Saturday, April 17, 2010

Panic


16 APRIL 2010 (Jumaat)

Malam..
Sedang aku nak mandi, tiba-tiba aku dengar dak Adik menangis (terus teringat kisah masa dak Adik kena air panas dulu), dengan suara tangisan sakit aku buka pintu bilik, dia terus terpa menangis terbaring atas tilam sambil pegang telinga.

Mula-mula aku tak perasan tapi bila aku tengok dia macam menahan sakit, terus aku check telinga dia, ya Allah! Ada putik kapas. Apalagi paniklah aku dan sempat aku bebel kat dak Kakak (patutnya aku marah hubby sebab dia careless letak merata-rata, aku pun tak perasan sebab biasanya lepas guna hubby terus dalam tong sampah) - anak-anak tak pernah berpeluang nak guna benda tu.

dak Adik meronta-ronta tapi aku dapat keluarkan putik kapas tu, tengok pula kat putih tu penuh darah dan adia masih meronta-ronta sakit + melangis, darah pun ada menitik atas tilam walaupun tak banyak.

Apa aku nak buat ni? Hubby on the way ke JB, dalam panik tu aku masih sempat call Poliklinik An-Nisa, syukur belum tutup dan doktor masih ada di klinik, bersyukur sangat-sangat.

Capai apa yang sempat. Dua-dua menangis, sorang menangis sakit, sorang menangis sebab kena pukul-pukul sayang.

Doktor di Klinik memang dah standby, aku je yang panik lebih. Doktor check keadaan dalam telinga ammar. Takde pape cuma luka di bahagian dinding telinga, darah pun dah berhenti, cuma jangan bagi masukkan air atau apa-apa dalam telinga dak Adik untuk seminggu dua ni dan doktorbagi ubat titik untuk telinga serta antibiotik.

Hubby call tanya gegendang telinga anak ok tak? Dak Adik ok.. takde pape, kakak pun tak menangis dah. Dua-dua dah ok.

Itulah cerita malam tadi.

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...