Wednesday, September 2, 2015

Wedding adik blogger SuriaAmanda


30 Ogos 2015.. Ahad..
Undangan Perkahwinan adik blogger SuriaAmanda..

Undangan ni aku dapat sejak sebelum puasa lagi..
Memang dah masukkan dalam list sesiap, takmo hubby ada aktiviti lain masa tu..
Bila tiba masanya.. cuma dak Nuha je yang ikut..
Dak Kakak dengan dak Adik takmo ikut..
Tak dapatlah nak temukan dak Kakak dengan dak Dania anak SA..
Dak Qhaira pun aku tak jumpa..
Dak Kembar pulak aku cuma dapat tengok dorang lalu depan aku je..

Alhamdulillah.. smooth je perjalanan nak ke rumah SA..
Dek kerana segan, maklumlah kali pertama jumpa.. cik Nikon pun aku tinggalkan dalam kereta.. kehkehkeh..
Dak Nuha paling seronok, banyak dapat gula-gula..

See.. dak Nuha je yang conquer album gambar dalam hp aku..


Akhirnya terlakar sejarah dalam blog aku ni..
Kami mula rapat belum berpegang tangan sejak awal tahun 2015.
Buat jadi rapat sebab group'geng mental' kami..



Jealous ai tau.. SA.. u kecik ai besau.. kihkihkih..


Cantik aturan dariNYA..
Merasalah aku tengok pengantin di arak hingga ke pelamin..
Selamat Pengantin Baru buat Shafikah dan Tarmizi..
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..


Sebelum pengantin bergambar di pelamin, aku dah ambil gambar dulu..
Siap minta abam photographer tu ambil lagi..
Tak cukup gambar pengantin, gambar abam photographer tu ai ada u.. kahkahkah..
Agaknya kalau lama aku tunggu tu.. mahu berlambak gambar aku kat atas pelamin..
Apa-apapun..
Terima kasih SA atas undangan ini.. lebiulah..



StatusHati: Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram Ya!Allah..


Tuesday, September 1, 2015

Kari Kepala Ikan Jenahak dan Kari Kambing..


Sambungan kisah dari SINI..

Gara-gara nak cepat malam tu..
Aku lupa nak ambil gambar pulut kuning.. rendang ayam buat dak Adik..


Ni pun kena paksa bergambar.. ekekeke..


Jumaat malam..
Sambut birthday dak Adik di rumah MIL.. 
Itu yang rasa terkejar-kejar.. sebab tak nak sampai kampung lewat sangat..
Dak Adik bila dah jumpa sepupu-sepapat dia, tak pandang dah makanan kat dapur..
Akulah yang makan on behalf of anak-anak.. kihkihkih..


Tengahari Sabtu..
Layan pulak kari Ikan Jenahak..
Ikan yang ditangkap sendiri oleh FIL.. memang sedaplah kan..
Tukang masak.. my chef hubby..
Tukang perabih.. anak-anak..
Aku..?
Dapat jugaklah merasa tapi lebih kepada jadi tukang suap dekat anak-anak..

Gambar sebelum dan selepas..
Dak Nuha sorang bolot tang kepalanya..


Ahad malam..
Kari kambing..
Turn aku masak dengan dipantau oleh my MIL..
Pertama kali.. aku masak kari kambing..
Tapi jangan tanya resepinya sebab tak ingat.. kahkahkah..
Berpeluh sakan aku kat dapur..
Dari part merebus sampailah kambing tu siap masak..
Biasa chef hubby yang masak, luarbiasa bila aku yang masak..

Apa-apapun 3 hari cuti ni memang makan sesajo..
Ntah kenapa kali ni aku malas nak ambil gambar..
Dah jemu kot kari kambing tu nak selfie depan aku..



StatusHati: Wahai perut.. janganlah kau tamak haloba.. semua menu kau nak cuba..



Sehati Sejiwa Hari Kebangsaan 2015



Sambutan Hari Kebangsaan semalam pastinya meriah..

Aku..?
Setakat ni belum ada lagi kenangan meraikan secara live di Dataran Merdeka..
Paling live pun depan tv dekat ruang tamu rumah..
Peluang yang setahun sekali ni patutnya jangan dilepaskan..
Bila lagi anak-anak nak merasa suasana tersebut..

Tapi..
Semalam.. aku surrender..
Kepenatan..
Tak cukup rehat..
Jalan terbaik.. berehat di rumah..

Kenapa..?
Mengapa..?
Will update soon.. 


Inisiatif pihak sekolah anak-anak mengibarkan bendera..
Kawasan sekolah yang berbukit memberi kelebihan pada kawasan sekolah ini.
Tak terfikir pulak nak minta anak jadi model bergambar dekat situ.. ekekeke..




Apa-apapun..
Moga negara kita aman makmur..
Moga rutin harian kita berjalan dengan baik hendakNYA..


StatusHati: Sampai menangis tersedu-sedu malam tadi hanya kerana termimpikan dirimu..



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...