Followers Remaja Purba

Thursday, January 13, 2011

ambil no. kereta?

Tiada gambar.

Pagi tadi, nak sampai kat office, aku nampak sorang auntie (takdelah tua sangat) berdiri kat tepi jalan berhadapan Tujuh Sebelas (Seven Eleven) sambil memandang ke arah jalan dengan memegang kertas dan pen.

Mula-mula aku tak perasan, cuma nampak macam dia nak melintas, tapi bila dah makin dekat, tak nampak pulak gaya nak melintas, rupa-rupanya dia sedang menulis sambil memandang kenderaan yang lalu di depan dia.

Aku tunjuk pada hubby apa yang dia tengah buat. Hehehe... gelak aku tengok gelagat dia.Agak-agak dia nak buat apa ye dengan nombor yang dia ambil tu? Mana-mana kereta yang lalu depan dia, mesti dia cepat-cepat salin no. kereta tu.

Hai... macam-macam yang kita boleh buat andaian dengan hanya melihat atas perbuatan tu kan?

Nota: sedang senyum teringat kisah pagi tadi.

No comments:

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...