Followers Remaja Purba

Tuesday, September 26, 2023

Kenap Genapkan, Kalau Ganjil nanti dia pergi dulu

 
26 September 2023 - Selasa

Pagi tadi:
Ringan mulutku 'beramah mesra' dengan pakcik penjual nasi lemak di satu lokasi ni. Pakcik ni jual nasi lemak yang telah siap dibungkus dari rumah. Satu kelainan dari pakcik ni, ada ikan masin gelama goreng di dalam nasi lemak yang dijual. Bertambah lain, harga turut dinaikkan sebanyak 50 sen, beras Faiza pakcik gunakan.

'Pakcik ada berapa orang anak, yang bongsu berapa tahun dah?'
'Anak pakcik yang bongsu dah kahwin dah, baru je bersalin. Pakcik ada enam orang cucu, anak pakcik ada enam orang. Cik pulak berapa orang anak'.
'Saya ada tiga je pakcik'.
'Oh.. tu kena tambah sorang lagi tu. Tak boleh ganjil, kena genapkan. Macam pakcik, anak pakcik ada empat lelaki, dua orang perempuan. Cik kena genapkan, tak boleh ganjil sebab.. kalau ganjil nanti dia pergi dulu'.

Aku..?
Terkedu.

'Pakcik minta maaf ye cik tapi ye biar genap jangan ganjil nanti dia pergi dulu'. 

Aku..?
Berderau darah. Terdiam tak tahu nak cakap apa. 

Tak tunggu lama ditambah dengan tak mahu lewat sampai ke tempat kerja, segera aku tinggalkan lokasi. Sebelum berlalu, aku sempat doakan semua selamat walau pakcik tu tak dengar aku cakap sebab face mask yang aku pakai. 

Terfikir.
Anak aku ada tiga orang. Takkan hanya kata-kata pakcik tu aku nak kena tambah jadikan empat orang. Kalau yang keempat tu nanti anak perempuan jugak, adakah aku kena mengandung lagi?

Sebagai contoh:
Dua perempuan, satu lelaki (kena genapkan yang gender L ni)

Kalau mengandung lagi dan yang keluarnya perempuan. Kena tambah lagi..? 
Larat ke nak mengandung dalam usia yang semakin menganjak ke arah Remaja Purba ni?


Pakcik..
Keliling saya ni ada pasangan yang hanya ada seorang anak, ada pula sepasang, ada juga tiga orang, malah ada juga gendernya P atau L sahaja. Bukan tak nak usaha atau mencuba tapi 'hidup ini keras pakcik'.

#RemajaPurba: Kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan..

Monday, September 25, 2023

Menuntut Ilmu


20 September 2023 - Rabu

Birthday dak Kakak di SINI..
Moga kakak membesar dengan baik dan kuat dalam meledani rutin harian.

dari mySIL

Buatmu kakak..
Walau hadiah tidak mahal tapi ibu belum pernah lupa dengan 20 September setiap tahun



23 September 2023 - Sabtu

Pagi:
Kelas Tambahan dak Nuha di SRA di sini.

'Ibu, jangan lambat amik Nuha nanti ye'.
Aku..?
Layankan aje.. Setengah jam awal aku dah sampai.. 😆

Tenang..

25 September 2023 - Isnin

Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum dak Kakak kembali ke luar negeri. Aku tahu dia berdebar-debar untuk kembali meneruskan pembelajarannya, aku pun sama tapi perasaan risau lebih lagi bila dia jauh dari sisi.

#RemajaPurba: Buat anak-anak.. Moga setiap langkah dalam menuntut ilmu dipermudahkanNYA.

Wednesday, September 20, 2023

Cinta Hati Pertama MakBudak


20 September 2023 - Rabu

Hari ini:
Ulang tahun kelahiran anak sulungku - dak Kakak. 


Selamat Hari Lahir buat Cinta Hati pertama MakBudak dan en. Hubby.
Kakak.. Ingat pesan ibu.

Moga apa yang kakak hadap sekarang dan akan datang adalah yang baik-baik dan terbaik. Ibu tahu kakak kuat. Ingat pesan ibu.🤟

Moga rutin harian kakak dipermudahkanNYA dan ingatlah ---> Jangan pernah rasa malu untuk peluk cium seorang ibu walau ibu dah kerepot seribu. 

Happy Birthday to you sweetie.. 👏


Alhamdulillah..
Diberikan kesihatan yang baik untuk menatap anak-anak membesar di depan mata.

#RemajaPurba: Terasa MakBudak makin purba bila anak meningkat remaja..

Monday, September 18, 2023

Birthday + Karnival Mega Suria


17 September 2023 - Ahad

Petang:
Sambutan Hari Lahir myFIL dan team September 2023 di rumah myMIL.

September..
Bulan paling meriah antara semua bulan. Birthday myFIL, dak Kakak, my Anak Fruits serta adik ipar. Sambut - sekali harung je petang semalam.

Malam:
Singgah, jenguk, cuci mata dalam gerimisnya hujan di Karnival Mega Suria di Padang Timur, MBPJ, berdekatan dengan Stesen LRT Taman Jaya dan berhadapan dengan Amcorp Mall.

di SINI..




Bila anak-anak tak nak bergambar

Orang lain bergambar di depan tapi dak Kakak dengan dak Nuha bergambar di bahagian belakang

Kami.. jenguk je..
Kalau aku tahu, dah tentu ku paksa en. Hubby menemani.
'Dolla - Damelo'


Sebenarnya aku tak tahu pun pasal konsert ni, en. Hubby yang bercerita. Kebetulan pula satu team medic ni turut serta. Apalagi.. Bagi aku bukan senang nak jumpa. Dapat hi hi bye bye pun ok dah.. (teruja lain macam 🤣)

En. Hubby dan Tuan Hamdan dari team medic - NJ ResQ Ambulance


Buat myFamily team members yang lahir pada bulan September:

"Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian, dilapangkan dari kesulitan dan dilimpahkan rezeki yang berkat serta berpanjangan. Moga Allah makbulkan setiap permintaanmu. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.." 🤲🏻

SELAMAT HARI LAHIR buat semua.. 
Happy Birthday to you..

#RemajaPurba: Hidup kita berbeza..

Monday, September 11, 2023

Gegaran pada 11 September 2023


11 September 2001 - 22 tahun lepas
Serangan 11 September 2001 (juga digelar 9/11) di World Trade Center di New York City.

Itu serangan 22 tahun lepas, tetapi hari ini lain pula yang terjadi.


11 September 2023 - Isnin
Berlaku gegaran yang menggemparkan kakitangan di tempat kerja aku. Ramai mengatakan gempa bumi. Apa puncanya?

Ini ha.. rupanya. Operasi pembersihan pokok sedang dijalankan di kawasan sebelah tempat kerjaku.

Stem roller sedang meratakan tanah buat bangunan terasa 'menggeletar'.

Ini baru permulaan gegaran, akan datang..?

#RemajaPurba: Risau..

Saturday, September 9, 2023

Hari Interaksi Tahun 2023 SRA + Kelas Tambahan


8 September 2023 - Jumaat
Hari Interaksi Tahun 2023 SRA di sekolah dak Nuha.

Aku?
Sesi beramah mesra dengan gurunya takdelah lama, aku risau pada ibu bapa yang beratur menunggu di luar kelas.

Alhamdulillah..
Keputusan dak Nuha agak baik kali ini, ada peningkatan cuma kena lebih usaha lagi. 

Nasib baik tingkat 3 bukan tingkat 4..
Bila takde stamina, mengah dibuatnya.


'Nuha.. tu kakak kau ke..?'
'Tu mak aku lah..'
Perbualan yang membuatkan aku rasa.. MakBudak belum purba lagi. Tersenyum disebalik face mask yang aku pakai.


9 September 2023 - Sabtu
Kelas Tambahan Mingguan di SRA dak Nuha.

Alhamdulillah.. dia tak meragam tak nak pergi sekolah. Kelas pun mula pukul lapan pagi, ada ke dia nak pergi sekolah pukul 6:30 pagi. Hailaa anak..

10:40 pagi

Habis sesi kelas tambahan..
'Hari ni best tak belajar?'.
'Best, ok je ibu, ustazah cakap siapa datang hari ni nanti ustazah bagi markah lebih untuk periksa, siapa yang tak datang tak dapat'.
'Ha.. sebab tu ibu suruh Nuha pergi sekolah, nampak tak apa yang Nuha akan dapat kalau pergi sekolah'.
'Ye, Nuha tahu tu'.

Dak Nuha ni, kalau datang angin puting beliungnya, merengek tak nak pergi sekolah. Panjang je akalnya dia tak nak pergi sekolah. Sekolah tetap sekolah, takde ponteng-ponteng. Kalau tak nak sekolah, nanti dalam surat nak bagi dekat cikgu, ibu letak alasan 'Nuha ponteng'. Kena bagi reverse psychology baru ok.

Dia paling suka kalau aku hantar dan ambil dia balik sekolah. Aku pun suka sebab jarang dapat peluang macam ni melainkan aku cuti.

Masuk je dalam kereta, soalan pertama..
'Ibu dah masak ke? Nuha lapar tak makan lagi'.

Aku..?
Lepas hantar dia ke sekolah, balik rumah terus bersilat ketang ketung dekat dapur. Matikan terus hasrat nak sambung tidur balik. Menu ikut resepi campak campak je, asalkan perut seisi rumah kenyang.

Petang..
Blackout.. satu taman perumahan tiada bekalan elektrik. Apalagi aktiviti yang boleh dibuat selain dari tidur.

Malam..
Berehat je di rumah, bagi peluang dak Kakak dengan dak Adik berehat kerana seharian deme berdua membantu bapa saudaranya di kantin sekolah kerana sekolah di situ menjadi tuan rumah dalam satu pertandingan yang diadakan.

#RemajaPurba: ...

Thursday, September 7, 2023

Jangan Mudah Menerima Seseorang Dalam Media Sosial


7 September 2023 - Khamis

Aku..?
Kadang terfikir, perlukan aku menerima mereka yang mengenali diri aku di dalam socmed dari kalangan kawan sekolah mahu pun tempat kerja.

Perkara yang telah terjadi pada lima tahun lepaslah menyebabkan aku 'menolak' sebahagian dari mereka yang ada di dalam socmed friend list aku. Seperti seorang dari friend list aku ni - 'lepas dah kecilkan circle, aku lagi aman. Kawan tak ramai tapi aku tenang dan bahagia'.

Dengan izin dari pemilik..
Biar tak ramai kawan, hati tak kecewa, jiwa tak merana.


Kecewa itu ada tapi sekiranya dilayan boleh meninggalkan kesan 'benci' dalam hati.


'Don't Trust Anyone.'
di SINI..


Tiada ketenangan sebaliknya aku rasa ketegangan semata. Tiada rasa privacy bila hak peribadi dicerobohi..! - di SINI..

Walaupun berat untuk aku lakukan pada awalnya tapi itulah pengakhirannya dan pengajaran terbaik bagi aku - 'jangan mudah menerima seseorang dalam dunia mayamu.' - di SINI..

#RemajaPurba: ...

Monday, September 4, 2023

Majlis Perkahwinan Blogger Suria Amanda

 
2 September 2023 - Sabtu

Selamat Pengantin Baru buat Suria Amanda dan pasangan, en. Khairul Khaidi. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan moga rutin harian dipermudahkanNYA. 

Pengantinnya di SINI..


Sebelum:
Hampir putus asa dengan en. maps kali ni. Asal jalan sesak disuruhnya ikut jalan B, kemudian jadi jalan C. Terasa makin jauh pulak.. 😟 Namun, dalam dok ralit melayan en. maps, sampai jua kami ke destinasi. Alhamdulillah..


Semasa:
Ini semua salah en. maps.. kami sampai lewat. Tak dapat nak tengok pengantin bersanding apatah lagi makan beradap. Disebabkan penat, kami rileks dan makan dulu sebelum terjah pengantin. Hanya Norhidana Miswan dan family yang dapat aku jumpa. Sempatlah bermain kata beramah mesra di bawah mentari. Lama sungguh tak jumpa Dana, kali pertama jumpa dulu dekat rumah myMIL. Ini kali kedua aku jumpa dan biasanya hanya tengok dalam socmed je.

Kisah kenduri SA ni dia pun ada updated di SINI
MakBudak kembang betul sekarang.. 🤣🤣🤣


Selepas:
Terima kasih SA atas jemputan, semua cantik, lawa pulak tu. Menu pun sedap. Cuma.. disebabkan penat, aku terlupa nak minta dak Nuha bergambar sekali. Dah balik baru teringat.. sedih pulak aku rasa sebab sebelum ni SA pesan, bawa dak Nuha sebab dah lama tak jumpa.

InsyaAllah..
Panjang umur, ada masa, lain kali kita jumpa lagi tapi waktu tu dak Nuha dah makin besarlah..

#RemajaPurba: Nampak misi tak berjaya kali ni.

Sunday, September 3, 2023

MALBATT MISI BAKARA - Berdasarkan Kisah Benar


Kami menemuimu di sini 'Setia City Mall'
Malbatt Misi Bakara

31 Ogos 2023 - Khamis (23:50)
Sambungan kisah dari SINI..

-sumber en. Wikipedia-

Plot:
Filem ini berdasarkan kisah benar pada tahun 1993 dan menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu DiRaya (RAMD) Mekanis dari Batalian Malaysia (MALBATT) yang menyelamatkan askar-askar Amerika yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, ibu negara Somalia dalam kejadian Black Hawk Down.

Filem ini mustahak untuk betulkan fakta Black Hawk Down tunjukkan Amerika Syarikat sebagai hero tetapi kita tahu askar Malaysia adalah hero sebenar.


Hei buddy, where are you from?'
'Malaysia'.
'What?'
'M A L A Y S I A - Malaysia'.

Berdasarkan Kisah Benar..
70 tentera Amerika terperangkap di dalam Mogadishu tanpa jalan keluar.
  • 'Kita dah lama hidup dalam perang. Di dalam perang tiada siapa yang menang, semuanya kalah'.

Sejarah Yang Tak Pernah Terungkap
  • 'Itu kawasan bahaya, tuan. Tempat tu takde perlindungan'.
  • 'Tugas kita ini sentiasa berdepan dengan ajal tapi kalau kita lakukan perkara ini sama-sama. InsyaAllah, Allah akan bersama dengan kita'.
  • 'Tentera Amerika cuba menyelamatkan anggota mereka sebanyak empat kali namun semuanya gagal'.
  • 'Pakistan sudah undur diri sebab tidak ada NVG'.
  • 'Kita takde pilihan, arahan tetap arahan'.
  • 'Cuma kita, hanya Malaysia yang menawarkan diri untuk misi menyelamat ini'.
  • 'Operasi ini, operasi bunuh diri, tuan'.
  • 'Kita dah takde jalan keluar, kita dah kena kepung'.
  • 'Kita buat apa dekat sini? Kita nampak macam sokong Amerika tapi dorang tu, Malaysia pun tak kenal. Sampaikan aku nak kena explain, kau tahu tak? Thailand.. Singapore.. haa.. kita dekat tengah-tengah ini, Malaysia. Lepas tu pulak, orang Somalia pandang kita macam pengkhianat agama'.
  • 'Buat baik ni Mail, tak kira agama pun sebenarnya'.

Peperangan Mereka, Wira Kita
  • 'Apa kamu merepek ni? Kamu tak percaya pada keupayaan anak-anak buah kamu?'
  • 'Saya percayakan mereka dengan mempertaruhkan nyawa saya sendiri, tuan'.
  • 'Tuan, tolong cakap dengan mereka, tuan. Kalau mereka nak pinjam APC kita, mereka kena bawa kita semua'.


Dari sudut pandangan Adrian Teh Kean Kok:
Idea untuk membuat filem ini bermula setelah habis penggambaran filem PASKAL The Movie. Saya telah menemuramah arwah Mejar Abdul Aziz, beliau memberitahu saya kenapa mereka masuk ke medan perang dan walaupun penuh dengan cabaran, mereka tetap masuk untuk menyelamatkan tentera Amerika.

Saya berasa amat bangga, ini pencapaian yang sangat tinggi untuk Angkatan Tentera Malaysia tetapi kenapa kita tidak pernah diberi pengiktirafan dalam filem 'Black Hawk Down'? That was the moment I knew, saya perlu mengetengahkan kisah ini.

Cerita-cerita sebegini terdapat banyak hero dan perwira. Jadi, saya rasa rakyat Malaysia patut dimaklumkan mengenai perwira-perwira ini and I think through film is the best and the fastest way untuk memperkenalkan wira-wira kita kepada khalayak ramai bahawa kita ada hero di kalangan kita.

Ini salah satu pemangkin motivasi saya. Dalam kemampuan saya, sebolehnya saya nak menceritakan kisah mereka kepada rakyat Malaysia. Dengan berbuat demikian, saya rasa bangga sebagai rakyat Malaysia, saya melakukan sesuatu demi tanah air saya dan ini berdasarkan peristiwa benar. Jadi, bagi saya, saya berasa amat bangga dan berbesar hati kerana diberi peluang untuk membuat cerita ini.


Marilah kita mengucapkan terima kasih kepada perajurit yang mempertahankan tanahair kita.
Terima kasih atas pengorbanan kamu.
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ke-66.
Selamat Hari Malaysia.
Malbatt
Misi Bakara
====================

Masa Tayangan: 23:50
Bila ku minta en. Hubby ambilkan gambar..
Bukan gambar MakBudak tapi gambar tu diambilnya,. mencik.

'couple seat' dengan alasan senang nak pantau anak-anak di bahagian hadapan.

Kita berdua duduk bersama..

Kesan pertama yang aku terima dari menonton filem ini..?
Terasa aku sedang memandu Condor balik rumah dari menonton filem ini. Mana taknya, dari awal hingga akhir tayangan, aku seperti berada di dalam Condor tersebut.

Condor telah direka bagi memberi perlindungan menyeluruh terhadap senjaga api kecik, serpihan peluru dan periuk api kecil. Roket RPG-7 berjaya menembusi ruang pemandu menyebabkan seorang anggota Malaysia telah terbunuh. Al-Fatihah buat arwah. -sumber en. google-


Kesan kedua yang aku terima..?
Mengantuk + rasa bergoyang badan sebab tak cukup rehat dan tidur.
23:50 masa tayangan
03:00 sampai rumah
05:30 dah bangun untuk pergi kerja. 
En. Hubby nak sangat tengok tayangan lewat malam kan.. haa..!Adan uke kita berdua.

Adrian Teh Kean Kok:
'Saya nak minta maaf kepada semua pelakon kerana saya tidak letak wajah mereka di poster kerana saya rasa baik saya fokus pada tujuan utama saya iaitu mengetengahkan naskhah ini'.

Poster pemasaran filem ini tidak memaparkan wajah-wajah pelakon atas faktor Adrian tidak mahu menjual nama artis.


'Jadi, sekarang macam mana?'
'Dunia dah kenal kita, apa lagi..' 

#RemajaPurba: Mission Accomplished

Saturday, September 2, 2023

Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan - Tema Hari Kemerdekaan yang ke-66

 
30 Ogos 2023 - Rabu

Pagi:
Melihat pakcik, makcik, uncle, auntie sabar menanti no. giliran dipanggil. Moga mereka semua diberikan kesembuhan dan kuat dalam meledani rutin harian.

Aku..?
Menemani diri sendiri. 
Healing di Hospital ✅

Hari Kebangsaan yang ke-66


Malam:
Menjelang tengah malam sambutan kemerdekaan semakin hangat dengan percikan bunga api yang berwarna-warni. Kami hanya melihat dari kejauhan dek ada kerja yang perlu diselesaikan.

Steamboat..
Happy tummy.


31 Ogos 2023 - Khamis

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023:
Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

sumber en. Google..
Reka bentuk logo yang unik dan simbolik:
Tangan yang sedang diangkat untuk melafazkan ikrar Rukun Negara.


Apa aktiviti sepanjang Hari Kemerdekaan yang ke-66?
Dari malam tadi en. Hubby merengek mengajak aku menemani bermain dengan menda ini.

Aku..?
Yelah abang.. Demi Malbatt jomlah sayang temankan.. 🤣
Kisah Malbatt next entry akan aku update..

update: Kisah Malbatt Misi Bakara di SINI..

Masih mampu tersenyum di dalam bahang panasnya kuali.. 🤣

Lepak bersama keluarga di tepian laut di sini. Sepanjang laluan dipenuhi orang ramai memaksa kami berada di lokasi yang sedikit jauh dari tumpuan orang ramai. Tempat yang sesuai untuk en. Hubby memancing ikan.

Tenang.. kerana aku bukan seorang yang suka tempat tumpuan orang ramai.

Mood memancing belum tiba.

Seronok anak-anak bila Babah berjaya menaikkan ikan.

Ikan duri

Bersama sepupu yang turut serta.

Anak-anak ramai memang macam ni.. meriah.

Anak dara MakBudak dan mySIL.

Bekal dari rumah.

Sehingga lewat petang kami menikmati suasana di tepian pantai di sini. Sebagai penutup bulan Ogos 2023, malamnya kami menonton filem di panggung wayang. Juga sebagai hadiah hari lahir buat dak Adik (28 Ogos 2023).

-selingan-

-Abang Bomba dalam acara Hari Kemerdekaan 2023-
'Api memang panas tapi anda semua penyejuknya'
Ayat pick up line abang BOMBA kali ni panas-panas belaka.
'Sayang Kamu Ketat-ketat'
'Abang Bomba Love You'


#RemajaPurba: 01 September 2023 - Birthday JK BTS.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...