Followers Remaja Purba

Friday, July 30, 2010

aku geram aku stress

Aku tak suka nak cerita dalam blog pasal dia ni tapi aku nak luahkan jugak DAN kalaulah dia baca@terbaca blog aku ni, kalau dia tak reti dan tak faham juga, aku tak tahulah!

Kalau dua tiga bulan dulu aku boleh tahan dengan kerenah dia sebab aku tak tahu sikap+kerenah dia, yelah ibarat 'saya budak baru belajar' tapi makin lama @ lebih tepat sekarang makin buat aku seperti tajuk di atas.

Ye...itulah perasaan aku skrg!

Kalau dulu aku ok je datang kerja tapi sekarang CUTI diulang BERCUTI adalah lebih baik dari BEKERJA!

Keseronokan bekerja seolah hilang bila dia ada tapi apakan daya nak buat macam mana, nak tak nak, suka tak suka aku kena hadap jugak dia!

wahai hati.. sabarlah dikau.

Monday, July 26, 2010

xtvt di hujung minggu

25 JULAI 2010 (Ahad)

Hari ni best sikit sebab hubby setuju nak masak rendang daging, kalau tak, every week kari ikan, kari ikan. Tak pernahnya jemu hubby dan anak-anak.

Tengahari ikut hubby ke Sekinchan,kampung Along, ambil barang-barang motor (kes langgar motor hari tu) sebab tak muat dalam kereta Along.


Kawasan rumah yang dikelilingi sawah padi yang menghijau.


Model pokok padi.


Petang:
Sesi mengemas rumah, hubby baik hati pasang langsir dan kipas.

repair kereta

23 JULAI 2010 (Jumaat)

Aku lewat sampai di bengkel Along gara-gara lama sangat kat rumah pengasuh sampaikan hubby bising kenapa tak sampai-sampai lagi sedangkan dia dari utara dah lama sampai.

Di Bengkel Along:

miss Kelly sedang dibaikpulih


no. plate ni pecah sikit sebab anak-anakku nak jadi McGyver.


Penat menunggu, dekat sejam setengah.


Nota:
Kek untuk hubby tu di makan bersama dengan geng-geng along.

Friday, July 23, 2010

birthday hubby

Happy Birthday to you hubby, moga panjang umur, murah rezeki sihat selalu, amin.

Hadiah instant:



Nota:
Tempah khas dari T (BAI)

Thursday, July 22, 2010

oh! Miss Kelly

Masa kejadian:
Malam tadi di Jalan Iskandar - nak balik umah.


Kisahnya:
Hubby tak perasan motor tu nak masuk simpang rumah dia, tak sempat brek terus cium motor tu. Nak jadikan lagi best, hubby baru balik dari service aircond kereta.

Dipendekkan cerita:
Pakcik tu ok cuma motor pakcik tu hubby kenalah bayar kos repairnya.

miss Kelly:
Aku tengok dah macam kena cakar beruang kereta tu. Kemek teruk sebelah kanan pemandu. Duit lagi.

Tuesday, July 20, 2010

Zoo Melaka

18 Julai 2010 (Ahad)

Kali kedua aku sampai di sini. Dulu masa mengandungkan kakak Irah.

Pemandangan dari sudut hp ku.


7.30 am kami dah sampai depan sekolah kakak Irah.


Hampir sampai ke destinasi.


Sementara cikgu-cikgu uruskan diorang, aku dah masuk menjelajah ke dalam.


Harga tiket - dewasa.


Pemandangan dalam ZOO Melaka.


Redup belum hujan.


Seronok tengok kakak Irah bersama kawan-kawan.


Gajah dan anak buaya tembaga.


Begitulah pengalaman berjalan kaki di dalam Zoo Melaka sambil melayan kerenah ammar, yg penat - hubby sebab kena dukung dia.



Di rumah PakNgah aku di Pulau Sebang:


buah sentul.

Aku tengok buah ni banyak dah masak kat atas pokok, jadi aku ambil sikit bawa balik Meru. Dah lama tak makan buah ni sebenarnya tu yang teringin. Kitorang selamat sampai rumah dekat pukul 11 pm.

Friday, July 16, 2010

weekend ni

Sepatutnya macam biasa aku balik tapi hari ni hubby guna kereta dan lewat skit jadi ni yang layan blog sekejap.


Plan di hujung minggu ni:

Sekolah tadika anakku akan buat lawatan sambil belajar ke Zoo Melaka, InsyaAllah pagi Ahad ni kakak Irah akan turut serta (hari-hari asyik tanya bila boleh pergi Zoo), tahun lepas Zoo Negara. Sambil tu nanti bolehlah aku jenguk-jenguk kampung.


Moga perjalanan pergi dan balik selamat. Kalau tak sress nanti aku update blog.


Nota:
Kepada bos-bos kecikku, sekadar nak bagitahu, Isnin saya cuti lega sekejap tiada gangguan dan sekian, saya suka.

Tuesday, July 13, 2010

cuma cerita ringkas

11 Julai 2010 (Ahad)

Ayah jemput datang rumah makan + ambil durian sebab ayah baru balik dari kampung.


sedap ke dik?



Singgah beli ni, hubby yang nak sangat.


Cuci kereta, hubby bising kereta comot sangat tapi kereta hubby disebelah kereta hitam tu, bukan yang hitam tu ye.



Malam:
Cadang nak tidur awal tapi tertengok pula cerita ini.




Aku suka si Botak ni.

Thursday, July 1, 2010

tadi di PPUM

Pagi:
Bahagian Pemulihan Anggota Badan, PPUM. Rutin biasa.


Ada beberapa mainan yang digunakan untuk tangan ammar tu tapi aku berkenan kat 'dam' tu, macam best je. 'dik, bagi ibu jelah yangg main' hehehe...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...