Saturday, June 5, 2021

Kenangan yang tertinggal - Aidilfitri 2021


Dari hari ke hari mencari mood untuk cuba menulis di sini. Aku rangkumkan kisah dari bulan April hingga Mei 2021 sebagai kenangan yang tertinggal.

KISAH PERTAMA
27 April 2021 - Selasa
'Ibu penat ke..? '
'Kalau ibu penat, ibu tinggalkan je Nuha dekat sini'. 

Dia rasa serba salah bila aku tolak dia ke sana ke mari yang membabitkan urusan di bangunan berlainan. Mengah aku dibuatnya tapi demi anak, biar aku penat asalkan dia cepat sembuh. Cuti sakit dak Nuha pula disambung tiga minggu lagi. Susah hati aku sebab banyak mata pelajaran yang nak kena kejar.

Lepas raya Aidilfitri ni, kelas hanya dijalankan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), kemudian  cuti sekolah pertengahan tahun pula. 


TERKINI:
Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun total lockdown Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Mengikut takwim jadual persekolahan, pembelajaran secara bersemuka akan bermula pada 14 Jun 2021 tetapi bila berada pada situasi total lockdown ini - kita tunggu dan lihat pada perkembangan semasa.

Gambar yang di edit sendiri oleh dak Nuha.
Untuk rekod, kisah asal ada di SINI..
dak Nuha masih dikawal ketat tidak boleh keluar melepasi pagar rumah.


KISAH KEDUA
Berbuka puasa di rumah myMIL
Menu utama: Ikan jenahak masak asam pedas dan kari kambing.

Jauh disudut hati, betapa beruntungnya en. Hubby masih dapat menjenguk mak dan ayah tapi aku langsung tak boleh. Dalam hati takde siapa yang tahu selainNYA.

Berbuka puasa di rumah mySIL
Simpan sini sebagai kenangan.


KISAH KETIGA
1 Mei 2021 - Sabtu
Selepas lebih sembilan tahun aku setia bersama Streamyx, kini Unifi pula di kawasan perumahan aku. Hampir majoriti jiran setaman menukar pakej ke Unifi. Hasil..? Terima bil, bayar je lah.

Terima kasih buat mereka berempat bersusah-payah menyediakan semuanya.

Bekerja mencari rezeki walau ketika cuti umum 1 Mei 2021 - Hari Pekerja.


KISAH TERAKHIR
Walau hampir menghampiri penutup Syawal tahun ini, sedikit kenangan aku tinggalkan di sini dari kisah semasa, sebelum dan selepas Aidilfitri 2021. Sebelum itu, nanti aku cerita kenangan pada 1 Syawal 1442 pula.

Lima hari sebelum raya..
Kali pertama buat ketupat daun palas. Asal ada bentuk sudah.

Sehari sebelum raya..
Lemang dikongsi bersama #GengJiran rumah.

Tart Nenas bukan aku buat. Tart nenas yang menjadi kegemaranku.

Seminggu selepas raya
Rendang ayam, rendang daging maman dan dodol diterbangkan khas dari kampung. Air tangan ibu saudara dan tokSu. Menu wajib raya yang disejukbeku untuk aku tapau bawak balik tiap kali aku balik kampung.

Tak terfikir langsung periuk kera pun aku dapat sebab terlebih excited terima rendang dan dodol dari kampung. Merasa juga seperti tahun lepas.

Tiga hari berturut-turut aku masak lemang pulut periuk kera. (22 Mei 2021)

Klimaks..?
Tidak seindah dapat beraya bersama keluarga di kampung.

#RemajaPurba: Kita sama tak dapat raya..

Saturday, May 1, 2021

Lahirnya anak bongsu ketiga


Dulu.. 
Terdetik di hati, aku menginginkan anak yang lahir pada tahun Naga. Alhamdulillah.. Rezeki dariNYA. Apa yang penting adalah kerjasama bersama.

Kini.. 
23 April 2021 (Jumaat) 
Selamat Hari Lahir buat Nur Nuha Husna #AnakNagaManja.
Tiada kata seindah doa dari ibu dan babah yang sentiasa mengiringi rutin harianmu. 

Suprise birthday

Terima kasih buat mySIL - mastermind disebalik semua ini.

Doa kami..
Moga jari kakimu yang patah itu cepat sembuh dan boleh kembali aktif seperti biasa. Nak raya ni Nuha ooii..

Istimewa buat dak Nuha

Hadiah dari #SentuhanEkin a.k.a mySIL

#RemajaPurba: ...

Thursday, April 22, 2021

KRONOLOGI jari kaki dak Nuha patah


Ramadhan 2020
Work From Home (WFH)
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung, aku masih di rumah.

Ramadhan 2021
Work From Office (WFO)
Ketika ini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), aku dah kembali bertugas seperti biasa walau bukan setiap hari. 


Namun, dalam menjalani rutin harian, tiba-tiba satu kejadian tidak diingini telah berlaku baru-baru ini.

KES: Jatuh bermain gelongsor
TEMPAT KEJADIAN: Taman permainan
MASA KEJADIAN: 18 April 2021 (18:30)
MANGSA: Dak Nuha

KRONOLOGI:
Patutlah dia balik rumah senyap je. Aku ingat dia gaduh² manja dengan kawan² dia. Lepas berbuka dia buka mulut, itupun bila dak Kakak kata kaki dia sakit. 

Bila aku tanya, jawapan biasa dari dia 'Kalau Nuha cakap ibu jangan marah ye.. '


Aku ingat sekadar terseliuh biasa tapi Babah dia berkeras nak bawa ke klinik malam tu juga. Di klinik pertama yang beroperasi 24 jam kami tuju, ramai pulak pesakit menunggu giliran. Memandangkan ramai yang menunggu giliran, staff di kaunter klinik tersebut mencadangkan kami ke klinik lain. Tak tunggu lama, kami ke sebuah klinik yang sedikit jauh dari rumah. Pertama kali ke klinik tersebut dan alhamdulillah urusan kami dipermudahkanNYA walau ketika itu klinik tersebut dah nak tutup.

Doktor bertugas buat surat 'refer to hospital' disebabkan tiada peralatan untuk XRay kaki dak Nuha. Maka, kami bawa dak Nuha ke hospital di bahagian kecemasan paediatrik untuk pemeriksaan lebih lanjut. 

Bersedia menunggu giliran

Dak Nuha langsung tak bagi aku sentuh kakinya.

Menunggu doctor pakar orthopedic untuk memeriksa dan membuat pengesahan ke atas XRay yang telah dibuat.


KEPUTUSAN:
1st XRay..
Doctor Orthopedic sahkan tulang jari kaki kiri dak Nuha patah. 

2nd XRay.. 
Doctor nak tengok keadaan tulang jari kaki dak Nuha selepas dibalut.

HASIL:
Minggu depan akan kembali ke hospital di Bahagian Orthopedic untuk melihat perkembangan kaki dak Nuha.

SELESAI:
Selamat sampai di rumah dekat pukul 03:30 (19/04/2021). Takut terlajak, aku standby untuk sediakan menu untuk bersahur. Mengantuk usah cakaplah.

KESIMPULAN:
Aku masih tak percaya jari kaki dak Nuha patah.

#RemajaPurba: ...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...