Followers Remaja Purba
Thursday, May 26, 2016
Antara Legoland, bolasepak dan tak sihat
Dua bulan lepas..
Dak Kakak dapat tawaran mengikuti program sambil belajar ke Legoland..
Awalnya, aku semacam tak percaya menyebabkan aku hubungi pihak sekolah..
Alhamdulillah, nama dak Kakak antara yang tersenarai..
Ni kira hadiah selepas habis peperiksaan pertengahan tahunlah ye kakak..
Malam tadi..
Sibuk menguruskan persiapan dak Kakak..
Pagi tadi..
Seawal jam 6 pagi, semua murid-murid terlibat berkumpul di sekolah dan la ni dak Kakak dalam perjalanan menuju ke selatan tanahair..
Macam-macam pesanan aku bagi pada beliau..
Dah macam anak tu nak pergi luar negara walhal luar negeri Selangor je..
Doaku.. moga perjalanan pergi dan balik mereka semua selamat hendakNYA..
Sementara tu..
Dak Nuha dah mula dedo sejak petang semalam.. hangat je badan dia..
Merengek mengadu pening kepala..
Bila gedik manja dia sampai, nak melekat dekat aku je..
Bukan aku yang rimas, dak Kakak yang rimas..
eeemm.. sabarlah kakak.. dia kan yang bongsu so gedik manja dia lagi over lah..
Moga dak Nuha cepat baik hendakNYA..
Dak Adik..?
Sibuk dengan bola.. bola.. bola..
Mainlah dik.. usahalah.. usaha..
Moga adik terpilih dalam kesebelasan utama sekolah..
StatusHati: Sedarlah.. jika kita fikir ia susah, maka susahlah jadinya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ingatan Purba
The author will not be responsible for any comment left by the readers.
Please comment using polite language.
Thank you.
Untungnya Dak Kakak terpilih pergi ke Legoland. Kalau pergi sendiri memang bayar mahallah. Ni pergi percuma sekolah bawa ke apa ni, Aiza?
ReplyDeleteKasihan Dak Nuha. Nak demam ya. Biarlah dia bermanja lebih sikit. Nanti bila dah besar, dah malas nak bermanja dengan kita. Kita pulak yang sibuk nak manja-manja dengan anak ^_^
Semoga selamat pergi balik buat Dak Kakak, cepat sembuh untuk Dak Nuha dan Dak Adik pulak, mainlah selagi suka. Manalah tahu terpilih mewakili sekolah!
untunglah ..nanti cerita sikit pasal progran lelgoland tu ... semoga nuha cepat sembuh
ReplyDeleteWah best la kakak...Dania aimed dh lama nk ke Legoland..Tp Lom lepas pergi lg...mama bz
ReplyDelete