Followers Remaja Purba

Monday, September 30, 2013

Dak Ujang..?


  • Dulu aku cukup obsess dengan dak Ujang ni.. dari zaman remaja sampailah dah jadi remaja purba ni..
  • Tapi sejak dah pindah dok rumah sekarang ni.. segala berkenaan dak Ujang ni terpaksa dilepaskan..
  • Makanya sejak itu, takde dah pasal dak Ujang ni dalam rumah..
  • Ada jugak jeling-jeling manja kat kedai mamak depan office ni.. tapi dari kena bebel manja dengan hubby baik lupakan aje hasrat tu..
  • Tapi sebagai galang-ganti.. sesekali aku balas dendam beli novel buat koleksi..

Inipun pinjam sekejap dari member office..



psstt: Elok jugak dak Ujang takde kat rumah ni.. kalau tak.. celah mana aku nak simpan lagi agaknya..



Sunday, September 29, 2013

Restoran Warong Soto, Pasir Penambang


Nama: Restoran Warong Soto..

Lokasi: Selepas Pasir Penambang.. sebelah kanan.. kalau dari arah Kuala Selangor menghala ke Tanjung Karang..

Waktu operasi: Setiap hari kecuali ada hal.. Masa aku pergi ni dekat tengahari dah.. malam pun bukak..

Tengok dari keadaan sekeliling restoran tu.. mesra pengguna..
Bila waktu kemuncak mesti happening tempat ni aku rasa..

Bahagian dalam kedai..

Terpampang besar di dinding kedai..

 
Siap cantik dibingkaikan..

Aku order mee hailam..
Soto begedil (lupa nak amik gambar)


Ni kalau dak Kakak ada, confirm semua udang dia punya..

psstt: 4.5 / 5 bintang.

Medan Selera Taman Sri Gombak..



Lokasi: Medan Selera, Taman Sri Gombak..
Kali pertama aku makan kat sini sebenarnya..


Dari highway menuju ke tol Gombak.. ada simpang ke kawasan perumahan sebelah kiri..
Masuk jalan tu, naik sikit atas bukit sebelah kiri.


Pelbagai menu ada.. pendek kata macam-macam ada..
Aku takdelah beria-ia amik gambar..
Amik beberapa keping gambar ni pun ada mata yang memandang.. kihkihkih..


Sebahagian ulam yang ada..


Ni meu pilihan aku + limau suam = harga tertulis kat kertas tu..
Ulam tu.. tenggek burung..


Memula aku ingatkan cempedak goreng..
Rupa-rupanya tapai goreng.. pernah dengar tapi ni kali pertama rasa..
Rasanya bolehlah sebab masa ni aku dah kenyang makan nasi..





psstt: Kat mana ada jual tapai goreng sekitar Lembah Kelang ni ek..?


Saturday, September 28, 2013

Belum pernah berlaku di NKVE arah Klang..


  • Pagi semalam di laluan NKVE arah Klang susur selepas Bukit Jelutong.. ada sesuatu menarik perhatian..
  • Aku rasa kejadian tu berlaku antara pukul 6 - 7 am atau mungkin lebih awal.. sebab pukul 7 am dah tersadai di situ..


Ketika gambar diambil ---> lebih kurang 9.30 am..
Sebelum ambil gambar, kena perhatikan persekitaran.. 
Sangat bahaya memandu sambil memegang handphone.. --> Sila jangan ikut sikap ini..

Aku dalam perjalanan pulang selepas selesai urusan di pejabat..
(masa ni aku cuti sebenarnya)

Walaupun tersangkut di situ tapi syukur laluan agak lancar..

Nampak tak..?

Peronda Lebuhraya dan mereka yang berkaitan sedang berusaha mencari jalan penyelesaian..




psstt: Macam mana cara dorang alihkan muatan berat tu ye..



Friday, September 27, 2013

Jauh perjalanan banyak gambar dirakam..




Sebelum RnR Temerloh..
Takdan nak amik gambar pintu gerbangnya.. baik pergi mahupun balik..

Menghampiri destinasi..

Lepas tol Jabur..

Jauhnya rasa..

Dah lama tak pergi Genting Highlands..

Menghampiri terowong Genting Sempah..

Mana pergi gambar dalam terowong ek..?

Kalau ada dak Nuha tak dapat nak amik gambar macam ni..

Alhamdulillah perjalanan dipermudahkanNYA..





psstt: Seminggu takde kisah dak Kakak.. dak Adik.. dak Nuha..


Thursday, September 26, 2013

Bersama Master of Coaching..




Disebalik kursus yang telah aku hadiri baru-baru ni..



Terima kasih pada seorang rakan yang menghadiahkan buku ini..



Dr. Shaker Mustafa yang berpengalaman luas dalam bidang 'coaching and mentoring'


  • 'coaching' - mengeluarkan kekuatan dan mencungkil kemampuan..
  • Bila kita kena yakin, ia akan meningkatkan lagi potensi diri..
  • Melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh akan membuahkan kejayaan yang lebih hebat..


psstt: Banyak ilmu yang kami dapat dari beliau sepanjang kursus tersebut..



Wednesday, September 25, 2013

Sata dan keropok lekor..



Dari entry semalam..

Memula kita test dulu..

Bila rasa sedap.. mestilah nak beli..
tapi.. beli tak banyak sebab ingatkan takde yang nak makan..
Rupa-rupanya nak lagi..



Keropok lekor pun beli jugak tapi yang ni aku main redah je beli..
Rezeki empunya kedai tu lah.. kami borong banyak kat situ..




psstt: Dulu sata tu rasa manis je makan, sekarang ni asal makan je dok tergigit cili.. fuh.. barulah sedap.. ---> tekak aku gedik manja taknak makan yang manis-manis..



Tuesday, September 24, 2013

Kursus di Suria Beach Resort Cherating, Pahang


Penat Bengkel seharian di Putrajaya tak hilang lagi, kena pergi pulak kursus 3 hari 2 malam di sini..
Suria Beach Resort Cherating, Pahang

Pandangan dari jalan masuk hotel..

Di lobi hotel..

Petang Jumaat sampai.. malam tu dah start program..

Belum masa nak terjun kolam..

Dah ada peluang tapi aku tak join.. letih.. duduk dalam bilik berehat..


Pemandangan dari arah pantai..
Pagi hari terakhir kursus baru dapat jejakkan kaki ke pantai..

Kalau family day best ni.. ruang yang ada luas..
tapi kalau ada anak-anak.. dorang tak pandang lain dah selain mandi kolam..


Suasana di waktu pagi.. tenang dengan deburan ombak Laut China Selatan..
Matahari pun belum bersedia nak menampakkan diri..


Layan cik Nikon sambil hadap suasana ni best ni..

Nak hadap lama-lama tak boleh.. masih ada baki program sebelum balik..




psstt: Hari ni baru lapor diri.. Lusa cuti balik.. berkurangan lagi cuti aku nampak gayanya..



Monday, September 23, 2013

Masa untuk berehat bersama..


  • Alhamdulillah aku selamat sampai di rumah lewat petang semalam..
  • Nampak keterujaan di muka dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha.. babah dorang je cool.. kehkehkeh..
  • Hari ni masa untuk bersama mereka..



psstt: Tiga hari takde kat rumah.. tengah fikir nak mulakan apa dulu ni..



Sunday, September 22, 2013

Hari ke 3 sesi ke 7..


  • Moga sesi hari terakhir di Suria Beach Resort Cherating ni berakhir dengan baik..
  • Moga perjalanan balik petang nanti berjalan dengan lancar..



psstt: Kakak.. Adik.. Nuha.. nanti ikut babah jemput ibu kat office ye..




Saturday, September 21, 2013

Rindu menggamit melambai memanggil..



RINDU..
kat dak Kakak.. dak Adik.. dak Nuha..

dan jugak..
kat Babah dorang..




psstt: Masih lagi di Suria Cherating Beach Resort, Pahang..

last psstt: Semalam BIRTHDAY dak Kakak.. tapi..





Friday, September 20, 2013

Antara kursus wajib yang perlu dihadiri



  • Mak Budak akan berkursus di Suria Cherating Beach Resort, Pahang.. dari Jumaat hingga Ahad..
  • Sepanjang 3 hari ni, mak budak akan jadi Remaja Purba.. gara-gara dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha ditinggalkan.. ---> babah dorang tak dapat pergi.. kalau tak.. confirm aku bawak semua..
  • Kesian dorang.. 2 malam ni dorang akan tidur kat rumah atok sedara.. memandangkan babah dorang kerja..
  • Kursus ni, antara kursus wajib yang perlu aku hadiri atas tiket jawatan aku sekarang.. bukan untuk kenaikan pangkat..
  • Nak naik pangkat pun kena mohon.. kalau terus dapat bertambah-tambah syukurnya..
  • Jadual kursus.. dari pagi sampai ke malam penuh dengan aktiviti..
  • Makan.. standard pergi kursus.. makanan disediakan.. jimat sikit duit poket.. ---> yang tak selamatnya kalau ada aktiviti menyinggah membeli dan belah..
  • Belum lagi pergi aku dah fikir nak balik..



 psstt: Moga perjalanan pergi dan balik kami semua selamat hendakNYA..




Thursday, September 19, 2013

Berkursus di Putrajaya


Seharian di Putrajaya..


psstt: Malam nanti nak packing baju untuk esok ke Pahang pulak..




Wednesday, September 18, 2013

Sayangkan kerja.. anak ditinggalkan..



Isnin ---> Kelmarin..
Selasa ---> Semalam..
Rabu ---> Hari ini..

  • Hari ni Lebuhraya Persekutuan sesak ya amat.. aku syak ada berlakunya kemalangan..
  • Sepanjang-panjang highway tu sesak..

Khamis ---> Esok..
  • Akan berkursus di Putrajaya..

Jumaat ---> Lusa..
  • Akan berkursus di Pahang sehingga hari Ahad..

Sabtu ---> Tulat..
Ahad ---> ??..




psstt: Kali pertama tahun ni dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha kena tinggal..










Tuesday, September 17, 2013

Perasaan terganggu



Serabutnya rasa..

Sedihnya rasa..





psstt: Pergilah kau jauh-jauh dari dalam hati aku..



Monday, September 16, 2013

Doraemon kena Bunuh..?


Kisah semalam..
  • Sebelum perjalanan diteruskan menghala ke rumah MIL.. aku mintak hubby singgah sekejap beli cendol..
  • Sebenarnya ada sesuatu yang buat aku nak ke situ..
  • Kalau kali pertama singgah kat situ memang tak perasan..

Doraemon kena bunuh..?

Lokasi kejadian: Jalan Khamis, Meru..
Menu utama: Cendol.. dan tempe.. ---> tempe yang dibuat sendiri..
Masa kejadian: Tengahari.. time budak balik sekolah mesti penuh kat situ..





Bukan setakat Doraemon tu.. malah pokok mangga yang sedang berbuah lebat turut menarik perhatian..

Minggu lepas selamba aku mintak dan hubby tukang jolok.. 
Dapat seplastik besar.. share dengan member office dan balance buat kerabu mangga..



Besar tempe tu.. RM 0.50 satu.. harganya tak dapat semurah tu kalau kat cafe bangunan office aku..
Aku borong semua.. sebab tempe abang tu terhad.. sape cepat dia dapat..


'Ibu.. dahlah.. jangan amik gambar lagi.. Adik nak makan ni..'
Aku paksa dak Adik jadi model tempe sekejap..
 
 
 
 
psstt: Nak gedik manja kat hubby.. nak pekena cendol + tempe lagilah kat situ..

psstt: Genap 5 hari aku bercuti.. dan esok dah start kerja balik..

last psstt: 16 September 2013 ---> cuti umum sempena Hari Malaysia..



Sunday, September 15, 2013

Gantung kuali simpan periuk





  • Menu semalam..
  • Masak sup ketam untuk dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha.. kononnya nak pancing selera dorang..
  • Tapi yang mengabihkan.. mak budak ni jugak..
  • Mana aku tak kembang.. sampai dekat tengah malam sesi menternak lemak masih giat diusahakan..
  • Nasib baik tempat niaga hubby jauh, kalau dekat mahu layan Char Keoy Teow pulak..


  • Menu hari ni..
  • Hari ni gantung kuali, simpan periuk ---> tak masak..
  • Akan menghadiri majlis perkahwinan di PJ dan seterusnya akan melepak di rumah MIL..
  • Kat rumah aku je gantung kuali, simpan periuk tapi kat rumah MIL tak..
  • Kat sana nanti confirm aku gedik manja kat hubby main masak-masak kat dapur.. kehkehkeh..



psstt: Walaupun kuali bergantung, periuk disimpan.. tetapi tidak blog..



Saturday, September 14, 2013

Bukan den sengajo taknak kojo semalam..



Dari rumah menuju ke office ---> Klang ---> rumah ---> office ---> rumah MIL ---> Trauma dan Kecemasan PPUM ---> MIL ---> rumah..



6.30 am ---> Dari rumah ke office..
8.15 am ---> Dari office menuju ke Klang bersama beberapa orang rakan pejabat.. melawat sorang sahabat yang baru atas pemergian abah tersayang petang Khamis lepas.. Al-Fatihah buat arwah..
10.30 am ---> Balik rumah sekejap amik hubby dan anak-anak nak pergi melawat abang ipar suami di PPUM..
11.00 am ---> Sempat singgah pekena cendol doraemon dulu.. ok yang ni aku lupa nak amik gambar.. dah mula penat masa ni..
11.45 pm ---> Hantar dulu rakan pejabat..
12.35 pm ---> Pergi rumah MIL sebab abang ipar hubby dah keluar hospital awal pagi tadi.. nasib baik call rumah MIL..
3.30 pm ---> Kembali semula ke hospital.. Trauma dan Kecemasan, PPUM.. gara-gara perubahan pada abang ipar hubby..
11.30 pm ---> Aku dan hubby balik rumah MIL ambil anak-anak balik rumah.. esoknya dorang sekolah..
1.00 am ---> Selamat sampai di rumah.. penat tak terkata..

Pagi semalam ---> Bawa diri ke klinik untuk dapatkan rawatan.. ---> low blood preasure..


Minta maaf bos besar, bos kecik, anak-anak buah.. bukan den sengajo taknak kojo semalam..





psstt: Bila dapat rehat.. leganya rasa dan bersyukur sangat-sangat..



Friday, September 13, 2013

Saat.. Minit.. Jam..



Tik.. tok.. tik.. tok..

SAAT ---> sedetik-sedetik meninggalkan kita..
MINIT ---> mengikut rentak SAAT..
JAM --> tak pernah berkurang atau bertambah..

Aku bersyukur padaNYA kerana masih dapat menikmati DUA waktu yang istimewa..

---> SIANG dan MALAM..


TAPI..
Entah sampai bila.. bersediakah aku..?




psstt: Salam takziah buat sahabatku kak GJa atas kehilangan abah tersayang petang kelmarin. Al-Fatihah buat arwah..




Thursday, September 12, 2013

Smile.. you're in candid camera..








Makin besar, makin banyak akalnya..



psstt: Dah lama tak pergi ke Johor.. rasa nak gedik manja kat hubby ajak ke sana..




Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...