Followers Remaja Purba

Monday, November 28, 2016

FOX Movies Awesome Weekend and Home & Living Exhibition


Tengahari semalam..
En. Hubby mempelawa aku  makan tengahari di Setia City Convention Centre gara-gara aku teringin nak makan dim sum di situ. Ku ajak sekali SIL dan her family join together..


Maaf tiada gambar makanan.. aku lupa sebenarnya..
Malu pun ye sebab terasa diri jadi perhatian.. kihkihkih..


Dak Nuha yang beria nak guna chopstick..
Dak Kakak yang pro guna menda alah ni.. aku biasa je,  malas nak tunjuk skill..


Anak-anak sukalah sebab menu berunsurkan udang..


Alhamdulillah.. selesai makan.. kita buat terapi minda pulak..

Perfect Livestyle '16..
Home & Living Exhibition at Setia City Convention Centre, Setia Alam


Shuttle service disediakan untuk ke tempat tujuan..


Gambar kat dalam tu, tak perlu kot.. biasalah Home & Living Exhibition..


Pemandangan yang mengadap Setia City Mall..


Nun di sana.. ada event menarik yang pasti anak-anak gedik nak join..
Kali ni event oleh ATRO.. FOX Movies Awesome Weekend di Dataran Setia City Mall

Di tepi padang.. aku terjumpa ini.. tercacak elok..
Mungkinkah petua deme untuk elak dari hujan turun..?



Dalam booth Dutch Lady..

Budak penggeli.. tak boleh selipar basah atau kotor..

Masa ni kami enjoy lagi.. tak ramai orang..


Budak berbaju merah sebelah dak Nuha tu agak 'garang' dengan dak Nuha..
'Dik.. kalau rasa tak selesa jangan main..'


Awalnya takde siapa pun yang hairan dan teruja apa yang abam tu buat..
Aku puas bergambar bila belon air tu berterbangan di udara..


Air sabun tu habis, selamba dak Nuha p mintak..


Dah puas main.. sebelum balik..
Dekat pintu masuk Setia City Convention Centre..
Terima kasih ye pada walau siapa pemilik motorsikal ini..


StatusHati: Tak sabar nak bercuti.. moga apa yang dirancang berjalan dengan baik hendakNYA..



Wednesday, November 23, 2016

SK Brinchang, Cameron Highlands, Pahang


Malam semalam..
Dak Nuha sibuk bertanya ke mana perginya dak Adik..
'Ibu.. Ammar mana Ibu. Nape Ammar tak balik? Ammar tidur mana ibu..?'


Dak Adik takde sejak kelmarin kerana terpilih bagi Program Pembangunan Sukan Bola Sepak anjuran pihak sekolah beliau di SK Brinchang, Cameron Highlands. Dak Adik bersama 35 orang murid dan 10 orang guru dan jurulatih turut serta ke sana. Tiga hari dua malamlah dia di sana. Untunglah dik.. ibu dulu nak pergi mandi Sungai Congkak anjuran pihak sekolah pun mak ibu tak bagi.. 😢😢


Ni jangan kata Babah dengan Ibu tak payung ye dik. Sebelum ni dak Kakak dapat pergi Legoland, kali ni turn dak Adik pulak. Dak Nuha..?? Tengok tahun depan ke mana sekolahnya nak bawa jalan-jalan..


DAN..
Aku syak pinggang aku sakit sebab dah lama tak dapat gedik santai atas katil bilik hotellah agaknya..😆 'Babah tak nak bawak ibu pergi jalan-jalan a.k.a Honeymoon ke..?' Wakakaka..


StatusHati: Pada yang bertanya.. Fisioterapi semalam berkaitan dengan pinggang aku..



Tuesday, November 22, 2016

Menjalani Rawatan Fisioterapi di Hospital



Pagi tadi aku menjalani rawatan fisioterapi di hospital dan untuk mengelakkan dari 'sesuatu' berlaku, aku perlukan sumber tenaga yang cukup. Menikmati makanan berlatarbelakangkan ruang parking hospital. Terima kasih ye en. Hubby bekalkan sarapan ni..


Makan sikit sebab tengah menahan sakit..


 Menunggu di ruang yang terhad..


Kali ketiga aku ke sini..




StatusHati: Sakit yang bukan sedikit aku hadapi sekarang..



Monday, November 21, 2016

Degil.. Ketegaq.. Tak nak dengar cakap



Lama dah rupanya kuabaikan si dia.



Bukan sebab dapat gading bertuah tapi larangan bermain pernah dikeluarkan sebelum ini.. maka tersadai tanpa dibelai mesra.
Peluang yang datang takkan kulepaskan walau ada bantahan tidak mahu aku aktif kembali. Bukan sebab BAKAL pengsan lagi tapi kesihatan aku yang kurang memberangsangkan..

InsyaAllah.. doakan team aku sihat dan kuat untuk game Disember nanti.
Moga semuanya nanti akan berjalan dengan baik.
InsyaAllah.. amin..


StatusHati: Degil.. ketegaq.. tak nak dengar cakap.


Thursday, November 17, 2016

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016


Pagi tadi, pukul 10 am keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan.  Tipulah kalau aku rasa tak berdebar-debar. Bila dah tahu result dak Kakak pagi tadi..

'Dia dah buat yang terbaik. Syukur jugak dia dapat habiskan peperiksaan.' Itu kata en. Hubby bila aku share keputusan dak Kakak.

Tengahari, dak Kakak balik sekolah, dia telefon aku..
'Ibu jangan marah kakak ye..' Aduhai sayu rasa hati ni tapi aku tak bagi apa-apa reaksi, sengaja bagi gempak dekat dia.. hehehe..

Alhamdulillah.. Buat dak Kakak. Ibu terima apa jua keputusan yang kakak dapat. Ini baru permulaan perjalanan pembelajaranmu kakak. Masih jauh lagi perjalanan kakak yang kakak akan tempuhi. Tahniah kakak walau tak sehebat orang lain tapi Kakak dah berusaha yang terbaik.

Ibu nak kakak lebih berusaha pada masa depan untuk bagi lebih baik lagi. Kakak mampu buat cuma kena lebih berusaha. Lagipun en. Hubby dah pesan jangan dimarah anak tu kalau tak dapat 6A. Ini bukan pengakhiran pembelajaran dia.


StatusHati: Sebak sebab result dia lebih baik dari trial. syukur Alhamdulillah..


Tuesday, November 15, 2016

Bau perfume itu


Bau perfume boleh mengingatkan kita dekat seseorang kan..? 👀👀👀

Ni bukan teringat dah.. terkenang terus..
Silap-silap scroll terus carik nama dia tanya khabar..
Hi hi bye bye.. itu kalau dia masih guna no. yang sama lah..


StatusHati: Romeo India November Delta Uniform awak..



Monday, November 14, 2016

Dada dak Adik lebam dicubit cikgu


Kisah balik sekolah petang Jumaat lepas..

Adik.. apsal dada Adik lebam, cikgu cubit ke?
Ammar tak buat apa-apa, kawan Ammar buat salah tiba-tiba Ammar yang kena.
Iye ke bukan salah Adik..?
Betullah Ibu.. Ammar tak tipu..
 
Aku bukan tak nak percaya kata dak Adik sebab aku tahu nakal dia macam mana. Lagipun lebam tu pun bukan teruk mana, sikit je dekat dada dak Adik.Sempat ku titipkan pesanan buat dak Adik..
'Lain kali cakap dekat cikgu, kalau cikgu nak cubit jangan cubit kat tepi tetek adik, suruh cikgu cubit je dekat lengan adik.'
Bengang dak Adik sebab dia masih pertahankan yang dia tak bersalah.


Teringat kenangan zaman sekolah dulu; Sebahagian kecil denda yang aku kena masa tu.. ketuk-ketampi, kena cubit, buku sekolah kena lempar, berdiri luar kelas, berdiri atas meja/kerusi, kena rotan dengan pembaris besi. TAPI paling ohsem aku kena denda adalah lari keliling padang tengah panas pakai uniform pengawas.. perrghhhh.. malu seh.. sebab pakwe cinta monyet pun turut tengok masa tu.. kahkahkah..

Balik sekolah mengadu dekat mak..?
Tu namanya sengaja tempah bala.. dah elok kena denda yang tak seberapa dekat sekolah, sila-silap dekat rumah kena rotan satu badan. Baik senyap jangan mengadu. Itu lagi selamat.. hehehe..


Apa-apapun terima kasih pada cikgu/ustaz/ustazah yang mengajar aku dulu, begitu juga dengan anak-anak aku. Halalkan ilmu yang cikgu/ustaz/ustazah ajar tu ye..


StatusHati: Syukur anak-anak aku bukan dalam kategori MANJA.




Saturday, November 12, 2016

Syukur banyak-banyak!


Kita dianjurkan dalam Islam ---> Muhasabah Diri..

Sebelum tidur cuba fikir berapa banyak sumbangan aku kepada isteri aku?
Isteri pula cuba fikir berapa banyak yang aku bahaskan suami aku hari ni?
Bukan bahan tapi dibahaskan. Setiap hujah tak diterima dengan semudah itu. Ada je jawapan dia.. sebab hobi orang perempuan di rumah suka berceramah walau takde tajuk.
#SyamsulDebat

Orang lelaki bila dekat luar kemain lagi. Terus jadi Transformers - berubah bila dapat jumpa kawan. Hidup nyawa dia! Tapi bila sampai dekat rumah tetiba koma. Bukan noktah.. noktah tu mati terus tapi dia koma!
KUOTA PERKATAAN DAH HABIS bila dekat rumah! 😎😎😎


Allah S.W.T yang telah tentukan pasangan kita dari kalangan jenis kita sendiri. DIA juga yang beri kesempurnaan kepada kita yang tak sempurna..


StatusHati: Apa yang ada bersyukurlah! Syukur banyak-banyak..


Friday, November 11, 2016

Ibu.. siapa pegang bunga sebelah babah tu..?


Dak Nuha jarang dapat tengok gambar aku masa zaman aku gebu gebas dulu.
Bila sesekali kutunjukkan gambar lama, tak terjangkau dek fikiran soalan dari dia dibuatnya..


Macam kisah yang ini..

Nuha: Ibu.. siapa pegang bunga sebelah babah tu..?
Aku: eerrrr.. mana..?
Nuha: Ni lah ibu..
Sambil tunjuk gambar atas pelamin pakai baju pengantin..
Dalam hati.. fuh.. suspen sungguh dak Nuha ni..


Gambar kiri kisah asal di SINI..


Kisah kedua pulak..
Nuha: Ibu.. ni siapa..?
Aku: Ni ibulah..
Nuha: Bukanlah.. ni auntie Sue.. kawan ibu..
Okey.. nak nangis ke nak gelak ni..
Beza sangat ke aku dulu dengan aku sekarang sampai dak Nuha tak cam gambar aku.. ibunya..


Maafkan ai ye Sue Lalink.. beria dia nafikan itu ai.. ibunya.. huhuhu..
 Kisah asal gambar di atas di SINI..




DAN..




Gambar kiri sebelum.. Gambar kanan selepas #perasanSlim
 Dan terkini lagi slim dari #perasanSlim.. sila jangan bayangkan..



Dengar.. baca.. lihat kejayaan orang lain memang teruja tapi semuanya bergantung pada semangat dan usaha diri sendiri sebenarnya DAN nak maintain tu bukan satu usaha yang sedikit telah aku lakukan.

Alhamdulillah aku berjaya melakukannya.. CUMA.. kes aku pengsan hingga dikejarkan ke hospital tu bukan sebab diet extreme tapi faktor kurang rehat + aktif bersukan..


StatusHati: Akan kuusahakan agar lebih #perasanSlim lagi..



Monday, November 7, 2016

Faktor kurangnya rehat + aktif bersukan


12 Hari dah berlalu..
Kes aku pengsan di tempat kerja hingga terpaksa dikejarkan ke Hospital.

Kenapa jadi macam tu..?

Sebelum ni.. umum mengetahui aku mengamalkan diet dalam pemakanan harian dan bukan baru sebulan dua tapi sejak tahun lepas lagi. Namun apa yang berlaku kali ni disebabkan faktor kurangnya rehat + aktif bersukan (tak beringat - kononnya diri kuat).. hingga menimbulkan isu panik dan risau banyak pihak.


Episod tersebut bermula apabila..
Pada hari kejadian, dari pagi aku terasa macam nak pitam, nak muntah dan seolah-olah oksigen tak sampai dekat otak (4 kali aku kena serangan tersebut sebenarnya). Sebelum ni aku tak pernah alami situasi macam tu, memburukkan lagi keadaan akhirnya aku tumbang tak sedarkan diri.

Kejadian berlaku waktu aku nak balik kerja dan Alhamdulillah syukur kepadaNYA kejadian tidak berlaku waktu tengah memandu. Lebih setengah jam aku tidak sedarkan diri. Dalam keadaan mamai, terkejut tengok kenapa ramai mengelilingi aku. Malu usah cakaplah.. tambahan pulak tak pernah berlaku dalam sejarah hidup aku.. 

Dari penceritaan semula oleh rakan-rakan di tempat kerja, memang masing-masing panik, takut dan kelam-kabut dengan keadaan aku waktu tersebut. Siapa tak takut, tambah-tambah lagi hingga kena kejarkan ke hospital.. 

Sebahagian Gambar Kecemasan..
 
 
Aku tak ingat aku jawab panggilan siapa masa ni.. masih dalam keadaan mamai..
 
 
Biasa tengok, kali ni sendiri merasa naik ambulance..


En. Hubby yang jauh sampai dulu..
Entah berapa laju beliau pandu ke hospital agaknya..
Nampaklah muka cuak dan risau beliau tu..

 
Mamai..


Merasalah tidur semalaman di Wad Pemulihan Trauma dan Kecemasan..
Terima kasih pada nenek dan atok sedara yang jaga anak-anak di rumah..


 Tulang je takde isi..

 Petang.. selepas keluar dari hospital..
Menemankan en. Hubby makan..

 Dua hari selepas kejadian.. ambil suntikan tahan sakit sebab sakit pinggang teruk..


Pengajaran disebalik peristiwa..
Sepanjang minggu ni baik waktu sarapan pagi mahupun makan tengahari, dah ada skuad pemantau yang akan memantau tak bagi aku skip meals. No diet please..!!

Bak kata en. Hubby..
'G la makan.. Tapi kalau nak Naik ambulance x yah la makan..'

Kesan ke atas diri aku..??
Kesan jangka pendek: Perut aku dah muncit 😢😢😢
Kesan jangka panjang: Jagalah kesihatan ye Mak Budak.. jangan buat orang lain risau lagi..


Friday, November 4, 2016

Dah jadi macam ni masih lagi nak nafikan..?


Bila orang cakap dah tinggal rangka tak percaya..
Dah jadi macam ni masih lagi nak nafikan..?
Tulang je takde isi.. jalan pun melayang ditiup angin..
😭😭😭😭😭
#SerikSekejap..
#LupakanSekejapPerasanSlim..
#SekarangMakanPunAdaSkuadPemantau..


Tu belum tengok tulang rusuk.. boleh nangis beb..



 
StatusHati: Alhamdulillah aku semakin beransur baik dari kejadian minggu lepas..


Wednesday, November 2, 2016

Disebalik Perlawanan #4Penjuru Oktober 2016


Sebahagian kecil kisah disebalik Perlawanan #4Penjuru yang aku sertai pada 21 hingga 23 Oktober 2016 lepas. Kisah awal boleh tengok di SINI..

Sehari sebelum perlawanan baru terkial-kial yang work out kononnya..


21 Oktober 2016 (Jumaat)
 
Futsal #4Penjuru di Dato' Lee Chong Wei Sports Centre.

'Ya!Allah Ya!Tuhanku, kami main futsal #4Penjuru ini untuk menang menjadi juara.. amin..



Alhamdulillah.. rezeki  memang berpihak kepada kami.
JUARA buat kali kedua berturut-turut bagi team Futsal wanita.


22 Oktober 2016 (Sabtu)

Berdebar-debar..
Jauh disudut hati.. siapa tak nak bergelar juara kan..


Tahniah buat semua pemain walau tak dapat mengulangi kejuaraan sebelum ini.
Hanya NAIB JUARA menjadi milik kita.


23 Oktober 2016 (Ahad)

last day #4Penjuru
Bukan basketball tapi netball..

Gaya aku kemain tapi main cuma separuh masa perlawanan pertama je..
Lepas tu kawan-kawan yang lain take over sebab aku tak berani ambil risiko..
Masa ni aku dah rasa sakit pinggang..


Tahniah buat myTeam..
Bergelar JUARA buat kali kedua berturut-turut..


Tepi padang bola sepak..


Tahniah buat semua..
Walau ada yang tak berkesempatan nak berlatih bersama (akulah tu).. tapi dengan sokongan dan komitmen semua, akhirnya kita berjaya mengungguli carta..

Tak kumenduga.. sesuatu berlaku ke atas diriku selepas beberapa hari berakhirnya Perlawanan #4Penjuru tersebut. Seriau aku mendengar rakan-rakan bercerita kejadian yang menimpa ke atas diriku. Kisah awal di SINI..


StatusHati: Beringatlah.. berhati-hatilah ye lepas ni Mak Budak..



Tuesday, November 1, 2016

Tak ku sangka itu petanda rupanya..



Keranamu minyak..
Kelmarin dah kena sekali dekat jari tangan..
Semalam kena pulak dekat kaki..
Tak ku sangka itu petanda rupanya..
Percikan harga minyak yang melonjak naik..
😂😂😂😂😂


StatusHati: Susah hati..!


Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...