Tuesday, January 6, 2015

Kerabu Pegaga with Sup Kambing..



Petang semalam..

Balik kerja.. masuk je dalam rumah.. semerbak bau sup.. Hubby dah siap masak sup kambing untuk diagihkan kepada jiran terdekat.. --> atas permintaan dorang minta hubby masakkan..
Aku yang baru berjinak-jinak dengan menu kambing tak lepaskan peluang petang semalam..
Siap request merengek minta hubby buatkan kerabu pegaga..
Sayang awak my chef hubby.. kihkihkih..
Nasib abangler dapat wife yang tak suka masak ni..



Malam tadi..

Cadangnya nak edit dan pilih gambar untuk blog.. maka kutidurkan dak Nuha dulu..
Sekurang-kurangnya ada gak idea nak cerita kat sini..
Sekali dengan aku hanyut lena sampai ke pagi..
Tapi bagus jugak aku tertidur.. badan tak penat dan cukup rehat..



Kisah hari ni pulak..

Kerabu Pegaga with Sup Kambing.. Resepi baru..?
Terima kasih pada chef hubby.. jimat duit belanja hari ni..



Kisah disebalik kambing tersebut, akan kuceritakan kemudian..


psstt: Detik waktu terus berlalu..



Monday, January 5, 2015

Cuba bersiaran ketika..


Gangguan pada talian internet..
Mak Budak cuba secara perlahan-layan singgah ke teratak kengkawan..
Tak singgah tak bermakna aku sombong.. ekeke..


psstt: Dugaan setiap orang berbeza.. Kesusahan setiap orang tak sama..



Sunday, January 4, 2015

Tak jadi balik Selatan..


Dak Kakak..
Semalam dak Kakak balik dari kampung.. akak hubby yang hantar dia balik..
Muncung je ghupenya.. rupa-rupanya SIL nak balik kampung.. dak Kakak tak nak ikut sebab nenek sana garang katanya.. tau takut..
Lepas tu.. malam tadi dia request mintak hantarkan balik rumah atoknyadi P.J..
Alahai anak.. tak cukup lagi ke sepanjang cuti sekolah ni kat umah wan..?


Dak Adik..
Tak sampai 2 minggu kat rumah atoknya.. tak tahan asyik kena marah dengan kakak sepupunya..
Tinggal dengan ibu tak kena marah ke Adik..? Kehkehkeh..
Sama je kot..


Dak Nuha..
Sikitpun tak hairan bila dia kena tinggal sensorang.. syok jadi anak kesayangan..
Paling dia suka bila babah dia ada.. gedik manja yang melampau lak aku tengok..
Hai ibu.. cemburu ke..? Kihkihkih..


Hubby..
Semalam dan hari ni sibuk dengan gotong-royong membina pondok di jalan masuk TDBi..
Aktiviti tersebut bersambung lagi hari ni..
Setakat entry ni dipublish.. pondok tersebut masih belum siap lagi..



Semalam.. tengah terik mentari..



Aku..?
Sejak semalam pun turut sama sibuk.. takde lain selain mengambil gambar aktiviti gotong-royong tersebut..
Kisah dan gambar ---> next entry..
Aku pula terpaksa batalkan plan nak balik ke Selatan..




psstt: Lagi lama tak jumpa lagi manis kan.. oh!Rindunya rasa hati ini..



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...