Tuesday, April 6, 2010

MPK dan KL Drift

05 APRIL 2010 (Isnin)

Pagi:
Memandangkan hubby cuti panjang jadi aku ambil kesempatan untuk clearkan beberapa perkara yang asyik tertangguh.

Lepas uruskan anak-anak, kitorang ke Pejabat Tanah dan Daerah Klang serta MPK untuk clearkan beberapa perkara berkenaan rumah.

Sempat lagi aku pujuk hubby tengok wayang Evolusi KL Drift. hubby sebenarnya malas nak tengok wayang (baca: malas nak layan kerenah aku sebenarnya). Puas pujuk akhirnya dapat juga aku tengok dan cerita tu pun agak menarik.


perkara yang agak lama kitorang tak buat


Esok kerja.

Johor Bahru

02 April 2010 (Jumaat)

Pada awalnya aku malas nak pergi tapi hubby yang bersungguh-sungguh mengajak aku ke Johor Bahru. Anak-anak paling gembira.


dari PJ



Ini gambar kemalangan masa on the way ke JB dan sepanjang perjalanan pergi dan balik ada beberapa kemalangan aku dapat saksikan (kebetulan hujan).


Kakak masih segar walaupun tak cukup tidur, yang si adik tidur lena. Aku pula kejap nak makan itu kejap nak makan ini - lapar memanjang.


03 April 2010 (Sabtu)


Plaza tol Skudai


Perjalanan balik - Sungai Muar


Akhirnya selamat sampai kat tempat kerja hubby pukul 6 pm, letihnya.


Malam:
Singgah pasar malam kat Puncak Alam, masih dalam keadaan hujan. Lepas tu tak fikir apa dah, letih sangat-sangat.

Friday, April 2, 2010

Jamuan Perpisahan Bos

02 APRIL 2010 (Jumaat)

Tengahari buat jamuan perpisahan bos nak cuti panjang ke NZ 12hb. ni.


Pengarah Bahagian baru (belum sebulan kerja) bersama ex-bos.



BKAB


Lunch time - beli buku di MPH Subang Parade.


Nota:
Hubby offer nak ikut tak ke JB? tengah fikirlah ni.

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...