19 Mei 2023 - Jumaat
HOSPITAL TUNKU AZIZAH (HOSPITAL WANITA & KANAK-KANAK)
Temujanji pertama dak Nuha di sini.
Surat rujukan dari hospital di sini yang membawa aku terus ke Hospital Tunku Azizah ini. Alhamdulillah dari meja pendaftaran hingga ke bilik rawatan, semua urusan dipermudahkanNYA. Layanan dari Doktor dan Jururawat bertugas sangat baik, penerangan yang jelas dan mudah difahami.
Paling penting, Dak Nuha tak meragam. Lagi penting, en. Hubby 'tak meragam' waktu hantar kami ke sini.. hahaha.. Tempat yang aku tak biasa, mustahil untuk aku pergi sendirian. Bila melibatkan urusan di tengah bandar raya Kuala Lumpur ni, letaklah google map, wazes, peta lokasi atau apa sahaja, memang mustahil untuk aku memandu sendirian dan en. Hubby pun tak percaya aku boleh pergi berseorangan.
Selesai urusan di hospital, en. Hubby buat keputusan untuk meneruskan perjalanan menuju ke SINI.. untuk mengambil hadiah Grand Prize yang aku menang baru-baru ini.Alhamdulillah.. rezeki.
Paling penting, semua urusan berkaitan hari ini dipermudahkanNYA.
#RemajaPurba: ...