Followers Remaja Purba

Sunday, January 31, 2016

Penutup Januari 2016


Penutup Januari 2016..

Awal Januari..
Tiap tahun tarikh yang sama.. cara sambutan yang berbeza..

Pertengahan Januari..
Pengalaman pahit menghimpit diri..
Pengalaman pertama..
Aku bukanlah mangsa tapi pemangsa..
Kemalangan pertama sepanjang sejarah pemanduanku..
Sedikit sebanyak tercalar kewibawaanku..
Lebih-lebih lagi waktu dalam hujan..
Kekentalan hatiku sedikit terusik..

Penghujung Januari..
Kembali menceriakan keadaan..
Birthday Mak Budak a.k.a Remaja Purba..
Nasib baik ingat..
Kalau lupa.. aku nekad 'block' terus..


Kini..
Berakhir Januari yang mencorakkan sisi gembira juga sebaliknya..
Moga aku dapat bertemu lagi Januari 2017 nanti..
Moga aku dipanjangkan usia..
Moga aku kuat dan tabah dalam mengharungi rutin harian..
InsyaAllah.. amin..


StatusHati: Berbunga-bunga rasa hati..



Saturday, January 30, 2016

Janganlah kau dera..


Bersantai di hujung minggu adalah perkara wajib..
Bila dah terlebih santai, perut ni semedang je lapar..
Ditambah pulak anak-anak buah hubby datang rumah..
Lagilah otak ni berkembang dengan sempurna..
Ada je nak aku masakkan..
Risau takut anak-anak kelaparan..
Walhal dorang ok je.. takdelah selapar perut aku..

Damn.. serious..
Kegemukan sedang melanda..
Oh!My tekak..
Janganlah kau dera perutku..


StatusHati: Seharian tenang ditemani..



Friday, January 29, 2016

Meremang..


Meremang..
'Mia.. Mia.. Mak Tam datang ni..'

'Mama takkan benarkan mia balik sana, Danny. Banglo tu tak elok!' Puan Hatila..

'Hampir semua orang kampung pernah nampak, dengar dan kena kacau dengan iblis-iblis kat banglo tu.' Imriz..

'Azriq cakap dia diganggu sebab kotorkan pokok besar kat belakang rumah tu. Lepas tu dia ada cadang lat tunang dia supaya tebang pokok tu.' Fakhrol..

'Keturunan kau tu milik aku! Kau tahu tak? Aku akan rampas anak yang ada kat dalam perut kau tu!'

#NovelMeremang oleh Ninie Othman..


Nampaknya..
Malam ni perasaan berlainan dari biasa..
Nak sangat layankan.. hah.. mohler berjemaah habiskan..


StatusHati: Maharaja Lawak Mega 2016..


Resepi Ayam Masak Bali versi Mak Budak..


Kelmarin..
Dok jengah blog SuriaAmanda jumpa resepi Ayam Masak Bali ni..
Dikatakan jugak resepi ni dok viral dekat FB.. lepas tu ada blogger yang dah cuba..
Takkan tak nak cuba pulak kan..

Semalam..
Disebabkan keinginan nak mencuba tu tinggi, ditambah pulak birthday aku..
Maka..
Terhasillah Ayam Masak Bali..
Resepi senang bolehlah aku layan..
Cer suruh masak lain, memang aku hulur senduk sudip pada chef hubby ler.. 


Resepi Ayam Masak Bali versi Mak Budak..
Bahan-bahan:
  • Ayam
  • 6 batang serai
  • 6 batang daun kari
  • 3 biji bawang besar - ditumbuk/kisa
  • 5 biji bawang putih - ditumbuk/kisar
  • Halia 1/2 ibu jari - ditumbuk/kisar
  • Belacan 1/2 inci - ditumbuk/kisar
  • Cili kering ikut suka (nak pedas letak banyak, nak kurang letak sikit)
  • Kicap manis
  • Garam
  • Gula

Cara memasak:
  • Panaskan minyak.
  • Goreng serai yang telah dititik hingga kekuningan.
  • Masukkan daun kari dan goreng seketika.
  • Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk/dikisar tadi (bawang besar, bawang putih, halia, belacan dan cili kering).
  • Goreng hingga naik minyak dan agak garing.
  • Masukkan ayam yang telah goreng awal tadi dan digaul rata.
  • Masukkan garam dan gula serta kicap manis.. gaulkan.
  • Kemudian rasa, kalau ok boleh dah tutup api.. angkat dan hidang bersama nasi panas..




 Aku tak tumbuk tak kisar bahan-bahan tu tapi lebih suka racik..
Sebabnya dak Nuha suka nau makan bawang..


Ayam Masak Bali aku yang takde daun kari..


Alhamdulillah..
Walaupun penat balik kerja tapi puas hati bila anak-anak kenyang..
'Terima kasih ibu' itulah jawapan dari anak-anak tiap kali aku masak..
Sedap atau tak belakang kira.. yang penting aku masak dan anak-anak makan..
Itu lebih jimat dari beli atau makan dekat luar..



StatusHati: Terima kasih atas ucapan hari lahir semalam dari kengkawan semua..




Thursday, January 28, 2016

Selamat Hari Jadi Anakku..



Terima kasih mak.. sayang mak..

Amik dari en. Google..


Putaran waktu sentiasa berpusing..
Kisah yang lepas telah menjadi sejarah..
Sejarah baru pula cuba diukir..
Moga lipatan sejarah baru ini akan meninggalkan momentum terindah..

Setiap tahun..
Tarikh istimewa itu pasti akan kembali..
Sama ada untuk kita yang masih hidup atau yang telah pergi..
Tak kuharap emas permata memayungi diri..

28 Januari terbentang di depan mata..
Biarlah seharian ni bakal berakhir dengan hal yang baik-baik..


Tahniahlah pada yang telah dan akan menerimanya..
Hadiah ni je aku tak layak terima.. 
'Kalau nak bagi.. bagilah pada semua.. atau tak usah bagi langsung..' kan kan kan..




StatusHati: Jauh di sudut hati.. menanti sesuatu dari dia..


Wednesday, January 27, 2016

Kaulah Penyelamat..





Kalau tak kerana kau.. hp ku pasti melayang kat tengah jalan..
Orang letak hp ATAS dashboard DALAM kereta..
Tapi aku p letak hp TEPI cermin LUAR kereta..
Kereta dah gerak lebih 200m baru perasan hp tu dekat luar..
Itupun sebab hp tu 'bergerak' sikit..
Nasib baik tak jatuh mungkin sebab cover hp tu getah..
Tu yang elok 'melekat' erat TEPI cermin tu..
KAULAH PENYELAMAT..
Tak nak aku bayangkan kalau hp tu jatuh dan aku sendiri yang langgar..
Pengajaran: Buatlah lagi.. untung-untung boleh dapat hp baru.. wakakaka..


StatusHati: Esok.. hari penting..? Apakah..?


Tuesday, January 26, 2016

Hadam dengan tidak je nak hadapnya..


Kisah pagi tadi..

Memandangkan 'awek' hubby masuk hospital, jadi urusan penghantaran anak ke sekolah dilakukan oleh aku..
Dak Kakak ni spesis ikut perangai aku..
Tak suka sampai lewat ke sekolah.. masam mencukalah muka dia..
Dak Adik.. rileks cool je, ikut perangai babah dia..

Lepas dah hantar dorang ke sekolah, aku terus gerak ke tempat kerja..
Masa perjalanan jadi lama kerana kesesakan jalanraya..
Perkara biasa.. hadam dengan tidak je nak hadapnya..
Dari elok boleh bersabar sampai tumpul kesabaranku hanya disebabkan segelintir yang bersikap tak endah keadaan keliling..
Dia bukan kira sesak ke tidak, selamba memandu macam sedang menikmati pemandangan tepi laut di Australia gamaknya..

Takpelah mak budak..
Hari ni je..
Esok back to normal..
Bukan selalu pun lewat keluar rumah waktu pagi..


StatusHati: Hadirnya sekejap cuma..




Monday, January 25, 2016

Kisah 'rumah' tong sampah



Kisah pagi tadi..

'aik.. anak aku lupa ke nak tutup balik 'rumah' tong sampah depan rumah ni..' Ok.. bersangka baik.. mungkin dia dah tutup tapi tersalah selak kot.. tu yang terbukak balik..

TAPI..
Nak dijadikan cerita..
Sambil menyapu depan rumah, sambil dengar kicauan burung.. aaahhh.. tenang dan damai rasanya..
Tup tup.. tengah menyapu, datang pulak anak2 ni tolong bukak pintu rumah sampah aku yang aku dah tutup tadi.. ntah apa yang dicarik..

Hai.. nak kena ni..

'Dah takde keje dah ke bukak tong sampah rumah orang.. ? Terkejut dorang, mesti tak perasankan aku..
'Dah bukak tak reti tutup balik dah kenapa..' Macam mana nak tutup kalau aku dah sergah awal2.
'Dah takde tempat lain nak main dah ke..?' Terkebil2 dorang..
'Pergi main tempat lain.. kang satu taman dengar suara acik kang..'

Pagi2 dengan tak sengaja aku dah jadi detektive Conan.. bukan takat tu je.. pakej dengan bebel2 lagi aku bagi..

Sekarang aku dah tau sape punya kerja..
Kalau ada yang terasa tu mohon terasa..


#StatusHati: Kalau Hulk ada ni, mahu dia amik aku jadi partner dia..


Saturday, January 23, 2016

Tak ku menduga.. kau datang pula..



Pagi Sabtu yang tenang..
Jauh dari hiruk-pikuk kesesakan jalan raya..
Mulalah jemariku gedik nak update blog..
Sambil singgah ke teratak kengkawan..

Tapi..
Tak ku menduga.. kau datang pula..
'Ibu.. sakitlah mata kita.. Ibu tutuplah lampu..'
'Tutuplah sendiri..'
'Ibu dukunglah..'
'Ish.. tak nak.. Nuha demok..'
'Nuha kurus..'

Hilang sekejap ketenangan yang ku cari..
Ingatkan bolehlah aku rileks santai sekejap..
Bila dak debab ni dah bangun, usah berangan nak keluarkan idea mengarang entry.. terbang menjauh pergi idea yang ada..

Penyudahnya..
'Jom mandi Nuha.. lepas tu kita sarapan..'
Masa berkualiti bersama anak-anak didahulukan..
Sabtu..
Ahad..
Isnin..
Berehat bersama dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha..



StatusHati: Bila lagi dapat ketemu..


Friday, January 22, 2016

Akhirnya.. selesai dengan baik..


Sambungan kisah semalam..

Tak pernah dalam sejarah pemanduanku, hingga menyebabkan kemalangan berlaku.. walau kereta yang aku langgar tu hanya mengalami kecederaan ringan.. tapi tahap gigil petala ke 7 aku rasa waktu itu.. kisah di SINI..

Memandangkan owner kereta tersebut hanya free sebelah petang, jadi temujanji dibuat petang semalam..
Dari tempat kerja terus pergi ke tempat pertemuan..
Pemilik kenderaan tersebut, Azie.. setuju untuk hantar ke bengkel member hubby.
Along, 'doctor peribadi' kereta kami, geleng kepala bila nampak aku..
Dorang tak sangka aku sampai terlibat dalam kemalangan..
Nak buat macam mana.. menda dah jadi..
Dah cuba berhati-hati tapi kalau DIA mengkehendaki begitu.. maka jadilah ia..

Azie, pemilik kereta tersebut pun macam aku jugak.. senang berurusan..
Memudahcara bila beliau bersetuju untuk ke bengkel yang aku cadangkan..
Smooth and clear..

Dan.. sebelum berpisah..
'kalau ada problem, nanti call akak semula ye Azie..'
'Moga lepas ni kita jumpa kat tengah highway ye kak..'
'Moga keep in touch lepas ni...'
Sempat kubelikan menu lunch untuk beliau..
Almaklumlah, aku tahu memasing belum sempat jamah makan tengahari lagi..


Perkara yang menghantui buat aku tak tenang dua tiga hari  ni akhirnya selesai dengan baik.. Syukur urusan tersebut dipermudahkanNYA..
Alhamdulillah..




StatusHati:
Pesanan dari abam sayang..
Jangan pandu laju sangat.. ingat tu..


Thursday, January 21, 2016

Sabar ye.. jap ye..


Pengalaman pertama..
Moga dipermudahkanNYA..

Nanti aku update..
La ni aku half day..
Ada urusan menanti di Setia Alam..



StatusHati: Macam air laut pulak.. ada pasang surutnya hubungan itu..



Jantan ramai.. tapi Lelaki..


Jantan ramai.. tapi lelaki sedikit apatah lagi lelaki sejati.
Maksudnya:
Lelaki sejati atau lelaki tulen adalah lelaki yang menjadi ketua dalam keluarga, bertanggungjawab dalam segala urusan yang melibatkan duniawi dan ukhrawi anak isterinya dan bersifat melindungi. Daripada lelaki sejati itulah akan terciptanya seorang khalifah yang sebenar.

Sebelum memikul tanggungjawab itu, lengkapkan diri dengan seberapa banyak ilmu yang boleh. Kenali Allah dan Rasul-NYA. Cintai kedua-duanya tanpa berbelah bahagi.

#Sebahagian kata nasihat dalam Novel Melur Jelita..



Diri sendiri yang memilih..
Nak terus dalam kejahilan atau menjadi yang lebih baik?
Allah tidak akan mengubah nasib kita kalau kita sendiri tak mahu berubah..


StatusHati: Petang nanti ada urusan berkaitan INI.. moga dipermudahkanNYA..


Wednesday, January 20, 2016

Mengular ek..?



Aku sentiasa online..?


Yup..
Perlu online atas dasar kerja..
Urusan peribadi.. itu normal.. senyum sengih sorang-sorang tu biasa..
Selagi tak mendatangkan masalah pada tugas hakiki aku.. aku layankan je..
Tapi bila tengah sibuk tahap singa kelaparan, kuketepikan sekejap yang tidak berkaitan.. normal lah situasi macam tu..
Kalau terlampau strict dengan kerja pun stress jugak..


StatusHati: Masih rasa susah hati sebenarnya ni..


Tuesday, January 19, 2016

Aku kemalangan..!


Kisah petang semalam..

Memang tak sangka dan tak menduga..
Kalau selama ni aku nampak kemalangan berlaku..
Kali ni aku pulak berhadapannya..
Ditambah effect berlaku dalam hujan..

Dipendekkan cerita..
Aku langgar kereta depanku..
Kejadian berlaku dalam hujan separa lebat..
Memang aku nampak kereta depan brek dan dalam aku brek kali kedua rupanya tergelincir jugak ke depan..
Aku cuba elak ke kiri tapi terkena juga belakang kereta depan aku..
Syukur Alhamdulillah kenderaan di belakang aku tak ikut rapat dan ditambah dengan tindakan pantas memasang lampu kecemasan..
Parking di tepi terus turun check keadaan dan masa tu lah lori tunda berhenti belakang kereta aku.. beliau minta kami settle kan di hentian selepas tol..
Alhamdulillah.. walau dah ada seseorang (penarik kereta) nak bantu.. 'takpe bang.. takpe.. terima kasih, kami settle sendiri..'

Berkali-kali aku minta maaf dari pemandu kereta itu..
Kesian jugak pada beliau sebab dia bagitahu lama dia dekat parking kereta tu kerana masih dalam keadan terkejut.. Aku pulak gagahkan diri memandu balik nak kejar rutin harian pulak..

Syukur Alhamdulillah juga kami takde apa-apa.. cuma perasaan terkejut, menggigil menguasai diri..

At the end..
Memandangkan masing-masing ada rutin yang perlu diselesaikan, kami saling bertukar nombor telefon dan nanti kami akan selesaikan di bengkel.
Moga urusan kami nanti dipermudahkanlah hendakNYA..


StatusHati: Kelu tak terkata..



Monday, January 18, 2016

SEBAB KITA INI MANUSIA..


Ramai orang boleh sebut SABAR..
Tapi bila kena pada diri sendiri, dia pun tak boleh nak tahan sabar..
Ramai orang boleh NASIHATKAN orang tentang redha tapi..
Bila diri sendiri yang kena.. dia sendiri pun tak reti nak redha..
SEBAB KITA INI MANUSIA..
Adakalanya kita pandai berkata-kata sampai kita pun banyak kali lupa..
#SumberFBDatukWiraDr.MaznahHamid


Tak ada sesuatu yang terjadi di dalam dunia ni secara kebetulan..
Kecuali DIA mengkehendakinya..
Mesti ada sebab-musabab mengapa ia terjadi..
Sesungguhnya ada rahmat disebalik setiap kejadian..


StatusHati: Apa pun yang terjadi, aku akan ikut kata hati..



Sunday, January 17, 2016

'Wah.. hebatlah acik main..'


Kisah petang semalam..

Dongak ke langit..
Nampak gelap..
Nak jogging..? Mood tak sampai..
Tengok dak Adik bola keseorangan..
Tetiba rasa nak kacau..
Dari sepak sekali dua.. dak Adik heret ke masa tambahan..
Mainlah dua beranak depan rumah..
Anak jiran tegur ' wah.. hebatlah acik main..'
Dia tak tengok lagi aku main dalam gelanggang macam mana..
Memang janam.. janam.. jahanam jadinya..

Hari ni dak Adik nak repeat balik..
'Ibu nanti kita main lagi ek..'
'Tengoklah kalau ibu rajin..'
'Alah ibu.. bolehlah..'

Nampak tak.. dipujuk diayatnya aku..
Macam takde geng nak diajaknya main..
Siap pesan mintak aku belikan bola baru..
Dulu aku pernah belikan bola tapi budak-budak lain yang conquer..
Kesian dak Adik tak dapat main..
Sampai pecah bola tu dorang buat..
Sebab tu aku malas nak belikan dah..
Mainlah dak Adik guna bola mainan dak Nuha..
Nantilah dik.. ibu beli yang lain..
Beli yang murah-murah je..
Kalau jahanam pun takdelah rasa sakit hati sangat..


StatusHati: Tiada lain selain rindu.. terlalu rindu..




Saturday, January 16, 2016

Skill potong bawang



Aku hiris-hiris je bawang ni semua..
Bergenang airmata menahan pedih..
Tapi demimu kambing.. sanggup ku tahan..
Makan kari kambingler kita lagi..


Chef hubby terima tempahan masak sebenarnya..



StatusHati: Tak nak fikir diet buat sementara waktu ni..


Friday, January 15, 2016

TIGA LALAT CALENDAR GIVEAWAY



Puas ingat kat mana kali pertama terjumpa dengan lalat nan satu ni..
Satu-satunya lalat yang kukenal jantinanya..
Biasanya lalat yang berterbangan tu, bila ku halau terus lari..
Tak sempat jantinanya kukenali..
Lalat yang ni boleh ajak berdiskusi lagi..
Nampak tak keunikan lalat nan satu ini..

Ni puji bukan sebarang puji..
Memuji pula atas kepentingan peribadi..
Tu dia calender Tiga Lalat menanti..
Buat pemenang bertuah mini Giveaway ini..



Boleh join di SINI..
Tarikh tutup penyertaan: 18 Januari 2016


Marilah kawan-kawan join mini giveaway wak Tiga Lalat ni..
Mana tahu menjadi salah seorang pemenang bertuah..
Untung-untung terpampang pulak wajah blog dalam calendar wak Tiga Lalat untuk calendar 2017 nanti..



StatusHati: 'Aku nak menguasai.. bukan dikuasai..'

Baik buat je apa yang kita suka..


Kita terlalu memikirkan perbuatan orang lain terhadap kita..
Tapi kita selalu lupa perbuatan kita..
Adakah ia menyenangkan orang lain..??

Dalam hidup ni jangan terlalu ikut perasaan..
Berpada-padalah..
Kalau nak puaskan hati manusia sampai bila pun takkan dapat..
Baik buat je apa yang kita suka..
Patutnya kena risau pandangan Allah terhadap diri kita..


Pesanan buat abam sayang..
Perempuan ni bang..
Kalau dia kata TAK APA.. TAK PERLU.. OK.. dalam hati dia lain bro..



StatusHati: Depan mata tak nak lepaskan rindu.. dah jauh.. sasau..



Thursday, January 14, 2016

Kenangan Hari Ketiga di Sarawak


Sambungan dari SINI..
Entry lama terperam..
Jangan tanya kenapa.. sebab aku susah nak terangkan kenapa ianya jadi begini..

Hari ketiga di Sarawak diteruskan menuju ke Pasar Serikin.. tempat yang sangat sesuai bagi kaki shopping..
Aku..? Serius tak minat..
Namun memandangkan itu dah termasuk dalam program, pergi jugaklah.. yang tak suka aku sorang.. yang lain suka je.. kihkihkih..


Sedikit info mengenai Pasar Serikin dari Cornie (our tourist guide).
Dulu orang shopping di Sempadan Tebedu..
Kawasan tersebut adalah pintu rasmi antara Malaysia dan Indonesia dan jualan bukan dalam bentuk rupiah tapi sebaliknya menggunakan RM.

Kemudian, dalam tahun 1980-an, mereka mula pindah berniaga di Serikin..
Kalau dulu mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Pasar Serikin (dari Kuching) sebab jalan tak elok waktu pasar tersebut baru dibuka. Sekarang sejam setengah dah boleh sampai di sana..

Perjalanan sepanjang ke Pasar Serikin pasti akan berjumpa dengan parabola hampir di setiap rumah.. Dulu pernah ada arahan untuk turunkan parabola tapi rakyat di pedalaman tak setuju.. 'kami jugak perlukan hiburan'.. Lepas tu arahan tu terus senyap..
Di sana, kaum Melanau adalah kaum majoriti dalam 70% muslim dan bakinya adalah beragama Kristian dan Likau (tiada pegangan agama)..




Dari Kuching ke Pasar Serikin..

Singgah sekejap di Pekan Bau..

Bertahun lamanya aku tak naik bas jenis macam ni..


Tapi masa tu, kitorang naik bas yang disewa khas..


Sepanjang perjalanan Cornie - our tourist guide banyak bercerita tentang sejarah tentang tempat, budaya, makanan, bahasa kepada kami.. Ada antaranya aku catat tapi tak fokus sangat sebab dok leka ambil gambar pemandangan.. Really enjoy it..


 Pemandangan di Pasar Serikin..
Pelbagai jenis barangan ada.. sediakan duit je mana yang berkenan..


Dulu.. aku pernah gosok baju menggunakan seterika ini..




Tak sampai pertengahan pun, kami patah balik..
Panas membahang walau ketika itu baru pukul 9 pagi..
sebab Pasar Serikin yang kedudukannya hampir di Garisan Khatulistiwa..



Masa diberikan kepada kami untuk shopping selama 2 jam kerana ada aktiviti lain pulak pada sebelah petangnya.. Sungguh, lepas ni kalau ada yang ajak aku ke Pasar Serikin, memang taklah aku nak pergi.. Gambar pulak tak banyak sebab masa ni aku terpisah dengan 'cameraman' aku.. kihkihkih..

Selesai aktiviti membeli dan belah di Pasar Serikin, kami singgah makan tengahari di Pekan Bau sebelum perjalanan diteruskan menghala ke Perkampungan Budaya Sarawak..

Untuk yang ni next entry..



StatusHati: Bertabahlah wahai hati.. jangan teruja sangat..


Kita takkan tahu..


Jika seseorang memberikan perhatian padamu jangan pernah bosan apalagi mengabaikannya kerana satu hari nanti perhatian kecil itu akan kamu rindukan ketika kamu merasa kesepian.. Happiness starts with you..
#SumberFB


Kita takkan tahu apa yang berlaku pada hari mendatang..
Kita hanya mampu merancang tapi DIA yang menentukan..
Kita mampu melaksanakan tapi hanya dengan izin dariNYA..

Moga 2016 ni membuka lembaran yang lebih baik dari sebelum ni.
Biarlah coretan lama yang pahit masam kelat berlalu pergi..
Aku tak nak ia terus membeku di dalam hati.. biarkan ia berlalu pergi..
Nyah kau dari hati..


JANUARI..
Bulan yang terlalu istimewa buat diriku..
Awal bulan dah dapat kan.. kita tunggu hujung bulan pulak..  
Moga sesuatu yang istimewa dan terbaik menanti di hujung bulan ni..
InsyaAllah..

Hati..
Kali ni.. biarlah aku mendengar suara hatiku sendiri..
Tidak mahu lagi 'nasihat' yang akhirnya memakan diri..



StatusHati: Aku takkan singkirkan rasa sayang ini..


Wednesday, January 13, 2016

MENGAPA MAHU TUKAR FORMAT UPSR..??


Dalam Suratkhabar Berita Harian edisi hari ini 13 Januari 2016.

Pengumuman Kementerian Pendidikan mengenai cadangan untuk ubah format Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipersoal NUTP kerana kaedah sedia ada sudah lama dilaksanakan dan juga terbukti berjaya.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dalam reaksi terhadap pengumuman cadangan mengubah konsep UPSR kepada 40 peratus PBS dan 60 peratus lagi peperiksaan berpusat, turut meminta kementerian itu membuat kajian terperinci dan mendengar pandangan pihak berkepentingan.

USPR TERBUKTI BERJAYA
Presidennya, Hashim Adnan, menegaskan pihaknya tidak mahu sistem yang sudah sekian lama dilaksanakan dan berjaya, diubah tanpa melihat kesan daripada perubahan berkenaan.

"Sistem UPSR sudah terbukti sejak sekian lama dan ramai yang berjaya melalui UPSR. Jadi mengapa perlu tukar? Jika mahukan pandangan kami, maka dengarlah dan terimalah kerana kami berada di lapangan."

Hashim meminta kementerian berkenaan tidak terburu-buru membuat perubahan kepada PBS, terutama Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dinilai dan dikaji semula dari semua sudut kerana ada banyak kelemahan hingga menyebabkan masalah kepada pelajar serta sekolah.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr. Mohamed Ali Hassan juga meminta kementerian tidak tergesa-gesa mengubah format UPSR mengikut sistem PBS, sebaliknya mahu ia dibuat secara berperingkat supaya dapat diterima pelajar dan pengajar.

"Kementerian perlu pastikan sistem baharu dilaksanakan dengan profesional dan semua pihak terbabit cukup bersedia. Paling penting ialah pelajar, ibu bapa dan guru dapat menyesuaikan diri dengan format baharu itu."


Aku highlight kan tulisan tersebut berwarna merah kerana..
Dak Kakak antara murid perintis yang belajar mengikut format baru KSSR berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sejak dari darjah satu.
Tahun ni adalah peperiksaan kali pertama UPSR berdasarkan format baru tersebut.
Jadi apa rasionalnya pihak kementerian ingin membuat perubahan pada sistem sedia ada.
Janganlah murid dan tenaga pengajar dijadikan 'tikus makmal'.
Cukuplah PT3 yang kali pertama dulu berhadapan masalah yang teruk hingga terjejas keputusan keseluruhan sekolah di seluruh negara.
Takkan nak ulang pada peperiksaan UPSR kali ni..?

Ya!Allah Ya!Tuhanku..
Kau bukakanlah mata hati mereka yang berkenaan agar tidak mengganggu sistem pendidikan sedia ada. Tolonglah jangan jadi syok sendiri.. yang jadi mangsa kami ni haa..

Masalah lain pulak..
Buku Teks Sejarah Tahun 6 akan hanya diterima pada hujung bulan ini gara-gara kesilapan cetakan pada kedudukan negeri Melaka seperti di SINI..


StatusHati: Janganlah menambah beban sedia ada..



Tuesday, January 12, 2016

Tak cedera cuma terkejut..


Dari pagi tadi, ada je rasa tak kena di hati..
Nak update blog.. aku delete balik entry yang aku nak publish tu..
Idea ada tapi tak cukup kembang untuk aku dendangkan di sini..


Berbalik kepada entry semalam, dak Nuha sebenarnya takde apa-apa..
Lebih kepada rasa takut dan terkejut gara-gara jatuh tangga..
Terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan..
Alhamdulillah.. dak Nuha tak demam dan takde apa-apa kecederaan pada badan dia.. syukur sangat-sangat..
Lepas ni, kena lebih berhati-hati..


Berkerut dahi memikirkan cara nak keluarkan buah limau bali tu..


'kite ok.. uncle dengan auntie jangan risau ek..'



StatusHati: Rindukan dirimu..


Monday, January 11, 2016

Dak Nuha jatuh tangga..!


Kisah petang semalam..

Dak Nuha jatuh tangga..
Berguling dari atas ke bawah..
Meraung dia.. sebab takut pun ye.. terkejut pun ye..
Syukur aku sempat sambut walau dalam hati takutnya hanya DIA yang tahu..

Dulu aku pernah jatuh dekat tangga yang sama masa dalam pantang dak Kakak..
Nasib baik elok berbengkung tapi malam tu menahan sakit aku dibuatnya..
Sakit wooo.. dalam pantang pulak tu..
Dahlah aku ada sejarah sakit pinggang sebelum tu, kesannya sampai kini aku terasa..

Ni kena pula pada dak Nuha..
Syukur Alhamdulillah.. dak Nuha takde apa-apa..
Lagipun keadaan dak Nuha jatuh 'smooth' je..
Bukan terhempas dari atas ke bawah..
Nauzubillahiminzalik..


Masa dak Nuha jatuh tu.. sempat lagi aku cari kat mana my FIL..
'Abah mana.. abah mana..?'
Memasing tarik nafas lega bila abah tak nampak secara langsung masa tu..
Takut wooo.. kena marah..
Abah tak garang tapi kalau sekali abah 'tegur'.. sampai ke lubuk hati paling dalam rasanya..


Berkebetulan ada majlis bertandang di rumah FIL petang semalam..
Itu yang dak Nuha ikut dak Kakak naik ke atas.. bosan takde kawan katanya..

Alhamdulillah.. dak Nuha selamat.. syukur sangat-sangat..




StatusHati: 'Ada sedikit penambahbaikan melalui standard and procedure..'


Bukan ku tak hitung bukan ku tak kira..


Dah lama.. cukup lama..
Bukan ku tak hitung bukan ku tak kira..
Tapi cuba pejamkan mata..
Buat seperti tidak mengetahui..
Walau menyeksa diri..
Senyap.. mendiamkan diri..
Dingin rasa hati..
Cubalah mengerti.. apa rasa hati..



StatusHati: Ku harap kau mengerti..

Sunday, January 10, 2016

Lagi seram lagi best..


Hujung minggu yang ohsem adalah..



Bila aku dapat gedik santai hadap novel seram..
Lagi seram lagi best..
Lepas tu bila dah terlampau seram aku pulak yang seram nak buat kerja..

Dari sebelum masuk tahun baru hari tu aku dah baca beberapa buah novel seram..
Bila ada masa nak membaca ni..
Maka..
Rutin harian kuawalkan dari biasa agar tak kelam-kabut..
Anak-anak tak lapar, aku senang hati..
Nampak tak.. nampak tak..
Betapa ketagihnya aku sekarang dengan novel seram..
Itu nasib baik aku tahan diri dari menambah koleksi yang baru nak bermula ni..

La ni kasihku teralih sedikit dari blogging dan surfing..
Novel seram menjadi pilihan..


StatusHati: Aku rindukan setiap pandangannya.. perhatiannya..



Friday, January 8, 2016

Momentum 'Stay Slimmer'..


Nak maintain tu yang payah..
Semangat kena kuat..
Moga kekal momentum kekurusan itu..




StatusHati: Wanna #StaySlimmer..


Thursday, January 7, 2016

Polis Gemuk Tidak Boleh Naik Pangkat


Polis Gemuk Tidak Boleh Naik Pangkat.
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mewajibkan warga pasukan itu lulus ujian Indeks BMI serta beberapa ujian kesihatan sebagai prasyarat kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.


Mesti handsome dan sado abam-abam polis lepas ni..
Barulah nampak cekci..
Barulah sedap mata memandang..

Barulah hilang sekejap rasa stress waktu memandu.. macam kisah di SINI..
aaauuuwww.... ai like... rrrooaaarrrrr... miaaawwwww... krik.. krik..



StatusHati: Kita tak suka muncit.. tak cekci.. wakakaka..


Wednesday, January 6, 2016

Medical check up..


Bersiaran secara langsung dari perkarangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)..

Temujanji Pemeriksaan Kesihatan melibatkan diri sendiri..
Kali ni berseorangan tanpa ditemani sesiapa..
Moga dipermudahkanNYA..

Hari ni kesihatan aku agak baik berbanding semalam..
Tapi.. berjangkit pulak pada dak Kakak..
Badan dia dedo.. dah mula tak sihat..
Sempat aku pesan pagi tadi, kalau tak larat mintak cikgu call babah atau ibu..
Sabar ye Kakak.. tunggu ibu balik..


StatusHati: Sayang.. apa khabar denganmu..?


Tuesday, January 5, 2016

Selamat Kembali ke Sekolah


Alhamdulillah..
Urusan hari pertama berjalan dengan baik walau aku rasa dah separuh nyawa tak larat. Tak tahu kenapa semalam tiba-tiba rasa tak sihat..
Hari ni pun masih tak ok tapi kugagahkan diri untuk bekerja..
Takmo manjakan sangat diri nanti satu hape pun tak siap..

Apa-apapun..
Untuk 2016 ni..
Aku nak habiskan beberapa draft entry tertunggak tahun lepas..
Entry semasa pun tetap berjalan seperti biasa..
Tapi..
eemm..
Sampai bila aku akan berblog..?
Hanya masa akan menentukan..


StatusHati: Fikiran melayang..


Monday, January 4, 2016

Status terkini Mak Budak a.k.a Remaja Purba


Status terkini..

Mak Budak a.k.a Remaja Purba tiba-tiba tak sihat..
Pelik.. sebab pagi tadi ok je..
Keadaan yang sama berlaku waktu malam nak masuk tahun baru lepas.. juga selang sehari selepas itu..

Hubby cakap..
'Ni.. yang bongsu ni teruk betul alahannya..'
Huhuhu.. kite demam biasa jelah.. janganlah takutkan kite..


Kugagahkan diri menguruskan urusan persekolahan dak Kakak dengan dak Adik..
Hubby pulak..
'Dorang bukan kecik lagi nak berteman sampai dalam kawasan sekolah..'
Dan memang ye pun..
Dak Adik siap tak bagi aku keluar dari kereta lagi..
Cukup sampai depan pintu sekolah..
'Ibu kan tak sihat..'
Itu je alasan dak Adik..


Dak Nuha..?
Ketika org sibuk nak ke sekolah..
'Ibu.....' mula dah tangisannya..
'Ibu nak hantar kakak dgn adik kejap pergi sekolah..'
'Nak ikut ibu..'
Cepat mandi.. siap..

Lepas dah hantar dak Kakak dengan dak Adik ke sekolah..
'Ibu kata nak pergi kerja..'
'Ibu cutilah hari ni..'
'Jomlah g office ibu.. ibu balik tukarlah baju..'
Seingat aku takde janji nak bawa dak Nuha ke office.. cuma pesan bangun awal..
Kesian dia.. pakai lawa-lawa pagi tadi, sudahnya dok kat rumah teman aku masak..


StatusHati: Tak larat..


Sunday, January 3, 2016

Menu Istimewa on my Anniversary


Kalau tahun lepas..
1 Januari 2015..
Nasi Ayam homemade by my chef Hubby..

Tahun ni on my anniversary..
Dah malam baru dapat makan bersama memandangkan beliau tak dapat cuti..


Ayam golek madu+yogurt..
Ketam 'lembut' goreng bersalut telur masin..
Udang goreng butter..


Terima kasih buat chef Hubby..
Dahlah penat bekerja..
Drive pulak balik kampung..
Pehtu masak semua menu tu..
Dinner merangkap supper di rumah MIL malam tu..
Aku tak tolong..?
Tolong tengok.. tolong rasa.. tolong makan je..
Badan rasa dedo sejak malam tahun baru tu..

'Yang bongsu ni teruk pulak alahannya..' suka nau Hubby dok menyakat aku.. walhal demam biasa je.. huhuhu..


StatusHati: Kekalkan momentum yang ada hingga ke akhir hayat..


Friday, January 1, 2016

Makna sambutan Tahun Baru 2016 pada aku..?


Setiap tahun punya sejarah tersendiri..
Kita tak tahu apa akan terjadi untuk tahun mendatang..

Alhamdulillah..
365 hari telah dapat kita lalui bersama..
Banyak sejarah tercipta.. ada yang berulang.. ada yang terpinggir..
Bukan mudah nak lalui andai tiada kekuatan..
Bukan mudah nak atasi andai bukan izin dariNYA..

2015..
Banyak kenangan pahit terselit.. terbeban di pundak..
Hampir hilang fokus seketika..
Terus bertahan walau sesulit mana sekalipun..
Moga yang pahit itu akan hilang seiring dengan pemakanan yang sihat peredaran masa..

Dan..
Makna sambutan Tahun Baru 2016 pada aku..?
Sangat bermakna kerana ketika orang lain sibuk nak sambut tahun baru, tapi aku hanya terbaring atas katil.. tetiba rasa dedo macam nak demam, siap berselimut berstokin bagai..
Ok.. itu malam tadi..

Tapi 1 Januari.. adalah tarikh aku selamat diijabkabulkan..
Dan hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami..
Buatmu..
Happy anniversary to you my chef Hubby..
Kekalkan momentum yang ada hingga ke akhir hayat..


Gambar kiri kisah di SINI..
Gambar kanan kisahnya di SINI..
Motif: Nampak tak.. nampak tak.. #miahahaha..


Terima kasih atas segalanya buat my chef Hubby..
2016.. Kita buka sejarah baru..
'Hadiah mana bang..?'
'Anak boleh..?'
Krik.. krik..


StatusHati:Moga 2016 ni lebih membahagiakan kita semua dan mencorakkan sesuatu yang indah sebagai kenangan.



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...