Followers Remaja Purba

Saturday, January 28, 2012

Selamat Hari Lahir a.k.a Happy Birthday..

Tepat pukul 7.20 pagi lahirlah seorang insan yang cukup sifatnya.. Airmata kegembiraan mengiringi kehadiran beliau ke dunia ini.. Puteri sulung mak dan ayah yang kini sedang menyiapkan entry khas untuk dirinya sendiri..


Itulah dia..
MAK BUDAK a.k.a REMAJA PURBA..


Hari ini bertambah setahun lagi umurku.. Masih banyak lagi yang perlu aku perbaiki dan hadapi.. Moga aku dapat mengharunginya dengan tabah dan kuat..

Pertambahan usiaku seiring dengan tumbesaran si kecil ini.. Moga dengan kehadirannya nanti semakin mewarnai hidup aku sekeluarga.. Kiranya inilah hadiah ketiga terbesar daripada hubby.. tapi kena tunggu hujung April baru aku dapat.. hikhikhik..


Terima kasih yang tak terhingga buat keluarga, jiran-jiran dan kawan semua yang 'wish' dan bagi hadiah pada aku dan tak lupa kawan di FB.. aku LIKE semuanya..




psstt: Hari ni orang hijau a.k.a Maxis bagi aku satu hari free untuk gossip + chit chat.. eemm.. dengan sape aku nak mula dulu ye..


psstt lagi: Hadiah tahun lepas pun aku tak guna lagi, hadiah tahun ni..?


last psstt: Kalau hari-hari birthday aku, mesti best.. sebab confirm dapat makan yang ditaja lagi.. seronok.. seronok..

Wednesday, January 25, 2012

Makan Lagi..

Sepatutnya entry ni diupdate semalam tapi oleh kerana kepenatan baru hari ni dapat upload keseluruhan cerita..

Makan tengahari di rumah atok sedara..

Menu adalah seperti di dalam gambar.. Tukang masak selain dari chef hubby, nenek sedara dan jiran sebelah rumah atok.. 3 family makan tengahari bersama..






Kerabu mangga hasil tangan chef hubby bersama ikan jenahak di dalamnya..



Hubby puas hati sebab dapat makan kerabu mangga yang diidamkan sejak minggu lepas.. Aku lagi puas hati sebab dapat makan yang ditaja sepenuhnya.. ;)


Petang.. masa untuk tidur..
Lewat petang meronda bersama hubby di TDBi..


Malam..
Makan malam di rumah atok.. kiranya semalam chef hubby masak lauk kat rumah je.. Selebihnya memang mengadap kat rumah atok..




psstt: Hari ni dah start keje..


psstt lagi: Dah makan tengahari tapi aku masih lapar lagi..


last psstt: Laparrrrr..

Monday, January 23, 2012

Makan Besar

Dari hari Sabtu hinggalah malam tadi makan, makan dan makan.. Walaupun penat tapi memang happening..

Keseluruhan cerita bolehlah tekan-tekan manja kat SINI..





psstt: errkk.. Alhamdulillah kenyang..



psstt lagi: aku request.. minggu depan nak makan lagi sedap sebab hehehe... ;)


last psstt: Sila pastikan sesi makan-makan ni dibuat hanya sehingga hujung bulan April nanti.. masa ni dah start 44 hari dah..

Wednesday, January 18, 2012

Dah besar rupanya dia..

Disebabkan aku yang over excited hari pertama anak-anak sekolah sampai aku lupa nak snap gambar dak Kakak dan Adik..



Terima kasih pada hubby yang amik gambar dak adik..






psstt: pagi-pagi adik merengek tak nak ke sekolah, nak tidur rumah pengasuh katanya..


psstt lagi: dak Kakak pulak 'patah kaki' katanya sebab penat naik turun tangga kat sekolah..


last psstt: aku..? masih larat memandu ke pejabat..

Thursday, January 12, 2012

Selepas Beberapa Hari..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah setakat ni aku masih mampu bersiaran seperti biasa walau bukan setiap hari.. keadaan ketika ini tidak memihak kepada aku untuk singgah ke rumah kawan-kawan..


Minggu kedua di Tahun Baru..
Pengalaman memandu keseorangan tanpa dak Kakak dan Adik disisi agak mencabar.. takde geng nak borak + cepat bosan serta mengantuk..

Dulu dak Kakak dan Adik rajin melayan aku.. dak Adik mengomel (ada ketika aku tak faham apa yang dia cakap), dak Kakak siap gosok belakang badan jangan bagi aku ter ter.. mengantuk tak boleh memandu.. tapi sekarang.. kenalah belajar berdikari..

Kalau dulu memang tak hadap Federal Highway tapi sekarang terpaksa jadikan rutin.. tapi sekurang-kurangnya aku masih sempat sampai awal ke pejabat dan dapat rehat sekejap..

Pukul 5am tadi hujan selebat-lebatnya.. rasa macam nak tarik selimut takmo bangun awal.. tapi hari ni bukannya hari cuti kugagahkan jua dengan rutin harian..




psstt: semakin teruk batuk aku.. balik kerja nanti nak pergi An-Nisa..

psstt lagi: Rasa nak sambung balik tidur..

last psstt: Aku kat office.. korang kat mana..?

Monday, January 9, 2012

Dulu Bertiga Sekarang Keseorangan

Kalau tahun lepas dak Kakak dengan dak Adik peneman aku time pergi dan balik kerja sebab dak Kakak sekolah kat P.J.. tapi start tahun ni aku dah takde peneman.. confirm aku mengantuk + bosan time pandu kereta..

Buat pertama kalinya, hari ni anak-anakku diletakkan di bawah jagaan pengasuh baru di TDBi..

Alhamdulillah pertukaran sekolah telah dibuat dan tiada masalah yang besar setakat ni dialami oleh dak Kakak.. cuma ada jugak dia mengadu, kat sekolah baru ni dia takde kawan sangat.. Aku pujuk dan terangkan pada dia, taknak dia rasa terasing kat sekolah tu..

Sepanjang minggu lepas aku bercuti rehat menguruskan dak Kakak dengan dak Adik sekolah.. Maklumlah semuanya baru bagi kami.. aku pulak yang teruja lebih.. dalam teruja aku tu.. kesian juga dengan dak Kakak sebab sekolah tu besar.. letih nak ke kelas di tingkat 3, nak ke kantin, nak balik.. kira bangunan kelas dia ke dalam sikit.. aku sampai termengah-mengah uruskan dia walau hubby turut temankan..

Dalam pada tu, tak sabar nak tunggu hari Sukan sekolah.. sebab apa..? Padang sekolah tu luas.. terbayang-bayang macam aku pulak yang sedang beraksi di tengah padang tu.. wah.. sedarlah diri mak budak a.k.a remaja purba ye.. bagi peluang pulak pada anak-anak.. hehehe..

Dak Adik pulak.. balik nanti baru tahu perkembangan hari pertama kena tinggal kat rumah pengasuh baru dia tu.. tak sabar nak tau dari mulut anak-anak pasal aktiviti kat sekolah..



psstt: Pagi tadi ke PPUM.. dah scan.. ehem.. ehem.. dah tau dah.. nanti dulu..

last psstt: aaa... eeemmm... aaaa... hari ni baru start keje, maka kerja haruslah berjela banyaknya..

Wednesday, January 4, 2012

Selamat Kembali ke Sekolah

Musim Persekolahan telah bermula pada hari ni untuk sesi sepanjang tahun 2012.. dak Kakak dan dak Adik tak terkecuali..

Ok.. kita mulakan dengan dak Adik..

Isnin lepas (2 Januari 2012) ada sesi taklimat di Tabika dan pembayaran yuran selain cikgu minta ibubapa tinggalkan anak-anak selama sejam untuk sesi pengenalan.. Masa ni dak Adik boleh meraung nak ikut balik.. hikhikhik.. memang kelakar.. teringat masa aku Tabika dulu.. ops.. pecah rahsia..

Tapi syukur hari pertama dengan bangganya dia pergi sekolah tak menangis sebab - babah dia hantar..aku follow belakang dan Alhamdulillah memang langsung tak menangis TAPI.. satu kejadian telah menimpa dak Adik.. jari tangan kanan luka terkena pisau yang digunakan kawan dia.. terkejut tapi sikit je lukanya.. macam mana kena aku tak tahu sebab babah dia yang ambil masa balik sekolah tadi..


kisah dak Kakak pulak..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. dak Kakak kena cari kawan barulah jawabnya.. dia ni senang sikit.. jenis tak kisah.. aku pun tak risau sangat..


Sementara ada masa nak ambil dia balik sekolah sesi petang ni, sempat lagi update blog.. gambar pun tak sempat amik sebab aku terlebih excited dari anak-anak.. Maklumlah dah tukar sekolah, maka teruja tu lebihlah sikit..


sekolah anak atas bukit.. aku suka tapi panas sebab tak banyak pokok rendang..



psstt: Syukur tengok dalam account ada duit lebih..


psstt lagi: sedang survey nak beli peti sejuk.. peti sejuk sedia ada dah rosak.. uwaaaa...


last psstt: Hubby masih bertanyakan Samsung Galaxy.. hikhikhik..

Sunday, January 1, 2012

Happy Anniversary to.. ME..


Selamat Hari Ulangtahun buat hubby.. 01 Januari 2012..


Dengan harapan..

Moga dianugerahkan kesihatan yang baik agar dapat jaga diri ini dan anak-anak hingga ke akhir hayat abang..



Walau tiada sesuatu yang istimewa tapi terima kasih kerana sabar melayani kerenah isterimu ini.. Namun tetap kutunggu 'sesuatu' dari abang..


Untuk anak-anak..
Dorang dah dapat habuan petang tadi..
Kalau sempat nanti aku update apakah habuannya itu..



psstt: Hadiah..? dah dapat.. cuma belum tahu lelaki ke perempuan.. ;)


psstt lagi: Hubby mengidam Samsung Galaxy..


last psstt: Aku.. senyum je..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...