Friday, January 29, 2010

my present


hadiah pertama di pagi hari dari k.yanz dan atiey, sayang korang.


Hadiah kedua dari KKMQA, terima kasih.



tak sangka aku dapat teddy bear, thank you sis Sue.



hadiah dari sue azim.



ni hadiah segera dari k.zie, aku dapat 01/02/10, dia yang request suruh masukkan dalam blog ni.



manakala hadiah dari orang tersayang, tercinta... terluv... tersuke... aku masih ternanti2... hubby cuma cakap kalau nak sangat hadiah, abang boleh bagi tapi kena tunggu hujung tahun baru dapat. Alasan tak nak bagi hadiahlah tu.

Catatanku

28 JANUARI 2010 (Khamis)

Awal pagi hubby send msg, siap miss call lagi, aku pulak boleh marah-marah kacau aku tidur, sorry ye bang tak sengaja dan tetiba pulak lupa hari ni ialah hari lahirku.

"dah bertambah usia, selamat hari jadi" gitulah msg yang hubby bagi, bukan sekali tapi sampai 3 kali, aku tak sedar langsung sampailah miss call tu.

Kemudian ramailah yang wish padaku, tapi yang ni paling aku suka, rasanya tak pernah miss bagi.

****************

Selamat ulang tahun kelahiran. Tak ada apa nak bagi cuma sebuah sajak...

SETAHUN SUDAH BERLALU

Semasa mimpi menggambarkan padaku
Aku tidak percaya akan bertemumu
Semasa semilir membisik di telingaku
Aku tidak percaya akan menyapa dirimu
Setiapkali pungguk merindu bulan
Aku tidak percaya akan melihat wajahmu
Setiapkali sauh dilabuh
Aku tidak percaya kau meninggalkanku.

Walau banyak kata yang diluah
Tetap sedikit apabila kau tinggal
Walau seruah namaku disebut
Tetap dekat apabila kau dihati.

Aku akan terus bermimpi
Jika wajahmu makin berbalam
Aku menangis disapa semilir
Dengan menggenggam budi nan bahari
Aku bertemankan pungguk
Jika diri ini terus ditinggalkan
Membongkar sauh di laut
Berangkatlah jua kenangan lalu.

Berlarilah tapi bukan kerana dikejar masa
Bersabarlah di dalam marcapada
Ambillah syurah dariku
Jika dapat diterima sebagai masa-masa Setahun yang sudah berlalu Bawalah yang manis bersama.

dikarang oleh: Norafizah Abidin (28/01/10)

****************

Anyway terima kasih pada yang ingat aku, thank you so much, luv u’ll.

Thursday, January 28, 2010

tODay is MY biRtHdaY

Memang rasa seronok tiap kali hadirnya tarikh ni 28 Januari setiap tahun.

tapi bermula tahun ni aku akan melangkah ke fasa baru yang aku rasa nampak sangat yang aku ni bukan muda belia, namun demikian aku tetap remaja purba.

Thanx to yang wish dan bagi hadiah kat aku, i luv u'll... muuaahhh.

Aku Sayang Korang.

waiting for a big surprise?? i dun think so... huhuhu...



AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...