Followers Remaja Purba

Friday, December 29, 2023

Disebalik Majlis Pernikahan myAnak Fruit


Finally.. lengkap sudah entry khas ini.
Disebalik perjalanan majlis pernikahan myAnak Fruit.


10 Disember 2023 - Ahad

Selepas Subuh, kami mengambil abah dan mak mertuaku untuk turut sama meraikan cucu sulung yang akan bernikah pagi tersebut. Majlis Pernikahan myAnak Fruit MakBudak, Nurul Ain Syuhada dan pasangan di adakan di Masjid di SINI


Pelamin: Team mySIL.
Baju Nikah: Sepasang.
Khemah: Ruang hadapan rumah.
Makanan: Kakak sepupu en. Hubby.


Anak buah kami semua kecil-kecil lagi.



En. Hubbybersama Family.

Sebelum majlis bermula.


Bapa pengantin sendiri yang menikahkan anak beliau di hadapan Imam, sebaik lafaz sah oleh saksi, dek kerana sebak, aku terus mencari en. Hubby menangis di sisi. Anak yang membesar di depan mata kini telah menjadi milik orang. Bila melihat mySIL kuat di sisi suami, hanya Allah je yang tahu betapa sukar dan payah beliau meledani keadaan.


Segalanya berjalan dengan baik dan teratur.

Family mertua mySIL.


Jemputan hanya melibatkan keluarga terdekat, jiran-jiran dan rakan rapat. Ala-ala majlis tertutup gitu. Berkebetulan Majlis Pernikahan ini bertembung dengan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan 2023 kali keempat dan Pemilihan Jawatankuasa baru bagi sesi 2024 - 2026 di taman perumahan mySIL. Habis mesyuarat, jemput makan kenduri. Alhamdulillah.. rezeki.

Kenangan yang ada..

Biarlah kekal selamanya.

Antara wajah yang menceriakan suasana.


Bertahun dah Halal..


Kenapa gambar kami tiada..?
Aku dan en. Hubby lebih fokus kepada perjalanan majlis di rumah kerana tiada orang untuk back up menyusun makanan untuk dihidangkan. Berkejar balik ke rumah agar tidak kelam-kabut. Alhamdulillah, kakak sepupu banyak membantu kami selain dari adik ipar dan biras.

Majlis nampak ringkas tapi meriah dengan tetamu yang hadir. 


11 Disember 2023 - Isnin
Hari Keputeraan Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Kami, orang Selangor - cuti.
mySIL, orang K.L - kerja.

Sekali lagi, tak tolong kemas, hanya ambil barang dan balik rumah.

Sambungan kisah dari SINI..


Malamnya..
Makan malam di rumah kami. Masak kari kambing gara-gara tak puas makan semalamnya di rumah mySIL. hahaha..

Apa-apa pun semuanya telah selamat.. 'Ini baru permulaan, jauh lagi perjalanan'.

#RemajaPurba: Hati..

Thursday, December 28, 2023

Rehearsal di atas Pelamin


Disebalik majlis pernikahan anak sulung mySIL di SINI..
Kali ni banyak nak diceritakan tapi kena buat secara ber episod, tak nak ada yang tertinggal.

07 Disember 2023 - Khamis

Kronologi kes:
Dalam penat balik kerja, terus bersilat di dapur untuk memasak hidangan makan malam. Ku buang kulit ayam terhiris sekali jari kananku, terbuang kulit sendiri. Panik sekejap sebab darah mengalir tak berhenti. Balut ikut dan je takut menitik masuk dalan kuali.

Bungkus asal jadi, darah masih keluar lagi.

Long story short.. Seminggu dah ku tak beli ayam. Ini semua salah pisau. Kalau pisau tu buat kerja dengan elok, tak adalah jadi macam ni.

Kemudian, lewat malam, aku menemani en. Hubby ke rumah kakak beliau (mySIL), sempatlah ku belikan yong tau foo. Makan sambil berbincang untuk majlis pada 10 Disember 2023.



08 Disember 2023 - Jumaat

Jari tangan masih belum sembuh sepenuhnya tapi masih sempat menjemput family mySIL untuk menjamu selera di rumah. 

Alasan tak mahu masak.



Dulu.. sehari sebelum nikah, terhiris jari sewaktu memotong daun pandan untuk dijadikan bunga rampai. Orang tua kata bila 'berdarah manis', jangan buat sesuatu yang 'bahaya'. Ini.. anak buah yang nak nikah, jari MakBudak pulak yang luka.


09 Disember 2023 - Sabtu

Sehari sebelum majlis pernikahan anak sulung mySIL. Aku ke rumah beliau tapi aku tolong tengok je sebab mySIL tak tahu nak bagi aku buat kerja. Tak banyak yang boleh dibantu sebab beliau nak aku dan en. Hubby hanya menemani untuk majlis pernikahan bukan sibuk di bahagian dapur seperti kebiasaan.

Pelamin: Team mySIL.
Baju Nikah: Sepasang.
Khemah: Ruang hadapan rumah.
Makanan: Kakak sepupu en. Hubby.


Itu bukan untuk dijadikan hantaran

Ini antara yang berada di atas dulang hantaran

dari MakBudak buat myAnak Fruit - Ain. 


Malam: Pasang pelamin.
Rehearsal di atas Pelamin. Bukan bakal pengantin tapi pengantin Purba, MakBudak. Pengantin dok sibuk berinai, kita biarkan dia.

Diuruskan oleh team mySIL.

Just nice..

Sementara menunggu en. Hubby balik kerja..

Ceria disebalik duka..

Anak bongsu mySIL dengan senang hati menjadi model di situ.

Selagi bateri masih bernyala..


Inilah hasilnya..
Di ruang tamu di dalam rumah mySIL


Selepas penat bergossip, masa untuk ambil en. Hubby di tempat kerja dan ketika sampai di rumah, baru perasan kunci rumah tiada bersama kami. Terpaksalah berpatah balik dalam keadaan letih + mengantuk hanya disebabkan kunci rumah di rumah mySIL. Adan uke kami.. hahaha..

Esoknya..
Nanti aku sambung di entry akan datang.

updated: di SINI

#RemajaPurba: ...

Monday, December 18, 2023

Majlis Pernikahan Cucu Sulung myMIL

 
10 Disember 2023 - Ahad

Alhamdulillah..
Selesai sudah majlis pernikahan anak sulung mySIL - cucu sulung dalam keluarga myMIL.


Majlis berjalan dengan baik hasil sokongan dan bantuan tenaga semua yang terlibat. Terima kasih buat semua. 


update: boleh singgah di SINI..


Ini baru permulaan, jauh lagi perjalanan..


Bertahun dah Halal..


Buatmu mySIL..
Kami mohon maaf jika ada terguris kata, tercalar di hati dengan kerenah kami sebelum, semasa dan selepas majlis semalam.


DAN..
Buatmu myAnak Fruit Ain..
Selamat Pengantin Baru.

Ingat..
Awak tu masih ada mak dan pak saudara yang memerhati.

#RemajaPurba: ...

Thursday, December 7, 2023

kak Zainon akan Bersara Wajib


6 Disember 2023 - Rabu

Kenyataan yang aku kena hadapi bahawa kakak yang setiap hari pergi dan balik kerja bersama akan bersara wajib pada Januari 2024 nanti. Hari ini merupakan hari terakhir beliau bekerja sebelum menghabiskan baki cuti rehat sedia ada. Tiada lagi kawan, kakak dan ibu menemani aku berulang-alik dari tempat kerja.



Buatmu kak Zainon.
Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi aku.. 
Terima kasih kerana sabar melayani kerenah aku..
Terima kasih kerana tidak pernah jemu memberi nasihat kepada aku.

Terima kasih di atas segalanya.
Halalkan semuanya..

Moga rutin harian kak Zai dipermudahkanNYA.

#RemajaPurba: Belum kuat untuk mencipta entry khas buatmu..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...