Followers Remaja Purba

Wednesday, December 31, 2025

SELAMAT TINGGAL 2025 [365 Hari]



- sumber dari [SINI] -



31 Disember 2025 - Rabu (10 Rejab 1447H)

Kita bukan watak utama dalam hidup orang lain. Jadi, buang saja harapan itu kerana dalam hidup sendiri, kita adalah watak utama. Jalan dan pilihannya, kita yang tentukan. Ingat itu.


Goodbye 2025


Cerita hidup paling indah tahun 2025 bukan tentang apa yang berjaya kita genggam. Ia tentang sesuatu yang sering dipandang remeh —


JATUH tapi tak rasa sakit kerana sudah terbiasa.
BANGKIT bukan kerana ada harapan tapi tiada pilihan.
PENAT yang tak boleh diceritakan.
BERHENTI bukan untuk pulih cuma tak mahu mati di tengah jalan.
HATI pecah secara senyap tapi tetap belajar berjalan.



Hari ini tidak akan pernah berulang pada hari esok. Esok adalah hari yang baharu. Jangan sia-siakan waktu selagi kita masih diberi kesempatan untuk menikmati setiap detik yang Allah sediakan buat kita. Aku masih lagi di sini — bukan kerana kuat tapi kerana belum sepenuhnya 'dihancurkan'.


@RemajaPurba: - Sumber video dari en. Google -

TIDAK MUDAH TAPI ALHAMDULILLAH


31 Disember 2025 - Rabu [10 Rejab 1447H)

Banyak perkara telah berlaku sepanjang tahun ini. Drama 365 hari hampir selesai, cerita tahun ini 'tidak mudah tapi Alhamdulillah'.


Alhamdulillah..
Walaupun terasa berat untuk dijalani tapi pada akhirnya terlewati juga.



As 2025 comes to an end..
Tahun yang aku lalui bukan tentang kemenangan tapi tentang bertahan dalam senyap, tentang luka yang tidak sempat dirawat kerana hidup menuntut aku terus berjalan. Banyak kali aku bangun dengan hati yang berat namun tetap melangkah walaupun perlahan.


[@styx_va - Voice Actor]

I can do it. I deserve it. I will get it.
End of story.


Aku tidak mengimpikan hidup yang sempurna.
Cukuplah jika ada sedikit manis yang mampu menenangkan hati yang terlalu letih menahan.



2026 is calling..
Moga menjadi tahun aku belajar meletakkan diri sendiri di hadapan — tanpa perlu meminta izin sesiapa. Aku sudah terlalu lama kuat untuk orang lain dan kali ini.. izinkan aku bahagia.


@RemajaPurba: ..

Tuesday, December 30, 2025

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


29 Disember 2025 - Isnin (08 Rejab 1447H)

Petang..
Dalam perjalanan pulang dari kerja, en. Hubby share gambar yang diperoleh daripada socmed. Pada awalnya aku tak perasan tapi apabila dibaca semula, hatiku tersentak.

'Eh, bukan jiran depan rumah ke, abang?'
'Ya.. betullah tu'.

Setibanya aku di rumah, suasana sudah berubah. Ramai jiran tetangga dan rakan-rakan anak arwah berkumpul di hadapan rumah. Rumah arwah betul-betul berhadapan dengan rumah kami. Ketika ini, en. Hubby menemani mereka menguruskan urusan arwah di balai polis sebelum membawa pulang ke rumah atas permintaan keluarga arwah.




Anak-anak di sisi arwah..


Alhamdulillah, sekali lagi rumah kami menjadi tempat memasak untuk menjamu tetamu yang hadir. Walau sekadar mampu membantu dengan cara ini, rasa syukur itu tidak terungkap — setidaknya dapat meringankan sedikit beban keluarga arwah. Kehadiran keluarga dan saudara-mara memberi sokongan buat isteri serta anak-anak arwah.

En. Hubby bersama jiran-jiran bergotong-royong menyediakan hidangan makan malam. Segalanya berjalan dengan tertib dan tenang, seolah-olah malam itu sendiri turut menghormati sebuah kehilangan.


==========================================

30 Disember 2025 - Selasa (09 Rejab 1447H)

Pagi..
Urusan berkaitan jenazah disempurnakan di masjid. Selepas disembahyangkan, jenazah kemudiannya dibawa terus ke tanah perkuburan di sini untuk dikebumikan. Segalanya berjalan lancar, diiringi doa dan langkah-langkah perlahan mereka yang hadir mengiringi perjalanan terakhir arwah.




Rumah baru arwah cikAbe..


Petang..
Menyiapkan makanan untuk dibuat agihan selepas solat Maghrib nanti, sekadar apa yang mampu sebagai tanda kebersamaan.

Malam..
Alhamdulillah dan terima kasih pada semua yang tidak lokek menghulungkan bantuan dan tenaga.


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah, Ya Tuhanku, ampunilah arwah, rahmatilah arwah, maafkanlah arwah, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang  yang beriman.

Semoga kak Yang dan keluarga kuat dan tabah hadapi ujianNYA.


@RemajaPurba: Kisah jiran sebelah rumah kami di [Bil]

Monday, December 29, 2025

UNTUK DIRI SENDIRI


29 Disember 2025 - Isnin (08 Rejab 1447H) 

Tentang..
  • SIMPATI pada orang itu mudah tapi simpati pada diri sendiri jauh lebih perlu.
  • TERLALU BAIK hanya membuatkan orang lupa sempadan.
  • TERLALU SABAR hanya mengajar orang bahawa aku boleh ditolak berkali-kali.


Tak semua benda perlu dipendam.
Tak semua orang perlu difahami.
Tak semua hubungan perlu diselamatkan.
Tak semua luka perlu diberi nama maaf..



kalau aku terus berlembut tanpa had, aku sendiri yang hancur. Jadi aku pilih untuk jaga jarak, bukan sebab benci tapi sebab aku masih nak hidup dengan waras.

@RemajaPurba: Aku bertahan sebaik yang aku mampu..

Sunday, December 28, 2025

IKAN TALAPIA MERAH dan IKAN PUYU


20 Disember 2025 - Sabtu (29 Jamadilakhir 1447H) 

Pagi..
Sekali lagi, en. Hubby bersama team memancingnya berkunjung ke kolam ikan air tawar di Hulu Langat — lokasi yang sama seperti ketika memancing ikan patin di [SINI]. Kali ini memang tak ada sesi beli jiwa aku — capai joran, terus gerak.


Petang..
Alhamdulillah.. en. Hubby pulang membawa rezeki hasil pancingan — ikan talapia merah dan puyu. Aku suka sebab kali ini bukan ikan patin.


Rezeki dikongsi bersama


Ikan talapia merah dan ikan puyu


Rezeki ini mungkin kelihatan biasa di mata orang lain tapi cukup buat family kecilku. Hasil pancingan yang dibawa pulang ini juga tanda usaha, kesabaran dan masa yang dihabiskan di tepi kolam.


Seperti biasa, en. Hubby yang akan menyiangnya.


Rezeki tak selalu datang dalam bentuk yang mewah — kadang ia hadir sederhana tapi tepat dengan apa yang kita suka. Dan ya, kali ini bukan patin. Itu sahaja sudah cukup membuat aku tersenyum kecil dan Alhamdulillah.. syukur kepadaNYA di atas rezeki ini.


@RemajaPurba: ..

Saturday, December 27, 2025

TANGGUNGJAWAB YANG HILANG ARAH


27 Disember 2025 - Sabtu (06 Rejab 1447H)

Ingat pesanan ni..
Sebelum berhenti kerja, kena fikir dulu tanggungjawab yang dipikul dan ada back up plan. Bukan main lepaskan beban di bahu isteri seolah-olah itu perkara biasa. Hidup berkeluarga bukan tentang siapa yang bekerja atau siapa yang penat tapi tentang siapa yang sanggup memikul amanah dengan betul.

Anak-anak sedang belajar, perlukan sokongan dan belanja tapi bantuan daripada seorang bapa? Jangan hanya pandai bersuara bila diri terasa sedangkan tanggungjawab sendiri pun gagal ditunaikan. Jangan sampai perasaan benci itu merajai hati — susah kau nanti.


Bukan soal mampu atau tidak tapi soal kesedaran. Dalam rumah tangga, tanggungjawab itu bukan untuk dipilih-pilih. Isteri boleh jadi kuat tapi kekuatan itu ada batasnya. Bila seorang lelaki melepaskan peranan utamanya, yang retak bukan sekadar hubungan — tapi juga keyakinan anak-anak terhadap erti seorang ayah.


Jangan tunggu sampai semuanya terlambat untuk sedar bahawa kepenatan seorang isteri bukan tanda dia tabah tapi tanda dia terlalu lama menanggung sesuatu yang sepatutnya bukan miliknya seorang.



@RemajaPurba: Penat..

Friday, December 26, 2025

BUKAN URUSAN KITA


26 Disember 2025 - Jumaat (05 Rejab 1447H)

Apabila seseorang lebih sibuk melihat kehidupan orang lain, biasanya ada kekosongan yang gagal diisi dalam hidup sendiri.

Moga kau belajar menghargai privasi dan ruang orang lain serta menemui ketenangan dalam mengurus hal sendiri tanpa menghakimi kehidupan orang lain. Jika hidup sendiri cukup terisi, tiada masa untuk mengorek cerita orang lain apatah lagi menjadikannya bahan bicara.

Buat kau yang sibuk mencampuri kehidupan orang lain..

Moga hidupmu sendiri dipenuhi dengan tanggungjawab dan hal-hal yang perlu diurus agar perhatian tidak lagi tertumpu pada kehidupan orang lain.


Sesungguhnya.. diam dan mengurus diri sendiri itu lebih bermaruah daripada sibuk menjadi pemerhati kehidupan orang lain. Moga kau juga mampu menumpukan tenaga pada pembangunan diri, memperbaiki diri daripada kelemahan sendiri dan menyebarkan kebaikan daripada terus mengkritik orang lain.


@RemajaPurba: ..

TSUNAMI 2004 DAN BANJIR BESAR 2025 di INDONESIA


26 Disember 2025 - Jumaat (05 Rejab 1447H)

Dalam lipatan sejarah, dua puluh satu tahun dahulu, satu kejadian dahsyat  tsunami besar telah berlaku di Acheh, Indonesia


TSUNAMI BESAR   26 DISEMBER 2004:

Gempa bumi dasar laut kira-kira 9.1 - 9.3 magnitud berhampiran Acheh, Sumatera mencetuskan gelombang tsunami besar yang melanda pesisir Lautan Hindi, mengorbankan lebih 230,000 nyawa di lebih 14 buah negara    dengan kemusnahan harta benda serta kehilangan nyawa.


Tragedi ini menjadi antara bencana alam paling dahsyat dalam sejarah moden dan membuka mata dunia tentang kepentingan sistem amaran awal tsunami serta kesiapsiagaan menghadapi bencana.


=======================================

NOVEMBER 2025

Satu lagi kejadian bencana alam telah berlaku di Indonesia.


BANJIR BESAR  NOVEMBER 2025:

Hujan lebat luar biasa pada akhir November 2025 hingga Disember 2025 sebahagian besarnya akibat monsun kuat dan gangguan cuaca tropika menyebabkan aliran sungai melimpah dan berlaku gelonsoran tanah.

Situasi paling teruk terutama di Wilayah Acheh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.



Dua kejadian ini amat meninggalkan kesan yang mendalam buat semua. Dalam duka dan ujian, hadir tangan-tangan yang ikhlas membantu. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.


Buat mereka yang dilanda musibah ini, kuatkanlah semangat walau dah tak sekuat mana. Moga semua urusan berkaitan dipermudahkanNYA. Aamiin..

@RemajaPurba: Tsunamidak Kakak baru berusia 3 bulan 5 hari.

Thursday, December 25, 2025

BILA MEMILIH KESELESAAN


25 Disember 2025 - Khamis (04 Rejab 1447H)

Bila suami memilih keselesaan tetapi tanggungjawab dilepaskan, itu bukan lagi rumahtangga yang seimbang — itu namanya mengambil kesempatan.

Bila setiap kali si isteri meminta duit, mulalah mengeluh — mana hati isteri tak sakit? Sedangkan isteri dah lama jadi provider, takkan masih lagi nak bersenang-lenang atas kepayahan isteri, seolah-olah tenaga dan masa isteri boleh diperah tanpa henti?

Bukan kerana wang semata-mata tapi kerana isteri itu sendiri telah lama memikul peranan sebagai penyokong utama, menampung pelbagai keperluan rumah tangga tanpa banyak bicara.

Isteri mengorbankan masa, tenaga dan emosi agar keluarga terus berjalan seperti biasa. Sebuah perkahwinan sepatutnya dibina atas perkongsian dan keseimbangan, bukan dengan meletakkan beban sepenuhnya di atas bahu seorang yang setia bertahan.


@RemajaPurba: ..

Wednesday, December 24, 2025

TAKKAN DUIT DAH HABIS?


24 Disember 2025 - Rabu (03 Rejab 1447H)

Satu ayat yang kedengaran biasa tapi cukup berat untuk seorang isteri yang setiap hari mengira keperluan rumah, menolak kehendak sendiri dan memastikan semuaya cukup. Soalan itu bukan sekadar tentang duit tapi tentang peranan isteri yang sering dianggap sentiasa ada — walaupun hakikatnya dia juga manusia yang ada batasnya.

Isteri biasanya tahu bila suami sedang tiada duit. Dia faham — tapi suami selalunya tidak tahu bila isteri sendiri sudah kehabisan duit. Apa dia nampak, isteri masih mengurus rumah seperti biasa, masih membeli keperluan, masih memastikan semuanya cukup walau sebenarnya poket sendiri sudah kosong.


Suami sering menyangka duit yang diberi kepada isteri itu tak akan pernah habis. Seolah-olah ia cukup untuk menampung segalanya — makan minum, urusan rumah, keperluan anak-anak, malah keperluan diri isteri sendiri.

Lalu bila isteri bersuara atau kelihatan berkira, keluar pula soalan yang menikam jiwa.. 'Takkan duit dah habis?'..


Hakikatnya, isteri bukan pandai membazir.
Dia cuma pandai menahan..
Pandai menyusun keutamaan..
Pandai mendahulukan semua orang sebelum dirinya sendiri.
Bukan kerana duit itu banyak tapi kerana tanggungjawab itu terlalu besar..!


 
Mungkin ada yang menyangka duit itu datang tanpa usaha, seolah-olah semua benda di dunia ini percuma. Sedangkan setiap sen yang habis itu ada sebabnya, ada keperluannya dan ada pengorbanan yang tak pernah disebut dengan suara.


Isteri tak minta lebih. Dia cuma mahu difahami — bahawa mengurus rumah bukan perkara percuma dan bertahan tanpa duit sendiri bukan sesuatu yang mudah. Hargailah isteri dengan tanggungjawab yang ditunaikan sebaiknya kerana nafkah yang cukup bukan sekadar tentang duit tapi tentang tanda kasih, amanah dan rasa dihargai dalam sebuah perkahwinan.

@RemajaPurba: Dia ingat duit semua benda dalam dunia ni free agaknya..!

BUKAN KERANA KUAT


24 Disember 2025 - Rabu (03 Rejab 1447H)

Pesan pada diri sendiri..
Andai terasa ujian yang dilalui sudah terlalu berat, sedarlah ada yang sedang berjuang dengan ujian yang lebih berat daripada apa yang ditanggung.


BUKAN KERANA KUAT TETAPI KERANA SUDAH TERBIASA..


- Bila kekuatan itu diambil kesempatan -


@RemajaPurba: ..

Tuesday, December 23, 2025

CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN BAGI SESI 2025/2026


23 Disember 2025 - Selasa (02 Rejab 1447H) 

Cuti Akhir Persekolahan bagi sesi 2025/2026 telah pun bermula. Bagi mengelakkan dak Nuha terpaksa mengambil cuti sakit di penghujung sesi persekolahan, inilah sebabnya dia menjalani prosedur minor surgery di [SINI]. Tambahan pula, dak Kakak pula sedang bercuti, jadi sementara aku kembali bekerja, dia boleh membantu menjaga dak Nuha.


Hanya berbaki sembilan hari lagi sebelum melangkah masuk ke tahun 2026. Setiap detik yang berlalu tetap membawa makna, mengajar kita tentang erti kuat dan bertahan. Kuatlah Mak Budak walau dah tak sekuat mana.

@RemajaPurba: ..

Monday, December 22, 2025

KLINIK PEMBEDAHAN MULUT DAN MAKSILOFASIAL


Kisah awal mengenai dak Nuha dari [SINI]..
Aku yang memaksa dak Nuha ke Bahagian Pesakit Luar, hospital kerana aku tengok bahagian bawah bibirnya makin besar gelembungnya dan aku nampak dia macam tak selesa ketika bercakap. Doktor kemudian mencadangkan agar kami mendapatkan rawatan lanjut di klinik gigi.

Aturan Allah itu baik dan semua urusan pada hari itu dipermudahkan-Nya. Doktor yang merawat dak Nuha sangat baik, menerangkan keadaan dak Nuha dengan penuh berhati-hati. Aku tak ingat istilah tepatnya tapi kelenjar air liur dak Nuha mungkin tersumbat dan itu menyebabkan wujudnya gelembung dalam mulutnya.

Doktor mencadangkan satu prosedur minor surgery dan setelah dak Nuha memberi persetujuan serta selepas mendapat tarikh pembedahan, akhirnya hari ini aku menemani dak Nuha untuk menjalani prosedur tersebut.


Klinik Pembedahan Mulut dan Maksilofasial


22 Disember 2025 - Isnin (01 Rejab 1447H)

Pagi..
Aku menemani dak Nuha menjalani satu prosedur minor surgery di bahagian mulut di Klinik Pembedahan Mulut dan Maksilofasial, hospital di sini. Memandangkan dak Nuha masih di bawah umur, sebagai waris aku diberikan penerangan oleh doktor tentang apa yang akan dilakukan sepanjang prosedur tersebut.

'Anaknya ok, ibunya yang takut'.. Doktor bagitahu pembantunya. Aku tersenyum disebalik pelitup muka yang aku pakai, namun hakikatnya aku agak takut — takut kerana dak Nuha perlu dibedah dan dijahit. Apabila doktor memaklumkan enam jahitan diperlukan, debar di dada terasa makin kuat.

Selepas menandatangani borang kebenaran, aku diminta menunggu di ruang menunggu di bahagian luar. Menunggu dalam debar.


Selesai prosedur tersebut, dak Nuha menceritakan kembali perbualan bersama doktor..
'Ok.. adik dah sedia?'
'Ok.. sedia'.
'Awak takut tak..?'
'Saya tak takut sebab doktor kan ada.
'Ok, kalau adik terasa sakit, buat gerakan atau buat isyarat tanda sakit'.
'Ok.. doktor'.


Senang sungguh dak Nuha. Aku yang berdebar dari awal, dia pula rileks sahaja. Doktor turut menunjukkan spesimen yang diambil dan memaklumkan ia akan dihantar ke makmal untuk mengetahui keputusannya. Jadi, kita akan berjumpa semula dengan doktor pada Januari tahun 2026 nanti.


Doktor memaklumkan, benang yang digunakan ialah benang yang mahal dan akan putus sendiri. Alhamdulillah, itu rezeki dak Nuha dan lepas ini kena jaga sebaiknya supaya luka cepat sembuh.
 

Inilah budaknya selepas selesai prosedur


Tengah hari..
En. Hubby datang mengambil kami di hospital sebelum singgah sebentar ke rumah myMIL untuk menunjukkan keadaan dak Nuha. Sempatlah en. Hubby masak untuk abah dan maknya sebelum kami pulang ke rumah disebabkan dak Nuha mula rasa tidak selesa, kesan ubat bius semakin berkurang. Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di pasar raya di sini untuk membeli sedikit barang keperluan dan — antaranya ais krim. Bukan satu tapi sampai tiga perisa dipilihnya.


Malam..
Moga dak Nuha tak meragam dan cepat sembuh hendakNYA.


Dalam Konteks Perubatan:
Istilah ini sering digunakan dalam bidang Pembedahan Mulut dan Maksilofasial (Oral & Maxillofacial Surgery) iaitu kepakaran yang merawat masalah berkaitan rahang, mulut dan struktur muka.



Aku..?
Esok kembali bekerja — sejak Rabu lalu aku bercuti menguruskan dak Nuha dan juga dak Kakak. Kisahnya di [SINI]..

@RemajaPurba: ..

Sunday, December 21, 2025

AHAD | IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK


13 Disember 2025 - Ahad (23 Jamadilakhir 1447H)

Pagi..
En. Hubby bersama team memancingnya telah pergi memancing di kolam air tawar di Hulu Langat. Sebenarnya jarang en. Hubby melayan ikan air tawar kerana kebiasaannya beliau lebih gemar memancing di kolam air masin, genetik myFIL. 


Bagi membeli jiwa aku, en. Hubby memasakkan ikan cencaru asam pedas. Antara ikan kegemaran aku sejak kecil. Selepas itu, barulah beliau boleh pergi memancing dengan tenang tanpa gangguan.

Ikan Cencaru


Asam Pedas Cencaru
Bendi haruslah lebih sebab kegemaran anak-anak..


Petang..
En. Hubby balik rumah dengan hasil tangkapan — beberapa ekor ikan patin. Teruja, kan? Tidak.. sebab ikan patin bukan dalam senarai kegemaran.

Walau orang kata ikan ni sedap, lembut isinya dan ramai yang suka tapi bagi aku tidak. Bukan soal rasa tapi lebih kepada pandangan mata. Teksturnya yang lembik dan rupanya yang agak berbeza buat aku rasa sedikit pelik. Mungkin selera itu subjektif — apa yang orang suka tak semestinya kita boleh terima.


Ikan Patin hasil pancingan en. Hubby and team..




Walau aku tak makan tapi en. Hubby tetap memasaknya. Ikan patin masak tempoyak khas untuk dinikmati oleh team memancing yang sama-sama turun memancing pada pagi tersebut. Biarlah hasil rezeki itu dikongsi bersama mereka.


Gambar yang diambil oleh en. Hubby


Aku..?
Memandangkan aku tak suka bau durian, en. Hubby masak di depan rumah bagi mengurangkan bau durian sekiranya dimasak di dalam rumah. Ini pun sama jugak, siapa nak makan durian, makan kat luar rumah.


Kadang-kadang hal-hal kecil macam nilah yang sebenarnya mengajar tentang kefahaman dalam rumahtangga. Tidak semua perkara perlu dipertahankan dan tidak semua selera perlu disamakan. Cukup dengan saling bertolak ansur, masing-masing rasa dihargai. Bahagia itu hadir bukan pada apa yang dimakan tapi pada usaha kecil untuk menjaga perasaan satu sama lain.


@RemajaPurba: Rasa puasnya tentu berbeza..

Saturday, December 20, 2025

SABTU | KIMCHI HOMEMADE TYPE M


20 Disember 2025 - Sabtu (29 Jamadilakhir 1447H)

Pagi..
Aku ditemani dak Kakak dan dak Nuha ke tempat kerja untuk menyelesaikan beberapa perkara penting. Hampir tengah hari aku berada di sana, hingga anak-anak tertidur menunggu aku menyiapkan kerja.


Tengahari..
Selesai urusan di tempat kerja, dalam perjalanan pulang kami singgah di pasar raya untuk membeli bahan-bahan membuat kimchi. Dak Kakak nak buat kimchi sendiri — haa.. aku layankan aje kehendaknya.


Budaknya type M tapi tekaknya type Korea


Petang..
Alhamdulillah, selepas berhempas pulas di dapur bersama dak Nuha, siap juga kimchinya. Aku pula dijadikan 'tikus makmal' — try and error untuk merasa hasilnya. Sekadar rasa bolehlah tapi untuk makan macam orang Korea memang belum sampai tahap tu lagi. Takpelah, janji anak-anak bahagia.


Kimchi Homemade by dak Kakak


Resepi Kimchi dak Kakak..?
En. Google banyak membantu dak Kakak. Bila bahan lengkap, jadilah kimchi seperti yang diidamkannya. Kalau tanya aku tentang resepinya — senang aje, semua main sukatan agak-agak. Bila rasa dah ok, siaplah kimchinya.

@RemajaPurba: ..

Friday, December 19, 2025

JUMAAT | SELAMAT HARI LAHIR MyADIK


19 Disember 2025 - Jumaat (28 Jamadilakhir 1447H)

Aku jarang berkongsi cerita tentang keluarga di media sosial. Hanya pada waktu-waktu tertentu atau musim tertentu sahaja. Selebihnya, biarlah ia kekal di belakang tabir — itu yang paling aku selesa.

Dan hari ini, genaplah usia adik aku. Satu-satunya adik yang aku ada. Kini sudah berumah tangga dan dikurniakan enam orang cahaya mata.


SELAMAT HARI LAHIR..
Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan serta moga rutin harian dipermudahkanNYA.. Aamiin..

HAPPY BIRTHDAY TO YOUMyADIK..


Moga adik aku terus dikurniakan kekuatan dan kesabaran dalam meladeni rutin harian keranatanpa kekuatan, pasti tersungkur di pertengahan jalan. Walau kita jarang bertemu, itu tidak bermakna kita tidak boleh saling berbicara dan bertanya khabar.


@RemajaPurba: Jarak mungkin ada tapi peduli itu sentiasa..

SEGMEN REFRESH BLOGLIST 2026

 
19 Disember 2025 - Jumaat (28 Jamadilakhir 1447H)

Jarang sebenarnya aku berpeluang menyertai segmen anjuran blogger. Kebiasaannya, aku terlupa sebab entry penyertaan aku simpan dalam drafhanya tersedar selepas tarikh tutup sudah berlalu. Kadang-kadang niat memang ada tapi masa dan keadaan selalu tak menyebelahi. Jadi bila terlihat segmen ini, rasa sayang pula kalau dilepaskan begitu sahaja.




Buat satu entry tentang segmen ini
Letak gambar banner di atas dekat entry itu dengan backlink ke entry ini.
Letak link post korang dekat komen entry ini.

- segmen di [SINI] -


Empunya blog, Niezaakan memilih sepuluh orang blogger untuk menghiasi bloglist beliau bagi sesi 2026. Keputusan akan diumumkan pada 31 Disember 2025. Sebagai bonus, blogger yang terpilih akan disenaraikan dalam bloglist tersebut bermula 1 Januari 2026 sehingga beliau memutuskan untuk membuat sebarang perubahan atau penggantian kelak.


Jika aku berjaya, ia dikira sebagai hadiah tambahan menyambut anniversary 01 Januari 2026 nanti.


@RemajaPurba: ..

Thursday, December 18, 2025

KHAMIS | BILA ANAK-ANAK BERKUMPUL

 
18 Disember 2025 - Khamis (27 Jamadilakhir 1447H)

Perbualan beberapa hari sebelum dak Kakak pulang dari luar negeri, ketika dia meminta aku menjemputnya di Terminal. Waktu itu aku meletakkan satu syarat — 'Jika mahu ibu datang ambil Kakak, sebagai ganti, hari Sabtu ni Kakak kena temankan ibu ke tempat kerja'.


- Nak ibu ambil -


Patutlah dak Kakak bersungguh mahu aku yang mengambilnya. Rupa-rupanya dak Kakak malas untuk bersoal jawab mengenai satu perkara ini di rumah atoknya — biarlah ia kekal sebagai hal off record.


- Sukalah tu bila ibu dia sendiri pergi ambil -


'Babah, Kakak naik Grab dengan ibu..'


Sepanjang perjalanan pulang ke rumah.. pelbagai perkara kami borakkan. Sempatlah singgah di sebuah pasar raya untuk membeli sedikit barang keperluan. Aku sendiri belum sempat makan tengah hari sebelum mengambil dak Kakak. Berbelanja dalam keadaan perut lapar memang buat mood jadi ke laut, namun aku tetap melayan dak Kakak seadanya.


Sampai di rumah, Alhamdulillah, en. Hubby dah siap masak — langkah kanan aku hari ini. Dak Jasmine pula takut melihat dak Kakak, mungkin kerana lama tidak berjumpa. Namun bila diumpan dengan wet food, terus bertukar gedik manja di sisi dak Kakak.


Muka bosan..


Alhamdulillah, terasa lengkap bila anak-anak semua ada di rumah. Walaupun cuti dak Kakak tak panjang, adik-adiknya tetap gembira dapat mengadu, berborak dan bergosip sesama mereka. Bila aku cuba nak join sekali, deme tak bagi — katanya aku dah tua. Heii.. 'Ibu mudalah, yang tua tu Babah'.

@RemajaPurba: ..

Wednesday, December 17, 2025

RABU | BELAJAR SABAR HARI INI


17 Disember 2025 - Rabu (26 Jamadilakhir 1447H)

Sejak petang semalam, aku telah diserang migrain dan pagi tadi pula aku perlu menguruskan dak Nuha mendapatkan rawatan di hospital. En. Hubby pula pulang lewat, awal pagi baru sampai. Dalam keadaan penat dan kurang tidur begini, sanggupkah aku meminta en. Hubby memandu ke hospital?


Sometimes..
The most productive thing you can do is to relax


TAPI..
Hakikat pagi ini, aku langsung tak rileks. Seorang auntie ni memasang handphone dengan kuat, bukan sekadar kuat — diletakkan pula betul-betul di sebelah telinga.

Husnuzon. Mungkin dia ada masalah pendengaran tapi yang benar-benar menguji sabar, aku sedang menahan migrain yang berdenyut tanpa henti.

Ya Allah.. dugaan apakah di pagi hari saat aku dan dak Nuha menunggu giliran untuk berjumpa doktor di hospital.

Dalam keadaan kepala yang sakit, setiap minit terasa panjang. Namun apabila nombor auntie itu akhirnya dipanggil, aku menarik nafas lega — seolah-olah beban kecil terangkat. Biasalah.. bila di hospital kita akan bertemu pelbagai ragam manusia.. pesakit, waris pesakit dengan cerita dan ujian masing-masing.

Berbalik kepada auntie tadi, terlintas di fikiran — mengapa tidak menggunakan earphone supaya tidak mengganggu orang lain? Atau mungkinkah semua orang di sini juga menahan sakit masing-masing, sama ada sakit telinga, sakit hati atau sekadar keletihan menunggu?


Aku memandang sekeliling. Semakin ramai pesakit yang menunggu, kebanyakannya warga emas. Lalu timbul satu persoalan dalam hati — suatu hari nanti, aku juga mungkin berada di tempat mereka. 

Adakah aku akan ditemani waris?
Masih kuatkah aku menunggu lama?
Sejauh mana lagi perjalanan hidup ini?
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..


Aku..?
Hal auntie tu kita tolak tepi, kalau dia seorang yang ada common sense, dia takkan buat begitu. Pedulikan. Geram dah tentu tapi belajar sabar hari ini adalah perkara yang indah untuk dikenang. 

@RemajaPurba: ..

Tuesday, December 16, 2025

SELASA | DAK JASMINE


16 Disember 2025 - Selasa (25 Jamadilakhir 1447H) 

Kebelakangan ini, zon masa dak Jasmine seakan terbalik. Waktu siang lebih banyak dihabiskan dengan tidur tapi bila malam menjelma, matanya segar berjaga — macam nampak tikus berlari depan mata gayanya.



Dak Jasmine bukan kucing yang suka nak bermanja. Ia lebih selesa menjaga jarak dan membawa diri. Bila dekat, ia lari, seiring dengan sifatnya yang berhati-hati dan mudah takut.


Bulus nan seekor ni semakin membesar

Nak kenalkan ia dengan dunia luar memang susah. Dak Jasmine ni bukan sekadar introvert tapi penakut tahap maksimum. Rasa takut tu yang buat ia asyik nak bersembunyi, tak macam kucing-kucing di depan rumah yang langsung tak gentar. Kadang-kadang, ia langsung tak mahu dipeluk atau dibelai.

Sama-samalah kita doakan dak Jasmine kekal sihat dalam meledani rutin harian dan aku sebagai Mak Budak takdelah risau teruk.

@RemajaPurba: ..

Monday, December 15, 2025

ISNIN | PERMULAAN HARI


15 Disember 2025 - Isnin (24 Jamadilakhir 1447H)


Isnin datang sebagai titik mula. Setiap pagi yang diberi peluang bangun, bernafas dan memulakan rutin adalah satu rezeki yang sering kita pandang biasa. Tak perlu sempurna untuk bermula. Cukup dengan usaha dan niat yang baik serta hati yang tenang.

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Untuk hari ini, biar perlahan tapi konsisten.
Letakkan harapan pada Allah dan teruskan melangkah.


Jika minggu lepas ada yang kurang, biarlah Isnin ini menjadi ruang memperbaiki, bukan menyalahkan.

@RemajaPurba: ..

Sunday, December 14, 2025

KEJADIAN DI HADAPAN RUMAH


08 Disember 2025 - Isnin (17 Jamadilakhir 1447H)

Pagi..
Hari ini en. Hubby cuti dan berhasrat untuk 'memanjakan' cikPutih tapi tiba-tiba cikPutih merajuk. Kali ini belting aircond pula yang bermasalah. Alhamdulillah, kejadian berlaku di hadapan rumah. Bayangkan kalau di tengah jalan — kena towing lagilah cikPutih.


En. Hubby tenang je tapi aku pula serabut memikirkan cikPutih


Petang..
Aku call semula en. Hubby, Alhamdulillah lega mendengar khabar yang masalah selesai dan cikPutih boleh bergerak semula. Aku risau bukan kerana apa tapi cikPutih masih menjadi sumber rezeki utama kami setakat ini.


@RemajaPurba: aku penat..

Saturday, December 13, 2025

HARI KONSULTASI FASA 2 di SMK

 
12 Disember 2025 - Jumaat (21 Jamadilakhir 1447H)

Pagi..
Aku menemani en. Hubby menghantar tempahan makanan di tempat kerja mySIL. 

Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Udang Butter, Jelatah dan Buah


Petang..
Telah diadakan sesi konsultasi di SMK dak Nuha. 

Kebiasaannya, setiap kali aku hadir ke sekolah, aku akan terus datang dari tempat kerja dengan berpakaian kerja kerana dak Nuha bersekolah pada sesi petang. Namun hari ini sedikit berbeza. Memandangkan en. Hubby perlu menggunakan Mr. Black, aku terpaksa mengambil cuti rehat.

Sejak sehari sebelumnya, dak Nuha sudah berpesan..
'Ibu pakai baju macam cikgu sekolah tau. Pakai nametag sekali. Biar kawan-kawan Nuha tengok ibu macam cikgu disiplin — garang'.

Bukan itu je, dia turut memilihkan warna baju yang dia mahu aku pakai. Hailaa anak.. kenapa tak beritahu dari semalam? Aku bawa pulang kasut berwarna lain kerana bercadang untuk memadankannya dengan baju yang akan aku pakai. Namun, pilihan warna dak Nuha langsung tak sepadan — baju merah, kasut krim.


Demi memenuhi permintaan dak Nuha, aku layankan aje. Dengan ditemani dak Adik, kami terus ke SMK dak Nuha dan menuju ke tempat yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

Penerangan daripada guru kelas dak Nuha aku terima dengan hati terbuka kerana memang sudah menjangkakan keputusannya. Pesan guru kelasnya ringkas tetapi bermakna..


'Masih ada banyak masa lagi untuk perbaiki, kena rajin usaha'.


Selesai sesi tersebut, setibanya di rumah, dak Nuha bagitahu hanya aku aje yang memakai baju kurung, yang lain tidak. Hakikatnya, ada aje ibu-ibu lain yang berbaju kurung dan yang tidak pun semuanya cantik dan berpakaian kemas. Cumanya, dak Nuha telah berjaya mendapatkan apa yang dia inginkan — ibunya berbaju kurung merah, lengkap bernametag seperti guru disiplin, siap berkasut tumit tak berapa tinggi. Jelas terpancar wajah teruja dan bangganya.


Tiada satu pun gambar diambil, malah aku langsung tak teringat untuk mengambil walau sekeping. Fokus utama aku hanyalah pada dak Nuha. Namun bila difikirkan semula, rasa rugi pula kerana tiada bukti untuk dijadikan bahan kepada dak Kakak. Sudah tentu dak Kakak nanti akan menyakat dak Nuha, mengatakan waktu ibu ke sekolah pada zaman dia dulu, ibu pakai jauh lebih lawa dan cantik. Itu zaman #PerasanSlim aku dulu bolehlah.. sekarang bukan tak mahu pakai tapi banyak yang tak muat. Hahaha..


@RemajaPurba: Selamat Pengantin Baru buat Erra Fazira dan Mr. E di [SINI]

Friday, December 12, 2025

MAJLIS PERNIKAHAN ERRA FAZIRA DAN Mr. E


12 Disember 2025 - Jumaat (21 Jamadilakhir 1447H)

Erra Fazira dan Mr. E
Pada aku inilah 'wedding of the year' yang buat aku tersenyum sepanjang hari. Dari awal hingga ke akhir, setiap perincian tampak indah dan menyenangkan. Syukur kepada-Nya, cuaca seolah-olah turut memberi 'restu' apabila majlis berlangsung di luar dewan. Dekorasinya pula sangat cantik, sejuk dan menenangkan mata yang memandang. 'Eh.. Mak Budak, macam dia pula yang berada di lokasi, sedangkan semua maklumat hanya diperoleh daripada media sosial'.


Majlis 'wedding of the year' ini menjadi tumpuan ramai, penuh keindahan dan bermakna di setiap detik. Mas kahwin berupa bunga emas, diiringi detik simbolik pelepasan burung merpati putih menjadi antara acara utama yang menyerlahkan keindahan dan keanggunan majlis pernikahan Erra Fazira bersama pasangannya, Mr. E. Di bawah saksi dan doa, dua hati disatukan dengan penuh adab dan tertib.




Engku Aleesya dan Dania Sofia tampil sama cantik mengiringi Erra Fazira


@errafazira & @ezwanzain

- detik simbolik pelepasan burung merpati putih -


Aku..?
Sama seperti peminat lain di luar sana — mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT.
Semoga Allah SWT memelihara ikatan suci pernikahan ini dengan limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya serta mengurniakan kebahagiaan, keharmonian dan keberkatan yang berpanjangan hingga ke akhir hayat. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.


@RemajaPurba: sumber gambar dan video dari en. Google.

KALAU PINTU REZEKI DITUTUP


12 Disember 2025 - Jumaat (21 Jamadilakhir 1447H)

Jangan pernah berhenti berharap dan jangan sesekali berhenti berusaha. Hidup ini ada masa naik, ada masa turun tapi selagi kita terus melangkah, ada je ruang yang Allah buka untuk kita. Lakukan yang terbaik dalam kemampuan kita — kerana setiap usaha yang ikhlas pasti ada nilainya di sisi Allah.


Dalam hidup ini, kalau pintu rezeki ditutup, Allah akan membuka pintu rezeki yang baharu. Never give up! Percaya kepada perancangan Allah.
Alhamdulillah.

Do your best, Allah will do the rest.
Do what you can, Allah will do what you can't.

- khairykj - APPBH 12 Oktober 2024 -


Semua itu adalah tanda bahawa Allah sentiasa memerhati, memelihara dan mengatur kehidupan kita dengan penuh kasih sayang. Teruskan percaya, teruskan berharap kerana pertolongan Allah sentiasa lebih dekat daripada yang kita sangka.


@RemajaPurba: Aku tahu kau kuat..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...