Followers Remaja Purba

Tuesday, December 31, 2019

Hari Orientasi Tingkatan Satu 2020


Hari Orientasi Tingkatan Satu 2020 telah diadakan pada 27 Disember 2019, Jumaat lepas di SMK di mana dak Adik salah seorang daripadanya.

Hari Kejadian:
Taklimat kepada ibubapa diadakan di dewan terbuka SMK dan urusan pembayaran untuk tingkatan satu 2020 juga dibuat pada hari yang sama.

Serba sedikit mengenai Taklimat Pendaftaran dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dari Penolong Kanan HEM:
  • Salah sebuah SMK yang berada di dalam Zon Merah kerana kepadatan pelajar yang memohon ke tingkatan satu seramai 310 orang bagi sesi 2020.
  • Melahirkan insan Berilmu, Beramal dan Berbakti.

Waktu Persekolahan di SMK:
  • Hari Isnin, Selasa dan Khamis adalah dari 1245 hingga 1840. Pembelajaran dalam kelas akan bermula pada pukul 1315.
  • Hari Rabu adalah dari 0930 hingga 1810 (aktiviti Ko Kurikulum).
  • Hari Jumaat adalah dari 1430 - 1840.
  • Waktu khas bagi solat berjemaah: Zohor (1415) dan Solat Asar (1650)

Peraturan-peraturan dan disiplin yang wajib dipatuhi:
  • Telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa ke dalam kawasan sekolah.
  • Sekiranya tertangkap, ibubapa boleh menuntutnya kembali selepas seminggu dari hari dirampas dan perlu membayar denda RM10. Denda akan meningkat sekiranya pelajar masih membawanya ke sekolah.
  • Pihak sekolah membenarkan basikal di bawa masuk ke dalam kawasan sekolah dan diletakkan ditempat yang disediakan. Manakala pelajar yang membawa motosikal perlu diletakkan di luar sekolah dan ia adalah di bawah tanggungjawab ibubapa sendiri.
  • Pelajar dibenarkan memakai kasut dan stokin berwarna hitam.
  • Bagi waktu persekolahan hari Rabu, pelajar wajib memakai t-shirt sekolah dan track bottom berwarna hitam. Manakala pelajar perempuan dibenarkan memakai tudung berwarna hitam yang dilengkapi dengan lencana dan tanda nama.
  • Sekiranya terdapat pelajar yang memakai seluar ketat/legging, pelajar terbabit akan 'dihalau' balik untuk menukar seluar lain atau di arah memakai kain sepanjang waktu persekolahan (ini pernah dibuat sebelum ini).
  • Sekiranya didapati pelajar tidak hadir tiga hari berturut-turut, surat amaran akan diberikan atau 'menjenguk' di rumah bagi mengetahui permasalahan dan mengambil berat situasi pelajar berkenaan.
  • Ibubapa perlulah sama-sama bertanggungjawab ke atas anak masing-masing.

Menjawab beberapa soalan yang diutarakan oleh ibubapa seperti berikut:
  • Bagi kes rayuan pertukaran sekolah, pelajar boleh mengambil buku teks dengan mengisi borang penerimaan buku teks dan buku tersebut boleh di bawa ke sekolah yang baru nanti.
  • Buku tulis boleh dibeli, bayaran berkaitan boleh ditangguh sehingga menerima surat pertukaran sekolah terbabit.
  • Penting: Satu salinan surat pertukaran sekolah perlu diserahkan ke pejabat SMK untuk dimasukkan ke dalam sistem berkaitan.

DAN.. Ada juga soalan yang diajukan, maklumat tersebut telah dinyatakan ketika taklimat diberikan. Hailaa.. ni mesti kes tak ambil perhatian dari penerangan pihak sekolah.. 🤔

Makluman awal untuk ibubapa:
  • 17 Januari - Hari Merentas Desa
  • 8 Januari 2020 - Kenalpasti Trek Larian
  • 18 Januari - Mesyuarat PIBG

Satu kelebihan yang aku nampak, pihak SMK menggunakan nombor giliran untuk pembayaran yuran sekolah. Nombor giliran ini aku terima sewaktu pendaftaran sebelum taklimat dimulakan. Ibubapa tak perlu berebut 'siapa cepat dia dapat'.

Bila bercerita kelemahan yang ada, takpelah.. biarlah dak Kakak je yang tahu sebab dia yang menemani aku sepanjang hari tersebut seperti di SINI..

StatusHati: Hari ni medical check up at Hospital..

Monday, December 30, 2019

Photoshoot at Roof Garden Hotel


Tukang ambil gambar: Dak Kakak
Tukang pemerhati: Dak Adik & Dak Nuha
Model: #MakBudak & en. Hubby
Status: Anak tiga
Per: Photoshoot before our Anniversary this Wednesday.. 🤣

 En. Hubby suka nau sabotaj gambar bila #KitaBerdua

Sweet Family.. 😂


Kisah Asal:
Tahniah buat kak Zainon Duriat di atas pernikahan dan persandingan anak kedua beliau - Nur Aqilah & Mohd Ezral Hafiz yang telah dilangsungkan di Roof Garden Hotel, Bukit Beruntung tengahari semalam. Semoga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


Sewaktu turun dari pelamin itu, dak Nuha berjalan di atas permukaan kaca berlampu dengan perlahan sambil memegang tangan aku. Rupanya dia takut andai permukaan tu pecah. alololo.. comel je aku tengok dia.. 😆

Dan..
Ini semalam adalah majlis perkahwinan terakhir yang aku hadiri untuk tahun 2019 ini.

StatusHati: ...

Friday, December 27, 2019

Ukuran Jarak Kilometer (KM)


Pagi tadi..
Orientasi Tingkatan Satu 2020.

Dari rumah ke sekolah tak sampai pun 1.2 km. Selesai di sekolah, berkejar pula ke ke lebih 60 km demi menyelesaikan satu kerja yang sangat penting. Kembali semula ke tempat asal melalui laluan 60 km tersebut.

Tengahari dan petang tadi..
Dek dari pagi tak makan, pukul 3 pm baru dapat brunch, tak lama lepas tu perjalanan diteruskan ke satu destinasi yang jaraknya 10 km menguruskan Adik aku untuk kembali ke kampung. Ok.. part ni aku sedih 😭. Mana taknya dialah yang aku harapkan ketika en. Hubby sibuk. Terima kasih yang tak terhingga.. 🤗😭  Aku terkilan tak dapat nak hantar terus balik ke kampung dek hambatan hal yang tidak dapat dielakkan.

Selesai urusan tersebut, aku kembali ke rumah menggunakan laluan 10 km sedia ada.

Malam ni..
Aku akan melalui 11 km pula untuk sampai ke satu lagi destinasi dan aku harap perjalanan 11 km balik nanti akan mengakhiri urusan seharian aku ini.

Begitulah pengorbanan kecil seorang ibu + kakak bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar hari ini.

StatusHati: Aku tak suka letih nanti aku boleh menangis.. 😭

Kau buang Kucing tempang tu 😤😠


Sesi luahan perasaan.. 😡
Tak patut sungguh..!
Kenapa ia diperlakukan sedemikian rupa..?
Kejamnya kau.. 😭

Kisah lewat petang kelmarin:
Tersentak aku bila adik aku bagitahu kucing kaki sakit itu a.k.a Black Panther dah dibuang ke taman berhampiran.

Terus mencanak naik aliran adrenalin aku dek berita tersebut. Allahuakbar.. kenapalah kau kejam sangat hingga kau berbuat demikian. Walau ia hanya kucing gelandangan, itu tak bermakna kau boleh memperlakukan ia sesuka hati.

Kau tahu tak..
Kami tak pernah mengambil ia sebagai 'anak angkat', hanya mampu memberikan ia makan sama seperti si Oyen. Si kucing bernama Black Panther (muka ia seiras dengan Pink Panther) Alhamdullilah mendengar kata. Tak berbuat sesuka hati di dalam rumah kami.

TAPI..
Kau buang ia..!!
Atas alasan kucing tersebut kencing merata di dalam rumah kau. Kau tahu tak 🤔, ia tak pernah nak berbuat demikian di dalam rumah kami. Alhamdulillah.

Kau tahu tak..? Kucing kau yang kerap masuk rumah aku kencing merata. Memang aku marah tapi tidaklah sampai di hati nak buang ia walau aku kerap mengatakan nak hantar ia ke tempat lain; alih-alih kau pulak yang buang Black Panther tu.

Sekarang ni, dak Nuha merengek minta aku cari semula Black Panther. Dekat mana nak aku cari ia? Dahlah kucing tersebut mengharap ehsan dari kami, kenapalahhhhhh kau kejam sangat? ☹

Malam kejadian, memang aku marah 😡😠. Aku rasa kau mesti dengar apa yang aku bebelkan/marahkan sebab suara aku memang kuat waktu itu.

DAN..
Perasaan hormat ke atas diri kau kini menjadi senipis kulit bawang. Jangan sampai aku hilang sabar hingga aku buat aduan terhadap haiwan kau itu

StatusHati: aarrgghhhhh... aku marah ni..

Tuesday, December 24, 2019

Bekalan Elektrik tiada 😢


Kes semalam:
Di tempat kerja takde bekalan air. Balik rumah, takde bekalan elektrik pulak. Call TNB Careline, tak sampai 15 minit deme sampai dan belum pun sempat deme masuk rumah untuk check, elektrik kembali OK.

Kes Hari ni:
Call TNB Careline lagi sekali.

Semakin kerap masalah bekalan elektrik tiada di rumah aku ni.  Walau bukan sehingga 24 jam tiada bekalan elektrik setiap kali kejadian, namun sedikit sebanyak menjejaskan rutin dalam rumah aku.

Halah.. halah.. halah.. Aku baru cakap nak beli rumah lain, kau dah pandai merajuk dengan aku ek? 🤔 
#TNBCareline
#KerapBerlaku

StatusHati: ...

Friday, December 20, 2019

Keputusan Peperiksaan PT3 2019 diumumkan


Dah 18 kali menunggu result PT3.
Masuk kali ke 19 ni tak mampu nak tunggu dah.. aura dia.. MasyaAllah..

Semalam.. 19 Disember 2019
Result  PT3 keluar. Dak Kakak dah amik dah.

Sekitar hari pengambilan keputusan peperiksaan PT3.


Alhamdulillah..
Semuanya berjalan dengan baik dan rasa debaran beransur surut dengan keputusan yang diterima oleh dak Kakak. Lebih baik dari peperiksaan percubaan yang lepas. Tidaklah cemerlang straight A tapi masih ada susunan A dalam keputusan yang diterima.

Ceria bersama sahabat baik dak Kakak..

Masing-masing malu nak bergambar sebenarnya..

Simpan sini sebagai kenangan


Selesai urusan dak Kakak, aku uruskan pula pembelian buku sekolah di sekolah dak Adik dan dak Nuha. All out tenaga digunakan semalam. Makan tengahari pun berkongsi satu bungkus nasi ayam goreng berempah bersama anak-anak. Ini berlaku dek gara-gara tiada duit yang mencukupi tapi disebabkan teringin nak rasa, sebungkus pun sebungkuslah, asalkan dapat. Bersyukur dengan rezeki dariNYA.

Tengahari, berkejar pula ke hospital untuk mengambil ubat. Inipun kena paksa dengan en. Hubby, nak tunggu temujanji dengan doktor lambat lagi, ada lagi dua minggu.

Menunggu giliran di sini...

Hampir seharian dak Kakak menemani tanpa sempat menukar baju sekolahnya.
'Kakak tak nak tukar baju ke?'
'Takpe ibu, Kakak malas nak tukar nanti mood Kakak hilang'.


Malam tadi..
Tidur awal, letih ya amat..

StatusHati: ...

Wednesday, December 18, 2019

Tapi.. yakin ke..??


Kebetulan apakah ini..?
Masih tak serik rupanya nombor 18 dan 19 ni.. 😂

Esok..
19 Disember 2019 (Khamis)
Hari pengambilan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019 dan dak Kakak adalah salah seorang daripada calon terlibat.

Perbualan di dalam whatsapp group kelas dak Kakak..
Respond cikgu bila ada segelintir yang bertanya:

'Cikgu, ambil result dengan ibubapa ke..?'
'Boleh je hadir dengan parents tapi yakin ke..??'

Guru kelas dak Kakak turut berpesan:
  • 'Kena pakai uniform sekolah, kalau tak, kena balik tukar.'
  • 'Mereka yang tak bayar yuran, tak boleh ambil result.'
  • 'Tak pulangkan buku teks pun sama. Pulangkan sekali dengan denda lewat start daripada mula cuti sampai 19hb.'
  • 'Yang derhaka mohon bertaubat.' 😂

Dan..
Dengan izin, saya simpan di sini sebagai kenangan..

StatusHati: Esok PT3..

Friday, December 13, 2019

EH! Kecam orang lain sendiri tak nak ubah.. EH!


'Orang yang mengumpat sebenarnya dia bagi pahala percuma kepada orang yang diumpatnya dan sewajarnya orang yang jadi mangsa umpatan itu mengucapkan terima kasih kepada si pengumpat itu..'
- Jadi.. terima kasihlah ye 😊

Diam aku tak bermakna aku kalah..
Diam aku tak bermakna aku salah..

You're so babyish..
'If you can control your anger, you can control your tongue.'
Think before doing something wild.


Nah.. bagi hadam dalam hati kau itu..
sumber en. youtube

Zizi Kirana - EH

( * )*
Sendiri mau ingat, rambut sendiri sikat
Kusut lama tak sihat, bagaimana dengan kamu?
Sendiri boleh kira, meroyan itu gila
Tanya diri sampai bila, nak jaga tepi kain aku?

(1)
Sakit hati semua nak luah
Banyak sudu sampai tak cukup kuah
Hati hitam boleh tutup dengan jubah
Kecam orang lain sendiri tak nak ubah

Eh (7x)

Mari Mari membawang, pasang telinga pasang
Kau ada citer aku ada citer, mari kita berdagang
Asah asah lidah, usah susah natijah
Bukak tutup telinga mulut ... Eh! Kita hebahkan ghibah
Zizi itu zizi ini, dulu suka sekarang benci
Makin banyak kena lanyak, bila zizi keluar tv

Beras dapur engkau takkan jadi nasi aku
Jadi iri hati engkau bukan sakit hati aku

(Ulang 1)

Mari kita kecam, cerita hangat semalam
Si dia tu si dia ni si fulan, resam kita lepaskan geram
Bisik bisik bisik, bukan sikit sikit
Tak payah risik risik, kisah kelambu terkeluar bilik

Dia ini dia itu, takde segan hilang silu
Yang ni bini skandal situ, yang tu putus haru biru

Suruh laki engkau tolong jangan follow aku. Kenapa?
Sebab tu laki engkau itu bukan jodoh aku

(ulang * )*
(ulang 1)

Zizi masih kat sini, masih lagi berdiri
Masih cukup rezeki, jemput makan hati
Tak cukup asam garam, kau masih tak tenteram
Tak tahan tengok pejam, kalau hasad sila kecam

Kecam kecam.. kecam sampai lebam
Kita kecam.. kecam kecam sampai lebam
Kita kutuk.. kutuk kutuk kutuk sampai besok
Kita kutuk.. kutuk kutuk sampai besok

(ulang 1)


StatusHati: Practice staying calm when the worst happens..

Tuesday, December 10, 2019

Low Class 😕


Peranan hati sangat penting kerana ia akan menjadi cermin kepada diri bila ada niat di dalam hati dan dizahirkan melalui anggota badan. Jadi, kalau takde perkara yang berfaedah nak cakap, lebih baik diam sebab ia boleh memakan diri sendiri.

Kalau nombor 18 dan 19 itu boleh berkata-kata..

'Apa salah aku..?'
'Low Class sangat ke aku..?'
'Kenapa bukan nombor lain yang diganggu..?'
'Kenapa mesti aku..?'

Kita hidup di atas dunia ni takde yang low class atau high class kerana kita semua sama di sisiNYA. Hanya taqwa sahaja yang membezakan antara kita dan tiada siapa yang dapat menentukan tahap ketaqwaan seseorang melainkanNYA.

StatusHati:
Berkata bila perlu, bila kata-kata dah terlepas dari bibir, sukar untuk dimaafkan. Berhati-hatilah..

Friday, December 6, 2019

Tagline 18/19 yang menjadi viral


Awalnya aku tertanya-tanya apa yang ada disebalik nombor 18 dan 19 tu dan ini rupanya:

.. cumanya kena ingat dalam Islam ni tak perlu izin isteri pertama.
Ini point penting yang ustaz kena detailkan kepada masyarakat. Nak nikah tak perlu keizinan isteri pertama, sekadar jujur dan bagitahu pada dia. Jadi bagi ustaz takde masalah isteri izin ke tak izin ke, yang penting aku dah jujur, bagitahu tapi Alhamdulillahlah isteri ustaz boleh terima.

Dan jujurlah ustaz cakap 18 orang perempuan mintak nak jadi isteri kedua ustaz sepanjang tempoh pernikahan ustaz dengan isteri pertama tapi 18, 18 ustaz tolak, senang-senang ustaz tolak termasuk yang isteri ustaz offer tapi wanita yang ke 19 ustaz dapat di tanah suci, dapat depan Kaabah. Ustaz takde kekuatan nak tolak. Memang aura dia MasyaAllah. Sape-sape yang menyaksikan waktu itu macam mana pertalian cinta kami memang dia kata macam Khadijah dan Nabi SAW ibaratnya.
- Da'i Farhan


Ini pula dari Ustaz Azhar Idrus pulak:
Apa hukum suami kahwin nombor dua tanpa pengetahuan isteri yang pertama?
Hukumnya sah tapi perbuatan itu tak betul kerana perkahwinan ini ialah bergembira bukan bersedih. Maka kita ada isteri pertama, kita kahwin yang kedua bermakna dari dua orang menjadi tiga. Biar tiga-tiga gembira. Itu kaedahnya. Bukan yang kedua, dua orang je suka, yang pertama menangis teruk. Jadi mintak izin dia.

'Saya nak berkahwin sorang lagi. Inilah orangnya. Awak berkenan atau tak?'
'Saya tak suka'. jawab si isteri.
'Okay. Tak suka. Ini gambar kedua, orang no. 2. Suka atau tidak?'
'Tak suka jugak'.
'Ha.. no. 3?'
Akhirnya.. 'Nikahlah abang, serabut kepala'.

Ini baru soalan..
Hukumnya sah TAPI..

Nak nikah satu lagi boleh tapi bagitahu isteri, dia marah tak? Biar dia marah. Lagi dia marah jangan nikah. Tak marah barulah nikah.

Cara terbaik yang isteri tak marah, tunggu dia mati. Tak mati lagi, buat sembahyang hajat. Sanggup tu nak bunuh sebab nak nikah.. 😂

'Jangan sembunyi-sembunyi, kalau bini kita tipu kita, kita marah tak?'

StatusHati: Jaga hati dan perasaan pasangan kita sebaiknya.

Wednesday, December 4, 2019

Oh! Bahagia sungguh keluarga itu


Bila suami bernyanyi:
'Indah sungguh panorama..'

Balas pula si isteri:
'Bagai pulau nirwana..'

Si anak:
'Uh.. lala..'

Diakhiri pula jiran sebelah..
'Tropika..'

Oh! Bahagia sungguh keluarga itu.. 🤗😊

#SumberFB
#MakBudak

StatusHati: Sayang selalu..

Tuesday, December 3, 2019

MILO Aktif Negaraku


Lori MILO
'Tenaga untuk melangkah jauh'


Minum MILO anda jadi sihat dan kuat..!
Tahniah! Anda berjaya menyanyikannya dengan penuh semangat.

.. semangat membara, dari puncak ingin ke angkasa.. berkalungkan bintang berkerlipan, menyerlah jauh dari yang biasa.. - sila sambung..
Ni mesti baru minum air milo kan.. 🤣


StatusHati: Comel pulak aku tengok lori Milo ni.. ini baru betul nampak sihat..

Monday, December 2, 2019

Menggentel Cik Mek Molek


Umum mengetahui en. Hubby seorang yang pandai memasak tapi tak bermakna aku langsung takde skill memasak cuma malas nak tunjuk 'bakat terpendam' aku tu. Kalau aku terlampau menunjuk nanti en. Hubby dah tak nak masak. Rugi.. rugi.. tak dapat nak bermanja + gedik tak nak masak.. 😆

Aku ni, bila aura rajin tu sesekali menjengah, yang susah menjadi senang, yang senang bertambah senang jadinya. Kan aku dah cakap.. aku cuma tak minat memasak. 

Baru-baru ni dah Nuha merengek nak makan..
'Ibu, buatkanlah kuih yang luar warna pepel (purple), lepas tu dalamnya ada guna'.

Selagi aku tak layan, selagi itulah dok buat muka comel dia tu depan aku. Walau bukan warna purple seperti yang dimahukan dak Nuha tapi berjaya membuatkan mulut comelnya itu senyap sekejap.

Aku order dari jiran dekat rumah aku.
takde purple, oren pun jadilah

Keledek terus dari ladang..

Senang je nak buatnya..

Macam teruk sangat nak menggentelnya 😂

Kecik besar, kecik besar je aku tengok..

Resepi boleh je tanya pada en. Google.

Alhamdulillah..
Rezeki anak-anak itu sentiasa ada; berjaya juga aku melayan kerenah dak Nuha yang inginkan kuih cek mek molek ini. Kenangan kali pertama dulu di SINI.. 

StatusHati: Perlukan aura positive.. 

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...