Hampir 2 minggu..
Tiada talian telefon dan internet di rumah..
Pada awalnya, tiga hari berturut-turut aduan dibuat..
Hanya pada hari ketiga baru pihak berkenaan menghubungi aku..
Itupun sehari sebelum Aidiladha..
eemm.. ntahlah..
Asal musim perayaan je mesti timbul masalah..
'Ada kabel dicurilah tu..' huhuhu..
Berbalik pada masalah talian telefon aku tu..
Pihak kontraktor TM datang ke rumah sehari sebelum Aidiladha..
Lepas belek.. check.. panjat.. naik atas bumbung bagai..
'Wiring telefon akak ni problem.. saya dah cuba dari luar, ok takde masalah..'
'Saya tak boleh buat.. akak kena call TM semula..'
Tapi nasib baik, dia balik hati.. bagi no. telefon mereka yang boleh bantu selesaikan masalah tu..
Nak mintak kontraktor TM datang pun satu lagi masalah..
Orang sibuk nak cuti raya kan..
Nak tak nak.. kena bertabahlah..
Dahlah guna mobile data kejap ada banyak takde dalam rumah..
Slow tahap siput sedut punya hazabedahnya..
Akhirnya.. semalam.. berjaya juga..
Itupun aku kena tunggu off day hubby..
Terima kasih juga pada pihak berkenaan yang datang ke rumah..
Bila dah ok.. masalah lain pulak timbul..
Baru bercadang nak blogwalking malam tadi..
Dak Nuha pulak cuba halang hasratku itu..
Ok.. kita shut down.. layan dia sepuas hati..
Akhirnya.. bukan setakat dia lena.. dengan aku sekali lena sampai ke pagi.. kihkihkih..
Gambar sebelum jerebu teruk di Federal Highway..
Idea je menjangkaui sempadan..
Tapi masih ada kawasan yang 'bersempadan'
Streamyx ada tapi UNIFI elek..
Hanya kawasan tertentu je ada UNIFI..
StatusHati: Awak.. aaaa.. eerr.. eemm.. :(