Followers Remaja Purba

Monday, July 27, 2020

Dak Nuha kembali ke sekolah


Baru nak update kisah beberapa hari sepanjang minggu lepas. Takpelah, janji ada kenangan yang aku boleh simpan di sini.

DAY 125 (20 Julai 2020 - Isnin)
Alhamdulillah rutin harian berjalan dengan baik sepanjang hari. Dak Kakak teruja bercerita disebalik hadiah 'pink panther' kepada tiga orang kawan baiknya.

Bekal makanan 'Pink Panther'

'Ibu.. ramai yang cemburu tengok anak patung tu. Dorang cakap, untuk dorang takde ke?'
'Kakak bagi masa bila?'
'Kakak dapat jumpa waktu balik sekolah je ibu, itupun dapat jumpa dorang sekejap je'.

Itu dia penangan di sebalik norma baharu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, tiada ruang untuk berjumpa kawan-kawan di sekolah dan chit chat seperti biasa. Takpelah kakak, dapat hi hi bye bye pun dah bersyukur dari tak dapat jumpa langsung kan.


DAY 126 (21 Julai 2020 - Selasa)
Sedikit sibuk memandangkan dak Nuha akan kembali ke sekolah. Menguruskan apa yang kurang dan yang tiada supaya tiada yang merengek menangis sebelum nak ke sekolah nanti.


DAY 127 (22 Julai 2020 - Rabu)
Hari ini dak Nuha kembali ke sekolah.
Kali ni aku tak ambil cuti seperti minggu lepas. Takpelah Nuha, ibu tahu Nuha boleh berdikari macam biasa kan.

Hari yang sama juga aku ada temujanji di hospital berkaitan gangguan saraf pada bahagian jari tangan aku.

#KisahKita: ...

Tuesday, July 21, 2020

Kedai Dobi 'Berhantu'


DAY 123 (18 Julai 2020 - Sabtu)

Pagi:
Aku ni kalau datang mood malas untuk sidai baju yang telah dibasuh, ke kedai dobi aku hantar untuk cucian kering. Mudah.. balik rumah terus lipat. Biasa memang liat nak lipat baju tapi kalau hantar ke dobi memang tiba-tiba jadi rajin. Tak nak bagi baju berkedut seribu kalau dibiarkan tak berlipat.

Sementara menunggu itu, aku seperti biasa, lelapkan mata sekejap. Di kedai dobi ni seperti 'berhantu', aku mesti nakπŸ’€πŸ’€πŸ’€.. dengan kawasan yang luas + kawasan kampung bertambahlah rasa seperti bersantai di beranda rumah. Memang berhantu sungguh kedai dobi itu.

Dalam masa menunggu itu,
'Dik, yang ni adik punya ke?' Ada serorang makcik ni bertanyakan kepada aku.
'Tak, bukan saya punya'. Merujuk pada mesin pengering yang dah berhenti ketika itu.

Dalam hati kenapa makcik tu tak nak tunggu mesin lain yang ada. Tak lama mana pun, lima minit pun tak sampai sebab ada di antaranya itu dah nak berhenti. Kalau makcik tu tunggu tanpa perlu keluarkan pakaian orang lain dari mesin tersebut bukan ke lebih baik.

Bukan apa, sebelum tu aku perasan makcik itu dok mengelap hidung, lagak gaya seperti orang kurang sihat. Itu yang aku rasa tak selesa dengan keadaan makcik tu. Sehingga selesai urusan aku, tuan punya pakaian itu masih belum muncul.


DAY 124 (19 Julai 2020 - Ahad)

Waktu di awal kematian si Hitam dulu, bawah kerusi kecik inilah tempat si Oyen tidur. Seolah-olah mencari di mana si Hitam sebab dulu si Hitam marah kalau si Oyen ni cuba tidur dekat situ.


Sekarang.. Terlentang terlangkuplah dekat situ takde siapa nak marah tapi kalau dapat dek dak Nuha, dah macam main dengan anak patung dibuatnya. Si Oyen pasrah je, jangan kata gigit, cakar jauh sekali. Eleh.. Takut tak dapat makanler tu.. πŸ˜†

#KisahKita: ...

Saturday, July 18, 2020

Selamat Kembali ke Sekolah - PKPP


Sambungan kisah dari SINI..

DAY 120 (15 Julai 2020 - Rabu)
Selamat kembali ke sekolah, selepas lebih 120 hari berehat dengan selesa di rumah. Mananya tak selesa hingga kena beli baju sekolah baru. Nampak tak bila anak-anak dijaga dengan baik.. πŸ₯΄ Aku pula mohon cuti rehat untuk dua hari.. πŸ‘

DAY 121 (16 Julai 2020 - Khamis)
Hari kedua.. 😱😳
Melompat aku bila tengok jam dah pukul enam pagi. Terasa macam terlajak sahur reaksinya. Tak sampai hati aku tengok dak Kakak kelam-kabut bersiap takut tertinggal van sekolah.

'Kakak, biarlah ibu hantarkan. Tak sempat Kakak nak kejar masa naik van'. Dalam pada tak nak lambat, dah separuh perjalanan, dak Kakak boleh tertinggalkan face mask. Hailaa Kakak.. sabar jelah.

Lewat petang, dak Kakak mengadu sakit kepala. Ini gara-gara tak cukup tidur dek pulun siapkan tugasan yang diberikan oleh cikgu.

Dia ni sama macam aku, kalau dah teruk sampai menangis tu, jawabnya memang tak boleh tahanlah tu. Lepas makan ubat aku suruh tidur, rehat..


DAY 122 (17 Julai 2020 - Jumaat)
Dak Kakak aku cutikan dari pergi sekolah. Biar dia rehat di rumah. Pada cikgu dan acik van telah aku maklumkan.

Aku..?
Kembali bertugas seperti biasa.

#KisahKita: ...

Friday, July 17, 2020

Ada sesuatu berlaku pada hari ke 117 PKP


Sambungan kisah dari SINI..

DAY 117 (12 Julai 2020 - Ahad)
Membeli baju sekolah anak-anak. Membesar dengan sihat rupanya dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha hingga kena beli baju baju. 'Kita beli mana yang penting dulu, nanti ibu dapat gaji kita beli lagi mana yang kurang tu ye..'

Memandangkan aku cuti rehat daripada memasak, maka jomlah kita makan di luar sana. Tempat pilihan Atok Asam Pedas Sungai Sembilang, Jeram, Selangor.

Asam Pedas Daging pilihan anak-anak. Aku lebih suka asam pedas ikan kari.

Selesai makan, ke kedai dobi pula untuk keringkan baju yang sudah dibasuh sedari awal di rumah. Kalau ada mesin lipat baju lagi senang kerja aku. Memang aku rehat dari rutin harian di rumah tapi sibuk dengan urusan di luar rumah.

Kedai dobi ini menjadi pilihan aku, selain selesa aku boleh rehatkan diri sekejap. Biasanya memang aku akan terlelap. 

Dalam aku terlelap, ada sesuatu berlaku di hadapan kedai dobi.
Pertama kali aku menggunakan khidmat talian kecemasan 999.

Bukan aku yang bercakap dengan operator 999 tu, sebaliknya aku serahkan telefon aku kepada bapa mangsa (bapa mangsa yang sebelah kanan berseluar coklat tu). Aku telefon talian kecemasan 999 sebab aku . 'Nak tolong macam mana, bukan ada peralatan sesuai pun nak bukak pintu kereta tu'. 

Mangsa: Budak berumur dua tahun terkunci di dalam kereta
Lokasi kejadian: Kedai Dobi
Bantuan: 1 Skuad Bomba

En. Bomba: 'Boleh share location kejadian dekat no. saya ni?'
Tak lama kemudian..
En. Polis pula: 'Tempat ni dekat A kan?'
Aku: 'Ye betul tapi la ni settle dah, Bomba ada ni ha..'
Alhamdulillah, mangsa berjaya diselamatkan.. πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Satu pengalaman menarik buat dak Nuha, dapat menyaksikan sendiri bagaimana pihak Bomba menyelamatkan mangsa kejadian.


DAY 118 (13 Julai 2020 - Isnin)
Musim hujan sekarang ni.
Hari ini sahaja seharian hujan tanpa henti dari awal pagi membawa ke petang. Sejuk beku aku rasakan di tempat kerja.


DAY 119 (14 Julai 2020 - Selasa)
Hari terakhir buat anak-anak sebelum kembali ke sekolah. Esok akan bermula norma baharu buat semua mereka yang akan memulakan sesi persekolahan. Moga urusan semuanya dipermudahkanNYA.

#KisahKita: ...

Tuesday, July 14, 2020

DAY 112 until DAY 116


Ini merupakan kisah pada minggu lepas dan juga sambungan dari SINI..

DAY 112 (07 Julai 2020 - Selasa)
Hujan lebat pada sebelah petang, jalan sedikit sesak + pandangan terhad. Di taman perumahan sedikit kecoh di dalam group WA kerana air dah mula naik. Keadaan takdelah teruk cuma ada yang panik bila air mula naik, air cuma memasuki halaman depan rumah je. Aku balik kerja, tengok air dah surut. Alhamdulillah..


DAY 113 (08 Julai 2020 - Rabu)
Dari pagi membawa ke petang hujan turun membasahi bumi.
Malam, memantau tugasan sekolah anak-anak. Segala aktiviti di waktu malam adalah dilarang sama sekali.


DAY 114 (09 Julai 2020 - Khamis)
Petang, aku ke hospital ada temujanji dengan Orthopedic Doctor. Bayangkan dari tempat kerja aku menggunakan google maps hanya untuk ke hospital, walhal boleh je tanpanya. Kenapa? Tiba-tiba aku jadi kurang yakin menggunakan jalan tersebut untuk ke hospital.

Alhamdulillah.. urusan aku dari awal hingga selesai di hospital dipermudahkanNYA. Tak lambat. tak cepat..


DAY 115 (10 Julai 2020 - Jumaat)
Keadaan masih terkawal seperti biasa. Tiada yang luar biasa melainkan yang biasa sahaja. Tak sabar nak balik rumah ye ada. Dah penat lima hari berkejar ke tempat kerja, hujung minggu adalah masa yang terbaik untuk rehatkan diri.


DAY 116 (11 Julai - Sabtu)
Menemani en. Hubby ke rumah nenek MakAni pengasuh lama anak-anak dulu. Nenek nak kami datang rumah juga untuk berbincang mengenai menu untuk majlis perkahwinan anaknya nanti. Nenek cakap tak best bercerita melalui panggilan telefon dan WA je, jumpa bertentang mata lagi senang.

Aku ni kalau ke rumah beliau, tak boleh tak makan walau hanya dihidangkan cekodok. Air tangan nenek memang markah teratas + pakej tapau bawak balik lagi kalau ke rumahnya.

Ahad, ada sesuatu yang menarik berlaku, nanti aku update.

#KisahKita: ...

Thursday, July 9, 2020

DAY 105 until DAY 111


Sebelum ini, rajin aku nak update setiap hari di sini. Lepas balik kampung tempohari, mood terus merudum; tambah lagi dah mula bekerja.


DAY 105 (30 Jun 2020 - Selasa)
Selepas enam bulan, hari ini aku kembali ke hospital kerana temujanji yang telah ditetapkan. Prof. Dr. yang bertugas sangat baik melayan aku sebagai pesakit.

Selesai berjumpa Prof. Dr. tersebut, sedikit survey dilakukan oleh tiga orang pelajar perubatan yang ada di situ. Ok, yang ini adalah secara sukarela dan aku pula baik hati merelakan diri menjalani sedikit ujian. Takde apa pun, sekadar survey biasa je.

Selesai urusan di hospital, aku bawa dak Kakak berjumpa dengan doktor gigi. Disebabkan tiada temujanji lebih awal, kenalah tunggu lama sikit sebelum dapat berjumpa dengan doktor. Selesai rawatan, dak Kakak perlu hadir kembali untuk sesi rawatan seterusnya untuk melihat perkembangan giginya. 


DAY 106 (01 Julai 2020 - Rabu)
Dak Kakak pun dah balik rumah dari kampung, maka hari-hari selepas ini akan menjadi mudah sedikit kerja di rumah. Paling penting dak Adik dengan dak Nuha ada orang jaga memandangkan Babah deme sibuk di luar rumah.


DAY 107 (02 Julai 2020 - Khamis)
Bekerja seperti biasa..
Stress memandu seperti biasa..
Hadap kerenah manusia seperti biasa..
Melayan kerenah anak-anak kena lebih dari biasa, kalau tak nanti aku yang stress dari biasa..


DAY 108 (03 Julai 2020 - Jumaat)
Bila tiba hari Jumaat, perasaan tak sabar nak balik kerja rasa luarbiasa dari biasa sebab Sabtu dan Ahad dapat berehat di rumah lebih dari hari biasa.


DAY 109 (04 Julai 2020 - Sabtu)
Memanjakan diri di atas katil lebih lama dari biasa. Berangan jelah kau Mak Budak, dak Nuha mana boleh tengok aku berkurung lama di dalam bilik. 'Ibu.. ibu.. ibu buat apa dalam bilik?' Dia nak masuk sebab nak berkurung dalam aircond je sebenarnya.


DAY 110 (05 Julai 2020 - Ahad)
Temujanji dak Kakak di klinik gigi. Alhamdulillah, tak ada apa yang perlu dirisaukan cuma kena kawal dari segi apa yang dak Kakak makan, kalau tak makin teruklah keadaan gigi dia nanti.

Tengahari, kami singgah di rumah MIL main masak-masak. Aku macam biasa, jadi PA je lagipun dak Kakak dah boleh harap dan bantu apa yang patut.


DAY 111 (06 Julai 2020 - Isnin)
Hari ke seratus sebelas sudah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Minggu depan sesi persekolahan akan bermula. Pulun habis ye anak-anak dengan kerja rumah yang cikgu berikan sebelum ini. Aku pun turut sama memantau kerja rumah yang diberikan oleh cikgu dari masa ke semasa. Aku pula belum check lagi baju sekolah, muat ke tak untuk dipakai kembali tapi tahu dah, mesti ada yang tak muat..

#KisahKita: ...

Monday, July 6, 2020

Pesanan MKN bulan Jun PKPP (kedua)


Setakat ini, mesej dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi bulan JULAI 2020 belum ada lagi. Jadi aku kongsikan mesej sepanjang bulan JUN 2020; simpan sebagai kenangan seperti di SINI..

RM0 (Bulan Jun 2020) - kedua
Mesej ini digunakan oleh Kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

13 Jun 2020 (Sabtu)
RM0. PKPP - Jangan ambil kesempatan kebebasan rentas negeri. Amalkan kawalan kendiri dan patuhi SOP yang ditetapkan semasa berada di kampung halaman.

15 Jun 2020 (Isnin)
  • RM0. Pengangkutan awam, penerbangan dibenarkan beroperasi kapasiti penuh. Patuh SOP, pakai pelitup muka, ambil suhu badan dan guna cecair pembasmi kuman.
  • RM0. Penjarakan sosial: kenapa 1 meter? Semakin dekat kita dengan orang yang telah dijangkiti Covid-19 semakin tinggi peluang untuk terkena jangkitan.

18 Jun 2020 (Khamis)
RM0. PKPP - Sesuaikan diri dengan kebiasaan baharu dan patuh SOP. Elak kawasan sesak, sempit dan bersembang dengan jarak dekat.

19 Jun 2020 (Jumaat)
RM0. PKPP - Ibu bapa/penjaga perlu sentiasa mengawasi anak-anak ketika beriadah dan berada di kawasan awam bagi mengelak jangkitan COVID-19.

25 Jun 2020 (Khamis)
RM0. PKPP: Terus patuhi SOP yang telah ditetapkan agar rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan.

26 Jun 2020 (Jumaat)

  • RM0. Pastikan anak anda tidak ke sekolah jika bergejala. Amalkan norma baharu: Kerap cuci tangan, jaga jarak sosial, etika batuk dan bersin dengan betul.
  • RM0. Garis panduan pembukaan semula sekolah dan prasekolah Kementerian Pendidikan boleh dirujuk dan dimuat turun di portal rasmi www.moe.gov.my.

27 Jun 2020 (Sabtu)
  • RM0. Pakai pelitup muka dengan betul. Jangan kongsi, jangan pakai di bawah dagu, jangan letak merata-rata. Pastikan bersih.
  • RM0. Ingat! Pelitup muka 3 lapis hanya boleh dipakai sekali dan tidak melebihi 8 jam sekiranya bergejala. Pelitup muka fabrik perlu dicuci sebelum diguna semula.

30 Jun 2020 Selasa)
  • RM0. PKPP - Penganjuran majlis sosial dibenarkan bermula 1 Julai 2020 dengan syarat tidak melebihi 250 hadirin dan had masa 3-5 jam. Rujuk SOP kerajaan.
  • RM0. Sila muat turun aplikasi MySejahtera untuk 'Check-In'. Aplikasi boleh digunakan di premis perniagaan, kilang, tapak pembinaan, pejabat dan pengangkutan awam.

Banyak nasihat dan panduan yang diberikan oleh Kerajaan sejak awal PKP bulan Mac 2020 lagi. Walau kini kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun usah alpa dengan segala usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan. Kini semuanya terletak di atas bahu kita sendiri. Moga kita semua terus berada di bawah lindunganNYA.

#KisahKita: InsyaAllah.. Aamiin..

Thursday, July 2, 2020

Durian TokSu - buah sulung


DAY 102 (27 Jun 2020 - Sabtu)
Memandangkan dak Kakak balik kampung dengan tangan kosong, kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu tidak dibawa bersama. Jadinya, aku ambil semula dak Kakak untuk dia mengambil buku sekolah untuk menyambung tugasan yang diberikan. En. Hubby suruh aku bawa je buku sekolah dak Kakak dengan menghantarnya terus ke kampung tapi aku tak nak, biar dak Kakak sendiri yang ambil semua keperluannya.

Buat sementara ni dak Kakak kena tinggal di rumah MIL untuk membantu myMIL yang tidak larat untuk membuat kerja rumah. Aku cakap pada dak Kakak 'Masa ni lah Kakak jaga tolong Uwan dekat kampung, dulu Wan jaga Kakak masa kecik'. 'Ye Ibu.. Kakak tahu..'


DAY 103 (28 Jun 2020 - Ahad)
Aku tinggalkan dak Kakak di kampung. Sunyilah rumah adik-adik dia takde geng gaduh. Aku pun sama takde geng 'airmata..'


DAY 104 (29 Jun 2020 - Isnin)
Jom kita sambung mood penceritaan kisah balik beraya di kampung dari SINI..

Hari Raya Pertama (dipenghujung Syawal)
Kali pertama merasa pengalaman tidur di #TeratakTokSu di kebun. Menyesal tak bawak selimut tebal, sejuk dah tentu, nak mandi pun menggigil badan.

'Kejap lagilah bangun ibu..'

Di beranda inilah kami tidur, masing-masing takmo tidur dalam bilik
'Eleh.. takutlah tu..'

Rasa berat je  badan nak bangun dari pembaringan..

Tapi..
Mana boleh lepaskan peluang mencari durian gugur
Setakat ni ada lima batang pokok durian, tapi yang berbuah baru dua pokok

Tahun lepas tak menjadi, berbunga tapi gugur.
Tahun ni Alhamdulillah menjadi. Ini kira buah sulunglah ni.

Sarapan durian dulu sebelum makan nasi lemak telur kupas sendiri.


Hari Raya Kedua (di penghujung Syawal)
Awal pagi hujan turun dengan lebatnya hingga masing-masing tidur berselubung, mengerekot macam udang kena bakar. Kami tidur di bahagian anjung rumah di dalam kebun, lagilah sejuk ditambah dengan kena tempias hujan. Bila diingat kembali, rasa nak packing baju balik kampung je sekarang ni.

Tengahari, singgah pulak di rumah PakNgah di Tampin, di sini anak-anak makan lagi durian. Rezeki.. walau bukan durian mahal tapi dapat berkumpul bersama keluarga di kampung tidak ternilai harganya.

Halaman rumah PakNgah

Tiba-tiba teringin pulak nak pakai inai pokok.. 🀨


Dapat tumbuk pun jadilah ye dik.. ☺ Nak pakai tak boleh.. πŸ˜…

Sudahnya, dari sebelah tangan jadi dua belah tangan aku pakai inai. Sekali dengan en. Hubby aku paksa pakai.. 🀭

#KisahKita: Ada lagi sambungan..? Nantilah..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...