Followers Remaja Purba

Thursday, February 28, 2013

4.30 pagi.. apa dibuek eh daro..?



  • Akibat keletihan.. aku tidur tak sedar diri dalam keadaan pintu rumah tak berkunci..
  • Dengan alasan.. tidurkan dulu dak Nuha.. sementara nak tunggu baju siap dicuci dan nak sidailah kononnya..
  • Rupa-rupanya.. dengan aku sekali hanyut..
  • Bila dah pagi.. sayup-sayup sedar bunyi bising..
  • Rupa-rupanya dak Nuha dah bangun.. ---> bukan nak kejutkan ibu Nuha ni..
  • Masa ni baru teringat yang aku tak kunci pintu..
  • Terus bangun intai kat luar rumah.. tengok ada tak yang mencurigakan.. syukur.. takde pape..
  • Dari depan sampai belakang rumah aku pasang lampu.. kihkihkih.. ala-ala seram pulak..
  • Dalam masa yang sama, aku sibuk sidai baju.. dak Nuha pun join sekali..
  • Habis comot-momot dia tolong 'bersihkan' cik putih..
  • Semakin bijak dia sekarang.. dah pandai bukak pintu grill rumah.. sudahnya dia temankan aku kat luar rumah.. Hilang sikit rasa cuak aku.. hikhikhik..


psstt: Lain kali sila kunci pintu rumah ye mak budak..



Wednesday, February 27, 2013

Layankan aje..



  • Migrain..
  • Ubatnya ---> Layan blog..??


psstt: Tekak teringin sesuatu yang masam..

psstt lagi: Sila jangan fikir apa-apa..

last psstt: Mak budak sekadar teringin.. ekekeke..

Tuesday, February 26, 2013

Ingatkan hanya semalam..


  • Tapi.. merebak hingga ke hari ni..
  • Line masih belum ok nampaknya.. kalau setakat tak dapat hadap blog aku boleh sabar lagi..
  • Tapi.. bila sampai tahap melibatkan kerja.. jangan kata gelisah.. hati tak tenang jadinya..
  • Kejap 'unplugged'.. kejap 'connect'..


psstt: Pagi ni buat pertama kali aku masuk mesyuarat bahagian baru aku..

psstt lagi: Petang nanti pun hadap mesyuarat jugak..

last psstt: ...



Thursday, February 21, 2013

Semalam sesak teruk.. Korang pun kena..??



  • Semalam aku balik lewat---> tunggu hubby balik dari outstation..
  • Sampai rumah dah malam.. Kira luarbiasa dari kebiasaanlah..
  • Kesian tengok wajah kepenatan dak Kakak..
  • Dak Adik macam biasa ---> 'ibu.. babah balik tak..' ---> soalan yang sama setiap hari..
  • Dak Nuha.. baru lepas minum susu.. nampak aku.. segar bugar jadinya dia.. nampak babah dia lagi lincah aksi dia..
  • Memang terhad sangat-sangat masa dengan dorang malam tadi.. tak macam biasa.. ralat rasanya..


psstt: Wah.. seronoklah dak Kakak.. dak Adik.. dak Nuha.. babah dorang ada..

psstt lagi.. Wah.. untunglah aku.. CHEF hubby ada.. wakakaka..

last psstt: Hubby cuti sakit sebab sakit mata..



Wednesday, February 20, 2013

Sarapan di mana..


  • Menu: Nasi putih + sambal sardin + telur goreng ---> bawak dari rumah..
  • Tu tak masuk lagi karipap yang aku beli kat Shell Subang (dah lama tak makan sejak mengandungkan dak Nuha dulu..)
  • Harga boleh tahan mahal tapi takpelah sesekali layan..
  • Kat office.. teringin pulak nak minum milo panas ---> tak beli tapi aku buat sendiri kat pantry.. baru puas hati nak letak berapa banyak milo yang aku nak..
  • Aku jarang minum air manis.. tapi takpelah sesekali.. nanti aku minum banyak-banyak air masak..
  • Alhamdulillah.. syukur dengan nikmat yang diberikanNYA..



psstt: Kebelakangan ni, asyik mengunyah je.. lapar je perut ni.. ---> berat pun makin bertambah dengan jayanya..



Tuesday, February 19, 2013

Ketaklaratan melanda diri..


  • CNY lepas aku ke Teratak Riverview.. percutian yang memang happening.. best.. best.. best..
  • Masuk kerja berkursus pulak 2 hari..
  • Kesihatan pulak sehingga entry ni di publish masih belum baik sepenuhnya..
  • Kesudahannya ---> blog pun turut 'tak sihat'..
  • Idea nak update ---> lesu semacam..


psstt: Tak larat.......................



    Monday, February 18, 2013

    CNY di Teratak Riverview, Perak (last part)


    Hari ketiga.. rasa sekejap je masa berlalu..


    burung ni yang buat malam kitorang tak lena tidur..
    rasa setiap jam dia berbunyi.. kluk.. kluk.. kluk..


    my Nuha..

    Aktiviti memasak makanan..
    dalam erti kata lain nak bagi habis.. takmo bawak balik rumah balance yang ada..


    Mandi puas-puas ye anak-anak..


    gambar dari Jambatan gantung..
    serius.. aku suka tengok balik gambar-gambar ni..

    bersama pemilik Teratak Riverview..
    memang sporting dan happening..


    sesi bergambar bersama geng PTT Geng Samurai dan family..



    psstt: 13 - 15 Februari 2013 aku berkursus di Bandar Tasik Selatan, K.L

    psstt lagi: Jumaat masuk kerja.. memang takdan nak jenguk jengah blog..

    last psstt: Sehingga ke hari ni aku masih dalam keadaan tak sihat..



    CNY di Teratak Riverview, Perak (Part 1)


    • Perjumpaan yang telah dirancang oleh PTT Geng Samurai (GS) hubby..
    • Dari awal hubby dah ingatkan, percutian kali ni tak tidur dalam bilik..
    • Teruja + tak sabar nak pergi walaupun sehari sebelum pergi aku dah start tak sihat..


    Percutian selamat 3 hari 2 malam
    (09 hingga 11 Februari 2013)

    psstt: Sila jangan sakit mata.. kerana terlampau banyak gambar.. ini pun dah habis pilih dari beratus keping yang ada.. maklumler penggunaan sepenuhnya NIKON.. hikhikhik..

    Kami sampai dulu..

    Masa ni tak ramai lagi pengunjung.. dah lewat petang penuh tempat parking ni.. memang ramai yang bercuti kat sini walaupun tempat ni jauh dari komunikasi luar.. hanya pada talian tertentu je ada line..
    Memang heaven sebab langsung tak dapat belek FB.. blog apatah lagi.. sebab takde line.. hahaha..

    Teruja tak sabar nak terjun ke dalam air tu..

    Tapak perkhemahan kami..
    Nampak tak dak kakak merajuk sebab tak dapat mandi sungai..
    Kitorang tak bagi sebab ahli kumpulan yang lain belum sampai lagi..

    Kebosanan dah melanda dak Kakak dengan dak Adik..

    mak budak pun turut sama..

    Sebahagian kecil Jabatan/Sekolah yang pernah membuat aktiviti di situ..

    Yeah.. akhirnya.. puas hati dorang dapat main air..



    Geng dah sampai..

    Maka.. pemasangan khemah dan yang berkaitan dilakukan..




    HARI KEDUA..

    Lepas sorang.. sorang kelek dak Nuha..
    Siap mandi sungai lagi..
    Alhamdulillah senang nak jaga.. memang tak banyak ragam dia..





    Menu utama: Nasi hujan panas bersama ayam masak merah ---> hari kedua..


    cantikkan pemandangan kat situ..



    Aktiviti ni pun aku join tau.. memang happening.. best.. best..


    Tapak perkhemahan kami.. (gambar dirakam dari atas jambatan gantung)


    penat dalam air.. atas darat pulak..

    suasana waktu malam..

    dak Nuha yang kepenatan.. nak tidur bila babah dia ada..





    psstt: bersambung...


    Thursday, February 7, 2013

    Majlis Penutup 2012..


    • Walaupun agak lewat tapi akhirnya terlaksana juga majlis penutup 2012 di office aku kelmarin..
    • Meriah dan happening.. ---> maaf tiada gambar selingan..
    • Terima kasih kepada warga BAKT dan BASK kerana bersama-sama menjayakan majlis ini..
    • Kita semua memang best.. lap u all lah..

    Acara kemuncak.. untuk bos dan warga yang diraikan..
     
    
    Pavlova yang memikat hati..
    tq bos yang membuatnya..
     
     
     
    psstt: Kalau selalu buat makan-makan macam ni, confirm boolat jadinya..
     
    

    Tuesday, February 5, 2013

    Perkarangan Karangkraf Shah Alam



    • 01 - 03 Februari 2013 lepas, berlangsung Karnival di Karangkraf Shah Alam..
    • Walaupun pada asalnya tersesat.. tapi akhirnya selamat sampai kat sini..
    • Hikmah disebalik sesatnya kitorang tu, tak perlu susah payah cari parking sebab pakcik guard tu bagi kitorang masuk parking kat dalam..
    • Wah.. heaven sekejap.. tak payah nak jalan jauh dengan kasut tak berapa tinggi tu..
    • Lepas dah daftar kad diskaun (dapat tiket ke Gambang..), tak pandang tempat lain dah walaupun banyak booth disediakan..

    • Member office aku tu tak tunggu aku dah.. geleng kepala aku.. aku yang beria nak pergi, dia yang terlebih beli..
    • Aku.. eemm.. dalam kepala dah set nak beli karya RAM.. tapi sayang novel yang aku nak tu, takde stok..


    Teruja menengoknya.. 

    Hasil dari rambang mata.. kalau boleh semuanya nak..
    Salah satu bakul tu adalah aku punya..


    Hari pertama, walau tak sesak mana tapi lenguh gak beratur masa nak membayar..

    • Masa nak balik.. lengang parking kat dalam tu..
    • Rupa-rupanya pakcik guard tu dah tak bagi masuk.. kira kami antara yang bertuahlah masa tu..
    • Nak sampai office.. wah. sesak teruk sekitar P.J.. luarbiasa teruknya.. mungkin sebab K.L cuti..




    psstt: Bagi orang pinjam.. ops.. aku dah jadi seorang yang kedekut.. semuanya disebabkan pengalaman ---> orang pinjam tak reti nak pulang..

    last psstt: Khamis ni bolehlah aku baca salah satu novel tu sambil tunggu 'cik putih' diservice nanti..




    Monday, February 4, 2013

    Lewat dari kebiasaan..


    • Pagi tadi aku lewat..
    • Takdelah kelam-kabut tapi stress + penat hadap jalam sesak bertemankan 'cik putih'..
    • Dari traffic light kat rumah ---> sesak..
    • Sebelum sampai tol Setia Alam sesak ---> ibubapa nak hantar anak-anak ke Sekolah Antarabangsa sebelum tol tu..
    • Masuk NKVE ---> kenderaan banyak..
    • Sampai tol Subang ---> Nak nangis rasanya.. sesak teruk..
    • Lepas susur Subang ---> sangkut pulak kat Federal.. ni dah jadi biasa..
    • Akhirnya.. selamat tiba di pejabat..
    • Rasa pagi ni aku menangis dalam hati akibat kelewatan tersebut..


    psstt: Kesimpulannya.. sila bangun awal.. kalau dah sedar.. jangan sambung tidur balik..---> lewat.. gara-gara dak Nuha meragam malam tadi.. dan aku keletihan tak cukup rehat..



    Friday, February 1, 2013

    Pelik.. Jalan lengang..?


    • Selamat menyambut Hari Wilayah pada yang menyambutnya..
    • Jalan agak lancar hari ni..
    • Kalau hari-hari macam ni, confirm tak huru-hara aku setiap hari..
    • Jangan kata aku.. orang lain pun mesti rileks santai je memandu pergi kerja.. ye dak..?
    • Best.. best.. tapi hari ni aku dengan pakwe aku 'cik putih..'
    • Kalau dengan awek hubby ni.. eeemmm.. usah ditanya.. hilang keayuan sekejap..
    • Dah lama rasanya tak gedik gatal dengan awek hubby tu.. *Mengeluh kejap..*


    psstt: dak Nuha sakit mata.. alahai.. kesian anak babah..


    Ingatan Purba

    The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...