Followers Remaja Purba

Friday, November 29, 2019

Childish.. Babyish


Bila melibatkan hal berkaitan kerja, seboleh mungkin aku akan cuba untuk tidak 'berceramah' di sini. Seboleh mungkin aku cuba elakkan, seboleh mungkin aku tak nak ada satu pun jejak di sini berkaitan apa-apa di tanah jajahan baru aku ni.

Aku tak nak sentuh, usik apatah lagi; Bekerja di sini kena tahan maki. Aku hanya senyum dek sikap kau yang childish.. so babyish tu.

'Sometime do the right thing is not the right thing. That life'.

StatusHati: 😏

Thursday, November 28, 2019

Dipicit, Diraba, Diramas?


Pagi-pagi kau dah buat aku panik hingga memaksa aku bersenam menuruni tangga dari tingkat tiga ke basement. Kau punya pasal hingga tahap adrenalin aku mencanak naik tahu.. 😨

Lain kali kau jeritlah panggil aku. Ini tak.. kau boleh matikan diri di situ. Kau bukan tak tahu aku sayangkan kau, dahlah kau banyak mengetahui rahsia tentang diri aku. Kau suka ek diri kau dipicit, diraba, diramas? 😡

Gila..! Kalau orang lain yang jumpa kau, aku tak tahu sejauh mana kejujuran orang tersebut. Apa-apapun syukur kau tak terjatuh ke tangan orang lain. Kalau tak, terpaksalah aku buat laporan.

eeemmm.. Dek kerana kau handphone, pucat + panik aku sekejap pagi tadi tau. Syukur kau selamat tanpa sempat dinodai.. πŸ˜…
#StatusdiFB

StatusHati: Migrain menyerang tiba-tiba..

Wednesday, November 27, 2019

Penangan Cinta Luar Biasa


Jujurnya aku seorang yang lebih meminati lagu heavy, full of energy; yang mana pada pendengaran orang lain mungkin kedengaran merimaskan dan menyakitkan telinga tapi tidak pada diri aku.

TAPI..
Single kedua Cinta Luar Biasa by Andmesh Kamaleng dari Indonesia ni berjaya menarik halwa telinga aku untuk terus mendengarkannya. Lagu yang dicipta oleh temannya berkisar tentang 'secret admirer yang tidak berani meluahkan perasaannya terhadap orang yang dia sayang'.

Walau bukanlah genre lagu yang aku suka tapi ia mampu membuatkan hati terbuai dek lirik yang menarik; ditambah pula mengingatkan aku pada seseorang. Sesekali layan perasaan melalui lagu pulak, asyik drama Thailand/Korea je kan..

dari en. Youtube

Waktu pertama kali, kulihat dirimu hadir
Rasa hati ini inginkan dirimu
Hati tenang mendengar, suara indah menyapa
Geloranya hati ini tak ku sangka

(1)
Rasa ini tak tertahan.. hati ini selalu untukmu
Terimalah lagu ini dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga, aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia, tulus padamu

Hari-hari berganti, kini cinta pun hadir
Melihatmu, memandangmu bagai bidadari
Lentik indah matamu, manis senyum bibirmu
Hitam panjang rambutmu anggun terikat
ulang (1)


dari en. Youtube
Bob #BuskersMalaysia

Dari nyanyian Bob #BuskersMalaysia inilah punca kuasa dua πŸ˜„yang buatkan hati aku tersenyum sendirian sekejap. Terima kasihlah bro..

StatusHati: Kau dah kenapa #MakBudak.. πŸ˜‚

Tuesday, November 26, 2019

Kenangan Hari Terakhir Persekolahan sesi 2019


22 November 2019 (Jumaat)

Hari terakhir persekolahan bagi sesi 2019 meninggalkan kenangan yang bukan sedikit buat anak-anak lebih-lebih lagi dak Adik. Tahun terakhir belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) sebelum meneruskan sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Manakala dak Kakak masih kekal di SMK(P) untuk sesi persekolahan 2020.

Dak Nuha pulak lain kerenahnya, merengek tak nak kembali ke sekolah dek 'cikgu garang' yang mengajar kelasnya.

'Ibu, boleh tak Nuha tak nak sekolah (SK) tahun depan, setahun je ibu. Nanti darjah tiga Nuha sekolahlah balik'. Punyalah dia tak suka dengan 'cikgu garang' tu.

Aku..? Will be like..? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
'Kalau Nuha tak nak sekolah tahun depan, nanti Nuha dah tak boleh nak masuk sekolah tu dah'.
'Yelah.. Nuha sekolahlah tapi Nuha tak nak 'cikgu garang' tu yang ajar Nuha'. Alahai Nuha.. ada je alasan KBAT dia tu.

Dalam tak suka nak kembali ke sekolah, guru kelas Sekolah Rendah Agama (SRA) dak Nuha pulak menceriakan hari terakhir persekolahan bersama anak murid kelas beliau. Ustazah kelas dak Nuha ni memang suka berkongsi pelbagai aktiviti dalam bilik darjah sejak dari awal tahun lagi dan akan menjadi kenangan terindah buat anak murid beliau.


Gambar kenangan dari ustazah Siti Hajar


Antara yang hadir menceriakan keadaan







Sayu pulak tengok gambar ni semua.. πŸ˜”

Apa-apapun Terima Kasih yang tak terhingga di atas jasa baik ustazah Siti Hajar dan semua guru yang mengajar kelas 1 Darul Naim 2019. Moga dihalalkan semua ilmu yang diturunkan kepada anak-anak kami semua. Juga moga rutin harian semua dipermudahkanNYA.


StatusHati: ...

Monday, November 25, 2019

Sukaneka di Taman Perumahan mySIL


Baru-baru ini mySIL mengajak aku dan anak-anak untuk meraikan sukaneka taman perumahan beliau. Hanya dak Kakak dengan dak Nuha je yang dapat join manakala dak Adik ada latihan futsal untuk mewakili sekolahnya.

Dak Kakak bersama kakak sepupunya

Siap untuk digunakan

Matahari pagi yang dah tak pagi sebenarnya πŸ˜…

Aktiviti memasak

Dak Kakak pantang ada peluang..

Sebahagian dari hadiah yang disediakan

Dak Nuha mewakili kumpulannya mengambil hadiah kemenangan

Masing-masing tak sabar dengan hadiah yang dimenangi.
Aku pun sama turut teruja.. πŸ˜‹

StatusHati: Cuti persekolahan hujung tahun dah pun bermula..

Friday, November 22, 2019

Keputusan UPSR 2019


21.11.19
Tahniah buat semua calon UPSR 2019 ni.
Keputusan dak Adik takde A.
Itu je nak bagitahu. πŸ™ƒ

En. Hubby cakap..
'Anak tu dah cuba kan. Kalau paksa nanti lagi teruk'. 😭


Menangis aku waktu bercakap dengan en. Hubby semalam. Walau keputusan dak Adik lebih baik tapi tak mencapai tahap yang aku harapkan.

'Jangan dimarah anak tu kalau tak dapat 6A. Ini bukan pengakhiran pembelajaran dia'. Sama seperti tiga tahun dulu di SINI..

Ramai kawan-kawan yang memujuk aku agar menerima apa yang telah diperolehi oleh dak Adik.

  • 'Jauh lagi perjalanan.. masa depan bukan ditentukan berapa A hari ini'.
  • 'It's just an alphabet my friend.. jauh lagi perjalanan anak-anak kita'.
  • 'Masih banyak peluang lagi. In shaa Allah berjaya.. aamiin'.
  • 'Tahniah. Anak saya pun tak ada A'.
  • 'UPSR je. Takde A bukan bermaksud gagal dalam hidup. Banyak lagi masa nak improve'.
  • 'Takpe, jauh lagi perjalanan. Ada yang cemerlang masa UPSR  masa PT3 tak cemerlang pun'.
  • 'Don't worry.. Jauhhh lagi.. yang penting  jaga adab, agama, In Shaa Allah dia akan berjaya nanti'.


Pesan TokSu di kampung:
'Tiada A bukanlah bermakna telah berakhir perjalanan dalam mencari ilmu, malah harus kuatkan lagi usaha. Semoga ada kejayaan di masa hadapan.. aamiin'.

StatusHati: Adik.. maafkan ibu ye.. 😭 (print bagi dak Adik baca)

Wednesday, November 20, 2019

Tahniah buatmu Harimau Malaya 😍😘


Perasaan aku..?
19.11.19
Satu tarikh yang akan diingati dan kusimpan di sini sebagai kenangan.

Kisah pagi semalam..
Menerima penghargaan Hadiah Jasa Baik di SINI..

Kemuncak kegembiraan aku..
Malam tadi - 19.11.19

Skuad Harimau Malaya tidak megecewakan. Menang penuh bergaya ke atas skuad Garuda, Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan jaringan 2 - 0. Sekalung tahniah buat pasukan negara dan jurulatih Tan Cheng Ho yang sememangnya sweet bersemut aku rasakan.. 😍😍😍

Jaringan dari Safawi Rasid pada minit ke 30 dan sekali lagi pada minit ke 73 meletakkan Malaysia di hadapan.  Namun, sedikit debaran dirasakan dek kesilapan penjaga gol gantian, Farizal Marlis pada minit ke 82 menyebabkan sepakan penalti diberikan kepada skuad Garuda. Bagaimanapun, pemain Osas Marvellous Ikpefua gagal menyempurnakannya yang mana ia berjaya diselamatkan Farizal Marlias dengan menangkap kemas bola tersebut. Makin bertambah manis bersemutlah pasukan negara.. πŸ‘

Tak lupa juga sokongan padu dari penyokong Malaysia, terutama Ultras Malaya yang membawa aura dan semangat hingga menyebabkan skuad Garuda akhirnya tersungkur. Tahniah..!

Sumber en. Google


Akan datang..
Pasukan Harimau Malaya akan berdepan dengan UAE di Dubai pada 26 Mac 2020, bertemu pula dengan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020 dan bertemu dengan Thailand pada 09 Jun 2020 di tempat lawan sebagai penutup aksi pusingan kelayakan.

StatusHati: Walau hanya sokong dari rumah..

Tuesday, November 19, 2019

Penghargaan Hadiah Jasa Bakti (HJB)


Hari Ini..
19.11.19

Tarikh yang paling bermakna buat diri aku..
Sebuah penghargaan dari tanah jajahan baruku ini..
Terima kasih di atas penghargaan tersebut.. 😊 

Sebelum majlis bermula..


'Pihak kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa bakti yang telah dicurahkan oleh puan sepanjang berkhidmat di sini. Semoga puan dapat meneruskan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah dan kecemerlangan'.

Tanpa gambar, apalah ertinya..

Tahniah #MakBudak a.k.a #RemajaPurba

Alhamdulillah..
Rezeki yang DIA berikan tidak terlalu cepat malah tidak terlalu lambat. Cantik aturan yang DIA telah tetapkan. Syukur kepadamu Ya!Allah..

StatusHati: Ku simpan di sini sebagai kenangan..

Monday, November 18, 2019

@@@ Something in The Rain - Korean Drama (2018)


Apakah perasaan kita bila bercinta dengan lelaki yang lebih muda dari kita?
Apa pula reaksi keluarga kita bila mengetahuinya?
Apa pula tindakan kita dan pasangan kita?
The series explores the relationship of two people as they go from being "just acquaintances" to "a genuine couple".


Drama bersiri Korea Something in The Rain sebanyak 16 episode berbentuk romance ini dikeluarkan pada tahun 2018 boleh ditonton SINI. Pelakon Jung Hae-in menjadi pilihan aku aku kali ini dek kerana lakonan beliau yang menarik di dalam drama bersiri Blood di SINI..

MAIN CAST:
Son Ye-jin as Yoon Jin-ah
Jung Hae-in as Seo Joon-hee
Jang S-yeon as Seo Kyung-seon
Wi Ha-joon as Yoon Seung-ho

Gambar dari en. Google..

SYNOPSIS:
Yoon Jin Ah is a woman in her mid-30s who doesn't know yet what it's like to date a man. She's been dumped by a man many times because of her clumsy, reckless and foolish behavior. And again, a man she wanted to marry dumps her for the worst reason ever that she's like bland, tasteless, devil's-tongue jelly, which means she's not attractive at all as a woman.
Just then, Joon Hee appears before her with a broad smile on his face. He's as refreshing as a soft drink. Joon Hee is Jin Ah's childhood best friend's younger brother, who used to live next door. Jin Ah has always remembered him a little kid, but one day, he comes back as a really masculine man. When she is surprised by his change, he gut feeling tells her that she would truly fall in love this time.


Yoon Jin-ah, a single woman in her mid-30 who works as a store supervisor in a coffee franchise. Despite being an easygoing person, she lives a rather hollow life. She suddenly feels romantic feelings towards her best friend's young brother.
Seo Joon-hee, Kyung-seon's younger brother who is character designer at a computer video game company. He has returned to the country from his work abroad after three years.
Seo Kyung-seon, Joon-hee's older sister and Jin-ah's best friend who runs a coffee shop.
Yoon Seung-ho, Jin-ah's younger brother and Joon-hee's best friend.

'You have no idea how important timing is in a relationship'

StatusHati: Esok adalah hari penting buat diriku..

Saturday, November 16, 2019

@@@ Blood - Korean Drama (2015)


Drama Lama..
Blood - also known as Beulreodeu, Sangre merupakan drama bersiri Korea berbentuk medical drama, vampire, thriller, romance boleh ditonton di SINI. Drama ini telah ditayangkan pada Februari 2015 sebanyak 20 episode.

MAIN CAST:
Ahn Jae-hyun as Park Ji-sang
Ku Hye-sun as Yoo Ri-ta/Yoon Chae-eun
Ji Jin-hee as Lee Jae-wook


SYNOPSIS:
Park Ji-sang (Ahn Jae-hyun) is a doctor specializing in hepato-pancreato-biliary surgery in the best cancer research hospital in the country. He is also a vampire. Despite seeming cols and unfeeling, Ji-sang masks his soft heart and inner pain and yearns for closeness with people. He believes very strongly in the sanctity of human life and suppresses his thirst for blood to threat terminally ill patients and save lives. Among his colleagues is Yoo Ri-ta (Ku Hye-sun), a hotshot physician who entered medical school at the age of 17 and is also the niece of the chaebol group chairman who owns the hospital. Ri-ta is highly capable but snooty and prideful, yet Ji-sang finds himself falling for her. He also gets drawn into a conflict between good and evil as he encounters Lee Jae-wook (Ji Jin-hee), a two-faced hospital director who gains everyone's trust with his gentle demeanor, but inwardly harbors a dangerous ambition for power and a talent for cruelty.

dari en. Google


'I am a vampire.'

Walau dia merupakan seorang vampire tapi dengan pengambilan ubat khas yang dicipta oleh medical researcher, Joo Hyun-woo yang merupakan kawan baiknya mampu membuatkan dia bertahan dari melakukan perkara buruk terutama berkaitan dengan darah.

'How could you do this to the patients?'
'I'm not trying to infect the patient.'

'Final Episode'
'The chemistry between them is so sweet and support each other till the end'.

Pengakhiran drama ini..
Dalam kehidupan mereka yang melakukan kejahatan pasti akan mendapat balasan dariNYA.. πŸ˜‚

StatusHati: cool..

Friday, November 15, 2019

Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023


Kisah malam tadi:

Hari Khamis Malam Jumaat..
Layan bola dulu.. πŸ˜‰
Malaysia vs Thailand..

Dalam aksi pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023, skuad Sang Gajah Perang terpaksa berputih mata malam tadi kalah 1 - 2 dengan skuad Harimau Malaya.

Dan..
Aku juga turut berputih mata tak dapat menonton secara langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tapi en. Hubby lagi suka aku tak pergi, kalau tak aku mesti dok sibuk nak bersama dengan Ultras Malaya macam dekat SINI..

Takpelah, tengok depan tv pun jadilah.. 

StatusHati: ...

Thursday, November 14, 2019

Pedulikan apa orang nak kata


DULU..
Usah dikenang kisah yang lama, jadikan sebagai sempadan dan pengajaran dalam membentuk kita agar lebih kuat dan matang.


SEKARANG..
Berusaha dan terus berusaha. Pedulikan apa orang nak kata. Bukan senang nak senang.


AKAN DATANG..
Tiada siapa yang mampu meramal apa yang akan terjadi. Berdoa dan terus usaha moga dipermudahkanNYA dalam mengharungi rutin harian kita.


StatusHati: ...

Tuesday, November 12, 2019

Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Tajikistan


09 November 2019 (Sabtu lepas)

Satu perlawanan bolasepak persahabatan di antara Malaysia menentang Tajikistan yang berkesudahan Malaysia menang 1 - 0 ke atas pasukan lawan. Berita penuh di SINI..

Perlawanan ini telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang turut menyaksikan buat pertama kali aku menonton secara langsung perlawanan tersebut di stadium.



'Ibu banyak betul kad kuning pengadil tu bagi. Ada yang dapat angpow merah lagi'.
Merujuk kepada penjaga gol Tajikistan yang menerima kad merah pada separuh masa kedua.

Tetapi walau hanya tinggal 10 orang pemain, namun apa yang aku lihat, kubu pertahanan mereka dijaga dengan baik mematahkan percubaan demi percubaan dari pemain negara. Dalam tumpulnya untuk mendapatkan jaringan, Ultras Malaya telah menyanyikan satu lagu untuk pasukan Malaysia.

'Bawah 10 orang takkan tak boleh menang'.
'Bawah 10 orang takkan tak boleh menang.'
Satu gerakan 'tarian' dari Ultras Malaya diambil dari lagu 'Entah apa yang merasukimu - Ilir 7' 
Dok leka menyanyi sama, lupa nak simpan jadikan kenangan..

Parodi 'Salah apa yang merasukimu'

Official Music

Dek penangan lagu tersebut yang mungkin ianya hanya satu kebetulan, akhirnya tapi Safawi Rashid berjaya memecahkan kebuntuan negara, membolosi pertahanan pihak lawan dengan menjaringkan gol kemenangan. 



Sebenarnya, aku bersama dak Kakak mencari peluang untuk berada dekat dengan Ultras Malaya sambil menonton perlawanan tersebut dan yang pasti kami lebih teruja untuk menyanyi bersama-sama mereka.

Habis perlawanan..
'Lepas ni tak payah ikut, bukannya tak tengok bola'. Jeling en. Hubby.

Aku..?
Diam tersengih jelah, jangan risau abang, sayangmu ini masih sedar StatusHati. 

Selesai sudah.. Jom balik.

Kenangan yang tertinggal di sini..

StatusHati: Happy ending..

Monday, November 11, 2019

This kind of people you should..


Aku mengambil pendekatan..

"This kind of people you should ignore after kita dah usaha cakap & explain. The more we talk, kita sendiri yang panas so anggap je dia tak wujud. Apply to semua situasi berkaitan. Okbai".


'Don't Trust Anyone.'
Teringat aku pada kisah bila hak peribadi dicerobohi di SINI.. Betapa 'prihatinnya mereka' dalam memantau rutin harianku di tanah jajahan ni.

TAPI..
'When you're tempted to lose PATIENCE with someone.. think how patient Allah has been with you all the time.' 

Marah?
Aku tak payah nak melatah pun. Apa yang perlu aku lakukan aku kena menjadi lebih kuat dari diasak dengan masalah tersebut. Banyak lagi masalah yang lebih besar perlu diselesaikan dan aku lebih selesa bila remove then from the list seperti kisah di SINI..

Buatmu stalker..
Jangan hanya disebabkan rasa marah dan tidak puas hati, hingga menyebabkan hubungan sedia ada terputus di tengah jalan.

StatusHati: Diam aku bukan bermakna aku mengalah.

Tuesday, November 5, 2019

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019 - Johor vs Kedah


02 November 2019 (Sabtu)
Perlawanan Akhir di antara Johor Darul Takzim vs Kedah Darul Aman menyaksikan aku hanya menonton di rumah berbanding en. Hubby yang dapat merasai kemeriahan penyokong kedua-dua pasukan di stadium.

Aku bukanlah peminat fanatik Negeri Johor Darul Takzim tapi..
'selimut pun warna JDT tau..'

Stadium Nasional Bukit Jalil

Luaskan kuasamu oh!Johorku..
Hancurkan semua musuhmu, pahlawanku..
Setia bersamamu Johor, merah biru..
Hidup mati Johor..
Lalalala lala lalalala.. Hidup mati Johor..


Pemain terbaik perlawanan - Safawi Rashid
Body berketul macam coklat cadbury.. ggrrr...

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
bersama
Sultanah Kedah, Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff

Piala Kemenangan..
Tahniah buat JUARA
Johor Darul Takzim yang mengalahkan Kedah Darul Aman yang berkesudahan 3 - 0

Jurulatih Johor yang handsome..
Sambil menonton aksi perlawanan sambil 'menyelam minum air'..

Merah Biru..

DAN..


Kisah pagi semalam:
Bila aku minta bantuan dari officemate untuk belikan nasi lemak kegemaran aku tapi sayang cuti pulak pakcik tu.

'Alah pakcik ni cuti pulak. Tu mesti sebab Johor menang takpun sedih sebab Kedah kalah.' πŸ€£πŸ˜‚
#JDTvsKedah2019
#LuaskanKuasamu

StatusHati: Masih belum sembuh..

Friday, November 1, 2019

Aku kini semakin gila


Andai sebelum ini gilakan drama dari Korea (dan masih lagi), kini terjebak pula dengan drama dari negara Thailand dek gara-gara pelakon, Atichart Chumnanon.

Atichart Chumnanon 



sumber dari en. Google


Siapa tak suka pada kecantikan, bila aku suarakan pada en. Hubby:
'Abang, wife dia lawa abang.'
'Lawa lagi bini abang.'
'Abang, tengoklah gambar dia ni. Wife dia cantik abang.'
'Eemm.. cantik lagi isteri abang.'

Walau kedengaran sekadar nak ambil hati tapi #Vavava.. berlumuran semut aku rasa.. 🀣
#AtichartChumnanon

StatusHati: #RaengTawanDrama pertama yang aku tonton..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...