Followers Remaja Purba

Sunday, August 31, 2014

Di sini Lahirnya Sebuah Cinta.. 57 Tahun..



Selamat Hari Ulangtahun Negaraku MALAYSIA..

Moga Negara kita terus aman hendakNYA..
Moga kita semua dianugerahkan kesihatan yang baik hendakNYA..


Credit to Mr. Google..




psstt: Di sini lahirnya sebuah cinta.. antara kau dan aku kita bersama..



Friday, August 29, 2014

Restoran RSMY Best Cheese Naan Danau Kota



Dah lama dok bagi hint kat hubby nak pekena Cheese Naan kat RSMY Danau Kota..
Ni gara-gara mak budak blogger Zazalah  ni..
Geram aku tengok cheese naan yang mampu menaikkan nafsu makan aku tu..



22 Ogos ---> Hari Berkabung Malaysia..
Malam 22 Ogos tu lah kami ke Danau Kota..


Tak susah sebenarnya nak cari letak duduk Restoran RSMY Best Cheese Naan ni..

Landmark:
Belakang Columbia Hospital.. bersebelahan NZ Curry House..


Memula tercari-cari gak.. NZ Curry House tu aku dah nampak tapi RSMY langsung aku tak perasan..
Jalan tu sehala, kena masuk simpang depan sikit dari NZ Curry House tu baru boleh masuk parking kat depan deretan kedai tu..

Tapi toksah beranganlah ada parking.. memang penuh takde kosong.. Parking.. ikut suka.. janji tak halang kenderaan orang lain..


Kalau takde gambar, takdelah bukti ye dak..
Cuma part aku duduk betul-betul sebelah tepi.. tu yang tak dapat gambar penuh dari depan..
Dah itu je meja yang kosong masa tu..


Roti Cheese Naan..
Nak try kuah keema tapi dah habis masa kami sampai ni.. jadi terpaksalah aku pilih ayam tandoori..
Yelah.. dah pukul 11 baru datang makan, memang tak dapatlah..


Hubby jadi mangsa keadaan.. gambar wajib ada..


'Apa ingat roti ni sejuk nak pegang lelama..?'
Kehkehkeh.. mintak maaflah bang.. ingat tak panas.. tu yang suruh pegang lama tu..
Malam tu kami siap tapau 2 set lagi bawa balik..
 

Nasi beriani kambing dah habis.. eeemm.. ayam pun ayamlah.. menu hubby..




Dah alang-alang sampai ke Danau Kota, terus singgah di Uptown Danau Kota..
Setiap lorong kami masuk.. terapi minda kat Uptown tu pulak..
Dah penat berjalan sakan, masa untuk balik..
Puas hati dapat merasa jugak Roti Cheese Naan tu.. thanks to blogger Zaza up entry dalam blog..
Memang pueh hatilah walaupun terkejar-kejar, takut lewat sampai kedai dah tutup..





psstt: Rasa nak repeat lagi makan Cheese Naan tu.. nak gedik manja kat hubby ajak teman lagi.. kihkihkih..

last psstt: Kau terlalu istimewa dimataku..

Thursday, August 28, 2014

Selamat Hari Lahir buat dak Adik.. my MQA



Keranamu Adik.. lahirnya blog ini.. hanya keranamu Adik..


Dak Adik..
Satu-satunya anak lelaki dalam family kecikku..
Anak kedua selepas dak Kakak.. sebelum dak Nuha..
Selalu menjadikan dak Nuha mangsa buli.. dah macam Tom and Jerry dengan dak Kakak..
Kuat dan tabahlah hendakNYA anak lelaki ibu sorang ni..
Degil keras kepala copy paste ikut perangai ibunya.. huhuhu..


Selamat Hari Lahir buatmu Adik..
Hadiah in advanced.. semalam Babah beli dan siap pasangkan..




psstt: Terfikir dari mana punca batuk dan selesemaku ini hingga serak suaraku..




Wednesday, August 27, 2014

Bersama Maria Tunku Sabri di Pak Li Kopitiam Klang Sentral



Semalam aku request nak makan kat luar.. nak cover mood aku yang unstable.. sambil buat terapi minda dengan membeli dan belah barang keperluan sekolah anak-anak..


Tempat yang dituju..
Pak Li Kopitiam Klang Sentral..




 Dak Adik kena duduk asing dari dak Nuha.. kalau tak.. macam Tom and Jerry..


 Jauh dari dak Adik tapi dekat dengan dak Kakak pulak..


 Selain bersama dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha..
kat belakang kami.. 'gambar' Maria Tunku Sabri turut menemani kami makan malam tadi..
Pak Li Kopitiam pernah masuk dalam 'Jalan-jalan Cari Makan (JJCM)..'



Menu pilihan: 
Nasi ayam Lemon (bagi aku tak sesedap dulu..)
Sparkling Durian Belanda (tak ingat nama).. ---> aku suka air ni..
Chicken chop.. black pepper chicken chop.. ---> kureng sedap..
Tapi.. bersyukur anak-anak tak meragam.. makan aje apa yang telah menjadi pilihan..





psstt: Berada disampingmu.. berkongsi sesuatu untuk menjadikan kehidupan lebih bahagia..



Tuesday, August 26, 2014

Penghujung Syawal 2014..





Syawal 2013 dah lama berlalu..


Ramadhan 2014 juga telah melabuhkan tirai dengan sempurna..


Kisah beraya sakan pada Syawal 2014 juga telah selesai..




Hari ni merupakan hari terakhir dalam bulan Syawal..
Alhamdulillah  kita berjaya menempuh dengan sabar dan tenang..
Moga kita dapat bertemu kembali pada tahun hadapan.. InsyaAllah..




psstt: Tenang di sisinya..

update: Credit to Mohamad Amarr my staff at office yang lukis gambar ni..



Monday, August 25, 2014

Raya ke 7.. Open House Teratak Mak Budak



Akhirnya lengkap sudah Entry beraya sakan kami bagi Aidilfitri kali ini.


Selepas penat berhempas-pulas pada Raya ke 6.. Open House di rumah SIL.. raya ke 7.. turn Open House teratak Mak Budak pulak..
Kali ni jemputan tidak seramai mana sebab last minute plan dan minggu tersebut pun masih minggu menjenguk menziarah saudara-mara..
Jadi kepada yang tak dapat datang.. takpe.. takde masalah.. lain kali kita jumpa lagi..


Gambar tak banyak aku ambil.. lagipun cik Nikon aku merajuk..

Menu wajib..
Siapa yang datang awal masa tu dapatlah merasa pulut periuk kera ni..


Kari kambing by chef hubby..




Ayam masak minang in the making..


Set karaoke..


Tak cukup kat rumah SIL, bersambung pulak karaoke kat rumah kami..


Menu utama: Bihun sup.. nasi putih.. ayam masak minang.. 
Menu simple je..





Bersama blogger makchaq..

Takdan pun tukar baju.. sebab masa orang ramai datang dia baru bangun tidur..




Sebelah malam hubby masak kari ikan jenahak dan Ikan talapia sambal..
Rezeki buat mereka yang beraya pada sebelah malam..
Gambar kenangan tiada.. hubby dah penat melayan kerenah selfie aku.. kehkehkeh..


Terima kasih buat adik-adik ipar yang tolong mengemas..





Alhamdulillah.. lengkap sudah raya sakan kami tahun ni..
Dah nak penghujung Syawal baru selesai entry berkaitan raya..
Dalam pada tu ada beberapa siri entry yang aku rasa bukan diri aku yang sebenar..
Bak komen seorang blogger 'emotional betul entry sejak akhir2 ni....'





psstt: "Jangan cakap menyusahkan.. anggaplah ia aktiviti yang menyeronokkan.."




Friday, August 22, 2014

Lumrah Manusia..



Bila dah ada yang baru.. dia pasti akan lupakan yang lama..
Tapi bila dah hilang yang baru.. barulah nak cari yang lama semula..


Kadang-kadang kita tak sedar, dengan hanya sepotong ayat boleh membuatkan sesesorang terluka sepanjang hayat..




psstt: 22 Ogos 2014 dalam kenangan.. Hari Berkabung Malaysia #MH17.. Moga dipermudahkan urusan berkaitan dan moga diberikan kekuatan kepada semua waris yang menantikan kepulangan..



Wednesday, August 20, 2014

Itu yang kita perlu risaukan..



Bila kita berubah ke arah yang lebih baik dari sebelum ini dan mendapat pujian.. kita patut bangga sebab masih ada yang prihatin dengan kita..

Bila kita berubah takde yang menegur dan bila kita berada di takuk lama masih takde yang menegur.. ye.. itu yang kita perlu risaukan.. sebab kita tahu masa tu takde orang yang nak ambil peduli tentang kita..

Tapi bila kita share sesuatu, bukan bermakna benda tu dapat diselesaikan tapi paling tidak dapat mengurankan rasa bebanan dalam diri kita.. cuma bila kita berkongsi sesuatu, bermakna kita percaya antara satu sama lain..

Walaupu kita mampu mengharungi sesuatu itu sendirian, tapi kita tetap manusia yang ada kelebihan dan kekurangan..



psstt: Bila api tengah membakar.. jangan ditambah dengan minyak.. curahkanlah dengan air.. dan kata-kata sayang mampu melembutkan hati..



Tuesday, August 19, 2014

Raya ke 6.. Open House di rumah SIL



Hutang Entry beraya sakan kami diteruskan lagi dengan Rumah Terbuka dan Tahlil di rumah SIL..


Penat tak hilang lagi balik dari Raya ke 5 di Perak.. pagi Raya ke 6 tu kami pergi ke rumah SIL untuk persediaan rumah terbuka dan tahlil beliau buat pertama kalinya..

Urusan memasak dilakukan sepenuhnya oleh my chef hubby.. on request oleh kakaknya sendiri.. Aku tumpang sibuk je.. bantu hubby mana yang patut.. tukang rasa.. tukang makan.. kehkehkeh..



Menu utama: Nasi putih, kari ayam, sayur campur, bihun sup, buah dan air..



Dak Nuha meragam nak berdukung je..


Sepanjang Rumah terbuka dan Tahlil di rumah SIL..




Lepas dah settle memasak dan hidang, kami balik rumah bersiap untuk ke rumah blogger Makchaq di Putrajaya.. tapi sebelum tu kita jamah dulu menu yang ada kat rumah SIL..

Kita selfie dulu..





Petang di rumah blogger Makchaq..

Kami tetamu pertama sampai..


Memula makan ni dulu..


Sate menjadi pilihan..


Bersama Makchaq..
 
Lama tak lamalah kat rumah Makchaq.. macam-macam masuk dalam perut kami..
psstt: Aku siap tapau ketupat daun palas makchaq buat.. 


Kemudian kami kembali semula di rumah SIL.. duduk berehat sementara nak tunggu MIL sampai..

Sempat karaoke dulu..

Untuk makluman semua.. my SIL adalah pemilik Andaman Sirih Persona.. link sebelah kanan atas sekali dalam blog aku.. aku dah pesan update blog tapi memasing sibuk.. huhuhu..


Masak Kari Ikan Jenahak untuk mak dengan abah berbuka puasa..
Maaf tiada gambar kenangan..


Selepas meragam teruk tak cukup rehat.. begini sudahnya.. tidur nak berkepit tak boleh berenggang..



Lewat malam selesai sesi membasuh dan mengemas..


Esoknya Hari Raya Ke 7.. barang-barang tersebut digunakan pula di Rumah Terbuka Mak Budak a.k.a Remaja Purba pulak.. senang.. lepas guna dah boleh susun dan kemas semula barang-barang tersebut.


BERSAMBUNG..




psstt: Pagi tadi cerah dan cantik rupa langit.. rupanya Allah nak hadiah hujan ditengahari..



Monday, August 18, 2014

Berehat bersama dak Kakak dan Kit Kat..



Kisah dak Kakak pagi semalam..

Baru-baru ni aku ada beli Kit Kat.. itupun sebab dak Nuha merengek nak.. tapi bila sampai rumah memasing lupa.. mungkin sebab penat ikut shopping agaknya..
Jangan kata dorang, aku pun lupa.. tengok-tengok dah cair.. jadi aku simpan dalam peti sejuk beku bagi keras balik dan dalam masa yang sama dengan harapan tak dijumpai dek anak-anak..

Kekonon nak sorokkan dari doranglah.. tapi aku terlupa yang anak-anak lagi bijak.. smart.. bila melibatkan makanan..
Soroklah setinggi mana sedalam mana.. InsyaAllah pasti akan dijumpai oleh dak Kakak atau dak Adik..


Dan terjadilah perbualan ini pagi semalam.. Ni kebetulan dak Adik takde.. dok rumah atoknya kat P.J.. kalau tak memang habis dikerjakan dorang..


'Ibu.. kita ada 5 orang ahli keluarga kan.. ibu.. babah.. kakak.. adik.. nuha..' dak Kakak memulakan intro..
'A'ah.. betullah tu.. kenapa..?' Aku ingatkan nak sekadar bertanya..

 

Rupa-rupanya.. 


 'Dalam peti sejuk ada Kit Kat.. Kakak dgn Nuha dah makan.. ada balance lagi 4.. boleh tak Kakak makan satu lagi..'

Sebelum ni aku dah pesan amik sorang satu je Kit Kat tu.. disebabkan ada lebih.. terjadilah perbualan ini.. eemm.. Kakak.. Kakak..





psstt: Semakin hari diri ini semakin dirindui..

Friday, August 15, 2014

Raya ke 5 di Perak..



Hutang Entry beraya sakan kami diteruskan lagi dengan menuju pulak ke Ipoh, Perak..

Raya Kelima di Perak..
Lepas selesai urusan mendobi kat kedai dobi di rumah MIL.. touch down kat rumah.. loading barang baru dan malam tu jugak kami teruskan perjalanan..


dak Kakak dengan dak Adik takmo ikut.. jadinya hanya dak Nuha peneman kami..
Alhamdulillah jalan tak sibuk dan selamat sampai lepas tengah malam..



Beraya dan seterusnya berehat di rumah member hubby..

Selamat pagi Nuha..


Raya kali ni kita layan kerenah dak Nuha..











Betul-betul berehat kat sini.. nak bagi cukup rehat sebab petang dah kena gerak balik P.J


Mangsa dera dak Nuha..


Petangnya kami gerak balik dengan mengikut jalan kampung..
Aku lagi suka iku jalan lama sebab banyak pemandangan menarik dan banyak gerai jualan..
Sebenarnya wife adik hubby mengidamkan buah rambai tapi sepanjang jalan takde pula buah tu dijual.. rupa-rupanya buah masih kat atas pokok lagi.. belum masak..



Pemandangan sepanjang perjalanan balik dari Simpang Pulai sehingga ke Tapah..



Abam berdua tu ingat aku nak rakam gambar dorang..
siap menoleh sampai kereta kami hilang dari pandangan..





Sampai di Pekan Tapah..




Akhirnya selamat sampai di rumah pukul 8:30 malam..
Tak habis kat situ.. keluarkan pulak set catering untuk digunakan kat rumah SIL esok.. sempat jugak kami singgah kat rumah MIL untuk mendobi kat kedai dobi..
Minggu raya ni memang takdan nak basuh dan sidai kat rumah sebab rumah kami tu dah macam homestay tempat persinggahan je..
Awal pagi baru nak melelapkan mata dan esoknya kena bangun awal nak pergi rumah SIL..


Bersambung..



psstt: Maafkan aku andai aku banyak berubah tanpa disedari..



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...