Followers Remaja Purba

Saturday, February 25, 2012

Menjenguk rumah kedua

Assalamualaikum semua..

Terima kasih pada yang bertanya keadaan aku. Syukur demamku tak lama tapi baik dari demam mood nak jenguk rumah kedua ni terbengkalai sekejap, ditambah dengan kerja hakiki di pejabat dan rumah.

Pejam celik pejam celik tinggal lagi dua bulan untuk si kecik ni menjengah dan dak Kakak dan dak Adik tak sabar + teruja.. Asyik tanya bila nak keluar.. hehehe..

Persiapan masih belum lengkap sepenuhnya,insyaAllah sebelum aku semakin tak larat aku akan usahakan, nanti dah tak larat apa pun tak boleh..



Perlahan-lahan aku akan cuba ketuk pintu rumah korang ye..





psstt: semakin agresif si kecik ini..

psstt lagi: berat badan naik mendadak..

last psstt: kalau aku single, mahu ku join bowling dan futsal anjuran office aku.. :(

Thursday, February 2, 2012

Demam teruk

Kemuncak dari birthday aku baru-baru ni, aku dilanda demam selesema dan batuk yang teruk..


Ahad..
Mak sedara dan keluarga dari Melaka datang ke rumah sebab nak hantar anak daranya lapor diri di IPT di Kota Dam. Bawa pula buah rambutan dari kampung.. makan tak ingat aku.. gara-gara banyak makan rambutan terus jatuh sakit..


Isnin..
Sepatutnya aku bersama hubby hantar tapi sebab aku tak larat hanya hubby yang temankan urusan tersebut sementara aku uruskan anak-anak.

Namun demikian aku bersyukur sebab nenek dan jiran mengambil berat keadaan aku ketika itu. Terima kasih juga pada hubby sebab layan kerenah aku. Aku paksa diri uruskan anak-anak untuk ke sekolah.



DAN..
Kini aku di pejabat, berusaha untuk menyiapkan kerja yang tertunggak.. Moga segalanya berjalan dengan lancar..



psstt: Aku rasa taknak batuk sebab perut aku sakit bila batuk..


psstt lagi: Doktor bagi aku sehari je MC.. bagilah 2 hari, selamat cuti aku..


last psstt: Hujung minggu ni ada aktiviti.. moga cepatlah baik keadaan aku.. dan terima kasih pada yang wish birthday aku tempohari..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...