Followers Remaja Purba

Wednesday, March 31, 2010

Bowling dan Kenduri Kahwin

27 MAC 2010 (Sabtu)

Pagi:
Ada game bowling di Summit Subang, anak-anak aku dah hantar ke rumah pengasuh.




Maklumat terkini:
Team aku menang juga tapi no 4 dari belakang

Alasan kalah:
Tak cukup pemain


Lepas game, pergi cuci kereta sementara tunggu hubby habis kerja sebab malam ni nak pergi kenduri kahwin member tempat kerja hubby. Lepas kenduri nanti baru ambil anak-anak.



Malam:
Kenduri kahwin member tempat kerja hubby di Puchong


kad jemputan dari pihak pengantin


Malu-malu segan tapi sempat juga aku ambil beberapa keping gambar


Kali pertama aku hadiri kenduri kahwin orang India. Menarik juga. Lepas settle ambil anak-anak terus balik rumah.

Thursday, March 25, 2010

cerita express

20 – 25 MAC 2010 (Sabtu – Khamis)

Sabtu + Ahad:
Weekend cuma ke pasar pagi Shah Alam, dapatlah laksam yang aku idam-damkan, teringin punya pasal aku beli sampai 2 bungkus.


Isnin: Lawatan ke PPUM (Klinik Surgeri)
Urusan berkala setiap 3 bulan sekali, kali ni Dr. Margaret dan anak-anak didiknya pun ramai, jadi remailh yang membelek si ammar, ammar dah jadi malu-malu arnab, sorokkan muka.

Next appointment is 21 Jun 2010.


Petang:
Kali pertama terjadi dalam hidupku, terkejut dan risau masa tu. Tak dapat call hubby sebab hp dia problem. Geng R.E.P.O tanya mana hubby sebab nak ambil kereta. Kalau tak silap aku, aku cuma lewat sebulan cuma 2 bulan kebelakangan ni aku bayar guna mesin dan mungkin lambat update dalam system bank jadi diorang ni nak ambil kereta ni, aku terpaksa guna orang tengah - Botak pak Itam tapi bila dikenang-kenangkan balik, mamat yang tahan aku tu lebih kepada nak duit kopi (baca: kalau bagi duit sikit jadi diorang takkan ambil kereta). Bila dah masuk campur member hubby, dengan muka penuh bengang diorang blah. Menurut cerita member hubby, budak-budak tu dah kena sound dengan satu lagi geng R.E.P.O pasal kereta tu.


Selasa:
Gara-gara kes tu seluruh badan aku terkejut termasuk otakku ini. Sepanjang hari aku kat rumah, memang aku tak larat nak pandu kereta.


Rabu:
Sepanjang hari aku sibuk. Bz - sibuk - bz - sibuk sampailah kat rumah baru dapat rehat sebab malam ni hubby pergi Ipoh dan dengan rela hati hubby masakkan ayam masak kari untuk menu malam tu.


Khamis:
Pagi ni aku terus ke bank untuk clearkan payment miss Kelly tu. Kalau boleh diulang tayang mahu aku sembur mamat tu. Ada ke dia kata aku tak bayar kereta tu dekat 4 bulan, sedangkan cuma tertunggak tak sampai 3 bulan, lepas ditolak cuma sangkut sebulan lebih je, gila!! serius… stupid aku rasa masa tu!

Friday, March 19, 2010

hampa

nampaknya tak dapatlah aku balik kampung, buhsannya duduk kat rumah, weekend yang pasti membosankan aku dan anak-anak.

Thursday, March 4, 2010

aku dan anak-anak

03 MAC 2010 (Rabu)

PAGI:
Medical check up untuk ammar di PPUM. Kali ni ada student praktikal yang akan entertain ammar, Lily pula sebagai pemerhati, dari tadi ammar memang tak sabar nak jumpa Lily hinggakan dah tak reti nak dendiam, lepas Lily perkenalkan student praktikal tu, ammar terus senyap, tadi bukan main over excitednya.

Kali ni dia pulak yang tunjuk ajar kat kitorang, belum habis sesi latihan yang ni, dia ajak main yang tu pula, tak senang duduk dibuatnya tapi enjoylah pagi tu.


Muka ammar yang selamba.

Next appointment - 30 Mac 2010 (8.30 am)


Hari ni aku cuti, pukul 3 pm dah sampai rumah. Hubby pula sampai awal sebab malam ni ada meeting AJK TDBi, anak-anak sempatlah bermanja sekejap.


Kakak leka dengan kerja sekolahnya.


Malam:
Aku dah mula sakit kepala nak selesema dan batuk, tak puas tidur, badan pun dah mula dedo, hubby tak bagi kerja tapi sebab kakak kena sekolah, aku kuatkan juga hatiku. Ammar pun tak sihat, dah dua kali dia muntah, minggu lepas kakak Irah, kena pulak sekarang musim panas.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...