pergi kerja, kalau tak..



Monday, September 5, 2016

Dak Kakak calon UPSR 2016


5 hingga 8 September 2016 ---> UPSR
Tahun pertama menggunakan format BARU..
Dak Kakak salah seorang calonnya..
Anak nak exam.. ibu debar lebih..


Buat semua calon UPSR..
Moga dak Kakak dan semua calon UPSR diberikan ketenangan dalam menjawab soalan, dipermudahkan segala urusan mereka, dikurniakan kesihatan yang baik dan mendapat keputusan yang cemerlang; seterusnya menjadi anak soleh dan solehah. Amin..

 *آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن*


StatusHati: Sedih hati tak dapat hadir ke sekolah.. sakit pinggang menyerang kembali.

Friday, September 2, 2016

Hasil disebalik The Biggest Loser


Pada yang perasan mesti ingat aku pernah bercerita tentang program The Biggest Loser yang bermula di SINI..

Apa hasilnya selepas 3 bulan?
Hanya 4.9kg yang berjaya.

Banyak tu je yang berjaya diturunkan?
Aku cuma suka-suka je sebab BMI aku dah berada di paras normal. Jadi takde sebab untuk aku kurus lagi cuma bagi semangat pada mereka yang join. Seramai 21 orang yang menyertai program ini dan pemenang telah menerima sejumlah RM210.00 di atas kejayaan beliau. Tahniah buat beliau.

Ada cadangan program ini akan diteruskan. Aku tak join kot sebab en. Hubby dah mula tunjuk muka stress waktu makan dekat luar bila aku takut makan nanti berat naik balik, walhal bukan selalu pun.. kahkahkah..


Nasihat aku pada yang nak kurus dan #perasanSlim tu..
Jangan peduli apa orang nak kata, deme nak condemn ke.. nak sindir ke.. nak mengata ke.. buat tak tahu je. Anggap je deme tu cemburu.. Nanti bila dah berjaya, mereka yang dok condemn tu lah datang jumpa kita minta petua macam mana nak slim. Percayalah.. tapi kena buktikan pada deme dulu.. Lepas tu bagi maintain.. macam aku.. kihkihkih..
#BukanSenangNakKurusWeii..


StatusHati: Masih lagi sakit gigi..




Thursday, September 1, 2016

Merdeka Day.. kami di sini..


31 Ogos 2016..
Beberapa hari sebelum tarikh ni, punyalah semangat ingin turut sama meraikan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, K.L. Siap berpesan pada anak-anak jangan lewat bangun sebab nak bawak mereka merasai pengalaman melihat secara langsung perarakan sambutan kemerdekaan di sana..

Tapi..
Kita hanya merancang, DIA yang menentukan..


Merdeka Day.. kami di sini..
 Dak Kakak, dak Adik, dak Nuha..


Sebenarnya dak Kakak dah lama mengadu sakit gigi tapi asyik tertangguh nak bawa dapatkan rawatan.. ada je halangannya. Asalnya nak pergi hari Sabtu ni tapi memikirkan aku ada hal, ok kita tukar tarikh. Dah alang-alang nak bawak dak Kakak, kuangkut sekali dak Adik dengan dak Nuha. Nak bagi dorang rasa pengalaman rawatan gigi.

Alhamdulillah.. dak Kakak takde masalah pada gigi dia. Dak Adik pun agak ok cuma kena rajin gosok gigi ye. Selain dari itu, gigi dorang cantik, bersih.. sukalah dorang bila Doktor yang check gigi tu puji melambung-lambung. Dak Nuha pulak tak nampak langsung riak takutnya. Cuma doctor berpesan kena rajin gosok gigi.. senyum tersipu-sipu dia. 'Ibu tak nak buat sekali ke..?' Next time lah ye..

Belum sempat doctor panggil nama dia dah baring atas kerusi tu..



Petangnya pulak..
Cuti umum macam ni perut dengan tekak boleh ngam pulak bila asyik nak makan.. makan.. makan.. ditambah pulak hujan lebat.. sejuk je.. dah kentang... masa untuk tidur..


StatusHati: Tak payah tunggu next time, malam tadi aku diserang sakit gigi..


Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...