Followers Remaja Purba

Tuesday, October 31, 2017

Double Standard kau ye..


Kisah Sabtu lepas:

Aku baru acah-acah parking dekat situ kau dah suruh alihkan kereta. Wah.. double standard kau ye. Mentang-mentang aku bawak kereta kecik, kemain kau beria suruh aku alihkan kereta. 

Aku turunkan en. Hubby je kot.. bukan nak sangat parking dekat situ. Tak sampai dua minit pun. 🤔🤔 Pasal kau, aku tak dapat nak muahhh tiga kali dari en. Hubby.. Menci tau..!


Kisah disebaliknya:

No wonderlah dia beria-ia suruh aku alihkan kereta, rupa-rupanya dia bukan staff yang bertugas di situ. Sebaliknya hanya menjaga untuk satu function yang sedang dijalankan on that time. Biasanya staff yang bertugas dekat situ takkan 'halau' aku, lebih-lebih dah cukup kenal dengan kereta aku.

Tapi.. tetap tak puas hati sebab masa tu aku tak dapat muahhh tiga kali dari en. Hubby.. 😞😞😞



StatusHati: Romeo India November Delta Uniform Alfa Whiskey Alfa Kilo..!!


Monday, October 30, 2017

Disebalik kereta tersadai di Bengkel


Kisah ni dah lama.. penghujung September yang lepas.


Lama awek Hubby ni tersadai di ICU kerana masalah kesihatan. Ada cerita disebaliknya di mana setelah sekian lama beraksi seperti 'kereta lumba', dah tiba rasanya untuk slow down dari aksi yang orang tengok 'gilalah dia ni..'

Dipendekkan cerita, ada seorang pemilik kereta ni pada awalnya bersetuju untuk swipe enjin keretanya tapi at the end bila dah bersedia nak tukar, dia tak nak pulak. Hanya disebabkan beliau perlu tambah duit, itu yang dia tak nak.

Ok.. tak nak takpe.. kami takde masalah.. dan kesudahan ceritanya.. rasa nak sujud syukur sebab lepas isu tak nak tukar tu, enjin pemilik kereta tu bermasalah. Fuh... nasib baik beb! Kalau tak.. rabak duit.

Dalam masa yang sama.. tak lupa buat my SIL kerana meminjamkan sebuah kereta untuk kegunaan adikmu, en. Hubby. Jasamu amat kuhargai. Terima kasih yang tak terhingga.



Kereta je kecik tapi awek dalamnya besar ya amat.. kahkahkah..



Bila tengok awek Hubby dah segar lepas dimandikan, aku pulak nak bergeselan dengan ia. Maka, peluang yang ada jangan dilepaskan. Test on d road.



StatusHati: Kereta kesayangan.. 😗😗😗



Thursday, October 26, 2017

Tersadai di tepi Highway gara-gara..


Kisah pagi tadi..

Seperti biasa rutin hari bekerja, tak boleh lewat keluar rumah. Kalau lewat, stress dan penatlah berhadapan dengan kesesakan jalanraya.

Jadi.. nak elakkan dari terperangkap dalam kesesakan jalanraya, jalan terbaik keluar lebih awal. Ketika anak-anak mamai baru nak bangun tidur, aku dah bergerak ke tempat kerja.

Namun demikian, kita hanya merancang.. DIA yang menentukan apa kesudahan situasi pagi tadi.

Dari rumah aku dah rasa semacam.. serba tak kena. Divider tepi simpang taman perumahan aku gesel, ada motor lalu sebelah aku, hampir ku langgar. Akhirnya, dalam gelap pagi tadi aku terlanggar sesuatu yang bila ku lihat pada cermin sisi.. Allahuakbar..! Kalau tak paku, mesti skru.

Nak berhenti tepi jalan lepas kena tu tak kena gaya pulak sebab kereta tengah banyak menguasai jalan. Apa yang boleh aku lakukan.. tawakkal dan bila lepas je melepasi tol, berhenti tepi highway tu. Habis.. kempis terus tayar awek Hubby rupanya.

Apa yang patut dilakukan andai berlaku kejadian macam ni?

  • Rileks.. jangan panik.
  • Cari tempat selamat berhenti kereta dan pasang double signal.
  • Keluar dari kereta dan ambil kit kecemasan iaitu segi tiga amaran dan letak jauh sikit dari kereta dan kemudian tengok apa yang rosak.
  • Hubungi skuad penyelamat untuk membantu.
  • Akhir sekali, tunggu jelah skuad penyelamat tiba.


Macam kes aku pagi tadi:

Syukur aku tak pandu laju.. cuma tak sempat nak elak. Siapa punyalah yang tertinggal atas jalan tu agaknya. Biasa kalau dah terkena macam tu bersedia jelah berhenti tepi jalan. Skru sepanjang ibu jari rupanya yang merobek hatiku.. eh!Tayar awek Hubbyku..


Mengeluh jugak bila jadi macam ni..
Kena pulak waktu nak pergi kerja.


Dari jalan sesak sampai jalan lengang aku di sini..


Kebetulan berhenti dekat sebelah kandang lembu..
Bau haiwan tu lagi kuat dari perfume aku..


'Terima kasih abam Umayr Haris tolong Aisy pagi tadi..'
Tiba-tiba nampak bayangan abam Jul pada #PenemanSepanjangHayat pagi tadi.. ekekeke..


Cuma sedikit pesanan:
  • Pastikan ada kit kecemasan sebagai bantuan mengelak dari dilanggar dari belakang. Nauzubillah..
  • Pastikan ada orang bantu jaga jalan agar kenderaan yang lalu lebih berhati-hati dan nampak kenderaan yang rosak. Macam pagi tadi.. kebanyakkan motor yang lalu agak laju dan ada jugak sebuah dua kereta yang potong queue lalu di laluan kecemasan. Hailaa.. kalau kau tak nampak tadi, confirm kau dah cium awek Hubby aku.
  • Jangan ambil mudah dan pastikan keadaan selamat ketika membaiki kerosakan pada kenderaan.
  • Orang pandang.. jangan dijeling.. senyum je. Lagi bagus lambai tangan minta tolong.. tengok ada yang sudi nak tolong ke tak.. kihkihkih..
  • Apa-apapun pastikan keadaan selamat dan jaga keselamatan diri.


Alhamdulillah.. pukul 9 lebih pagi tadi selesai sesi membaik pulih tayar kereta. DAN.. aku mohon kebenaran Pengarah untuk tidak hadir ke pejabat hari ni dan terus patah balik rumah. Penat.. tapi lagi penat chef Hubby sebab rushing nak ke tempat kerja. Terima kasih abang.. muaaahhh tiga kali.. hehehe..



StatusHati: Hari ni episode akhir Titian Cinta..?



Wednesday, October 25, 2017

Bersantai di tepian pondok di Kampung


Kisah minggu lepas:

Berkebetulan cuti sekolah seminggu, jadi en. Hubby mengambil peluang untuk menggunapakai cuti rehat yang ada untuk menjenguk family di kampung. Kali ni kita balik kampung Babah dulu ye anak-anak sebab kampung Babah dekat sikit dari kampung ibu.

Alhamdulillah selesai urusan dak Adik di SINI, petang tu kami terus balik kampung. Keterujaan tidaklah ketara sebab kampung tak jauh mana kan.. hehehe..


Ini kisah di Kampung Halaman en. Hubby:

Bersantai di tepian pondok di kampung halaman bersama #PenemanSepanjangHayat yang suka nau mengusik #MakBudak yang makin hilang #PerasanSlim ni.. 😀🤣




Sepanjang berada di kampung, tiada lain selain dari aktiviti makan-makan. Musim panas yang membahang sedikit sebanyak mengganggu rutin dak Adik untuk bermain bola sepuasnya; tapi dalam masa yang sama suhu panas di luar tak mampu menggugat selera #MakBudak dengan beberapa menu yang disediakan oleh en. Hubby. Perut pula kena redha dan terima lamaran tekak yang nak makan banyak dari biasa. 


Kari Kepala Ikan


Butter Prawn in the house



Lobster yang menawan hati..






Kisah malamnya pula:
Sesi pembakaran terbuka di hadapan rumah.
Petua tak nak makan banyak, silalah pakai #NurSajat.. confirm nak makan banyak pun terasa mengah. Lagi bagus kalau ambil shift tukang bakar dari awal - memang langsung tak makan jawabnya.. kihkihkih..




Menu tak banyak tapi puaslah kami malam tu..



Kisah Tengahari, esoknya:
Wajib makan dulu sebelum balik. Kali ni kita bersantai di pondok depan rumah pula. Lepas makan.. kemas barang.. baru berangkat balik.


Ramai yang kata hidangan ni asam pedas.. 
Nampak je macam asam pedas tapi sebenarnya Kari Ikan Jenahak.


Walau panas tapi masih ada angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..



Menu Dinner di rumah sendiri pulak:
Kalau sepanjang di kampung en. Hubby yang masak.. dah sampai rumah turn #MakBudak pulak yang bersilat di dapur. 'Abang duduk je ye.. siap.. kita makan..' 😀😎


Alhamdulillah.. walau tak happening  di kampung tapi niat sebenar nak menjenguk orang tua.



StatusHati: Next time kita balik kampung sayang pulak ye abang.. hehehe..


Tuesday, October 24, 2017

Best ke Filem TOMBIRUO: Penunggu Rimba?


Aku salah seorang yang meminati karya Ramlee Awang Murshid (RAM) dan memiliki hampir kesemua novel beliau. Bukan senang untuk aku suka sesebuah karya tu tapi bila dah jatuh cinta, seboleh mungkin aku berusaha untuk mendapatkannya.

DAN..
Akhirnya salah satu naskhah beliau berjaya diadaptasi menjadi sebuah filem - TOMBIRUO: Penunggu Rimba dan menjadi fenomena ketika ini. Ditambah pulak Zul Ariffin menjadi teraju utama filem ini yang berkebetulan sedang hangat dalam drama Titian Cinta.. bertambah-tambah meletoplah jadinya..

 
AKU..?
Tak lepaskan peluang.
Merengek pada chef Hubby nak menontonya di pawagam ditambah pula dengan rengekan anak-anak yang turut teruja nak menontonnya.




AKHIRNYA..
Pada 17 Oktober 2017, hari Selasa lepas, jam 11 malam ditemani chef Hubby dan askar-askar kecik, dapat juga aku menontonnya. Peluang yang ada haruslah jangan lepaskan. Golden Screen Cinema (GSC), Setia City Mall menjadi pilihan kali ini.


Bila ada yang bertanya.. best ke filem Tombiruo tu..?

JAWAPAN aku:
Tak rugi sebenarnya menonton filem ni di pawagam. Walau tak 100% sama macam dalam novel tapi plot penceritaannya tetap tak lari. Novelnya lagi best tapi filem Tombiruo tu pun tetap ada sisi yang menarik untuk ditonton.

TAPI..
Nak kata puas.. tidak semaksima mana. Aku rasa macam nak repeat je balik sebab malam tu walau kami duduk couple seat tapi seat tu jadi triple seat sebab askar paling kecik kejap nak diriba kejap nak duduk tempat dia.. hahaha.. tak puas #MakBudak nak menontonnya.


Komen aku tentang:

PELAKON:
Barisan pelakon terbaik beraksi dalam filem Tombiruo ni.
Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Dato' M.Nasir, Hasnul Rahmat, Faye Kusyairi, Datin Marlia Musa, Dynas Mokhtar, Michael Chan, R. Azmi Ismail antara teraju utama filem ini yang diarahkan oleh Nasir Jani dan Seth Larney.

Watak Ejim seorang lelaki gagah yang bukan berwajah manusia dianggap sebagai penunggu rimba yang sering disisihkan oleh penduduk kerana wajah beliau itu. Sinopsis filem ni boleh je google. Dah ramai yang bercerita mengenainya.


LOKASI PENGGAMBARAN:
Terasa nak ikut berlari bersama Ejim menikmati suasana dalam hutan tu. Just love it that situation. Lagi-lagi bila Ejim dekat atas pokok tu.. How sexy is he.. ggrrr.. aauumm.. miowww... Boleh meletup ovari macam ni.. hahaha..


Sumber en. Google


Golden Screen Cinema (GSC), Setia City Mall
#MakBudak yang teruja lebih sebenarnya..


Couple seat haruslah untuk kami


Askar-askar kecik depan kami, senang nak pantau..



Koleksi Novel RAM - Tombiruo, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir




StatusHati: TOMBIRUO: Penunggu Rimba - 9/10 stars! ⭐️ dari aku.



Friday, October 20, 2017

Teringin nak masuk wad..


Kisah pagi tadi di Hospital:

Berdebar-debarnya aku rasa.
Kes yang hampir sama dua tahun lepas berkaitan dak Adik. Moga kali ni bukan ulangan kes tersebut. Ku bawa dak Adik sebab bengkak kelenjar di leher dan check sekali tonsil dia.

Tengok dak Adik rileks je.. #MakBudak risau lebih.. #Babah dia cool malah sempat jumpa borak dengan member dia..

Dak Adik boleh selamba cakap:
'Teringin nak masuk wad..'

🤣🤣🤣  Ibu dia sikit punya risau, dia boleh cakap macam tu..


Selepas pemeriksaan oleh Dr. Sarmad, Pakar Klinikal, ENT ke atas dak Adik termasuk memasukkan camera ke dalam rongga hidung, beliau memaklumkan ada infection yang menyebabkan bengkak kelenjar. Lebih kurang macam itulah.

Andai dalam masa dua minggu keadaan dak Adik makin teruk, beliau minta datang terus ke ENT dan akan buat prosedur berkaitan dekat dak Adik. Kalau tak.. next appointment datang lagi dua minggu untuk pemeriksaan seterusnya.


StatusHati: Susah hati bila anak-anak tidak sihat.


Saturday, October 7, 2017

Personal Coaching


Petang tadi aku bersama dua orang lagi rakan menghadiri latihan ping pong. Belajar basic je dulu belum advance lagi. Belajar memahirkan diri bermain dengan skill yang betul bukan main-main macam yang biasa aku buat.


Sedikit teguran yang aku terima:
'Hari ni tak sebagus minggu lepas. Minggu lepas main ok, minggu ni tak berapa ok. Tapi takpe.. buat mana yang boleh.'

Ini merujuk keadaan aku.. kurang baik untuk bermain Spin Ball disebabkan keadaan pinggang aku. Main setakat yang boleh. Sedikit kecewa aku rasa.😦😦

Send video pada en. Hubby pun dapat komen yang  sama tapi lagi telus komennya takde nak jaga hati langsung.. kahkahkah..

#PersonalCoaching
#PingPong
#MakBudak a.k.a #RemajaPurba


StatusHati: Berdebar-debar nak tunggu minggu depan..


Thursday, October 5, 2017

Berita kematian yang aku terima



'Kita hanya merancang, DIA yang menentukan.'

Pagi semalam:
Ketika aku baru tiba di hospital atas tujuan Fisioterapi, pengasuh call sambil menangis. Apa yang terlintas di kepala, pengasuh sakit ke sebab beliau kata tak boleh jaga dak Nuha hari ni.

Bila dapat tahu kisah sebenar.. terkejut dah tentu.. Inna Lillahi wa inna ilaihi roji'un.. berita kematian yang aku terima. Adik ipar pengasuh rupanya.

Selesai urusan aku di hospital + di tempat kerja, terus aku balik rumah. Lepas Zohor arwah di bawa balik dari hospital - dimandikan + dikapankan dan seterusnya di bawa ke masjid untuk disembahyangkan.. seterusnya dikebumikan.

Moga keluarga adik pengasuh kuat + tabah hendakNYA dan moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan soleh. Al-Fatihah.

'DariNYA kita datang.. KepadaNYA kita kembali'



StatusHati: Bertabahlah wahai  hati..



Tuesday, October 3, 2017

Hangatnya seorang lelaki bernama Zul Ariffin


Haaa... ni semua gara-gara salah satu posting dari seorang rakanku di FB beliau berkenaan satu drama ni. Kalau tak sebabkan dia, aku tak terjebak layan drama melayu ni. Dahlah bukan minat aku nak layan drama leleh-leleh ni..

Kelmarin.. hampir setengah hari aku layan dari episode satu sampai 11. Semalam siap rakam dekat tv. Ha.. amik kau..!Sekali terjebak, ibarat dah ludah jilat balik. Tak minat drama melayu konon..


Gara-gara pelakon Zul Ariffin dalam drama #TitianCinta yang kini ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin - Khamis pukul 7 malam buat aku terasa nak minta #PenemanSepanjangHayat berbadan sasa sebegitu. Apalagi suara dan jambang tu. Alamak.. melting kejap.

Ok.. layankan aje. Habis drama ni nanti back to normal ye #MakBudak tapi harapnya en. Hubby bakal berbadan sasalah lepas ni.. hahaha..


Anyway.. tahniah buat Farah Dalina di atas kelahiran baby boy baru-baru ni. Selamat berpantang dan selamat kembali #PerasanSlim. Sekali lagi nak bagitahu.. sebabkan you.. ai terjebak.. kakahkah..



Tak sabar nak tonton filem #Tombiruo lakonan Zul Ariffin.

Sumber en. Google.


StatusHati: Senyum sengih je kebelakangan ni.. kahkahkah..



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...