Yang jauh kita dekatkan..
Yang dekat kita rapatkan..
Yang rapat kita cantumkan..
Dah bercantum.. Bahagia empunya badan..
Bila anak balik bercuti..
MakBudak senang hati..
================================================
29 Jun 2023 (Khamis)
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua.
Alhamdulillah..
Selesai ibadah korban buat keluarga myMIL kali ini. Bertambah meriah dengan kehadiran jiran tetangga dan sanak-saudara myMIL.
Bergedil Ayam
Rendang Ayam (waktu ini belum siap sepenuhnya)
Ketika mereka sibuk di tepi padang, aku sibuk di ruang dapur membantu myBiras. Hati tak cukup kuat nak turut serta walau dah diajak berkali-kali oleh en. Hubby.
Dua ekor lembu untuk dikorbankan
Kerjasama antara family myMIL dan jiran terdekat.
Menu utama:
Sup tulang + daging lembu + sambal kicap
Menu iringan:
Nasi impit, ketupat palas, rendang ayam, bergedil, bihun, kuih + air.
Tak banyak tapi meriah, sedikit kelam kabut di bahagian dapur tapi tak menjejaskan riang-ria sanak-saudara di depan rumah.
Sup Gearbox
================================================
Ketika orang lain sedang bergembira, ada yang berduka dek kehilangan ahli keluarga.
Salah seorang boss (Muhamad Amran bin Zainal Abidin) dari tempat kerja aku telah pergi ke Negeri Abadi lewat malam 28 Jun 2023 - 11:30 malam (Rabu). Betapa bertuahnya arwah dikelilingi mereka yang terbaik. Kita sedih 😭, family arwah apatah lagi.
Moga segala urusan dipermudahkanNYA.
Moga mental dan fizikal family arwah kuat walau dah tak sekuat mana.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
( إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)
Lot: D9819 - 'rumah baru arwah'
Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam
Tiada lagi kereta ini dipetak parkir di tempat kerja selepas ini.
#RemajaPurba: Sampai masa kita pasti kembali kepadaNYA.