Wednesday, June 6, 2018

Drama NUR - Tetap bersyukur tanpa imbuhan Duniawi.


Pesan dari ayah Adam:
'Sebaik-baik dakwah apabila kita cuba mendekati masyarakat dan faham apa masalah kehidupan dorang. Bukan setakat kita nak hukum tanpa rasa simpati.'


Babak 1:
Doa Nur dan Adam..
'Ya!Allah, Ya!Tuhanku.. Kau kurniakan dia singgah dalam hidupku, memberi aku harapan. Aku terbuai, aku terleka dengan kebaikan dan keikhlasannya sehingga aku lupa diri aku siapa disisinya. Ya!Allah, Ya!Tuhanku.. Jika benar dia bukan untukku kau jauhkan aku..'

'DAN.. kau tarik balik rasa sayang ini yang semakin mula berputik, kerana aku sedar antara aku dan dia mustahil untuk bersatu.' 

'.. Aamiin..'

Betapa dalam rasa kasih Adam dan Nur hingga sanggup mengalah demi keadaan pada awalnya.



Babak 2:
Perbualan di antara ayah Adan dan Adam

'Apa yang menyebabkan Adam jatuh hati kepada dia?'

'Bila saat Adam dengar dia berdoa dan doanya kepada Allah walau sekali tak pernah dimakbulkan tapi dia tetap bersyukur sebab Allah izinkan dia untuk terus sujud kepadaNYA.' Jawab Adam.

'Nah.. itulah wanita yang didambakan oleh semua lelaki soleh, terus meletakkan Allah di atas walaupun satu permintaan atau doa dia, Allah tidak makbulkan. Dia tetap bersyukur tanpa imbuhan duniawi. MasyaAllah..'
Drama Nur - episode 10
Kisah dari awal di SINI..


Satu perasaan yang sukar nak diterangkan. Betapa indah rasa itu wujud dalam diri. Moga di dalam dunia realiti kita juga sebegitu.. tidak mengharapkan imbuhan duniawi.


StatusHati: Demam yang masih belum kebah..

Pinjamkan aku sedikit Kekuatan


Hari ni:

Aku kembali bertugas selepas kes demam teruk + badan menggigil menghampiri diri. Kisah asal di SINI. Paling merisaukan untuk memandu ke tempat kerja. Jarak perjalanan yang jauh membuatkan aku sedikit berdebar.

Tak larat.. tak larat.. asyik-asyik ayat yang sama aku berzikir pada en. Hubby. eemm.. kena bebel satu hal, kena marah satu hal. Dah tahu tak sihat, gatal pergi kerja dah kenapa..?


Menghampiri lokasi tempat kerja..


Keadaan diri hari ni, harap berterusan baik hingga ke petang hendakNYA walau hakikatnya belum pulih sepenuhnya. 


StatusHati: Pinjamkan aku sedikit kekuatan..


Tuesday, June 5, 2018

Bukan Semua Isteri Bertuah


Bagaimana mahu menasihati suami tanpa menyakiti hatinya?

Isteri itu adalah peneman hidup suaminya. Seorang suami hanya nampak keaiban pada bahagian depan di dalam cermin tetapi langsung tidak nampak pada bahagian belakang dan insan yang nampak keaiban di belakang suami adalah isteri sendiri.

Isteri tegurlah keaiban suami dan janganlah anggap bahawa teguran itu menyakitkan hati suami dan suami jangan sesekali menganggap isteri membantah suami.

Sepatutnya isteri paling baik adalah yang menasihati suaminya dan suami yang paling baik adalah menjadikan nasihat isteri sebagai satu pedoman.

Tegurlah dari hati, ikhlas dari hati. Jangan tegur kerana benci, jangan tegur kerana dendam. Bila kita tegur dari hati InsyaAllah ia akan jatuh ke dalam hati suami. InsyaAllah.

Tanggungjawab suami mengajar isteri tentang ilmu itu dikatakan nafkah batin dan bukan setakat di atas katil sahaja.


StatusHati: Bukan semua isteri bertuah..



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...