Followers Remaja Purba

Monday, July 31, 2017

Kalau nak ikutkan perangai Syaitan Laknatullah..


Pengalaman mematangkan fikiran tapi ada yang tak matang dalam tindakan..

Aku perhatikan je..
Kalau orang lain punya hal bukan main lagi kau maju ke depan.. seolah-olah kaulah paling hebat dalam menyelesaikan masalah.. tapi apa yang aku nampak hanyalah menambah masalah.


Ni.. Mai aku nak cakap sikit.. jaga sikit perangai kau tu.
Aku sikit pun takde hal dengan kau.. dah kenapa kau pulak yang over gedik lebih. Kalau tak puas hati mai datang berdepan cakap depan aku. Jangan hanya berani gedik belakang aku. Kalau aku salah.. takpe.. aku sendiri akan mengaku tapi satu je nasihat aku sebelum kau nak up kisah itu ini dalam mana-mana media sosial; jaga dulu kain sendiri.. jahit dulu mana-mana bahagian yang koyak sebelum nak tolong jagakan kain orang lain.


Aku malas nak bising-bising sebab ada hati yang perlu aku jaga..
Kalau nak ikutkan perangai Syaitan Laknatullah tu.. aku dah ambush kau dah. Memang terang, nyata dan jelas kekecohannya nanti. Belum pernah dalam sejarah aku mengamuk.. kau nak tengok ke..?


Ni sekali lagi aku nak ingatkan.. jangan nak cuba-cuba jolok sarang tebuan yang manis mewangi ni. Takut nanti bengkak lebam dikerjakan dek tebuan tu. 


Lah.. Kau terasa..? Chill lah.. Aku tak sebut pun nama sesiapa dalam ni. Aku tak main tuju-tuju ni. Kalau aku nak, aku terus jumpa tak pandang belakang dah. Buat apa nak main 'lempar batu sembunyi tangan' kan..



StatusHati: Jangan dilayan titik-titik hitam yang cuba mengganggu rutin harian..



Monday, July 24, 2017

Periuk Kera Penutup Syawal Tahun 2017


22 Julai 2017 (Sabtu).

Dari pagi hingga ke tengah malam sibuk menguruskan majlis rumah terbuka yang dirancang agar berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.. urusan chef Hubby dipermudahkanNYA. Kalau beliau tak ada, siapa pulak nak masak menu untuk majlis tersebut kan.

Alhamdulillah juga, kawan chef Hubby turut datang membantu. Dalam tak sihat mereka satu family sanggup datang dari Puncak Alam. Terima kasih yang tak terhingga buat mereka. Tak lupa juga buat nenek dan atok yang datang dari rumah di P.J.


Periuk Kera ni aku ambil dari kampung bapa saudaraku.
Dekat dua bulan di rumah, itu yang bertukar warna jadinya.


Periuk kera yang telah siap diisi dengan beras pulut.
Part mengukusnya atok pulak yang buatkan dengan mengisi santan ke dalamnya..


Inilah tulang belakang kami sebelum majlis bermula.
Buat kawan chef Hubby tu, moga beliau cepat sembuh hendakNYA.


Selain dari menu utama, kari kepala ikan turut dijadikan hidangan dalam majlis tersebut.


Antara tetamu yang hadir..


Bersama blogger Makchaq..
Terima kasih Makchaq.. tak pernah miss datang ke rumah kami..


Geng dari tempat kerjaku..

Bab bergambar masing-masing memang tak dapat dipisahkan..



DAN..
Satu kejutan pada sebelah malam buat chef Hubby..

Nama Nuha pun ada sekali..?
Kena letak, tak nak bagi dak Nuha merajuk.. kihkihkih..


Nenek pesan beli ice cream, ambil gambar nanti post dekat nenek..
Inilah hasilnya.. lepas kena paksa dek kami..


Terima kasih buat semua yang hadir pada hari tersebut dari petang hingga lewat malam. Maafkan kami andai ada yang kurang.. Kami cuba berikan yang terbaik. Maaf jugak kalau ada yang kami tak terlayan. 




Last but not least..
Kisah di belakang tabir majlis rumah terbuka kelmarin..

Dak Kakak tercedera terkena wap panas ketika cuba membuka penutup periuk yang berisi kambing.


Operasi pembersihan selamat dilakukan oleh Dr. di klinik.
Alhamdulillah luka tak teruk dan takde kulit yang perlu digunting.

'Ibu dulu pernah kena macam ni ke..?'

'Pernah.. tapi takdelah sampai jumpa doktor. Ibu bawa kakak jumpa doktor sebab nak bagi jari kakak cepat sembuh. Kakak kan ada Ujian 2 minggu depan dekat sekolah.' 
 
Buat dak Kakak.. moga cepat sembuh dan sila rajinkan diri sapu ubat pada tempat luka tu ye..



StatusHati: Dah boleh mulakan semula #PerasanSlim lepas Syawal ni..



Wednesday, July 12, 2017

Kena kejar dengan bapak angsa



Dak Adik menyakat itik dan ayam yang ada..
Part angsa tak berani lak dia nak sakat.. kihkihkih..


Dulu..
Aku pun pernah merasa macam ni.. acah-acah main; siap kena kejar dek bapak Angsa garang lagi. Bapak angsa tu memang tak boleh tengok orang lalu depan ia aku rasa, asal lalu je kena kejar.. mencicit weh aku lari selamatkan diri..

Bukan takat tu aje, panjat pokok rambutan, langsat - makan buah atas pokok tu dah biasa. Terjun mandi dalam sungai usah cakaplah.. pantang ada peluang ke rumah paklong aku.. Laju je kaki ke sungai, siap kena hambat balik dek mak aku lagi bila lama nau mandi dekat sungai tak reti nak balik.

Paling win pokok betik; ku panjat sampai ke pucuk yang akhirnya pokok tu patah.. kahkahkah.. kena marah dengan pakcu aku masa tu. Dahlah pokok betik tu yang paling 'cun' masa tu..

Sekarang.. peluang tu ada je sebenarnya.. tapi kalau aku buat.. tu namanya buang tebiat.. kahkahkah..



StatusHati: Nak balik kampung lagi..


Tuesday, July 11, 2017

Kisah Sehari Sebelum Syawal Menjelma


Hari ni.. 17 Syawal 1438H..

Terasa teratak #MakBudak ni diabaikan. Bukan sebab syok sangat beraya tapi rutin harian memaksa aku tidak dapat mengemaskini di sini.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ni pasti meninggalkan banyak kenangan manis buat kita semua. Begitulah yang aku rasa. Nak kata gembira sangat pun tak elok juga sebab masih ada yang tak berupaya untuk menyambutnya. Buat mereka.. moga diberikan kesembuhan dariNYA dan dapat menjalani rutin harian seperti mereka yang lain.


Berbalik pada kisah raya aku tahun ni..
Seperti biasa, aku sangat jarang nak bercuti awal memandangkan tiap-tiap tahun pasti aku akan beraya di K.L dulu. Rasa cemburu je melihatkan kawan-kawan yang dah selamat tiba di kampung tapi aku masih di sini. 

Hari terakhir bekerja, Dato CEO mewajibkan semua memakai pakaian Baju Kebangsaan untuk sesi bergambar kenangan. Aku..? Sekadar mencukupkan syarat..


Bersama Dato CEO..
Kisah penghujung Ramadhan sebelum cuti raya di SINI..



Kisah malam raya aku..
Urusan masak-memasak juadah hari raya untuk di bawa balik kampung dimasak khas oleh chef Hubby bersama dak Kakak.

Biasa orang bakar lemang macam  yang di atas ni..


TAPI..
Lemang yang dimasak oleh chef Hubby..


Masak dalam tong dram yang ditutup.. ianya sangat mudah dan fleksibel..


Aku..?
Buat kerja selain dari memasak.. ekekeke..
Paling tak menahan, hampir seharian mencari tempat cuci kereta. Penuh semuanya. Sudahnya malam raya baru dapat hantar kereta untuk cuci kereta dan tahu di mana..? Tak jauh dari rumah aku je rupanya.. huhuhu.. Rugi minyak.. rugi masa je rasanya.

Terasa tak menang tangan dibuatnya sehari sebelum raya hari tu. Macamlah banyak sangat kerja yang aku buat.. hahaha.. Tak banyak gambar kenangan yang diambil, malah gambar chef Hubby dan dak Kakak masak menu raya pun tak kuambil. Sibuk ke hulu ke hilir..

Bila ku ingat kembali, rasa mengah dibuatnya. Macam pagi raya tu ramai tetamu datang ke rumah lagak letihnya.. walhal menu tu semua untuk di bawa pulang ke kampung.

Alhamdulillah semua kelengkapan untuk di bawa pulang beraya berjaya disiapkan, itupun selepas tengah malam baru selesai.

Bangun pagi raya..
Anak-anak teruja tak sabar nak beraya aku tengok.
'Ibu bila kita nak balik kampung..?'
'Ibu.. kita nak balik kampung mana dulu ibu..?'
'Ibu.. cepatlah siap ibu..?'

Fuh.. anak baru tiga tapi rasa macam ada enam pulak; tiba-tiba rasa macam tak terlayan. Mana taknya, dalam kepala dok ingat itu ini takut ada barang tertinggal di rumah.

Apa-apapun minggu raya tersebut berjalan dengan baik dan akan diupdate dalam entry seterusnya.


StatusHati: Ada sesuatu di penghujung Syawal ni..


Sunday, July 2, 2017

Cikgu zaman Aku Sekolah Menengah




Bukan 5 tahun..
Bukan 10 tahun..
Tapi.. hampir 20 tahun tak jumpa Cikgu Siti Fatimah Ahmad yang merupakan guru kelas masa zaman aku Sekolah Menengah dulu.

Akhirnya malam Hari Raya Kedua tercatat dalam sejarah, buat pertama kali aku berjaya beraya di rumah cikgu Siti Fatimah. Rupanya rumah cikgu tak sampai 100 meter dari rumah mak saudaraku.

Bestnya dapat jumpa balik cikgu.. sayang cikgu.. luv u lah. Cikgu masih seperti dulu, kecil molek je orangnya.

Moga ikatan silaturrahim ni kekal erat dan InsyaAllah andai tiada aral melintang, menegak, membujur lalu pasti rumah cikgu berada dalam senarai lawatan kami.


StatusHati: Speechless..


Saturday, July 1, 2017

Seminggu Berhari Raya..


Permulaan kisah #MakBudak sebelum Raya di SINI..

Alhamdulillah.. apa yang dirancang berjalan dengan baik dan apa yang tak best tu kita tolak tepi supaya tak rosak mood raya dan tak menjadi barah..

Dalam pada seronok beraya sepanjang minggu ni, meh aku share secara ringkas apa yang berlaku..


Baju Raya..?
Aku ni jenis tak suka nak gosok baju dekat rumah orang. Maka, baju yang mana nak dipakai masa raya, semua aku gosok sesiap sebelum balik kampung.

Dah siap pilih, kemas, susun baju yang bakal dipakai di kampung nanti.. Nak dijadikan cerita, baju aku sendiri takde.. tak bawak balik. Spoil mood raya sungguh.. 🤣🤣🤣


Duit Raya..?
Selesai diagihkan pada mereka berkenaan..


TnG Raya..?
Baki yang ada dalam TnG aku tu cukup kalau nak sambung beraya lagi.. kihkihkih..


Beg Raya...?
Pakaian dalam beg raya tu aku siap basuh, lipat dan simpan balik dalam beg sepanjang di kampung.. Tak sempat kurang pun isi dalam beg tu dan memudahkan aku bila tak banyak pakaian yang perlu dibasuh bila dah balik rumah.


Kereta Raya..?
Biasalah comot luar dalam.. esok jelah cuci sebelum kembali bertugas.


Malam Raya..?
Apa yang dimasak telah diagihkan pada mereka seperti yang telah dibincangkan bersama chef Hubby. Salah satunya seperti di SINI..


Menu Raya..?
Hilang sekejap #PerasanSlim aku raya kali ni. Semua menu aku rasa. Ni nak timbang berat pun berdebar-debar je rasa. Takut penimbang tu yang terkejut tengok berat aku mencanak naik.. 😀😀😀 


Secara peribadi.. kali ni agak happening bila mana banyak tempat kami pergi. Penat tapi puas hati dapat menggembirakan mereka di kampung.


StatusHati: Tapi.. anak-anak tak puas beraya kata deme..



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...