Wednesday, October 7, 2026

Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad

 
07 Oktober 2026 | Rabu [25 Rabiulakhir 1448H]

Setakat ini, dah dua segmen aku join dalam bulan Oktober ni — dan ini yang ketiga. Bagus juga sebenarnya join segmen macam ni sebab bila datangnya writer's block, masa inilah aku boleh dapat idea untuk dijadikan entry blog.


dari [SINI]

Buat mereka yang nak join, ini syarat-syarat penyertaan:
  • Follow blog Shuhaida Saad di [SINI].
  • Buat entry bertajuk Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad.
  • Letak poster dan backlink ke blog ini dan publish entry.
  • Tinggalkan URL entry ke dalam ruangan komen.

Tempoh segmen ini akan berakhir pada 14 Oktober 2026, dan selepas itu akan ada Lucky Draw yang pemenangnya dipilih menggunakan Wheel of Names. Menang atau kalah belakang kira — yang penting kita join untuk meriahkan segmen.


— Segmen Bloglist —

Tak semua yang kita sertai membawa hadiah.
Ada yang membawa idea, kenalan dan alasan untuk terus menulis.


#RemajaPurba: ...

Tuesday, October 6, 2026

Saya Join Segmen Mencari Blogger Aktif di Beeha Azman


06 Oktober 2026 | Selasa [24 Rabiulakhir 1448H]
 
Terjumpa satu segmen blogger yang sedang berlangsung, jadi aku ambil peluang untuk turut serta. Sesekali join segmen macam ni, bolehlah tambah kenalan dan singgah kenal blog-blog lain yang masih aktif.

dari [SINI]


Syarat-syarat penyertaan segmen ini:
  • Follow blog Beeha Azman di [SINI]
  • Buat satu entry ringkas bertajuk: Saya Join Segmen Mencari Blogger Aktif di Beeha Azman.
  • Tepek banner segmen di atas ke dalam entry anda dan link-kan ke post asal ini.
  • Tag dua rakan blogger anda yang masih aktif untuk join sekali segmen ini.
  • Dah siap? Tinggalkan nama dan URL entry penyertaan di ruangan komen.

Kalau nak ikutkan, aku sebenarnya tak memenuhi satu daripada syarat yang ditetapkan kerana dua orang blogger yang ingin aku tag dah pun join untuk segmen ini.. tapi tak kisahlah, aku join ni untuk sama-sama meriahkan segmen ini.

Sebelum terlupa, tarikh tutup segmen ini pada 31 Oktober 2026. Masih ada masa untuk turut serta.

#RemajaPurba: ..

Monday, October 5, 2026

Segmen Refresh Bloglist SA 2026 ~ Cari Blog Best & Aktif!

 
05 Oktober 2026 | Isnin [23 Rabiulakhir 1448H]

Segmen pertama dalam bulan Oktober. Bila nampak segmen ni, rasa menarik pula untuk join sekali. Sesekali kita meriahkan dunia blog sambil blogwalking. Segmen ni dianjurkan oleh blogger Suria Amanda dan aku jumpa segmen ni melalui blog Pokcik di [SINI].

Bila dah lama berblog, ada masa idea datang mencurah-curah dan ada masa otak mogok. Jadi, segmen macam ni bolehlah dijadikan salah satu cara untuk mencari idea, berkenalan dengan blogger lain dan meriahkan dunia blog.

Buat mereka yang berminat..

Segmen blogger Suria Amanda di [SINI]


Syarat Penyertaan:
  • Terbuka kepada semua blogger.
  • Buat entry penyertaan ringkas.
  • Tajuk entry: Segmen Refresh Bloglist SA 2026: Cari Blog Best & Aktif!
  • Salin (copy) banner segmen di atas dan muat naik ke dalam entry.
  • Backlink dan tinggalkan pautan (URL) ke entry di bahagian komen.
  • Follow blog SA pada yang belum follow.
  • Saling blogwalking digalakkan singgah dan tinggalkan komen di entry peserta-peserta lain yang menyertai segmen ini untuk mengeratkan silaturrahim.
  • Tarikh penyertaan dibuka dari 01 Oktober 2026 hingga 10 Oktober 2026 (11:59 malam).
  • Entry pengumuman pemenang/senarai bloglist akan di publish selepas tarikh segmen tamat.
  • Pemenang akan ditentukan melalui Wheel of Name.


Sekecil mana pun sesuatu perkongsian itu, tetap ada nilainya buat yang sudi membaca.
Semoga segmen ni dapat menemukan lebih banyak blog menarik untuk kita singgah, baca dan kenal.

#RemajaPurba: Selamat bersegmen dan selamat berblogwalking buat semua.

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...