Followers Remaja Purba

Saturday, December 31, 2016

Apakah hasil disebalik azam 2016?


Dulu..
Masa zaman Budak Purba..
Asal nak masuk awal tahun je mesti berazam itulah.. berazam inilah.. yang mana pengakhirannya tak jadi apa..


Kemudian..
Masuk je zaman Remaja Purba..
Keinginan nak menguruskan badan tersemat di hati. Berkobar-kobar.. memuncak-muncak nafsu semangat jadinya. TAPI.. azam hanya tinggal azam. Mengembang bagai kuih pau kembang sedang dimasak waktu itu..


Kini..
Dah masuk zaman Mak Budak ni..
Tak usah cakaplah, aku mampu terliur melihat orang lain slim cantik elok terletak body dia. Aku..? Chef Hubby dah bagi hint pun tapi aku masih lagi tak sedar diri.


Akhirnya..
Pada Januari 2015.. setahun yang lepas..
Semangat membara.. dari puncak ingin ke angkasa. Dibantu oleh #GengMentalku, aku memulakan misi kuruskan badan secara sihat walafiat..


Alhamdulillah..
Januari 2017 ni genaplah dua tahun jatuh bangun duduk baring dengan misi tersebut.
'Nak kurus senang, nak maintain tu yang susah.'

Sebab tu aku bosan menyampah bila ada yang berazam nak kurus.. habaq satu kampung.. tapi at the end tak jadi apa. Kau buat dulu.. buktikan dulu baru boleh pukul canang sekariah tempat hang tinggal.

TAPI..
Andai lepas ni ada yang nak tahu macam mana aku boleh berjaya, maaf cakap aku tak boleh share. Takut nanti ada yang cakap.. 'Jangan ikut cara dia diet nanti jatuh pengsan sampai masuk hospital.' Itu komen bagi mereka yang tak tahu kisah sebenar. 


Apa-apapun.. aku dah berjaya buktikan yang aku mampu maintain kan apa yang aku dah usahakan dalam masa dua tahun ni. Satu tempoh yang bukan sedikit habaq hang. 

DAN..
Penutup bagi Tahun 2016, dua kali pakej percutian semalaman dan 3 hari 2 malam yang diberikan khas oleh pihak hospital membuatkan aku tidak diberikan ruang untuk tidak makan seperti di SINI..


2017..
Walau kau akan muncul jua.. tapi aku takkan sesekali mengaku yang aku dah tua sebab aku tetap maintain sebagai Mak Budak a.k.a Remaja Purba sampai bila-bila. Kahkahkah.. nampak nau tak boleh terima kenyataan yang usia kau tu dah bertambah Mak Budak ooii..



StatusHati: Goodbye 2016.. Welcome 2017.. please be nice to me..



Friday, December 30, 2016

Jumaat terakhir dalam tahun 2016


Kisah pagi tadi:

Timbangan terakhir sebelum berakhir 2016..
Naik dah tentu sebab aku kena lupakan sementara #PerasanSlim sebelum ni.
Chef Hubby pulak senang hati melihat aku rajin menemani beliau makan walau hakikatnya beliau lagi banyak makan dari aku makan.. kihkihkih..
'Macam ni tak kuruslah abang kalau abang je yang makan..' Aku gelak je..

La ni..
Sejak kes warded tu, pola pemakanan aku masih tak banyak berubah, tetap berhati-hati. Risau tak muat segala baju yang ada ni tapi takdelah sampai tak makan langsung. Aku rasa, sama je situasi sebelum warded dengan selepas cuma buat masa ni macam aku cerita tadi, 'kena lupakan sementara #PerasanSlim' aku tu..


Timbul rasa menyesal timbang berat pagi tadi.. tumpul selera nak makan..



Kisah pagi semalam:

Hari Orientasi dak Kakak ke Tingkatan Satu.
Nampak nau anak Mak Budak dah remaja.. Mak Budak pulak dah semakin Remaja Purba. Tak boleh terima lagi beb bila budak sekolah panggil aku 'acik'. sobsobsob..


Bila berat naik, automatik pipi aku pun kembang semacam..


My anak dara.. dak Kakak..
Dulu mak dengan ayah uruskan persekolahan aku..
Sekarang, turn aku pulak..
'Hidup ini ibarat roda'



Jumaat terakhir dalam tahun 2016..
Ya!Allah..
Kau berikanlah kesihatan pada tahap yang terbaik kepada kami.
Kau permudahkanlah kami dalam menjalani rutin harian.
Kau murahkanlah rezeki kami seluas lautan dalam.
Kau kuatkanlah hati kami agar dijauhkan dari perkara yang tidak baik.

Ya!Allah..
Kau lindungilah.. Kau rahmatilah.. Kau berkatilah kedua ibubapa kami sebaiknya.
Aamiin ya Rabbal'alamin..



StatusHati: Maafkan aku andai ada yang terasa dengan kerenahku..


Thursday, December 29, 2016

Pengalaman Kali Pertama menaiki Bas Sani Ekspress


24 November 2016 (Khamis)
Kisah dah berhabuk baru nak share di sini..

Dak Nuha cukup suka kalau aku duduk rumah..
'Ibu tak payah pergi kerjalah..'
'Oh!Alangkah indah kalau ibu dapat macam tu Nuha.. InsyaAllah satu hari nanti..'


Pagi tersebut:
Memandangkan temujanji bersama pihak Perodua telah dibuat, maka bertunggu-tanggalah kami menunggu cikPutih dimanja dibelai dek pekerja Perodua.


Sementara itu..

Puas di pujuknya diayatnya aku untuk membawa pulang mainan yang ada di situ..


'Mana boleh Nuha, nanti orang lain pun nak main juga.'
'Mana ada.. hah!Mana ada..' sambil mata dia melilau melihat keliling.
Kebetulan pagi tersebut hanya dia sorang kanak-kanak riang yang ada..

Bila dah mula bosan dengan mainan yang tak seberapa tu, mulalah dia merengek ajak aku keluar.
'Ibu, jomlah kita keluar jalan-jalan.'
'Tunggulah sekejap lagi, mana ada kereta nak bawak Nuha jalan-jalan.'
'Bas kan ada.'
Kebetulan masa tu lalu sebuah bas.
'Bas tu kita tak boleh naik, itu bas kilang.'
Bila dah banyak kali dia berzikir dekat aku, 'yelah.. yelah.. kejap lagi kita naik bas ek.'
Huhuhu.. barulah dia senyap sekejap. Agaknya tengah membayangkan macam mana rasa naik bas. Aku pulak dah lama tak naik bas sejak adanya cikPutih dengan awek Hubby ni.


Penat duduk, diajaknya aku baring sama..
'Alahai Nuha.. ni bukan rumah sayang..'



Tengahari:
Selesai je urusan di Perodua, kami ke kedai aksesori kereta. Ketika sedang memilih apa yang berkenan, berhenti pulak sebuah bas Sani Ekspress di hadapan kedai yang kami singgah itu. Apalagi.. mulalah dak Nuha merengek nak naik bas tu. Kebetulan pakcik bas tu ada urusan berkaitan bas tersebut.


Mula-mula bergambar dari jauh je..


Bila aku suruh tanya sendiri dekat pakcik tu, tahu pulak malu.. tapi tangan aku ditarik-tariknya..


Akhirnya..
Langkah kanan sungguh dak Nuha..

Terus naik ke bahagian atas sambil lambai dekat Babah dia. Eleh.. jangan kata dak Nuha, Mak Budak pun teruja sebenarnya sebab itu pertama kali merasa naik bas Sani Ekspress..


Seronok dia dapat naik Sani Ekspress..
Terima kasih pada pakcik driver yang sudi bagi dak Nuha naik bas tersebut.


Balik rumah, punyalah bersemangat dia bercerita pada dak Kakak dengan dak Adik.
'Ibu pergi mana naik bas tu ibu?'
'Tak aci.. Nuha sorang je ibu bawak..'
Terpaksalah aku ceritakan hal yang sebenar. Mana taknya takde sorang di antara kami yang pernah merasa menggunakan perkhidmatan bas Sani Ekspress tersebut. Walhal selalu je aku buat lintas hormat depan tempat pengurusan di Jalan Haji Manan tu. Cantik.. Gah.. dengan warna merah putihnya itu..


StatusHati: Andai diberi peluang, tak payah jauh dapat naik pusing sampai Setia City Convention Centre pun cukuplah..



Tuesday, December 27, 2016

Trauma dan Kecemasan PPUM kali ketiga


19 Disember 2016 (Isnin)

Tarikh yang sepatutnya aku lapor diri selepas seminggu aku tidak dapat hadir bertugas ekoran peristiwa INI..

Namun.. pagi tersebut aku mengalani sakit pinggang yang teruk. En. Hubby pulak tak bagi pergi kerja tapi aku gagahkan juga dalam keadaan sakit tu. Aku hanya sempat 'tunjuk muka' di tempat kerja; kali ni tak mampu nak bertahan dah. Berjuraian airmata menahan sakit (dah lama sakit sebenarnya tapi Isnin tersebut dah sampai kemuncak yang aku tak boleh tak tahan).


Dibantu oleh anak buah tempat kerja, akhirnya aku di sini..
 Hampir seharian aku berada di hospital dipantau oleh doctor bertugas.


Terima kasih pada Muhaimin, K.Liza dan Amarr kerana menghantar dan mengambil aku di hospital waktu itu. Terima kasih tak terhingga buat kak Zai yang bertunggu-tangga menguruskan aku sepanjang aku di hospital. Jasa dan budi anda semua sangat dihargai.

Juga tak lupa terima kasih kepada En. Nik, Doctor Malek, Dr. Jia Ying, Staff Nurse dan semua yang terlibat di hospital. Minta maaf kerana telah menyusahkan anda semua.

Alhamdulillah.. selesai urusan di PPUM..
Ada kisah disebalik bantal tersebut hingga membuatkan dak Nuha menangis.
Nanti aku share..
 

Bila mak aku bercakap dengan menantunya..


Gelang kenangan..


Hari ni kembali bertugas selepas dua minggu 'direhatkan'. Moga tiada kes kecemasan berlaku ke atas diriku lagi hendakNYA.

StatusHati: Pada yang bertanya.. Luaran OK.. Dalaman.. moga semakin baik hendakNYA.

Thursday, December 22, 2016

Kenapa Ibu tak bagi Babah kahwin dua..?


Kisah sebelum supper tadi..

Dak Adik bertanya kepadaku:
'Ibu nak tanya satu soalan boleh ibu..?'
'Apa dia..' Jawabku.
'Kenapa Ibu tak bagi Babah kahwin dua..?'
😳🤔 Pergghhh.. soalan tajam menikam..

Respond Babah dia..
Boleh shake hand pulak dekat dak Adik sambil tergelak besar..


Haila Adik..
Nasib baiklah ibu dah selamat berhentikan kereta kat depan kedai makan ni dan nasib baiklah selera ibu tak terjejas nak supper tadi dik. Kalau ibu kau ni sentap, semua berlapar tak makan tadi dik sebab dan dan tu je ibu terus pandu kereta balik rumah.


StatusHati: Masih lagi dalam mood Cuti Sakit..


Wednesday, December 21, 2016

Tak Seronok Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng


Sebelum ni surprise ku menjadi seperti di SINI. Kali ni.. meh aku nak share sesuatu.

Kisah ni dah lama.. aku tonton hari pertama tayangan filem ni. Ini punca kenapa aku takde semangat nak share di sini..

Aku bukanlah kejam tak menyokong industri perfileman Malaysia. Kalau tak sokong.. takdenya aku sanggup berzikir dekat chef Hubby teman pergi beli tiket wayang. Hanya kerana aku ada masalah dengan perbankan online aku, maka kali ni tak dapat beli melalui online.

Aku beli di kaunter dua hari sebelum tayangan.. bayar tunai a.k.a cash lagi. 24 November 2016 (Khamis) sengaja kupilih, at least esoknya dorang ke sekolah sempatlah bercerita apa yang dorang tengok. Lepas tu dah cuti panjang tak jumpa dah kengkawan. Kononnya..




Bila tiba hari kejadian..
Nampak sangat kisah ni dah lama tapi tetap nak cerita jugak. Belum pernah berlaku dalam sejarah sepanjang aku menonton wayang (orang lain aku tak tahu), aku rasa teruk. Feeling bad orang kampung aku kata.

Macam mana boleh jadi double seat pulak dengan orang lain? Terencat mood aku nak tengok. Aku beli dekat kaunter.. yang orang tu beli online. How come boleh jadi macam ni..?

Dia siap pertahankan yang dia betul.. 'takkan kami nak tipu pulak'. Disebabkan rasa tak puas hati aku keluar dapatkan staff panggung wayang tersebut. Seat anak-anak semua takde masalah sebab deme semua duduk depan seat aku.. yang menjadi masalah seat aku!! Couple seat pulak tu..
#TakSeronok
#FilemUpinIpin


Bila staff panggung tu datang untuk selesaikan masalah dengan orang tersebut, aku dah duduk di seat tepi sekali sebab masa ni tayangan dah nak mula. Chef Hubby suruh aku sabar. Sudahnya dari ekor mata aku lihat dorang pindah tempat tapi aku tak berganjak dari tempat yang aku dah duduk tu. LUCKILY.. panggung tak penuh.. syukur Alhamdulillah banyak seat kosong masa tu. Cuba bayangkan kalau seat penuh..

Memang terencat mood nak tengok, separuh mood hilang dibuatnya. Dak Nuha pulak tak reti duduk diam, berdiri.. duduk.. berjalan.. ajak aku borak.. tu belum lagi kira diajaknya aku ke toilet. Nampak sangat filem genre macam ni belum mampu nak bagi dak Nuha terpaku depan kaca tv.

Nampak tak..? Pemandangan dari tepi bukan tengah..

Dari sumber my SIL yang duduk sebelah dorang, tiket dorang tu untuk tayangan malam kedua rupanya. Kau rasa..??!



Dari en. Google..
Filem animasi / `live action` Upin dan Ipin ini diarahkan oleh Erma Fatima dan dibintangi oleh Asyiela Putri (Upin & Ipin), Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak.

Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng merupakan karya animasi Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3 Dimensi (3D) dan lakonan hidup. Projek menelan belanja RM4 juta itu diterbitkan secara usaha sama antara Les Copaque Production dan KRU Studio. Filem arahan Erma Fatima dan Ainon Ariff itu menampilkan Asyiela Putri (suara asal Upin & Ipin) bersama Pelakon Wanita Terbaik Asia, Puteri Balqis. Turut membintangi naskhah berkenaan ialah Awie (Wings), Sara Ali, Gambit dan Remy Ishak. Saksikan filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 24 November 2016.


Komen anak-anak juga anak-anak buah:
Deme ingat semua watak dalam Upin & Ipin tu ada. Rupanya takde. Lagu yang ada dalam filem tu je mampu menarik perhatian deme..


Status Hati: Sistem serta teknik yang digunakan agak menarik dan cantik pada pandangan mata aku. 3/5 bintang aku berikan..


Tuesday, December 20, 2016

Sila keluarkan nama sendiri


Kisah asal di SINI..

Kesan jatuh pengsan Ahad minggu lepas masih jelas kelihatan. Itu belum lagi lidah yang cedera masih belum pulih.. 😦😦 Keadaan aku? Tak boleh tertekan tapi tekan keyboard ok boleh.. 😀

Sebahagian memori yang tertinggal.
Kesam lebam yang masih jelas kelihatan.
Dah macam sapu ubat kuning dekat mata rupanya.

Di Stroke & Neurology Ward.
Di katil inilah aku ditempatkan.

Doltor melihat bukti punca sebab aku pengsan.
Sesuatu yang bukan rahsia lagi.


Dalam pada itu, pada hari Sabtu lepas berlangsungnya Kejohanan Ping Pong Terbuka Berpasukan Wanita Melayu/Muslimah Malaysia yang diadakan di Dewan Umno Bahagian, Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Pembukaan Kejohanan Ping Pong ketika itu.

Inilah pertandingan yang aku tak dapat main.


'Urusetia.. mohon keluarkan nama dia selagi dia masih dalam treatment hospital'.
'Ai lah urusetia tu'.
'Sila keluarkan nama sendiri'.

Aku kena keluarkan nama sendiri dari senarai nama pemain. En. Hubby sendiri tak izinkan.

Itulah sebahagian kecil kenangan sepanjang minggu lepas. Seminggu aku cuti dan bersambung lagi minggu ini.

StatusHati: Moga diberikan kesembuhan terbaik hendakNYA.

Saturday, December 17, 2016

SDCard HP aku corrupt..!


Kisah tengah malam tadi:

SDCard HP aku corrupt.. 😯😦

Gedik gatal sangat usik folder dalam HP ni - Menggelabah jadinya.. ditambah pulak aku dalam keadaan separa mengantuk kesan pengambilan preskrepsi ubat doctor lagilah buat aku rasa tak tenang.

Dalam keadaan nak nangis tu, tiba-tiba muncul OneDrive di bucu atas kiri HP aku.

Ya!Allah.. Syukur Alhamdulillah. Baru teringat yang selama ni gambar-gambar disimpan di situ sebagai back up.

Maka.. takdelah rasa ralat/kecewa ya amat bila mana aku tengok gambar-gambar yang belum sempat aku save masih tersimpan elok dalam folder tersebut. Bukan sedikit gambar kenangan yang terdelete. Termasuklah gambar aku dimasukkan ke dalam hospital baru-baru ni. Kesemuanya belum di save kan lagi.


Moral of The Story:
Selepas selesai satu-satu event tu, segeralah copy dan simpan dalam satu folder lain. Dah copy lepas tu bawaklah cuci kat kedai gambar.. 😀😀😀


StatusHati: Tak boleh Stress.. Jangan bagi aku Stress..



Wednesday, December 14, 2016

3 Hari 2 Malam di Stroke & Neurology Ward


10 Disember 2016 - Ahad

Awal pagi tu aku dah mengadu pada Hubby yang aku rasa lain macam. Dua kali aku terasa begitu dan tak nafikan pagi tersebut aku terbaring lesu, pada aku mungkin disebabkan aku tak cukup tidur.

Waktu Hubby nak pergi kerja aku masih sedar lagi dan selepas tu aku hanya sedar ketika aku sampai di klinik. Allahuakbar..! al yang sama juga berlaku ke? Nampaknya kisah pengsan aku yang menyamai kisah aku pengsan di pejabat lebih kurang sebulan yang lepas.. di SINI..

Syukur anak-anak bijak apa patut mereka buat. Dak Adik ke rumah nenek saudara dapatkan bantuan sementara dak Kakak call Babah bagitahu ibu pengsan manakala dak Nuha menangis kat sebelah aku. Ini yang diceritakan oleh anak-anak.

Tak tunggu lama, bila mana klinik panel aku tak nak terima kes aku, berkebetulan Hubby sampai bawa balik ke rumah uruskan diri aku, kemudian kami terus ke Trauma dan Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). 

 Lebih detail kali ni di mana aku dimasukkan ke dalam Stroke & Neurology Ward.

 Hampir 4 botol air dimasukkan ke dalam badan.

 Ada hikmahnya bila cuti Hubby ditukarkan.
Penginapan 3 Hari 2 Malam yang ditaja.


Pertama kali buat diri aku, Dato' CEO datang melawat aku di hospital.

 My Dato' CEO.
'Saya tengok takde isi dah, tak usah diet dah lepas ni'.



Malam kedua kami dipindahkan ke bilik yang lebih privacy. Staff nurse hantarkan selimut pun kami tak sedar. Letih, tidak sedarkan diri. 



Kenapa aku berada di Stroke & Neurology Ward?

Kisah bila mana, pengsan kali pertama dan kedua ada saksi mengatakan yang aku terkena sedikit sawan. Ditambah buruk bila kali kedua aku pengsan ni, aku jatuh di atas lantai rumah di mana tepi kening dan bawah mata aku lebam - kesan hentakan tersebut. Paling teruk aku rasa bila lidah aku turut tercedera. Aku ingatkan sikit, rupanya teruk. Bayangkan kena gigit sampai tersiat kulit, begitulah keadaan aku. Sakit waktu nak mengunyah makanan.

Sempat buat ujian imbasan otak, sampai tertidur siap berdengkur. Temujanji akan datang aku kena buat rawatan MRI pula untuk check lebih detail bahagian kepala.

Bekalan ubat cukup untuk dua bulan until next appointment. Jangan mengelat!Kena makan disebabkan platelet darah merah aku rendah.

Nak baik kan..?
Nak sembuh kan..?
Dengar dan ikut arahan diberi..?
Buat sementara tak boleh diet.. tak boleh #perasanSlim..
Itulah sebahagian kecil kenangan penginapan di hospital.

StatusHati: Minggu depan baru masuk kerja..

Friday, December 9, 2016

Bila diri dijangkiti penyakit berjangkit


Banyak kisah yang aku terlepas nak update di sini sebenarnya.
Kisah percutian di Kuantan.. Gambang.. Cherating..
Kisah tak menarik menonton Upin Ipin Jeng Jeng Jeng..
Kisah musim cuti sekolah anak-anak..
Semua masih elok tersimpan dalam draft belum nak publish kan..
Kisah disebalik Best Dress.. oohhh.. yang ni dah publish.. kihkihkih..

Bila dah mula menaip, aku delete balik, lepas tu tu taip pulak ayat lain. Ah! Serabut pulak aku rasa.. Bila dah berulang-kali dok taip kemudian padam.. taip lagi, akhirnya padam terus. Itu yang lama tak berupdate..


Sekarang..
Dah masuk Disember..
Tak lama lagi Januari 2017..
Rasa macam tak puas nak bercuti..
Nak bercuti kena tunggu lampu hijau dari en. Hubby..
Kalau tak.. mereputlah dekat rumah..

Oh!Ye.. semalam aku ada masuk dua acara.. yang ni nanti aku share lain masa..
Rezeki anak-anak dapatlah nanti deme merasa pergi Farm in The City dekat Seri Kembangan nu tapi aku dah nampak dah sape yang excited lebih sekarang ni.. kahkahkah.. Maklumlah.. aku tak pernah merasa pergi lagi..

Bila dah masuk hujung tahun macam ni, paling tak best bila diri dijangkiti penyakit berjangkit.. Batuk, selesema.. dah mula menyerang aku tapi biarlah aku kena sekarang ni dari kena minggu depan sebab aku ada game di Kuala Selangor.

Itu jelah yang aku nak share buat masa ni..
Nanti aku update pasal kisah-kisah yang dekat atas tu.



StatusHati: Rindu awak.. sangat-sangat..



Wednesday, December 7, 2016

Majlis Glam & Bold 2016 di Hotel Hilton, Petaling Jaya


Jumaat lepas..

Satu majlis bertemakan Glam & Bold 2016 telah diadakan di Kristal Ballroom, Hotel Hilton Petaling Jaya. Sedari awal Dato CEO telah menghangatkan whatsapps dengan gambar-gambar pakaian yang menarik yang boleh dijadikan sumber inspirasi untuk majlis tersebut. Sudah pasti masing-masing tertarik dan teruja lebih-lebih lagi bila ada hadiah untuk pakaian tercantik. Siapa tak nak kan..

Buat diri aku.. ini memang rezeki aku.. berkebetulan my SIL tak sibuk dan dapat meluangkan masa untuk make over diri aku..

Kali pertama menang dengan berbusana merah pada Mei lepas seperti di SINI..
Kali ni pulak berbusana biru.. satu warna yang aku tak minat tapi sengaja memberikan kelainan dan kejutan buat majlis tersebut.. tak cantik tak apa.. yang penting aku happy..


Sebahagian kecil gambar kenangan pada majlis Glam & Bold minggu lepas..

Perasaan berdebar-debar usah cakaplah..
Teruja kita simpan tepi dulu.. tak nak kang frust menonggeng.


Sponsor by my SIL..
'Huntunglaahhh..'


Bersama sebahagian kecil yang turut sama melaram..


Sayang gambar ni gegar..
Dengan Dato CEO ni.. pergghhh...
Sebelum bergambar.. 'Maaf ye Dato saya pegang bahu.'


Dengan anak buah bahagian aku..


Bersama pemenang Best Outfit 2016


DAN..

Alhamdulillah..
Menjadi milik aku buat kali kedua berturut-turut..


Hasil sentuhan my SIL..


Kisah disebalik berbusana Merah di SINI..
Kedua-dua baju ni memang bawak tuah pada empunya badan..
Baju merah - waktu ni aku agak cengkung..
Baju biru - agak berisi lepas kes pengsan baru-baru ni..


Kepada yang berminat untuk mendapatkan khidmat my SIL bolehlah pm tepi.. aizamia28@gmail.com. Harga boleh runding..


StatusHati: Merasa jugak perasan jadi artis berjalan di atas red carpet.. kihkihkih..



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...