Followers Remaja Purba

Wednesday, January 31, 2018

Kaki Kuda dan Unit Polis Peronda Berkuda


Teringat zaman sekolah - zaman terror dulu, aku digelar 'KAKI KUDA' hanya kerana aku kuat berlari dan aktif dalam acara balapan. Tapi itu kenangan zaman sekolah, cuba sekarang suruh lari 100 meter, bukan pancit lagi dah, mahu murung seminggu tak boleh terima kenyataan yang #MakBudak dah tak selaju dulu.. kahkahkah..


Ok.. kembali ke dunia realiti:

Kisah kelmarin..
Sebaik selesai urusan rasmi dan melawat tapak di Cyberjaya, secara kebetulan kami dipertemukan dengan Unit Polis Peronda Berkuda. Rasa teruja dah tentu - nampak sangat aku bukan penduduk situ yang beria-ia nak bergambar.


#KebayaNyonya..


Masa minta kebenaran nak bergambar dengan kuda polis tu, kami ingat sekadar bergambar di ruang luar dan kuda tu di dalam. Sekali en. Polis tu keluarkan seekor dari empat ekor yang ada untuk beri peluang pada kami. Maka.. Peluang yang ada jangan dilepaskan.

Subhanallah.. mata kuda tu cantik weh. Rasa nak cium pipi kuda tu pun ada. Fuh.. nasib baiklah aku berkebaya nyonya, kalau tak.. mahu aku merayu nak tunggang kuda tu.


StatusHati: 'Kaki Kuda'


Monday, January 29, 2018

Hadiah Hari Lahir #MakBudak





Terima kasih buat geng #RemajaPurba 😍 di atas pemberian hadiah sebesar Babah dak Nuha ni sempena ulangtahun kelahiran #MakBudak semalam di SINI.. 

En. Hubby pesan jangan lupa pakaikan seatbelt pada #MrBear tu masa bawak balik.

Dipendekkan cerita, #MrBear masih ada di tempat kerja.. Nak bawak balik.. eeeerrrr... nanti dululah.. nanti dak Nuha claim kata tu dia punya.. kihkihkih..


StatusHati: Luv Geng # RemajaPurba



Sunday, January 28, 2018

Happy Birthday #MakBudak a.ka. #RemajaPurba


28 Januari 2018
Selamat Hari Lahir.. Happy Birthday buat #MakBudak a.ka. #RemajaPurba.

'Setiap kesusahan itu ada kesenangannya.'
Maka.. Bertabahlah sementara cikPutih kena kuarantin ni.. 😭
Kisah asal di SINI..


 Hadiah kuterima lima hari awal.. 😭


Kesimpulannya:
Rutin harian aku dipantau sepenuhnya terutama bila part makan. Aku bukanlah skip makan cuma kurang makan je. La ni tak boleh sebut 'nanti gemuk' depan en. Hubby - confirm kena bebel nanti. Aku bukan tak nak makan cuma aku dah biasa tak makan.. eh..


Terima kasih pada yang wish Birthday pada aku.. akan ku reply satu-persatu. Terima kasih buat Mak kerana Mak lah orang pertama wish kepadaku. Sayang Mak dan juga sayang semua..


Selingan bergambar..
Masih tak boleh berpisah tempat tidur..



StatusHati: Moga semuanya baik-baik aje..



Friday, January 26, 2018

Dah Lama Tak Merempit weh..



Bila sesekali dapat berada di atas jalan raya.. fuh.. ini yang rasa nak minta en. Hubby hantar dan ambil balik kerja. Dah tentu selamat tak payah risau.. makwe depan mata. Bukan macam kes yang dekat SINI..


Adakah lepas ni en. Hubby akan hantar aku ke tempat kerja..?



Bukan setakat itu je, aku dapat chinese herbs lagi; yang ni diberikan oleh chef tempat kerja hubby. Seronoklah aku, minggu ni makan sesaje aku rasa.


Satu je aku nak bagitahu - 'aku bukanlah tak makan langsung', namun aku akan tetap jadikan itu sebagai pengajaran dalam diri aku. Bukan setakat bahaya buat diri aku juga buat diri orang lain. Syukur Alhamdulillah aku selamat dari kejadian yang tidak diingini walau hakikatnya aku dah buat jantung orang keliling aku berdegup laju.



StatusHati: Moga diri aku semakin kuat dan sihat hendakNYA..



Thursday, January 25, 2018

Terlibat dalam Kemalangan di 13.4km


Kisah pada 23 Januari 2018 (Selasa)

Aku accident?!
Kejadian berlaku ketika aku dalam perjalanan balik kerja petang kelmarin di lorong paling kanan pulak tu. Tak sedarkan diri, bila sedar aku dah ada skuad penyelamat di keliling kereta aku.

Takut dan menggigil bila aku tersedar. Nak menangis dan takut waktu itu tapi bila salah seorang dari mereka mengatakan dah call en. Hubby, lega sekejap aku rasa. Aku blur petang kejadian. Kemalangan berlaku di kawasan lain, aku cakap dekat en. Hubby dekat tempat lain.

Mereka yang tolong alihkan kenderaan dari fast lane ke lorong kiri memandangkan aku tiada daya untuk berbuat demikian. Hampir sejam di tepian highway masa tu menunggu en. Hubby dan skuad bantuan beliau tiba; dalam masa yang sama dua buah kereta Polis menemani. Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat aku dikeliling oleh mereka yang baik hati dan tiada kenderaan lain yang turut terlibat sama. CikPutih je cedera - body tepinya tercium divider, cermin belakang terpaksa dipecahkan kerana pintu kereta berkunci dan aku pengsan ketika itu.

Selesai urusan berkaitan, en. Hubby bawa aku ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkanNYA dan aku tak perlu menginap di hospital. 

Gambar di tempat kejadian..
Mereka ini yang menemani sehingga en. Hubby tiba di tempat kejadian.

Cermin belakang yang terpaksa dipecahkan oleh mereka

Keadaan kereta..

Kesan kecederaan cik Putih

En. Hubby bersama en. Polis bertugas..

Bertungkus-lumus menyelesaikan apa yang patut diselesaikan.

Apa-apapun terima kasih pada semua yang bertanya. Maaf ada yang tak sempat jawab. Masih dalan keadaan letih tak terucap.

La ni..
Alhamdulillah.. keadaan semakin baik dan en. Hubby masih risaukan aku tapi aku terpaksa meneruskan rutin harian seperti biasa. Berdoa moga tiada yang buruk berlaku ke atas diri aku lagi.

StatusHati: Semua orang masih risaukan diriku :(

Friday, January 19, 2018

Perkembangan anak-anak - JANUARI 2018




Dak Kakak:
Tumbesaran: Dah sama besar dengan aku..
Posisi terkini: Ada aura aku dalam diri dia..
Paling suka: Siri Korea.. dia rakam aku delete.. marah dia dekat aku..


Dak Adik:
Tumbesaran: Sejak lepas sunat semakin kuat makan..
Posisi terkini: Hati kering..
Paling suka: Menyakat dak Nuha..


Dak Nuha:
Tumbesaran: Sedang membesar dengan sihat..
Posisi terkini: Gedik manja..
Paling suka: Tak suka senyap..


Dak Baby:
Umur: eeerrr... Eh!Silap-silap..
Belum boleh masuk senarai lagi walau dak Adik nak kawan..
Tapi.. eemm.. sedapnya bau baby.. bilalah nak approve agaknya..




StatusHati: Berehat dulu..


Wednesday, January 17, 2018

LEGASI TOMBIRUO - berjaya dimiliki


RM0.00: Astro: You are entitled to Legasi Tombiruo Novel. The novel will be mailed between 08/12/2017 - 9/1/2018


"Kau ibarat diriku.
Ke mana pun aku tetap menghantuimu"
Karya Ramlee Awang Murshid (RAM)


Akhirnya.. Novel #LegasiTombiruo yang tunggu sampai di depan pagar rumah petang semalam. Ni pun gara-gara ambil pakej astro movie Filem Tombiruo tahun lepas (setahun menunggu). Dalam tu ada pulak bersekali dengan novel RAM ni.. apalagi masuk bill Astro jelah..

Tapi yang tak bestnya.. masa aku terima barang ni aku baru je tukar uniform kerja ke uniform nak memasak di dapur. Napelah kau tak datang hantar waktu aku tengah cun + wangi. Tapi semalam wangi jugak.. bau ayam.. wakakaka..
#BerkainBatikDanTShirt



SINOPSIS Novel Legasi Tombiruo:

Cerita kali ni adalah anjakan 10 tahun ke hadapan ketika Amaruddin (Ejim) sudah cukup selesa mengharungi kehidupan berkeluarganya di Tanah Semenanjung atau lebih tepatnya di daerah Sepang, Selangor. Sebuah tempat yang sangat jauh dari daerah pedalaman Keningau.

Masih berkisar tentang kesepian seorang mantan Tombiruo yang sangat sukar melupakan asal-usulnya. Bagaimanapun tetap sabar dan berusaha melupakan semua itu demi anak dan isteri tercinta. Setiap Tombiruo pasti ada gangguannya.

Semangat Hutan bagaikan seekor saka yang sentiasa mencuri peluang untuk merasuk jiwa Amaruddin. Bagaimanapun mantan Tombiruo itu bukan mudah untuk terhasut dan berjaya mengawalnya dengan penerapan nilai-nilai suci agama Islam.

Legasi Tombiruo tetap berunsur saspens thriller. Nilai kemanusiaan sangat kuat. Menjadi makhluk ciptaan bukan pilihan tapi anugerah. Cabaran tetap ada untuk sabar.

Siapa sebenarnya Tombiruo baru ini?
Kenapa dia tega melakukan pembunuhan?
Apa hubungannya dengan Amaruddin selaku mantan Tombiruo Hutan Keningau?
Siapa sebenarnya pewaris Legasi Tombiruo selanjutnya?


Semua persoalan ini terjawab dalam Novel Legasi Tombiruo ini.


StatusHati: Demimu Tombiruo.. 



Tuesday, January 16, 2018

Mualnya rasa tekak ni..



Bila migrain menguasai..
Asam ini setia menemani..
Gara-gara tekak mual + tak boleh nak terima sebarang makanan..


Tiada kena-mengena dengan #PerasanSlim..



StatusHati: Perut lapar tapi tekak kenyang..



Monday, January 15, 2018

Tahu kenapa kita dipandang baik walau hakikatnya.. tak?



Dengan lafaz  بسم الله الرحمن الرحيم 


Moga hati ini terus tenang dalam menyelusuri rutin harian..
Moga hati ini dibekalkan tenaga dalaman yang mampu mencairkan rasa negatif..


Tahu kenapa kita dipandang baik walau hakikatnya.. tak?
Ini adalah kerana Allah menutup aib kita dari diketahui orang.
Moga aib kita sentiasa tertutup..
InsyaAllah.. Aamiin..



StatusHati: Jangan cari aku lagi..




Sunday, January 14, 2018

Kemain Gah Namanya TAPI.


Kisah tengah malam tadi:
Mesin pengering yang digunakan kemain gah namanya.. elok berputar berpusing tapi APA KES keringkan baju dekat kedai dobi tu satu hape pun tak kering..??

Eh!Kalau tak kerana kawasan tempat tinggal aku dilanda salji cair, memang tak pandang aku dengan kedai kau tu. Dahlah sikit punya jauh dari rumah aku.. pukul 1am macam ni patutnya aku dah panjat katil.. ni masih lagi terkebil-kebil kena sidai semula dekat ampaian.
#BuatPerabihDuitJe
#DahlahMinyakMahal
#NasibBaikTakLaluTol


Bukan sedikit masa yang aku bazirkan. Dahlah en. Hubby kepenatan balik kerja kena pulak temankan aku pergi keringkan baju. Bukan takde kedai dobi berdekatan rumah tapi full house. Penuh.. ramai orang dan berbakul-bakul menunggu nak guna mesin.


Kenapa tak pergi esok je?
Berkebetulan kereta aku digunakan oleh en. Hubby, itu yang tersadai di rumah tak boleh nak keluar.. cuma tak sangka jadi macam tu. Arrgghhhh.. dah penat + mengantuk kena pulak buat kerja dua kali. Mahu tak hangin jadinya.


Tapi satu komen ni buat aku cool sekejap..
Mesin tak diselenggara, bila filter dia dah penuh, air circulation tak berlaku, mesin tak panas.
Takder nombor telefon? patut terus report kat nombor tertera, pernah berlaku juga kat saya, kemudian tukang jaga datang untuk buat selenggara.


Masa kejadian tu aku tak terfikir nak ambil nombor telefon dan call sebab dah dalam keadaan letih + tak larat. Patutlah ada yang tambah duit dalam mesin pengering tu tadi. Alahai.. kenapalah aku lurus tak check mesin tu tadi waktu ia tengah berpusing (sebab bila guna di kedai lain tak pernah jadi macam tu).. kecewa rasanya.


StatusHati: #PangkahTerusKedaiDobiTu



Saturday, January 13, 2018

Tahun 2018: Permulaan yang tak menarik


Aku ada banyak nak cerita tapi kebanyakkannya daripadanya masih elok tersimpan di dalam draft. Malah dah bersawang antara sebahagian darinya hinggakan nak bercerita pun tak tahu nak mulakan macam mana. Maka, tersadailah ia dekat dalam draft DAN selagi penyakit M ni melekat selagi itulah aku rasa nak makan je.. Eh!Apa kena-mengena dengan makanan pulak ni.


Untuk kisah di awal Tahun 2018, aku mulakan dengan kerenah anak-anak memasuki alam persekolahan.

Dak Kakak:
Memulakan pembelajaran di kelas Tingkatan 2 di SMK(P) di sini. Lebih menarik menjadi ketua kelas di dalam kelas beliau di mana beliau sendiri bersetuju memegang jawatan tersebut. Part yang ni memang dari sekolah rendah lagi aku minta beliau tonjolkan diri memegang jawatan-jawatan penting selagi layak dan mampu menerima arahan.


Dak Adik:
Memulakan pembelajaran di kelas Darjah 5 di Sekolah di sini. Apa yang tak menarik, nama dak Adik tercatat di muka hadapan buku ko-kurikulum yang diagihkan oleh guru kelas beliau bagi permainan memanah.

Alahai cikgu.. Anak saya ni lebih berminat dengan sukan bola sepak hingga sanggup memaksa kami membeli keperluan berkaitan bola sepak. Aku PAKSA dak Adik maklumkan kepada cikgu minta tukarkan dari memanah kepada bola sepak. Inilah satu-satunya anak bujang yang aku ada, tak boleh terlalu dipaksa, kena ikut rentak dia baru cantik je susur galur perjalanan dia.


Anak bongsu, Dak Nuha:
Memulakan pembelajaran di Tadika kelas 6 Tahun. OK.. kira jadi seniorlah di Tadika tu. Hari pertama ke sekolah, alahai anakku - besarnya seluarmu itu gara-gara seluar sedia ada tak muat untuk dipakai hingga memaksa aku tempah di saat-saat akhir dan syukur tukang jahit tu sanggup buatkan. Takpelah Nuha, asalkan Nuha selesa ke sekolah cukuplah.


Kisah #ChefHubby pulak:
Demam - batuk + selesema teruk. Bertambah teruk bila terpaksa berhujan menunggang motosikal ke tempat kerja gara-gara awek beliau MissKelly cedera, itu yang tak boleh nak memandu kereta ke tempat kerja. Selain ChefHubby, dak Nuha pun sama, baru je baik dari berjangkit batuk + selesema di sekolah. Syukur dak Nuha bukan jenis penakut nak makan ubat. Moga anak dan Babah cepat sembuh hendakNYA.


Kisah #MakBudak:
Tahun 2018: Permulaan yang tak menarik. Ada beberapa isu berkenaan kerja yang sebahagian kecilnya di SINI. Berhadapan dengan kerenah staff yang mempunyai masalah disiplin pun boleh mengundang rasa geram + marah. Kenapalah kau buat macam tu.. kalau tak suka jangan buang masa orang lain yang kena berhadapan dengan kerenah kau tu. Letak jawatan, bagi peluang pada orang lain untuk berbakti pada organisasi.



Namun demikian.. satu je harapan bagi Tahun 2018 ni:
Moga apa yang dirancang berjalan dengan baik dan takdelah menyusahkan mana-mana pihak. Aamiin..


StatusHati: Misi untuk #PerasanSlim kembali..


Friday, January 12, 2018

#SyamsulDebat Berpesan


Niat adalah penentu kepada segala amal perbuatan kita, maka dengan itu niatkanlah sebaik-baiknya serta bersyukur dengan nikmat sebaik-baik syukur.

BERSYUKURLAH..
  • Hanya orang yang susah je tahu nikmat senang.
  • Biarlah suami/isteri tak setampan/secantik artis. Tutup lampu, sama - keadaan jadi gelap tak nampak apa dah.
  • Biarlah jam tangan dia lagi mahal, tak apa sebab masa yang ditunjukkan adalah sama.
  • Walau kereta dia Grand Livina dan kita Grand Liviva tapi bila masuk pusat service - ia murah.
  • Rumah dia besar, rumah kita kecil tapi bila takde orang, rumah tu sama - tetap sunyi.
  • Penat nak mengemas, barang bersepah-sepah - itu tandanya kita ada rumah.
  •  Isteri membebel - tu tandanya ada benda tak puas hati di matanya. Memang hobi orang perempuan membebel walau takde tajuk. Biarkan - yang penting dia puas hati tapi kalau nak tahu waktu dia senyap tengok dia demam ke tak..?
  • Jangan merungut suami tidur berdengkur, sekurang-kurangnya dia tidur sebelah kita bukannya sebelah orang lain.

TAPI.. ni #RemajaPurba pulak nak pesan:
Lepas baik demam tu kita pergi ENT at Hospital for further check up ye my #ChefHubby.. 😉 sebab dengkuran tu menghalang mimpi best menghampiri #MakBudak.. hehehe..


StatusHati: Musim hujan + demam..


Thursday, January 11, 2018

Tuah Ayam Nampak di Kaki..



Bila hati terluka, bermakna Allah S.W.T sedang menguji. Kena yakin padaNYA. Lagipun kita hidup bukan untuk buat dosa. Kita bukan hidup untuk sentiasa membenci orang lain dan biarkan emosi mengawal kita. Kita hidup kerana Allah S.W.T. - Novel Playboy Paling Romantik-


Damn!Serious..
Hati aku terusik mengenai sesuatu.


Aku teringat satu kisah silam di mana dia yang kugelar sahabat baik tidak boleh menerima keputusan di mana aku beroleh sesuatu yang mengubah keadaan aku. Terasa kecewa kerana dia mengelak dari berbual denganku. Allahuakbar! Itulah yang aku rasai ketika ini walau situasinya sedikit berbeza.

Rezeki itu milikNYA dan bila kita mempertikaikan mereka yang menerima, itu seolah-olah menidakkan keputusanNYA. DIA lebih mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Mungkin saat ini, itu bukan menjadi milikku tapi siapa tahu akan datang ibarat kata pepatah - 'Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia tak siapa yang tahu.'

Maka, jauhkanlah perasaan kecewa, iri hati, tak puas hati dari menguasai hati. Janganlah hati menjadi hitam.. Nauzubillah.. Terima kasih buat mereka yang rapat kerana sudi mendengar luahan hati Mak Budak disebabkan rasa kecewa tersebut.

Apa-apapun.. ini sentiasa tersemat dalam hati.. 'Sahaja aku melakukan tugasan tersebut kerana Allah S.W.T, KAU jauhkanlah perasaan negatif dari menguasai diriku.'


DAN..
Selama inipun aku menyiapkan tugasan demi organisasi bukan untuk diri sendiri. Aku tak nak mereka yang terlibat dengan program-program berkaitan tidak disusahkan kerana bantuan lewat tiba. Takde salahnya kita hulurkan bantuan walau ianya bukan tugasan hakiki kita. Tolong-menolong itu kan satu amalan yang mulia.. yang penting everything is under control.



StatusHati: Berdiam diri adakalanya lebih baik..



Wednesday, January 10, 2018

Gara-gara keadaan #ChefHubby


Kalau semalam uruskan dak Nuha demam - batuk, selesema hingga mengganggu pernafasan dia. Hari ni uruskan pulak #ChefHubby yang dah mula dedo hingga mengganggu rutin harian #MakBudak. 

Bapak budak kalau demam lagi hebat rengekan dia. Jangan merengek suruh masak untuk lunch sudah sebab ri ni #MakBudak nak makan kari kambing.. wakakaka..
#MakBudakMerengekTakpe..
#StatusFB



REALITINYA:
Sebaik selesai urusan berkaitan awek Hubby pagi tadi, misi mencari daging kambing diteruskan. Maklumlah nak masak kari kambing kenalah ada bahan utamanya kan.. Bila dah dapat apa yang diidamkan misi memasak diteruskan.

Selesai - rehat time..

Malam..
Urusan di klinik gara-gara keadaan #ChefHubby yang agak membimbangkan. Bukanlah teruk manapun sebenarnya - hanya demam biasa, batuk dan selesema tapi disebabkan beliau pernah dikejarkan ke hospital secara tak langsung rasa fobia tu masih ada.

Disebabkan itulah, aku tak suka beliau demam. Dahlah kami anak-beranak jenis yang susah demam.. tapi bila sekali kena.. Allahuakbar - risau + berdebar-debar jangan ditanyalah apalagi tak cukup tidur dibuatnya.


StatusHati: Risau..



Tuesday, January 9, 2018

Penunggu Setia



Rindu dengan suasana petang di sini..


Dah setahun aku tak menunggu di sini mengambil anak balik sekolah. Petang Jumaat lepas aku kembali menjadi penunggu setia..

Kisah asalnya dak Adik mengomel..
'Dulu ibu amik Kakak boleh..?' 
Alahai anak bujang sorang ni.. merajuk pulak. Yelah adik.. ni haa ibu sampai dah..

TAPI bersyarat..
Hanya hari Khamis dan Jumaat ibu akan ambil Adik.. hari Isnin sampai Rabu naik van sekolah ye.. pakej janji kait ibu jari lagi. Geleng kepala melayan kerenah dak Adik.


StatusHati: Rutin bermula..



Friday, January 5, 2018

Jimat Selagi Boleh



Barang sekecil ini dah ada dalam simpanan sejak dua tahun lepas. Walau kecil tapi sangat diperlukan ketika kecemasan. Kain masih elok dan boleh digunakan, jadi tak usah membazir nak beli baru. Hanya tukar part yang rosak je.

#JimatSelagiBoleh


Set pakaian sekolah baru untuk anak-anak tetap kusediakan, nak bagi semangat kembali ke sekolah pada hari pertama selepas cuti panjang kan.. Dalam masa yang sama mana-mana baju yang masih elok akan terus digunapakai selagi ianya tak rosak. Buat apa nak membazir, selagi boleh jimat aku akan berjimat.

Pesan aku pada anak-anak andai mereka mengeluh:
'Pedulikan apa orang nak cakap apa pada Kakak dengan Adik, bukan dorang yang sediakan keperluan pada Kakak dengan Adik.'
 


StatusHati: #HargaMinyakNaik



Monday, January 1, 2018

Hadiah Istimewa sempena Anniversary #MakBudak


Hadiah istimewa dari bekas staff tempat aku bekerja, MamaRose untuk Anniversary 01.01.2018 aku dan #ChefHubby..

Walau aku dah biasa dapat hadiah Tupperware dari beliau tapi kali ni sesuatu di luar jangkaan. Dari zaman aku #RemajaPurba sampai dah jadi #MakBudak, MamaRose suruh aku beli.. 'rugi tak beli..' itulah yang selalu beliau ucapkan pada aku.


Akhirnya..
Nah.. ni dia.. memang ye aku tak beli tapi barang tersebut diberi sebagai hadiah. En. Hubby pun tak percaya pada mulanya..

Apa-apapun terima kasih buat MamaRose di atas hadiah tersebut. Moga MamaRose sihat dan kuat dalam meledani rutin harian. Moga urusan Mama dipermudahkanNYA.. Aamiin..
#RiceSmart
#Tupperware
#HadiahAnniversary


Rice Smart - Tupperware



StatusHati: Tiada perubahan pada rutin harian..


Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...