Dalam menahan sakit nak tergelak pun ada bila..
Situasi Pertama:
Dah beberapa hari bahagian atas perut aku sakit. Ini pengalaman pertama aku berbanding terdahulu. Sakitnya macam kulit luka pedih.. Macam tu lah lebih kurang.. Kalau dah duduk janganlah suruh aku bangun, sakit sangat aku rasa tapi nak buat macam mana.. kalau duduk je sah confirm banyak kerja yang tertangguh.
Bila bercerita pada dak Kakak dan dak Adik:
Aku: Kakak.. perut ibu ni sakitlah (sambil gosok-gosok bagi mengurangkan rasa sakit)
Kakak: Ibu rehatlah.. ni mesti kuku baby panjang sangat tu yang perut ibu sakit..
Dak adik pun turut mengiyakan kata dak Kakak.. oh.. anaka-anakku.. tersenyum aku dengan jawapan dorang.. Jawapan yang tak terfikir dek akalku.
Situasi Kedua:
Awal pagi tadi aku mengalami kekejangan ---> 'tarik mengkarung'.. Ini yang paling sakit aku rasakan bila tiap kali kena.. Rasa nak meraung + berguling dibuatnya.
Sehingga saat ini masih terasa sakitnya. Cerita pulak pada hubby..
Aku: Kaki ibu sakit.. kena 'tarik mengkarung'..
Hubby: Mana ada mengkarung masuk dalam rumah ni..
Aku: ish.. abang ni.. tu perumpamaanlah..
Aku tahu beliau hanya bergurau tapi ada rasa geram jugak.. Tengah sakit aku terkena balik.. huhuhu..
Maka kesimpulannya:
Memang sedang menahan sakitlah ni, sabarlah selagi boleh sabar.. Padaku.. ini adalah sakit yang begitu istimewa yang dinugerahkan olehNYA..
psstt: sambil update sambil gosok perut dan kaki..
psstt lagi: sambil update sambil memandang pemandangan depan rumah ---> langit + pokok kelapa sawit..
last psstt: Kelmarin ikan siakap tiga rasa, malam tadi KFC, hari ni.. eemmm.. sedang 'berbincang' dengan si kecikku ini.. :)
Followers Remaja Purba
Saturday, March 24, 2012
Friday, March 16, 2012
weeewwwiiittt...
Bersiaran lagi kali ini di dalam bangunan yang tak berapa tinggi ni..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
Duduknya saya di depan komputer ini adalah ingin menyampaikan.. oits.. bertukar siaran ke..?? hikhikhik..
Ada ketika mood ada tapi jari pulak taknak bagi sokongan..
Ada ketika jari nak 'gatal-gatal' tapi idea pulak terpesong..
Ada ketika terperam je lappy tak berusik..
Tapi..
Hari ini..
Kita berjumpa lagi untuk kesekian kalinya..
Kisah yang sama.. rutin yang sama.. jadi.. aku masih tercari-cari apaaaaa yang nak aku cerita kat sini.
Pandang kiri, pandang depan malah depan dan belakang tapi rasa malas nak flash back apa yang dah aku ketinggalan kebelakangan ni.
Apa-apapun, aku harap korang dapat terima entry kali ni.. Oklah kan.. sekurang-kurangnya takdelah bersawang sangat kan.. kihkihkih..
psstt: Tinggal 41 hari lagi..
psstt lagi: Dari Federal Highway ---> Office.. setiap hari menguji kesabaran dengan mereka yang pandu perlahan dilorong tengah dan kanan..
last psstt: Dalam tak tau nak cerita apa.. panjang juga jadinya..

Friday, March 9, 2012
Fuh.. fuh.. fuh..
aaaa... eerrrr... aaaa...
test.. test.. 1 2 3...
eeemm... lega.. ingatkan dah lupa kata laluan..
Tiup kiri..
Hembus kanan..
Lap depan..
Sapu belakang..
Ohhh... barulah jelas..
Lama dah rupanya aku tak update kat sini, bersawang jadinya.. malah jangka waktu itu juga aku tak singgah ke tempat korang. Janganlah ada yang merajuk atau lupa kat aku.
Alhamdulillah, setakat ni aku berjaya mengharungi bulan-bulan terakhir dengan tenang, walau adakalanya penat tak ingat.
Ya.. tinggal 41 hari lagi.. dak Kakak dengan dak Adik dah tak sabar.. asyik bertanya.. bila nak keluar.. sabar ye anak-anakku.. bulan depan je..
Cuma buat masa ni aku risau dengan tugasan hakiki aku yang akan dibuat oleh penanggung kerja aku. Moga beliau tak stress melayan tugas hakiki aku.
Apa-apapun, moga segalanya berjalan dengan lancar..
psstt: Banyak kisah yang dah lepas tapi aku tak masukkan dalam ni.
psstt lagi: Ada tak yang nak taja bouncer untuk si kecik ni nanti.. tapi taknak warna biru.. hikhikhik..
last psstt: Aku rindu korang... ;)

Subscribe to:
Posts (Atom)
Ingatan Purba
The author will not be responsible for any comment left by the readers.
Please comment using polite language.
Thank you.