Followers Remaja Purba

Monday, October 30, 2023

Oktober 2023 dalam kenangan


20 Oktober 2023 - Jumaat
Selepas hampir lima tahun aku menggunakan kerusi ini di tempat kerja, akhirnya terpaksa jua aku melepaskannya. 

'selamat tinggal cik kerusi'

Kena biasakan diri dengan yang baru.
Tidaklah selesa mana tapi Alhamdulillah ada juga kerusi untuk digunakan.


21 Oktober 2023 - Sabtu
Menerima Undangan Majlis Pertunangan dari kakak sepupu en. Hubby. Majlis yang diadakan di Rindu Event Space, Kajang.

Bila terima borang undangan tersebut, tumpuanku hanya pada tarikh jemputan, tidak pada isi kandungannya. Rupa-rupanya aku dan en. Hubby tak perasan majlis bermula pukul 10 pagi. 

Kami..?
Dekat tengahari baru sampai, majlis pun dah selesai. Hanya tinggal family myMIL di dalam dewan. 'Ingat tak datang, cari juga mana kamu berdua'. 

Alhamdulillah..
Majlis berjalan dengan baik.

Gambar haruslah ada.
'Adik-adik tak lepaskan kakaknya selagi tak bergambar bersama'.

Tahniah buat Nur Aina Syahirah Suhaimi dan pasangan Muhammad Al-Rafi bin Ajisman di atas tali pertunangan.


23 Oktober 2023 - Isnin
Hujan yang sangat lebat disertai angin kuat mengiringi perjalanan balik dari tempat kerja. 

Baru pukul lima petang waktu ni.

Pandangan sangat terhad.

Jujurnya aku takut nak mengharunginya tapi sekiranya aku menunggu hujan reda, lambatlah aku sampai ke rumah. Hanya berserah padaNYA. Alhamdulillah.. selepas bergelut dalam kesesakan jalanraya, pukul 7:00 pm baru sampai rumah. 


29 Oktober 2023 - Ahad
Selepas beberapa tahun tidak menjejakkan kaki di Pasar Tani Stadium Shah Alam, akhirnya aku di sini. Hanya sekadar berjalan mengerah keringat menikmati suasana pagi. 

Ruang parking banyak, luar dan dalam stadium.

Langkah pertama..

'Mengimbau kenangan ke cik abang..'

D'N Conlay Sup Utara.

Sup ---> Daging, Campur, Gear Box
Bihun, Mee, Moi (bubur nasi), Koey Teow, Nasi + Sup

Gambar dengan izin dari pemilik gerai

Kami bersarapan di sini
Cili kicapnya just nice - aku suka.
Ambil sikit tak cukup, nak ambil lagi malulah pula.

Aku turut teringin nak makan roti nan + kari kambing tapi bila tengok punyalah ramai yang beratur, ku batalkan hasrat. Selain dari tu, aku beli juga beberapa jenis makanan, sekadar nak merasa. Antaranya Churros.. beli satu set tak cukup, ku beli dua set baru puas hati.


STADIUM SHAH ALAM





Gambar sekitar..?
Aku berjalan sekadar memeriahkan suasana.


Dah penat.. jomlah balik.

Sekadar gambar, bukan untuk digunakan


30 Oktober 2023 - Isnin
Rutin harian berjalan seperti biasa.


-Selingan-
Pameran Jelajah Dunia Yang Unggul
Pavilion Bukit Jalil
1 Disember 2023 hingga 10 Mac 2024

Tiket boleh didapati melalui:
www.senijayacorp.com 
ticket2u.com.my 



#RemajaPurba: Batuk mula menguasai diri..

Friday, October 20, 2023

Mood Memandu Jadi Tak Happy

 
19 Oktober 2023 - Khamis

Berhadapan dengan kesesakan jalanraya yang sangat teruk. Hujan mengiringi sepanjang perjalanan dan ketika inilah kisah terdiam, terkelu, tak terucap dengan kata-kata berlaku.

'Abang.. cikPutih accident..'
'Allahuakbar..'

Perkara yang semua orang nak elak dari berlaku - terlibat dalam kemalangan.

Dahlah kau langgar cikPink, lepas tu kau terus pergi tak berhenti. Aku..? Terkial-kial mencari button nak buka tingkap betulkan kembali side mirror yang dilanggar. Memang mengharapkan rear-view mirror untuk aku berhenti di tepi, itu pun nasib baik aku tak langgar motor.

Alhamdulillah, cikPink tak cedera teruk cuma 'pipi'nya kemik sikit dan bercalar tapi sampai hati kau laju meninggalkan aku di tepian highway. Toyota Camry gold WM.. tak ingat no. Tak sempat nak ambil gambar. Badan letih, otak penat - tak mampu nak berfikir di luar kotak waktu tu. 

Aku..?
Mood memandu jadi tak happy.

#RemajaPurba: ...

Friday, October 6, 2023

Stage 8: Le Tour De Langkawi 2023 (Setia Alam - Kuala Lumpur)


30 September 2023 - Sabtu

Stage 8
Le Tour De Langkawi 2023 (Setia Alam - Kuala Lumpur)
Sedari awal aku merengek nak tengok tapi disebabkan kena hantar dak Kakak, hanya mampu tengok peta laluan kayuhan peserta jelah.



Bukan selalu dapat peluang macam ni, nak pulak bila laluan peserta antara sebahagian kecil laluan ke tempat kerja.

Jarak kayuhan sejauh 156.5 km
Setia Alam - Kuala Lumpur


Kisah kenapa aku tak dapat tengok ada di SINI..

'Laju ibu dorang bawak' - dak Nuha.


Jalan raya ditutup untuk memberi laluan pada peserta Le Tour De Langkawi 2023 melaluinya. Menariknya, en. Hubby dapat menonton secara langsung di depan mata, yang tak menariknya, aku tak dapat.

#RemajaPurba: ...

Thursday, October 5, 2023

Kisah Kereta Rosak


Sambungan dari SINI.. Kisah Seram Perjalanan dak Kakak ke Luar Negeri

30 September 2023 - Sabtu

Bukan di tepi hutan..

Tapi di tepi jalan utama..

Syukur..
Dapat berlindung sedikit dari panas terik mentari

Penat petang semalamnya tak hilang lagi.. di SINI..

Apalagi yang boleh dibuat selain dari menunggu bantuan tiba.


Selepas di baikpulih, kami meneruskan perjalanan TAPI..
Nampaknya cikPutih tak mampu nak teruskan perjalanan.


Dalam hujan menunggu bantuan tiba.

Bersyukur kejadian berlaku masih dalam kawasan, bukan di tanah gersang..
Terima kasih pada dak Helmi yang menghulurkan bantuan.

Biasa tengok kereta orang, kali ni kami sendiri merasai pengalaman berada di atas towing.


01 Oktober 2023 - Ahad

Dari jauh nampak seperti zip seluar.. 😆


DAN..
Di sini kami 'berhenti'
'Tanah Gersang'
Tiada tempat berteduh.

Kali ini cikPink pula merajuk.

Tayar pancit di laluan di situ.
Alhamdulillah, kejadian bukan di malam hari.


Selepas tiga jam..
Selamat tiba di lokasi
Selesai menurunkan segala barang keperluan dak Kakak, kami terus pulang mencari bengkel kereta.

Menukar kembali tayar simpanan.
Tukar tayar baru kerana tayar asal dah tak boleh digunakan.. 😟


Singgah makan tengahari di sini.
Warisan Saidina.

Nak review?
Tak terfikir, lebih kepada nak makan sebab lapar + berpeluh + penat.
Waktu kami sampai tu banyak lauk dah nak habis tapi lauk daging bakar masak lemak cili padinya sedap. Mungkin lepas ni boleh datang awal dan cuba menu lain pulak.


Kereta Military Police
Kali pertama aku melihatnya.. cantik..

No. Plate keretanya pun cantik, no. telefon aku di tempat kerja lama dulu.
Maaf ye abang soldier ambil gambar tanpa izin.


Dalam perjalanan balik, berhadapan dengan kesesakan jalan raya, aku penat en. Hubby yang memandu apatah lagi. Alhamdulillah, lewat petang selamat sampai rumah.

Aku malu + segan bila..
Terpaksa mendapatkan bantuan dari mySIL - cikPink


#RemajaPurba: Terima kasih akak bantu kami..

Monday, October 2, 2023

Kisah Seram Perjalanan dak Kakak ke Luar Negeri


29 September 2023 - Jumaat

Kejadian berlaku ketika aku bersama anak-anak keluar mencari sedikit barang keperluan sambil menghabiskan masa bersama dak Kakak sebab esok dia akan kembali menjalani rutin sebagai pelajar di sana. Ketika inilah suhu kereta makin tinggi dan kami mula kepanasan. Awalnya aku ingat aircond kereta ada masalah tapi rupa-rupanya kereta overheat. Terkejut + terus berhenti di hadapan deretan kedai di sini sementara menunggu hero datang menyelamatkan heroin

Walau hero tak berjaya menyejukkan kereta, kami nekad. Dalam hujan, aku redah bawa cikPutih sampai ke rumah. Di depan rumah, cikPutih berasap dah serupa orang bakar kemenyan gayanya.

Ada bagus juga kau meragam hari Jumaat tu cikPutih, kalau kau meragam waktu hantar dak Kakak, entah dekat mana agaknya kami tersadai tak bergerak.

TAPI.. tak habis di situ, makin teruk rajuk cikPutih rupanya.


30 September 2023 - Sabtu

Le Tour De Langkawi 2023.
Sedari awal aku merengek nak tengok tapi disebabkan kena hantar dak Kakak, hanya mampu tengok peta laluan kayuhan peserta jelah - di SINI..

Sebelum peserta kayuan dilepaskan, sebaik selesai en. Hubby membelek membelai cikPutih, kami memulakan perjalanan menghantar dak Kakak ke luar negeri. Rupanya bukan rezeki dak Kakak untuk kembali melapor diri hari ini.

Aku dan dak Kakak ditinggalkan di tepian jalan bersama cikPutih, sementara en. Hubby berusaha mencari sparepart buat cikPutih. Hampir dua jam baru en. Hubby tiba dan lewatnya dek kerana banyak jalan ditutup untuk memberi laluan pada peserta Le Tour De Langkawi 2023 melaluinya. Menariknya, en. Hubby dapat menonton secara langsung di depan mata, yang tak menariknya, aku tak dapat. Huhuhu.. Dua jam bawah terik mentari menemani cikPutih.

Selesai sesi memujuk cikPutih, kami meneruskan perjalanan. Dalam debaran, tak sampai 20 kilometer, sekali lagi cikPutih merajuk. Alhamdulillah, walau ada masalah tapi Allah permudahkan urusan cikPutih, sempat berhenti di stesen minyak berhampiran. Seterusnya kami menunggu bantuan tiba ketika hujan lebat, towing bawa balik ke rumah. 

Kami..?
Penat - mental + fizikal.

Segala gambar disebalik kejadian ada di SINI.. 


Semalam..
1 Oktober 2023 - Ahad
  • Lagi 27 kilometer nak sampai ke destinasi, tayar cikPink pulak 'merajuk' di tepian highway di situ. Menambah rasa seram, car jack pulak takde. 😭 Kali ni, bantuan tiba selepas tiga jam.
  • Alhamdulillah.. Atas bantuan yang dihulurkan, akhirnya dak Kakak selamat sampai ke destinasi.
  • Terima kasih banyak² buat yang membantu semalam dan hari ni. Dua nama yang tidak pernah menolak saat diperlukan.
  • Terima kasih juga buat mySIL, tanpa cikPink, tak sampai dak Kakak ke destinasi.
  • Tabik spring buat en. Hubby yang sabar melayan rajuk cikPutih dan cikPink. 

Aku..?
Alhamdulillah.. Syukur dan berterima kasih dengan semua bantuan diberikan.

Segala gambar disebalik kejadian ada di SINI.. 


Hari ini..
2 Oktober 2023 - Isnin

Atas urusan kerja, malam tadi en. Hubby bergerak ke Johor Bahru
'Penat.. tidur'. Itu jelah jawapan setiap kali aku bertanya 'abang tak penat ke?'.

Aku..?
Mohon kebenaran emergency leave untuk hari ini. Aku tak cukup kuat, seperti bateri yang hampir kehilangan kuasa.

Esok..?
Aku cuti lagi.

#RemajaPurba: ...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...