Tak kira sama ada kakitangan awam atau swasta, mahupun sesiapa jua..
Peringatan bersama untuk kita semua..
Janganlah kita semua semua melibatkan diri dengan perhimpunan atau sebarang gerak yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta mengancam keselamatan negara.
Ini adalah berlandaskan konsep
integriti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan benar-benar merupakan perkhidmatan
yang stabil serta berkecuali terhadap mana-mana pihak, kumpulan termasuk
gerakan, fahaman dan parti politik.
Penglibatan boleh berlaku dalam beberapa bentuk.. antaranya:
- Penglibatan secara aktif di luar masa bekerja dengan menyertai apa-apa bentuk
gerakan atau perhimpunan yang tidak diluluskan pihak berkuasa, yang dianjurkan
oleh mana-mana pihak;
- Menggunakan masa pejabat dan meninggalkan pejabat untuk melihat dan menyertai
gerakan atau perhimpunan yang tidak diluluskan; dan
- Menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak, mesin penyalin, komputer
untuk mencetak dan mengedar risalah berkaitan dengan apa-apa gerakan atau
perhimpunan yang tidak diluluskan.
Penglibatan dalam perhimpunan yang tidak diluluskan
pihak berkuasa atau sebarang gerakan yang boleh mengancam keselamatan dan
ketenteraman negara boleh disabitkan di bawah peraturan yang telah ditetapkan..
Bertitik-tolak dari Larangan tersebut.. ini pula pesanan dari my Dato' CEO..
Gunakan sepenuhnya kesempatan di hujung minggu bersama keluarga, pasangan, anak-anak dan ibu-bapa..
Semalam saya menerima short
video Thailand melalui Whatsapps..
Mungkin ada yang pernah melihatnya..
Sebuah
syarikat menjalankan Survey kepada staff muda
mereka.. dan bertanya beberapa soalan:
Bilakah kali terakhir berjumpa ibu?
Bilakah kali terakhir melihat ibu tersenyum?
Bilakah kali terakhir ketawa
bersama ibu?
Bilakah kali terakhir makan bersama ibu?
Bilakah kali terakhir
mengucapkan terima kasih kepada ibu?
Bilakah kali terakhir memberi hadiah
kepada ibu? dan..
Bilakah kali terakhir mengucup dahi ibu?
Kita harus menjawab
sendiri..
Saya yang tidak lagi mempunyai ibu dan saya juga sudah berusia lebih 50
tahun.. terpaksa membiarkan airmata mengalir..!
Jika ada masa, lawatlah ibu di
kampung untuk menyatakan sayang kepada beliau dan memohon kemaafan semasa adanya..
Jika sudah tiada, kita hanya mampu membiarkan airmata mengalir.. !
Selamat berhujung minggu
bersama keluarga..!
#Semua kata-kata tersebut di atas aku copy paste dari pesanan oleh Dato CEO aku..
Video yang dimaksudkan oleh my Dato CEO..
StatusHati: Awak.. jangan pernah jauh dari diri ini..