Followers Remaja Purba

Monday, February 28, 2022

Kucing dan Pengawal serta Gempa Bumi


25 Februari 2022 (Jumaat)

Kisah minggu lepas..
Mungkin ada hikmah disebalik aku berehat sekejap di dalam kereta sebelum masuk ke tempat kerja. Ada seekor kucing entah dari mana mengiow tanpa suara di depan pintu lif di basement tadi.

Apa yang perlu aku buat? 
Rasa kesian dah tentu, rasa sedih apatah lagi sebab ia tak sihat + lapar. Merengek, menggesel pada kaki aku. Alahai.. kabur pulak pandangan aku. Ia ikut masuk ke dalam lif dan aku ajak ia ke ruang lobi sambil berfikir apa yang patut aku buat. Aku tak nak ia ikut melilau masuk ke dalam ruang pejabat tingkat lain.

Teringatkan team pengawal keselamatan di tempat kerjaku. Tak fikir panjang aku bawa ia ke tempat mereka dengan harapan hantarlah ia ke mana-mana tempat yang sesuai dengannya. Jujurnya aku tak sampai hati tapi aku tiada pilihan (aku tak peduli apa pandangan orang lain terhadap aku).

Alhamdulillah, salah seorang dari mereka dengan rela hati sanggup nak bawa ia balik ke rumah. Allahuakbar. Ya!Allah kau hadirkan seorang insan yang berhati mulia sanggup membantu kucing hitam tersebut. Aku doakan moga makin bertambah rezeki dengan membelanya.


Kisah lain:
Kesan gempa bumi di Indonesia dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Lebih kurang pukul 9:45am, pengalaman merasainya di tempat kerjaku lebih kurang sama seperti di tempat kerjaku yang dulu dari tingkat 12, cuma kami ni aku berada di aras 1. Gempar tu biasalah sebab bukan selalu jadi macam tu.

Abang BOMBA.. sweet je kan..

26 Februari 2022 (Sabtu)
Menghadiri undangan perkahwinan saudara dari sebelah en. Hubby di Bangi. Moga kedua-dua pasangan di bawah lindunganNYA dan moga rutin harian mereka dipermudahkanNYA. Apa yang penting, kali ni aku mengikut tema sedondon warnanya - merah.


27 Februari 2022 (Ahad)
Hari ni berehat, kumpul tenaga..
Makan + rehat + tidur + makan lagi..
Hahaha..

#RemajaPurba: Simpan sini sebagai kenangan.

Thursday, February 24, 2022

Adakala perubahan itu baik


Kenangan yang takkan berulang.

Rindu aku kepadamu.

Lama aku di sini sebelum diarah berpindah ke tanah jajahan baru.
Walau telah tiga tahun aku meninggalkanmu, kau akan tetap di dalam hatiku.
Banyak kenangan aku di sini tapi aku percaya 'adakala perubahan itu baik untuk kita tapi bukan semua yang baik itu menjadi hak kita'

#RemajaPurba: ...

Monday, February 21, 2022

Go with the Flow


Kisah pagi tadi:
Hujan turun sangat lebat waktu aku bersiap untuk ke tempat kerja. Namun, yang buat aku risau, aku takut dak Kakak akan lambat sampai ke sekolah. Dah banyak kali anak aku lewat sampai ke sekolah gara-gara van sekolah berhadapan dengan masalah teknikal.

'Kakak, kalau nak ibu hantar kakak kena siap cepat'.
Hari ni dak Kakak ada ujian bertulis, aku tak nak dia serabut + tertekan kalau van sekolah lambat.

Alhamdulillah..
Anak aku selamat pergi ke sekolah, begitu juga dengan aku ke tempat kerja. Semua berjalan dengan baik dan urusan kami dipermudahkanNYA.


Tengahari tadi:
'Ibu, nak masak apa hari ni? Kakak malas nak masak apa-apa hari ni sebab penat sangat'.
'Takpe, tak payah masak, tunggu ibu balik baru ibu fikir nak masak apa. Kakak rehat je'.


Petang ni:
Rutin harian.. go with the flow.


Malam nanti:
Nak tidur awal, harapnyalah.

#RemajaPurba: ...

Sunday, February 20, 2022

I'm almost out of Control


'Sabar.. saya tahu macam mana perasaan tu..'
'Dahlah.. biarkan. Buat macam yang saya kata, layankan je'.

Sebenarnya aku sedikit tertekan dengan hal di tempat kerja. Bila aku berada di tahap hingga menitiskan airmata, that means I'm almost out of control.

Jadi, hujung minggu macam nilah sangat aku nantikan.
Berehat di rumah, melepaskan penat + tertekan dek hal di tempat kerja. 


Ya!Allah..
Kau jauhkanlah rasa amarahku ini.
Kau jauhkanlah rasa sakitku ini.
Kau tinggikanlah rasa sabarku ini.
Supaya tak memburukkan lagi keadaan ini.

#RemajaPurba: Aku mencuba untuk bersabar..

Friday, February 18, 2022

Biawak Hidup is real


Aku tak kata ini sambungan pada entry di SINI tapi ia bukanlah susah pun nak faham; yang tak faham 'Biawak Hidup' tu je sebab dia terlampau selesa dengan hidup dia. Pada dia, 'buat apa nak peningkan kepala, dah kalau ada yang sanggup nak tolong'.

'Biawak Hidup' is real..!
Maksud: Menolong orang yang mana akhirnya menyusahkan diri kita..!

Aku dah kata.. Jangan monyet, jangan! Tapi kau degil nak jugak tolong Biawak Hidup tu. Janganlah kau jadi seperti Maibi yang kurang akal, biarlah berbezza dengan dak Kancil yang licik mengHondakan yang tak faham bahasa.


Jangan sampai timbul rasa menyesal tak sudah, masa tu kau guna kuasa apa sekali pun takde guna dah.

#RemajaPurba: ...

Thursday, February 17, 2022

Suami Jangan Takut


Bukan masalah aku..

Sensitifkah aku..?
Terlalu berdikarikah aku..?
Bila terlalu berdikari, suami akan menjadi terlampau selesa. Jangan begitu, kita faham tanggungjawab masing-masing sebagai suami isteri tetapi bukan dengan mengambil kesempatan. Bagi aku, menjadi seorang yang boleh berdikari itu elok tapi biarlah berpada-pada. Biarkan sesetengah perkara si suami yang kena buat supaya tanggungjawab terlaksana, pahala pun dapat.

Sebagai contoh:
Isteri membeli rumah dan bil-bil dibayar menggunakan duit isteri.
Sebagai isteri, bantuan itu biarlah berpada-pada supaya suami juga ada peluang untuk jalankan tanggungjawab dia tanpa mengambil kesempatan ke atas isteri itu.

Suami jangan takut.
Sekarang mungkin kedudukan kewangan terhad untuk urusan harian tapi bila kau ada usaha agar perbelanjaan bulanan diurus dengan baik, InsyaAllah.. satu hari nanti DIA akan buka pintu rezeki yang lebih luas lagi untuk kebahagian dan kesenangan kita.

Jangan sekadar beringat tapi tiada tindakan susulan dibuat. Berbincanglah untuk mencari jalan keluar agar manis di pengakhirannya.

Islam itu dah lengkap dengan hak masing-masing.
Suami ada haknya begitu juga isteri ada haknya.
Suami sebagai pemimpin keluarga, bukan sebagai pemusnah keluarga.


#RemajaPurba: Biawak hidup is real..

Wednesday, February 16, 2022

Tazkirah dari Seekor Kupu-kupu


Lama kisah ni tersimpan draf rupanya. Ini pun sebab aku buat cleaning dalam ni.
Tazkirah pada 1 November 2017 oleh En. KB (one of my boss di tempat kerja).


SEEKOR KUPU-KUPU

Ada satu lubang kecil untuk laluan keluar dari kepompong semasa proses sebelum menjadi kupu-kupu. Cuba kita gunting untuk membantu kupu-kupu keluar sebelum waktunya. Sudah tentu ia tidak mampu untuk terbang menggunakan kepaknya kerana ia keluar dari kepompong bukan dalam keadaan normal. Bantuan kita itu menyebabkan kupu-kupu itu tidak dapat menikmati kehidupan dan cacat selamanya.

Pada lubang kecil itu terdapat jalan suatu cairan masuk untuk membentuk kupu-kupu dan memudahkan kepaknya digunakan sebaik keluar dari kepompongnya. 

Ketergesaan - kita tidak sabar untuk melihat ia lepas bebas.
Menghambat - kita bukan saja memaksa tetapi menyeksa.

Disebalik kisah tersebut:
Niat yang baik itu semestinya akan meninggalkan sesuatu yang baik tetapi adakalanya niat yang baik tak semestinya akan meninggalkan sesuatu yang baik. Niat membantu itu baik tetapi baik pada diri kita belum tentu baik kepadaNYA.

Berbalik kepada kupu-kupu tadi, untuk ia keluar menikmati dunia ia kena berusaha sendiri yang mana kita tak perlu bantu dek mahu memudahkannya.


Kenapa kehidupan yang kita lalui itu susah? Kenapa tak senang je..? 
Kita banyak berdoa dan juga harapan yang tinggi tapi kalau kita tak melalui proses yang lagi susah dan sulit itu, kita takkan mampu berjaya dengan cita-cita kita. Kita kena susah dahulu sebelum senang. Bukan semuanya mudah dalam menjalani kehidupan. Ada yang susah dahulu kemudiannya senang, begitu juga sebaliknya. Semua ini adalah kekuasaan dariNYA.

Sebagai contoh:
Pokok Zaitun yang tumbuh di Gurun Sahara itu lebih berkembang dan subur berbanding dari pohon di perlembahan.

Surah Al-Insyirah 94: Ayat 6
Setiap kesusahan itu ada kesenangan.
"(Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan".


#RemajaPurba: ...

Monday, February 14, 2022

Dak Nuha Kontak Rapat


18:20 pm - 11 Februari 2022 (Jumaat)

Cikgu sekolah dak Nuha call.
Terfikir dia tertinggal van lagi ke..? Tapi tak mungkin sebab belum habis sesi persekolahan lagi. Rupa-rupanya ada seorang murid +ve dan dak Nuha dikira sebagai kontak rapat pada murid tersebut sebab deme naik satu van sekolah. 

Minggu lepas dari tempat kerja membawa ke taman perumahan aku ada sahaja kedengaran kes Covid-19 ni membuatkan aku rasa letih mengadap kes +ve ni. Walau aku bukan mangsa dan pemangsa tetapi bila kes-kes yang berhampiran aku membuatkan aku makin risau, ditambah lagi dengan apa yang dah berlaku pada dak Nuha.

Pemantauan aku setakat ini dan ujian yang dilakukan memberi sedikit kelegaan dalam hati hati. Langkah berjaga-jaga kami ambil untuk tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Sebelum ni aku pernah menjadi kontak rapat, juga bila dibuat ujian, Alhamdulillah -ve walau debaran tu Allah je yang tahu.

'Alah.. kontak rapat je pun, bukannya +ve. Itupun nak kecoh'.

Biarlah, blog aku, kisah aku.
Kau tak suka, kau tak perlu ambil tahu. Bukan aku susahkan hidup kau pun.

#RemajaPurba: Na'uzubillahi min zalik.. kami berlindung dengan Allah daripada perkara tersebut. 

Tuesday, February 8, 2022

Satu Sisi Gelap


Sekadar bercerita di sini, no hurt feeling ok.

Sejak aku diarahkan bertukar bahagian, sedikit sebanyak persekitaran tempat kerjaku memainkan peranan dalam pembentukan emosi aku. Semakin baik dari dulu, satu sisi 'gelap' yang buat orang tidak menyenangi aku. Sisi gelapku itu aku cuba sisihkan dari hati.

No one is perfect, I have some faults too dan sebab itu aku berusaha ke arah sisi yang positif dan Alhamdulillah.. much much better then before. Walau meninggalkan parut tapi sekurang-kurangnya masih diberi peluang untuk berubah.

#RemajaPurba: Sometimes to move forward, you have to let it go..

Monday, February 7, 2022

Seperti satu sumpahan dan Kellie's Castle


Tambahan pada kisah dari SINI..

Sudah seperti satu sumpahan, setiap kali pergi kenduri, warna baju aku mesti sama tema dengan tuan rumah. TAPI kali ni lagi hebat.. Sedondon dengan warna alas meja dan khemah kendurinya.. 🤣 Alahai..🤦‍♀



Selesai majlis, sempatlah kami singgah di Kellie's Castle sebab tempat ni tak jauh dari tempat yang kami pergi tu. Dah alang-alangkan.. 

Dalam renyai hujan kami di sini.

Nun jauh di sana, waktu cuti ramailer yang ke sana.

Ketika ramai ke arah kiri, kami mengambil jalan ikut ke kanan. Kira macam ikut jalan belakanglah, mudah sebab tak ramai orang ikut laluan kami tu.

Bodyguard terbaik kami.

Kebetulan laluan belakang ni takde orang guna.
Dengan berbaju kurung memasing panjat naik turun tangga dalam bangunan ni.

Kiri aku punya, kanan pun aku punya..

Syurga aku dan en. Hubby

Kali ni yang tengah tu bagi kerjasama yang baik waktu bergambar.

Ruang Lif

Ruang lif yang bakal dijadikan lif pertama di Malaya ketika itu tetapi rancangan ini tidak diteruskan setelah William meninggal dunia akibat pneumonia di Lisbon, Portugal pada Disember 1926. Dipercayai bahawa dia merancang untuk ke England selepas ke Portugal bagi mendapatkan lif.

Bilik Linen

Rumah besar zaman Victoria biasanya mempunyai sebuah bilik linen @ stor linen di mana linen bersih bagi katil dan meja disimpan. Bagi tujuan ini, persekitaran yang kering amat penting.

Tempat Simpanan Arak dan Terowong
(Wine Celler & Underground Tunnel)

Merupakan bilik simpanan arak kellie Castle dengan para yang mampu menyimpan sehingga 3000 botol arak. Sebuah terowong terletak di bawah bilik simpanan arak ini. Spekulasi menyatakan bahawa terowong rahsia ini berfungsi sebagai jalan keluar ketika kecemasan untuk pergi ke kuil Hindu, 500 ela dari sini. Terowong ini telah ditutup oleh pihak berkuasa muzium pada tahun 2003 bagi tujuan keselamatan.

Nota:
Awalnya en. Hubby teman kami semua dengan berbekalkan lampu dari handphone sebab keadaan ruang yang gelap tapi bila aku yang terakhir keluar dari ruang itu, aku mintak dak Adik dok belakang aku. Entahlah tiba-tiba aku rasa seram pulak. Dak Kakak boleh pulak cakap dia rasa macam ada orang lalu macam angin dekat tepi dia. Alahai anakku..

Menuju ke bahagian belakang bangunan iaitu dapur dan kuarters pekerja dapur.

Letih anak-anak melayan kerenah MakBudak untuk bergambar.

Laluan ke ruang berkaitan.

Pemandangan di bahagian belakang, luas dan nampak cantik.
Kalau tak mengenangkan waktu tu hujan, mahu sampai ke pokok tu aku berjalan.

Sebelum turun, sekali lagi kita bergambar.

my dak Kakak.

Kami lebih selesa memilih jalan yang kurang orang menggunakannya agar kami dapat menikmati ruang tersebut dengan lebih santai. 

Ruang paling atas di dalam bangunan ini kami tak jejak pun dan aku tak bagi anak-anak naik sebab ramai orang turun naik baik muda, budak kecik mahu pun yang tua. Lagi satu aku risaukan keselamatan anak-anak. Takpelah dapat tengok sipi-sipi pun ok dah. Ada banyak gambar dari pelbagai sudut dalam bangunan tu yang aku ambil tapi cukuplah apa yang ada ni. Bukanlah nak mengkaji sejarah disebaliknya pun, cukup sekadar menambah ilmu buat anak-anak.

Selepas puas bermandi peluh di Kellie's Castle, kami meneruskan perjalanan balik ke rumah dalam debaran dek hujan yang tidak berhenti dan paras air di kawasan rumah makin naik. Sambungan kisahnya di SINI..

#RemajaPurba: ...

Wednesday, February 2, 2022

28 Januari 2022 - Birthday MakBudak


Sambungan dari SINI.. 

Satu soalan cepumas buat MakBudak.. 
'Bila agaknya lagi..'

Hari kejadian..
Surprise pertama di tempat kerja..

Diikuti yang ini..

Surprise seterusnya dari my Pengarah.
Betul-betul surprise..

Terima kasih juga buat kak Zai atas hadiah ni.

Dari my anak dara dak Kakak..

tq mySIL.. luv u..

MakBudak mata duitan..

Hadiah paling berharga..

Happy Birthday to me..

Link penuh di SINI..

Terima kasih buat semua atas doanya. Moga doa-doa tersebut berbalik kebaikannya pada semua.

#RemajaPurba: ... 

Tuesday, February 1, 2022

Harimau 2022 Tahun Baru Cina


Selamat Hari Raya 2022 - Harimau.
Makan besar di rumah mySIL.

Juadah kari kambing dan rendang ayam serta pulut kuning menjadi santapan mak rimau..  Auummm..

Memburu daging kambing tengah malam tadi..

Masak demi permintaan MakBudak

Siap.. Rendang Ayam..

Kari Kambing menjadi buruan ramai..

Pulut Kuning


Dah kenyang, mak rimau nak rehatkan perut. Malam nanti kita buru makanan lain pulak. Terima kasih buat en. Hubby melayan kerenah MakBudak. La ni mak rimau dah jinak menjadi kucing parsi dek kekenyangan.. hahaha..

'Abang suruh makan, bukan suruh gemuk'.. 

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina bagi semua yang menyambutnya..

#RemajaPurba: Chinese New Year..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...