Followers Remaja Purba

Tuesday, September 28, 2010

PPUM - further check up

Seperti biasa di Bahagian Pemulihan Anggota Badan, PPUM - 8.30 pagi tadi.

Rutin biasa yang perlu ammar lalui. Sesi seterusnya bulan Disember nanti. Sekarang ni tengah cari masa untuk bawa ammar pergi xray bahagian tepi leher dia. Cuma yang pasti aku kena buat sebelum next appointment dia di Klinik ENT

Bila? tengah cari masa.

Kursus di Cherating

23 – 26 SEPTEMBER 2010 (Khamis – Ahad)

Memula:
Langsung takde hati pun nak pergi kursus sebenarnya tapi atas arahan jadi semua yang diarahkan pergi kenalah pergi termasuklah aku. Anak-anak aku tinggalkan di rumah pengasuh sebab hubby pun outstation. Sedih nak tinggalkan diorang.

Dipendekkkan cerita, masuk hari Sabtu barulah nampak keikhlasan aku dalam menghadiri kursus ni. Teruk sungguh - ye memang aku akui pada mulanya memang aku tak nak pergi pun tapi semua ni kan untuk kebaikan juga, dalam masa yang sama boleh menambahkan ilmu yang sikit ni.

Disebabkan gambar terlampau banyak tapi yang ni je aku sudi nak kongsikan so layan jelah.


di siang hari.


di malam hari.


Macam biasa, dah namanya kursus tentu ada pembahagian kumpulan, inilah team aku.


persembahan kumpulan.



Last day sebelum balik - sungguh tak sabar.


gambar selingan:


pokok cili ungu - ada kat depan jalan masuk hotel


siapakah kami?


tapak?


Kesimpulannya, untuk sepanjang tahun 2010 ni, kursus yang telah aku hadiri telah lebih dari mencukupi. Lega tak payah nak fikir macam mana nak cukup genapkan 7 hari.

Monday, September 20, 2010

Happy Birthday Kakak Irah

20 SEPTEMBER 2010 (Isnin)

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to you, kakak Irah
Happy Birthday to youuuuuu.


teddy bear dari aku untuk kakak Irah

Juga ada hadiah dari auntie Yanz dan Aty.

xray di PPUM

19 SEPTEMBER 2010 (Ahad)

Dalam seronok bergumbira di hari raya, hari terakhir sebelum mula kerja berlakunya kejadian yang menggugat keseronokan beraya kami di TDBi.

Ammar kena hempap dek kerusi batu, diulang dihempap dek kerusi batu rumah jiran sebelah yang kebetulan buat open house. Masa tu aku dan hubby kat rumah atuk sedara aku - selang 3 buah rumah je.

Si Has panggil kata ammar kena hempap kerusi batu dan masa tu aku tengok ammar dah dibaringkan atas lantai dalam rumah dia. Hubby ambil dukung ammar masuk dalam rumah.

Sempat aku mandikan dia sebab dia dah ehem masa tu, terus kejar ke Trauma dan Kecemasan, PPUM. Ammar tak meragam masa tu sebab dia terlalu ngantuk dan lepas minum susu terus tidur. Sampai di PPUM, doc. tanya keadaan ammar, nurse timbang berat, doc. suruh bawa untuk xray di tingkat 3 (kat Trauma masa tu tutup).



lepas doc. tengok hasil xray tu, alhamdulillah takde patah, retak pun tiada. Tak lama lepas tu dia dah aktif balik, aku je yang panik lebih. Botak Pak Itam, wife dia dan Isa datang jenguk di PPUM.


Malam:
Lewat petang Isa dan kawan-kawan dia datang beraya. Aku lega ammar xtake apa-apa dan esok aku bolehlah kerja dengan hati yang lapang.

member YM Selayang

16 SEPTEMBER 2010 (Khamis)

Hari Malaysia.

kali pertama aku nak jumpa member YM aku ni, sekarang dia dah menetap di Ipoh.

Macam mana kenal?
Dia add aku pasal ‘buah zuriat’. Dari situlah mulanya perkenalan, nak kata rapat tak juga. Open House kat Selayang tu rumah mertua dia dan bapa mertua dia bekas pengulas sukan kat RTM dan masa Piala Dunia baru-baru ni. Patutlah macam kenal.

Baby dia baru 3 bulan masa aku jumpa tu. Boy – nama dia: Azad Isyraf. Dekat 3 tahun kahwin baru dapat Azad. Alhamdulillah.

Bilalah agaknya kita dapat jumpa lagi kan G?

Raya Sakan Tahun ni

10 SEPTEMBER 2010 (Jumaat) bersamaan 1 Syawal 1431

Hari Raya Tetap Tiba. Tahun ni memang happening bagi aku dan family – sebagai ‘balas dendam’ tahun lepas.


Raya Pertama:
Plan asal – balik kampung raya kedua tapi last minute petang raya balik, bertambah terujalah aku tapi aku cuma sempat jumpa dan salam kedua ibubapaku pada petang dan malam raya kedua gara-gara aku beraya di Meru dulu.


Model di pagi raya.


Raya Kedua
Masih beraya di rumah nenek, mak dan pak sedara.


Ragam anak-anakku. Merengek-rengek nak naik. Diorang ingat lembu tu kuda agaknya tapi bila anak lembu tu datang dekat takut pula.


Raya Ketiga dan Keempat:
Memula pergi kenduri kahwin kakak member off aku dekat Merlimau. Kemudian terus ke Muar – beraya lagi dan lagi dan lagi. Bila banyak jalanraya maka banyaklah yang masuk dalam mulut dan poket ibunya ni. Hehehe...


Aksi memanjat, akibat kenakalan si adik, ibu jari kaki dia terhempap dek pinggan kaca, walaupun takde apa-apa tapi lebamlah juga.


Raya Kelima
Destinasi: rumah sepupu di Tampin, makan lagi. Agenda sebenar perg rumah dia sebab nak ambil bekas susu anakku tertinggal kat rumah mak dia masa raya pertama hari tu. Ni kes aku lupa!

Malam – gerak balik Meru.
Kak Irah dari raya pertama sampai nak balik Meru, asyik mengomel kita nak ke mana ni ibu? Asyik-asyik balik kampung sebab dia pening banyak tempat kitorang pergi.

Sampai rumah – jiran datang beraya.


Masih dalam mood raya, cuti pun seminggu jadi raya sakanlah, takde cerita lain selain dari raya.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Moga perjalanan balik kampung berjalan dengan lancar dan selamat kembali bertugas.

Hari terakhir puasa:
Aku masih di office

Persiapan raya:
Hubby ada di rumah, aku request nak rendang ayam untuk hidangan esok - untuk tetamu yang datang beraya. Malam tadi hubby dan geng TDBi gotong-royong buat lemang dan hasilnya... aku terlupa nak ambil gambarnya.

Pagi ni:
Aku bawa kakak Irah, adik tinggal kat rumah. Hari ni harap-harapnya dapat kebenaran balik awal macam tahun-tahun lepas.


Perancangan Hari Ni:
Balik keje nak cari barang untuk last minute sebelum malam agar tak kelam-kabut esok.
Baju raya, duit raya - semua nak buat hari ni.

Tapi paling tak sabar nak tunggu malam nanti:
Nak ronda kampung tengok orang kampung pasang pelita panjut. Tahun lepas aku tak berpeluang nak ronda sebab aku keletihan + ngantuk.

Perasaan:
Tak sabar.


Last but not least:
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA BUAT KENGKAWAN SEMUA.


TERKINI:
Kebenaran balik awak jam 1.00 pm. yeye... boleh shopping.


Monday, September 6, 2010

Raya bakal menjelang tiba

DAM DAM DUM BUNYI MERCUN...

pejam celik celik pejam, dah nak raya.

Aku?
Berbeza kali ni, hubby jarang dapat berbuka puasa bersama. Kakak Irah pula berpuasa buat kali pertamanya. Manakala persiapan raya agak meriah (kira balas dendam tahun lepas).

Tema: hijau (sedondon anak beranak)


Sepanjang Ramadhan aku agak penat berbanding hari biasa: terkejarkejar nak balik sediakan juadah berbuka (walaupun setakat beli kat bazar Ramadhan).

Aku hanya akan bercuti selepas hari raya, hubby cuti sehari sebelum raya.

Perancangan raya:
Belum diputuskan nak balik mana tapi confirm akan balik kampung.

Kereta: malam ni baru nak hantar kat Along untuk service.


DAN...
Sekarang nih:
Menghitung hari nak raya
Perasaan: agak teruja.

DAN Lagi best:
Semalam kena minyak panas masa goreng ikan, tak comel dahi dan leherku.


Yang TAK best:
Lepas raya: Kena pergi kursus kat Cherating.

Wednesday, September 1, 2010

Birthday Ammar

28 OGOS 2010 (Sabtu)

Genap 3 tahun.
Takde pun celebrate birthday ammar cuma agihkan jajan yang aku dah siapkan dari awal untuk anak-anak jiran dekat rumah. Ikutkan hati nak buat tapi sebab hubby pun lewat sampai rumah tu yang langsung takde buat.

Si Kakak pula bising kenapa untuk dia takde, letih aku terangkan tapi si kakak tetap mendesak, ni kes tak boleh lebih kuranglah ni.


Nota:
Sabarlah ye kakak, 20hb. ni ibu belikan 'something' untuk kakak ye.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...