Hari ni dah hari Selasa..
Log in.. Log out.. blog..
Update tak lagi..
Kisah Hari Sabtu.. 9 Mei 2015..
Semua aktiviti luaran yang aku rancang sehari sebelumnya terpaksa dibekukan bila semua askar kecikku tidak sihat..
Terkebil-kebil aku melayan perasaan..
Nak blogwalking pun takde mood, apatah lagi nak update blog..
Dak Kakak batuk teruk..
Dak Adik demam panas..
Dak Nuha sejak petang Jumaat tu dah merengek tak sedap badan..
Akhirnya..
Lepas dak Kakak dengan dak Adik pergi kelas mengaji di sekolah.. terus kami bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan..
Sebenarnya sebelum tu dah ambil langkah berjaga-jaga..
Lewat malam tu dan awal pagi kumandikan dak Nuha sebab badan dia panas sangat..
Menunggu giliran dalam bilik doctor..
Sebelah petangnya..
Kupaksa semua tidur.. bagi dorang rehat.. pakej dengan aku sekali rehat..
Lewat petang..
Jalan-jalan cuci mata di pasar malam Puncak Alam..
Subjek utama nak beli jagung rebus..
Jagung ni antara favourite aku masa mengandungkan dak Nuha dulu..
Takde yang istimewa pun jagung ni cuma tetiba teringin nak makan jagung rebus..
Malamnya..
Cari pulak sate kambing..
Aku beli je dekat batu 5, nak menghala ke Pekan Meru..
Dulu depan kedai dia ada pokok ceri yang rendang tapi telah ditebang sebab projek pelebaran jalan sedang dibuat..
Cili kicap dia tak berapa uummpphh pulak kali ni..
Akhirnya malam tu, semua tidur awal memandangkan esoknya nak Karnival Agrotaman 2015 di Taman Botani Shah Alam..
psstt: Setakat ni hanya dak Nuha masih belum sembuh sepenuhnya..





