Followers Remaja Purba

Thursday, December 31, 2020

Disember - PENUTUP tahun 2020


Sambungan dari SINI..

DAY 279 (21 Disember 2020 - Isnin)
Wow.. 👀
AES Speed Camera kembali berfungsi di Elite Highway arah selatan.

Meriah blink blink pagi tadi. Mesti ada yang terkejut terpinga-pinga tak sangka terkena pancaran cahaya yang tiba-tiba.

Nasihat aku..
Jangan ikut rapat kenderaan di hadapan anda. Tindakan reflect segelintir pemandu, deme akan brek mengejut untuk memperlahankan kenderaan ketika menghampiri AES.

Ingat tu.. Jangan..


DAY 280 (22 Disember 2020 - Selasa)
-Off record-

DAY 281 (23 Disember 2020 - Rabu)
-Off record-

DAY 282 (24 Disember 2020 - Khamis)
Temujanji di hospital berkaitan jari tanganku. Temujanji seterusnya pada Februari 2021 nanti. Setakat ini, perkembangan jari tanganku semakin baik. Alhamdulillah.


DAY 283 (25 Disember 2020 - Jumaat)
Cuti Umum: Hari Krimas.

Nama je tinggal kat kampung tapi tak pernah walau sekali aku menunggang motosikal.


Membonceng pula..?
Kali pertama dalam tahun 2020 ni beb.. Berjaya juga aku memujuk en. Hubby bawak jenjalan naik motor walau hanya ke hujung tu je.


DAY 284 (26 Disember 2020 - Sabtu)
Hari ini akad nikah adik sepupu aku di rumah bakal pengantin perempuan. Aku tak dapat turut serta sebab aku hanya dapat balik kampung pada sebelah malamnya. Hujan sepanjang jalan menuju ke kampung halaman. Sebelum tu sempat singgah di rumah bapa saudara aku untuk mengambil beliau untuk turut sama meraikan majlis tersebut.


DAY 285 (27 Disember 2020 - Ahad)
Selamat Pengantin Baru buat adik sepupu aku dak Asyraf dan Iqa. Moga bahagia hingga ke akhir hayat dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.

26 Disember 2020 - Akad Nikah.
27 Disember 2020 - Tahlil dan doa selamat.

Majlis menyambut menantu. Ringkas tapi sangat bermakna.

Ibu dan bapa pengantin lelaki.
Tahniah ibu dan pakBusu, bertambah seorang lagi menantu.

Air tebu hidangan untuk tetamu, fresh dari kebun belakang rumah.

Manis tanpa campuran gula.

Menu:
Nasi putih
Kari Itik
Rendang ayam + maman
Sambal belacan
Ikan masin bulu ayam
Buah - oren +  longan
Air Tebu


Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar tapi kali ini tidak banyak gambar yang aku ambil. Banyak video tetapi hanya untuk simpanan sendiri dan family. Apa yang pasti dak Kakak dan dak Adik tidak turut serta kali ini. Rugi tak ikut dan deme sendiri menyesal tak nak ikut balik.. hahaha..

Namun, jauh disudut hati sebenarnya aku kecewa dengan seseorang yang tidak mahu mengikut aku meraikan majlis ini. Takpelah, biar aku telan sendiri, sulit untuk aku bercerita di sini. Bukan sekali, bukan dua kali tapi dah banyak kali terjadi.


DAY 286 (28 Disember 2020 - Isnin)
Petang:
Mengambil hasil kebun di belakang rumah pakBusu.

Nota:
Masih banyak gambar kenangan yang aku ambil tapi tunggu tahun depan jelah aku kongsikan di sini.

Hujan turun dengan lebatnya selepas majlis diadakan semalam. 

Malam..
Perjalanan balik dari kampung aku lalui dengan lancar, jarang sangat berpeluang tidak berhadapan dengan kesesakan di lebuhraya. Aku tapau satu bekas besar kuah kari itik, bawa balik untuk disejukbekukan + satu botol besar air tebu. Thank youlah ibu.. Senang kerja anak buahmu ini.. 🤣😂


DAY 287 (29 Disember 2020 - Selasa)
-Off record-
Masih dalam mood bercuti maka segala urusan kerja hakiki di tempat kerja + di rumah tidak aku layani. Berehat sepuasnya bersama dak Nuha. Dak Kakak dan dak Adik berada di rumah mySIL. Nanti ibu minta babah ambil korang ye.


DAY 288 (30 Disember 2020 - Rabu)
Kembali bertugas secara WFO - tenang tanpa gangguan. 


DAY 289 (31 Disember 2020 - Khamis)
Hari terakhir bagi tahun 2020, banyak kenangan pahit manis yang telah aku lalui. Baik dan buruk semuanya menjadi pengalaman berharga buat aku. Tidak akan menoleh ke belakang yang pastinya.

Moga Tahun 2021 yang akan memulakan 'tugasnya' pada hari esok menjanjikan sesuatu yang manis untuk dikenang. Mana yang pahit itu kita buang ke gaung yang dalam, tak usah dikenang walau senafas. Kalau nak dikenang, terpulanglah tapi bak kata dak Nuha 'benda yang lepas jangan diingat'.


NOTA:
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah akan dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021. Ini adalah kerana jumlah kes masih tinggi selain kewujudan kluster baharu. SOP jangan diabaikan, semuanya terpulang pada diri sendiri DAN juga tiada kereta terbang untuk tahun 2020.

#KisahKita: Panjang umur kita jumpa pada tahun 2021.

Wednesday, December 30, 2020

Kuarantin dan Work From Home


Hari ini aku cuba marathon untuk update kisah di sini.

DAY 257 (29 November 2020 - Ahad)  
Baru nak duduk rehat sambil buat tinjauan dekat media massa, tiba-tiba..
'Ibu.. Muka Nuha bengkak.. Panas..'
Ahh.. Sudah.. 😨  

'Nape Nuha?' 
'Tak tahu, tiba-tiba rasa panas, tangan Nuha pun sama..'  Dia ni ratu panik.
Terus ku perah otak memikirkan kenapa, jangan sama-sama panik macam dia.

Sekali lagi aku bertanya.. 'Nape Nuha..?'
'Tadi kan Nuha urut kaki babah, lepas tu muka Nuha jadi macam bengkak, panas..' Dia dah mula nak menangis masa ni.

Rupa-rupanya dia basuh tangan ala kadar je. Apalagi merayaplah rasa panas minyak urut tadi dekat muka dia.. 🤣🤦‍♀


DAY 258 (30 November 2020 - Isnin)
-Off Record-

DAY 259 (01 Disember 2020 - Selasa)
10 November 2020 - 30 November 2020 adalah cuti sakit paling lama yang aku terima selepas cuti bersalin lapan tahun lalu. 

Hari ini..
01 Disember 2020
Occupational Therapy.
Penghujung Disember kita jumpa doktor kembali..


DAY 260 (02 Disember 2020 - Rabu)
 
Disebalik kisah ambulans KKM

Anak jiran sebelah rumah aku telah didapati positif Covid-19 dan ambulans KKM telah ambil anak beliau petang semalam untuk dikuarantin. Manakala ahli keluarga yang lain dikuarantin di dalam rumah sehingga dipanggil untuk menjalani swab testDalam masa yang sama anak-anak aku memang sentiasa bermain bersama anak-anak beliau setiap hari sehingga semalam.

Soalan:
Memandangkan esok, 3 November 2020 saya akan kembali bertugas di tempat kerja, adakah boleh saya bertugas seperti biasa?
Kena tunggu keputusan top management. Buat masa ni, awak WFH dulu ye.


DAY 261 (03 Disember 2020 - Khamis)
Aku dikecualikan dari hadir bertugas secara penggiliran, bekerja dari rumah.


DAY 262 (04 Disember 2020 - Jumaat)
-Off Record-

DAY 263 (05 Disember 2020 - Sabtu)
-Off Record-

DAY 264 (06 Disember 2020 - Ahad)
-Off Record-

DAY 265 (07 Disember 2020 - Isnin)
-Off Record-

DAY 266 (08 Disember 2020 - Selasa)
-Off Record-

DAY 267 (09 Disember 2020 - Rabu)
-Off Record-

DAY 268 (10 Disember 2020 - Khamis)
-Off Record-


DAY 269 (11 Disember 2020 - Jumaat)
Ulangtahun Hari Keputeraan yang ke 75 Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.


DAY 270 (12 Disember 2020 - Sabtu)
-Off Record-

DAY 271 (13 Disember 2020 - Ahad)
-Off Record-


DAY 272 (14 Disember 2020 - Isnin)
Dengan lafaz بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 
Hari ni aku mula melapor diri di tempat kerja selepas hampir sebulan cuti sakit + work from home (WFH).

Perkara pertama pagi ini:
Dapat mesej dalam group - 'Alarm kereta dengan nombor pendaftaran **23* berbunyi' 🤦‍♀. Alahai cikPutih, kenapa tiba-tiba kau seru namaku?


DAY 273 (15 Disember 2020 - Selasa)
-Off Record-

DAY 274 (16 Disember 2020 - Rabu)
-Off Record-

DAY 275 (17 Disember 2020 - Khamis)
-Off Record-

DAY 276 (18 Disember 2020 - Jumaat)
-Off Record-


DAY 277 (19 Disember 2020 - Sabtu)
Hari ini hari lahir adik bongsu aku.

Happy Birthday Adik.
Selamat Hari Lahir Adik 🌷🥰🌷
Moga dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah, diberi kesihatan yang baik, dijauhkan dari kesulitan serta rutin harian dipermudahkanNYA.


DAY 278 (20 Disember 2020 - Ahad)



Nama: Abg Long Kawasan
Jantina: Jantan Perasan Kuat
Tempat dilahirkan: Entah
Kehidupan: Gelandangan takde pakaian
Pekerjaan: Makan.. Tidur.. Memancut
Hobi: Suka bergaduh dengan dak Oyen. Tak sah kalau dak Oyen tak cedera dikerjakannya.

'Aku jentik telur kau nanti, sekali dengan telur tuan kau pun aku jentik, tahu tak?!'. Dah bagi hint macam ni pun takde yang nak mengaku kucing tu deme punya. Memancut sesaja kerjanya sampaikan aku takde privasi dalam kawasan rumah sendiri. 

Hari tu dicakarnya tangan aku sebab aku nak jentik telur ia. Kali ni siap kau, aku nak lumurkan kunyit dekat telur kau. Apa nak jadi, jadilah.. Kau tunggu.. Kau tunggu.. 😤


Alah.. MakBudak bebel je tapi nak buat memang tak sampai hati.

#KisahKita: Nanti aku sambung lagi..

Tuesday, December 15, 2020

Cuti Sakit yang panjang


Aku cuti sakit dengan blog ni pun turut cuti sakit..
Jadi, aku cuba update apa yang tertinggal.


DAY 237 (09 November 2020 - Isnin)  
Hari ini hari terakhir sebelum aku bercuti panjang.. 😂
Hari ini juga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan selama empat minggu sehingga 6 Disember 2020Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bermula 14 hingga 27 Oktober 2020 telah dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 9 November 2020.


DAY 238 (10 November 2020 - Selasa)  
Alhamdulillah..
Aku telah selamat menjalani pembedahan kecil pada tangan kanan berkaitan trigger finger. Kisah mengenainya ada di SINI..

Selesai pembedahan..
'Tak sakit kan.. macam kena gigit semut je kan..?' Doktor yang membius jari tangan aku mengusik aku.. 😂

Pengalaman berada di dewan bedah:
Takut + teruja sebab kali pertama.. biasa hanya menonton drama kesukaan aku 'The Resident'.

Terima kasih kepada doktor yang team yang bertugas..
Terima kasih kepada mySIL kerana menjaga batalion kecil kami..
Terima kasih kepada en. Hubby sebab menemani, dia yang lebih gemuruh, berdebar-debar dalam hati.. 😂


DAY 239 (11 November 2020 - Rabu)  
Cuti Sakit..
Berehat sepenuhnya tanpa gangguan..



DAY 240 (12 November 2020 - Khamis)  
Hari kedua cuti sakit, bekerja dari rumah (WFH)


DAY 241 (13 November 2020 - Jumaat)  
Kembali ke hospital untuk bukaan balutan pada tangan kananku. Alhamdulillah.. luka jahitan nampak ok dan tidak berair. Jahitan pula akan dibuka pada 24 November ini. Sementara itu kenalah lebih berhati-hati dalam segala pergerakan.


DAY 242 (14 November 2020 - Sabtu)  
Tak usah nak buat muka jambu cenggitu.
Siapa suruh berak dalam bilik ibu 😠😠😠
Babah kau pulak hati tisu, cakap jangan bagi masuk rumah, bangun pagi elok je melepek sebelah aku.

Pada siapa aku nak marah ni.. 😠


DAY 243 (15 November 2020 - Ahad)  
-Off Record-

DAY 244 (16 November 2020 - Isnin)  
-Off Record-

DAY 245 (17 November 2020 - Selasa)  
Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja syarikat sarung tangan Top Glove di Klang, Selangor bermula 17 November hingga 30 November.

Terkini:
PKPD di asrama pekerja syarikat sarung tangan Top Glove di Klang, Selangor disambung sehingga 14 Disember 2020. Ini berikutan masih terdapat kes positif Covid-19 baharu direkodkan di kawasan berkenaan.


DAY 246 (18 November 2020 - Rabu)  
-Off Record-

DAY 247 (19 November 2020 - Khamis) 
 -Off Record-

DAY 248  (20 November 2020 - Jumaat)  
-Off Record-

DAY 249 (21 November 2020 - Sabtu)  
-Off Record-


DAY 250 (22 November 2020 - Ahad)  
Ahhh.. Aku tak kira..
Aku nak cerita jugak..

Situasi:
#BabyWe yang drive, aku jadi mem dekat sebelah.

Kami baru je masuk parking, lepas tu ada sebuah kereta masuk parking sebelah kami, kali pertama masuk dia reverse balik sebab rapat dekat kereta kami, kali kedua reverse oklah ikut SOP. TAPI..

Aku tahu kak, kau lari ke pasaraya depan tu sebab nak elak hujan tapi usahlah kau bukak pintu kereta, gedegang kena kereta kami. Ikutkan.. Dah elok ikut SOP laki kau parking kereta tu 😕 Terkedu kami dalam kereta sambil tengok akak tu berlari ke pasaraya depan tu tanpa menoleh.

Damn..! Kenapa aku tak hon je tadi 🤦‍♀


DAY 251 (23 November 2020 - Isnin)  
-Off Record-


DAY 252 (24 November 2020 - Selasa)  
'Alah.. Sikit je, dua jahitan je..' ketika jahitan dibuka di hospital pagi tadi.
Alhamdulillah luka jahitan beransur baik tapi yang tak baiknya jari sekitar ibu jari membengkak, sakit pulak tu.

Owh!Aku lupa.. Kelmarin join anak-anak berbasikal tak hengat jari belum baik. Padan muka.


DAY 253 (25 November 2020 - Isnin)  
-Off Record-

DAY 254 (26 November 2020 - Isnin)  
-Off Record-


DAY 255 (27 November 2020 - Jumaat)  
Ah.. Aku tak kira..
Nak cerita jugak..! Ni baru je jadi..

BJT 4**6 langgar cikPutih waktu dia reverse kenderaan keluar dari parking. Takkan tak nampak..??

Memanglah cikPutih cedera sikit je tapi parking beb.. Parking..! Bukan tengah jalan..!

Dahlah mood aku kelaut, kau tambah perisa lagi. Eh!Memang mengundang buah kundanglah. Ni elok² aku WFH terus jadi WTH..!

Hari tu pintu depan, hari ni bucu kiri belakang cikPutih pulak kena.. 😤


DAY 256 (28 November 2020 - Sabtu)  
-Off Record-


#KisahKita: Nanti aku sambung lagi..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...