Friday, April 3, 2015

SELAMAT HARI LAHIR AYAH..



Hari ni..
03 APRIL 2014 bersamaan 03 Jamadilakhir 1436H 
 
Ayah..
Tiada apa yang nak dikatakan..
Sebahagian telah kunyatakan di SINI..
Pengulangan tarikh yang sama cuma berbeza tahun..
 
Ayah..
Terima kasih kerana membesarkan anakmu ini..
Kini baru kutahu susah dan senang dalam melayari hidup..
Berusaha membesarkan anak-anak seperti mana ayah membesarkan aku dulu..
 
Ayah..
Tanpamu.. takkan ada aku di sini mencoretkan sesuatu buatmu..
 
Ayah..
Along sangat sayangkan ayah.. rindukan ayah..

Ayah..
Bertabahlah dalam melayani kerenah semua ahli keluarga kita..

Ayah.. 
Terima kasih ayah atas susah-payah ayah selama ini..
 

Selamat Hari Lahir Ayah..
Moga kesihatan ayah berada di tahap terbaik dalam melayari kehidupan seharian..



psstt: Tak sabar nak jumpa ayah.. nak peluk ayah.. I miss that moment..

 

Thursday, April 2, 2015

MADU bernyawa..?


MADU  bernyawa..?
Bukan semua lelaki mampu..
Bukan calang-calang perempuan boleh terima..


Kenapa entry aku hari ni lain macam ek..?
Semua berkait rapat gambar 'madu' dalam FB hubby..
Kisahnya bukan mengenai madu bernyawa tapi air minuman yang berunsurkan madu..

Tapi ada pula yang sengaja menghangatkan suasana.. dan aku sekadar nak share komen yang ada.. 
Komen bos hubby:
Cepat bermadu.. InsyaAllah amal sunnah ada kejayaan.. terbaik. 

Komen dari aku:
Mendoakan yang baik itu elok tapi kalau sekadar ikut sunnah tapi takdo tanggungjawab tak guno yo.. Tak usah nak bangga ada isteri lebih dari satu kalau tak pandai nak didik isteri-isteri ke arah kebaikan.. Bukan semua lelaki yang mampu.. bukan calang-calang perempuan boleh terima.. 
 
Komen dari member aku:
Yess!! Kalau bab isteri je nak ikut sunnah...perkara lain yang nabi buat kenapa tak ikut ye...mmm...

Dari bos hubby:
Niat saya nak sampaikan.. Barang siapa dapat amalkan 1 sunnah Nabi SAW di zaman kerosakan umat ni..Allah SWT beri pahala syahid.. Amal makan madu dengan niat nak amal sunnah Nabi SAW pun Allah kira. Belum lagi sunnah yang besar macam hidup bermadu, tergolong dalam golongan yang terawal masuk syurga... 

Komen dari aku:
Saya faham tentang sunnah Nabi SAW tu.. dan betapa berkhasiatnya madu itu tapi secara peribadi.. madu bernyawa tu bukanlah satu pendekatan terbaik buat saya..
psstt: dan komen2 saya tadi bukanlah atas dasar perasaan marah.. abam hubby lebih mengetahui..

Maafkan saya andai isu madu ni buat ada yang terasa sedangkan saya komen secara umum..


Selain dari komen hangat tersebut, ada juga antara komen lain yang aku dapat..
D: Tak nak payung emas ke..?
Y: Kalau dapat payung emas tapi cipta neraka dalam hati.. baik tak payah kot..
D: Apa pun kena redha dengan ketentuan Allah..


eemm.. Isu never ending story..
Aku tak kata aku setuju dan aku tak kata aku tak setuju..
Macam aku kata di awal tadi..
Bukan semua lelaki yang mampu..
Bukan calang-calang perempuan boleh terima..



psstt: Ya!Allah.. kau dekatkanlah kami kepadaMU.. kau jauhkanlah kami dari musibahmu..



Wednesday, April 1, 2015

Suka atau tidak.. Nah.. hari ni bermula dah..



1 April 2015..
Bermulalah era Cukai Barang dan Perkhidmatan ---> GST..
Tercatat terpahat dalam sejarah blog Mak Budak perkataan GST tu..



Hi GST.. from dak Nuha..




GST..?
Sebab sampai masa tetap kena lalui jugak..
Suka atau tidak.. Nah.. hari ni bermula dah..
Aku tahu.. termasuk aku sendiri.. takut dan gelisah andai GST menyebabkan harga barang naik..


Tapi memetik kata Mat Lutu dalam Berita Harian hari ni..

Kerajaan dah bagi jaminan, GST tak membebankan rakyat..
Kalau dulu ada Cukai Jualan dan Perkhidmatan, sekarang ada satu je.. cukai itu hanya 6 peratus..
Kerajaan boleh kenakan GST untuk semua barang dan perkhidmatan..
Tapi apa gunanya GST kalau rakyat dibebankan.. dan sebab itulah dikecualikan banyak barangan dan perkhidmatan daripada dikenakan cukai ini.
Patutnya rakyat rasa lega dengan jaminan ini.

Kempen Penerangan mengenai GST perlu diteruskan dan pihak Kastam sendiri telah mengeluarkan macam-macam buku panduan mengenai GST.. yang ni aku belum dapatkannya lagi..

Memang takde sistem cukai yang sempuna dalam dunia.. tapi selepas pelaksanaannya moga ianya memberi manfaat kepada rakyat..




psstt: Think Positive..




Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...