Thursday, February 17, 2011

SAYA PUNYAI 500 - 1000 FOLLOWERS




kali pertama ni, macam seronok pun ada, cuba nasib... mana tau lepas ni ramai followers...


Kalau ada yang nak join, caranya ialah:

1.Letak header BEN ASHAARI blog

2.TAJUK: SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS. dan linkkan ke entry ini...

3.Tinggalkan url entry blog korang tau... bukan url entry aku...


Sekian, adanye...

pagi tadi

Pagi: biasa jalan dah memang sedia jem (roti lupa bawak lak)...
Tetiba tgk ada accident (tu normal kalau dah pandu kenderaan atas jalanraya)... yang tak best pada pandangan mata aku (tak tauler korang):

yang melanggar: mamat negro (dalam kereta tu ada 3 orang)
yang dilanggar: perempuan melayu (dia sorang)

Kereta akak tu (tengok pada sepintas lalu sebab aku tengah pandu kereta masa tu), takde pape, aku rasa calar je kat bumper belakang dia. Beria-ia mamat2 negro tu bincang dengan akak tu, aku rasa dorang tak berani nak 'act' lebih pada akak tu sebab jalan jem, pastu area tu dah tentu mana ada negro.

Aku yang memandang pada situasi tu berharap sangat ada yang tolong akak tu incase kalau mamat negro tu kerek dan harap-harapnya takdelah masalah besar pada akak tu.

Ok, itu je berita untuk pagi ini, dah pergi buat keje, bos dah pandang2 tu...

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432.


Hari ni aku cuti. Jadi, aku ada banyak masa untuk menghabiskan sebuah lagi novel yang aku pinjam minggu lepas.


HARGA SEBUAH CINTA (keluaran ALAF 21)

Sinopsis:
Kenapa setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dengan titis airmata?
Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yang menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.
Perkenalan Fea dengan Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yang menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman.
Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yang telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat untuk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya, memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir-hampir dia terhenyak duduk tidak berdaya.
Dalam kekalutan, Zhafir tiba-tiba menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafir, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin semata-mata untuk mendapatkan haknya sebagai suami?
Ada apa pada gadis biasa sepertinya sehingga banyak hati yang harus terluka?


Akhirnya, aku berjaya menghabiskan kedua-dua novel ini. Cerita yang menarik. Aku bagi bintang 4/5.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...