Jumaat malam..
Memandangkan kena balik kampung malam tu jugak, macam lipas tak berapa kudung aku siapkan rutin harian..
Senang.. nanti takdelah penat berganda balik dari kampung..
Kukerah tenaga anak-anak yang dah memang kepenatan balik sekolah tu membantu aku..
Dengan mata yang dah mula memberat.. berusaha menguatkan kudrat yang ada..
Lewat juga bergerak balik kampung malam tu ditemani dak Kakak dan dak Adik..
Dak Nuha dah selamat berjimba-jimba di kampung dengan sepupu-sepapat dia..
Di kampung..
Baju yang dah siap di basuh di rumah, kita keringkan di sini..
Awal pagi baru nak tidur.. walhal banyak kerja menanti pagi tu..
Sabtu.. 15 Ogos 2015..
Hari kejadian..
Perancangan sebelum ni telah dipersetujui.. open house dibuat di rumah my MIL..
Maka.. segala costing dan menu berkenaan adalah persetujuan bersama adik-beradik hubby..
Aku.. risaukan satu perkara je..
Berat badan naik mencanak.. kehkehkeh..
Setiap tahun menu di rumah MIL pasti bertukar..
Asam pedas ikan jenahak, rendang ayam, ayam masak merah..
Nasi putih dan nasi carrot.. selain dari set kambing bakar..
Kambing yang telah diperap untuk dibakar..
Asalnya nak buat kambing golek tapi tempat pemanggangnya dah ada orang lain guna..
Bersama tuan punya 'pemanggang ajaib'..
close up sikit..
Puas sudah ku cari takde gambar lengkap set kambing bakar tu..
Sibuk tak dan nak fikir nak ambil gambar..
'Air balang..'
Air jagung dan asam boi lemon..
Ini yang rare..
Tahun lepas open house rumah kami dan juga rumah SIL..
Kali ni dekat rumah MIL pulak..
Karaoke set dari Andaman Sireh Persona..
Sempat try cuba test lagu yang berkenan di hati..
Terima kasih buat Sue yang mewakili BFF ku yang lain..
Alhamdulillah..
Apa yang dirancang berjalan dengan baik, cuma menu cepat habis..
Nak nak pulak kambing bakar..
Memang ramai yang menanti..
Aku rasa kalau kambing golek, tak cukup seekor tu..
Penyudahnya..
Lewat malam tu, akibat keletihan dan sakit pinggang mula menyerang memaksa aku mengambil pain killer..
StatusHati: Missing you.. awak..