Followers Remaja Purba

Monday, August 28, 2023

28 Ogos 2023 - Birthday dak Adik


26 Ogos 2023 - Sabtu
Lokasi: Burger King di situ.

Awalnya lokasi A menjadi pilihan tetapi di saat-saat akhir lokasi B yang kawasan berdekatan dengan rumah menjadi pilihan. Dengan keadaan en. Hubby yang penat baru pulang dari kerja, sebaiknya bertimbang rasalah ye MakBudak walau hakikatnya selepas itu kami ke lokasi C pula. Lokasi C pilihan en. Hubby sendiri. 

Dalam penat tapi masih sanggup melayan kerenah kami.
Bahagianya rasa bila anak-anak dalam mood ceria.
Paling penting Babah deme tak 'meragam'.. hahaha..

'Premium Selection'

Pertama kali kami 'dine in' di Burger King.
Alhamdulillah, tersandar kekenyangan akhirnya.

Dah kenyang.. jomlah kita ke lokasi C pula.

Di lokasi C, sekadar berehat di tepian pantai sambil melihat nun di sana mereka yang bekerja di pelabuhan. Lokasi yang dah lama terkeluar dari senarai persinggahan kami.


27 Ogos 2023 - Ahad
Lokasi: Marrybrown di sana.

Meraikan sambutan hari lahir anak buah di Marrybrown di situ. Berkongsi pula tarikh lahir dengan dak Adik - 28 Ogos tapi sambutannya dibuat sehari awal. Kami sekadar meraikan anak buah, dak Adik cuma bergambar kenangan bersama.

RESERVED - Marrybrown

Dak Adik bersama Babah.


Bersama Adam, birthday boy (anak adik ipar)

Babah, dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha..
MakBudak - jurugambar

Gambar spontan juga yang lawa.


dak Adik kena paksa bergambar

Bersama family birthday boy


28 Ogos 2023 - Isnin
Lokasi: di sini.

Buat dak Adik..

"Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian, dilapangkan dari kesulitan dan dilimpahkan rezeki yang berkat serta berpanjangan. Moga Allah makbulkan setiap permintaanmu Qawiem (MQA). Aamiin Ya Rabbal Alamiin.." 🤲🏻

SELAMAT HARI LAHIR buat dak Adik.. 
Happy Birthday to you..


Kau kena kuat dik, jangan senyap dan berdiam diri bila mana orang lain meletakkan kesalahan ke atas diri kau dik. Jangan bagi orang lain pijak kepala kau dik! Kau kena pertahankan diri kau.

Kalau kau salah.. ye memang patut kau mengaku tapi kalau kau tak buat salah jangan berdiam diri. Pertahankan dirimu itu.

Ingat pesan ibu ni dik..!!

#RemajaPurba: ...

Tuesday, August 15, 2023

Pilihanraya Negeri #PRN 2023


12 Ogos 2023 - Sabtu

Kronologi mengundi:

  • Ikut saluran betul, beratur dan bila dipanggil masuk, bagi salam, hulur kad pengenalan, sebut angka giliran (kalau ingat untuk mudahkan petugas), turunkan sedikit face mask sebagai bukti wajah yang sama seperti di dalam kad pengenalan. Ok yang ini sebenarnya tak perlu tapi aku buat juga (waktu PRU hari tu deme minta, yang PRN ni aku buatlah walau tak diminta). 
  • Ambil kertas undi dan bergerak ke tempat yang disediakan dan tanda X di ruang yang disukai, bukan yang dibenci. Kalau ragu² tak tahu nak pilih mana satu, tanda je X buat kedua² tapi itu akan dikira sebagai undi rosak ye. Ingat.. Tanda ❌ bukan ✔️.
  • Selesai tanda, masukkan kertas undi di dalam peti undi yang ada.
  • Ucapkan terima kasih, kemudian keluar dan berjalan balik. Sambil jalan tu, bolehlah ambil gambar.. 'Saya sudah, anda bila lagi'.. 😄
  • Balik rumah cepat² cuci sebab aku geli. Berapa ramai dah celup dalam botol dakwat undi.. 😥


Bersedia untuk beratur.

Tak ramai orang dan tak sempat berpeluh pun waktu beratur.

Sampai ke hari ni (15 Ogos 2023) masih belum hilang lagi kesannya

'Saya Anak Malaysia'


Oh.. Lupa satu langkah di awal tadi:
  • Waktu nak celup jari, aku tunjuk semua jari, nah.. nak yang mana satu. Hanya jari telunjuk je yang boleh, jari tengah tak boleh. 🤣


TAHNIAH:
Buat semua yang menang kerusi undi, ingatlah jasa semua pengundi, tanpa kami, kamu tidak akan berada di 'atas kerusi'. Jalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Jangan kerek, jangan sombong, netizen memerhati, jangan buat kesilapan yang boleh memakan diri sendiri.


#RemajaPurba: Selingan..

Jimin BTS..

Thursday, August 10, 2023

Bulan Kelahiran dak Adik


JULAI 2023
Sudah sembilan hari pergi meninggalkan kita. Banyak kenangan tertinggal tersimpan rapi di dalam hati yang tidak diterjemahkan di sini. 


OGOS 2023
Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023:

Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

sumber en. Google..
Reka bentuk logo yang unik dan simbolik:
Tangan yang sedang diangkat untuk melafazkan ikrar Rukun Negara.

Tercatat juga dalam sejarah keluarga di mana bulan Ogos adalah bulan kelahiran dak Adik. Menghitung hari tiga hari sebelum Hari Merdeka.


Bulan Hadapan - SEPTEMBER 2023
Ada juga tarikh-tarikh penting.. sabar ye September. Masa kau akan tiba jua.


#RemajaPurba: ..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...