Thursday, May 10, 2018

Ingatkan Mimpi.. Rupanya Kenyataan #PRU2018


Kisah malam tadi:
Rasa berdebar-debar dah macam tunggu result UPT pulak rasanya.. 🤔 +ve ke -ve..

Pagi tadi:
Baru je tahu selepas puas tengok dari semua arah gara-gara aku tertidur sebelum keputusan rasmi keluar.

Ini disebabkan:
Tak larat nak hadap satu hari yang memenatkan semalam.
Macam aku pulak petugas SPR #PRU2018
Macam aku pulak orang kuat parti..
Walhal aku cuma rakyat biasa.. 🤗
#TahniahPadaYangMenang
#SayangiNegaraMalaysia
#TimunPunBolehBeriKesanPadaDurian

La ni:
Nak rehat dulu..


StatusHati: Ingatkan mimpi.. rupanya kenyataan..


Wednesday, May 9, 2018

Kenangan disebalik #PRU2018 dan sebelum ini.


Tiap dari kita pasti ada kenangan tersendiri mengenai PilihanRaya Umum (PRU).. tiap kenangan itu pasti memberi kesan.. walau tak banyak tapi tetap ada kan..


Kali PERTAMA:
Aku tidak mendaftar, waktu itu pula sedang mengandungkan dak Kakak. Tak fikir dan tak ambil tahu langsung mengenai #PRU ketika itu ditambah dengan pada Hari mengundi aku dah terlalu sarat mengandungkan dak Kakak.


Kali KEDUA:
Aku agak bersemangat, maklumlah disebalik pengalaman dulu mendewasakan aku. Daftar undi awal agar tak tercicir lagi. TAPI sayang.. masih juga tak dapat mengundi kerana aku dijangkiti virus demam campak dan terpaksa berkurung di dalam rumah dengan hanya memerhati mereka yang ke hulu ke hilir bersemangat menyokong parti masing-masing.
OK.. aku sedih masa ni..


Kali KETIGA:
Akhirnya.. yeah.. akhirnya aku berjaya.
Penuh bangga ketika itu beratur dan melaksanakan tanggungjawab sebagai salah seorang pengundi. Ketika nak menanda pada kertas berkenaan, aku boleh blur sekejap siapa wakil yang bertanding berdasarkan logo yang ada. Dengan lafaz Bismillah ketika itu, aku redha memangkah mengikut gerak hati aku. Akhirnya bila keputusan keluar - OK.. maaf tak boleh share apa yang aku pangkah.. UNDI ADALAH RAHSIA.. hahaha..


Kali KEEMPAT:
#PRU2018.. kali ini..
Belum masa untuk aku huraikan.
Tunggu dan lihat ajelah keputusannya.
Kun fayakun..


Untuk bakal pemimpin yang memenangi kerusi yang ditandingi, jangan rosakkan kepercayaan para pengundi. Bekerja kerana Allah..

DAN..
Hanya mampu berdoa moga mereka yang dipilih nanti mampu membuat kerja bukan sekadar duduk besarkan badan je.


StatusHati: Biarpun tak lagi bersama, kehadiranmu takkan kulupa..


Tuesday, May 8, 2018

Tanda ❌ #PRU2018


Termenung sambil mengadap almari baju..
Esok nak pakai baju warna apa ek.. 🤔 Tu belum masuk lagi warna tudung lagi.. 🤔🤔Alahai.. #DalamDilema sungguh aku macam ni..

Eh!Dah kenapa aku kali ni..? Lima tahun dulu takde nak fikir pasal warna baju apa yang nak dipakai pun.. 🤔🤔🤔 Hadoii..


Lagi satu..
Aku dah terlalu biasa buat tanda ✔ ni je.. Tanda ❌ ni tak biasa malah jarang guna. Aku harap esok sempena #PRU2018 tak salah guna tandalah hendakNYA.. 😦


Satu lagi..
Kepada kawan-kawan lama yang mungkin akan terserempak dengan aku di pusat mengundi esok, jangan tegur mengata aku dah gemuk pulak. Aku sedar aku dah tak #PerasanSlim la ni tapi jangan kata aku gemuk.. aku takut aku ter❌ muka kau nanti..😜


StatusHati: Berdebar-debar aku rasa..


Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...