Followers Remaja Purba

Friday, September 12, 2014

Ke mana perginya Integriti..?



Kisah budak sekolah..
Cuti Persekolahan akan bermula dari 13 hingga 21 September 2014.. selang sehari selepas peperiksaan UPSR yang hangat serta kecoh dengan isu kertas soalan bocor..

eeemm.. nampaknya cuti persekolahan kali ni tak dapat nak beronok-ronok berjalan sakan memandangkan calon-calon UPSR terpaksa menduduki semula kertas peperiksaan yang bocor tersebut.

Kasihan juga pada ibubapa yang turut bercuti rehat bagi memberi sokongan kepada anak-anak.. sudahnya terpaksa ulang semula.

Kenapa mesti berlakunya perkara macam ni..?
Ke mana perginya integriti individu yang tidak bertangungjawab itu sehingga sanggup menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan..
Tidak kesiankah pada semua calon-calon UPSR tersebut..?
Tak terfikirkah perasaan mereka macam mana selepas berhempas-pulas memberikan yang terbaik.. alih-alih begini akhirnya..?
Sangat memalukan..



Kisah dak Nuha pulak..
Dak Nuha masih belum baik sepenuhnya.. kesian tengok dia tak bermaya semalam..
Makan ubat pun hanya nak babah dia yang suapkan.. dengan aku langsung takmo..
Pakej dengan hilang suara sebab banyak menangis menjerit..
Moga cepat sembuh hendakNYA..




psstt: Jangan biar ada ruang kosong diantara kita dan belajarlah menerima keadaan sedia ada..



8 comments:

  1. tu la kan, tak sepatotnya hal ni berlaku. sedih pulak tengok bebudak yg jdi mangsa.

    p/s: semoga dak nuha cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
  2. Apa lah yang dia harapkan duk bocorkan soalan tu.. Tak ppk dosa agaknya..

    ReplyDelete
  3. sakit betul hati kita bila ada dalang2 yg buat kerja bangang mcm ni.. kan dah menyusahkan semua pihak.. gggrrr

    ReplyDelete
  4. kesian kat budak2 tu..tp takpela kita positif ada hikmah yg lain ke, kan ai?

    ReplyDelete
  5. Rasa macam nak marahhhh sangat. Tapi x tau nak marah kat siapa. Memang tak ada hati perut betul orang tu.

    ReplyDelete
  6. tak tau nk ckp pe, sbb dulu2 zmn dana upsr ke spm tak penah dgr psl soalan2 bocor nih... jarang sgt dgr... tp skrg nih asal peksa besar je msti ada kisah psl soalan bocor... mcm thn ni... sian budak2 nk cuti, kene peksa semula... aduhla

    ReplyDelete
  7. Di negara luar ia akan dianggap sebagai sesuatu yang pelik, tapi di Malaysia ia tak dirasa sebagai satu cerita pelik..Ia cuma sebahagian dari koleksi cerita-cerita pelik yang banyak berlaku di negara kita yang sangat banyak cerita-cerita pelik dalam satu senarai cerita-cerita pelik yang sangat panjang....

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...