Followers Remaja Purba

Tuesday, July 28, 2009

New Job after raya - alhamdulillah

28 JULAI 2009 (Selasa)

Dengan masalah pengurusan di tempat kerja rasanya tak salah kalau kita cari kerja lain kan? sampai bila hidup nak ditekan sedangkan elaun kena potong, mana boleh tahan mcam tu, dengan rungutan (bukan seorang tapi beberapa orang), rasanya elok cari kerja lain dan mungkin rezeki anak-anak, hubby dapat jawatan tersebut. Isnin ni hantar borang permohonan, elok sangatlah tu bang.

Actually hari ni baru jumpa hubby, dari Jumaat lepas hubby pergi Singapura. Rindu tapi malam ni hubby kena pergi ke Singapura semula.

Lepas office hour sempatlah makan nasi lemak kat kedai member hubby - dekat je tempat kerja hubby.




Tak sabar nak tunggu hujung minggu, hubby ada kat rumah lepas tu nak buat gotong-royong kawasan perumahan TDBi, mesti happening.

Friday, July 24, 2009

Bahagian Pemulihan Anggota Badan, PPUM

22 JULAI 2009 (Rabu)

Petang:
Ambil ammar kat rumah pengasuh untuk check up di Bahagian Pemulihan Anggota Badan, PPUM. Kebetulan ammar mood dia tak berapa ok sebab tak cukup tidur jadi meragamlah dia sepanjang sesi tu tapi aku yang excited nak main mainan yang disediakan untuk ammar.


Lily check tangan ammar.





Lepas dah settle di PPUM, aku singgah kejap kat bengkel kereta betulkan kedudukan lampu tinggi, bukan suluh jalan tapi suluh langit, kemudian ambil kakak terus balik rumah, dapatlah rehat lama sikit.

Thursday, July 23, 2009

Birthday hubby…

23 JULAI 2009 (Khamis)

Pukul 01:03:41 am dapat msg “sedih ar x wish pun dah la jauh”
Nak sedar macam mana, aku tidur lena, bangun pagi baru baca. Cadangnya nak tunggu petang baru wish, sesuailah sebab time tu hubby baru menjenguk dunia.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU… abg… dah tua dh ek… ekekeke…

Hadiah? uCkuplah abang dapat pergi luar negara tu.
Apa-apapun hepi besday to you… cepatlah balik Malaysia (macam jauh sangat)

Wednesday, July 22, 2009

Bakar lemang? tak sabar nak sambut raya ke?

18 JULAI 2009 (Sabtu)

Hubby sibuk uruskan rendang, kemudian hubby dengan team nya tu bakar lemang.

Malam:

Adik tak dan nak keluar dah tidur dulu, kakak sempat posing lagi sambil merengek-rengek nak keluar tapi aku umpan dia tengok cerita kartun



Akhirnya tidur juga sebab memang dia memang dah keletihan teramat


Aku keluar join diorang, takdelah beria2 sangat nak makan, cuma sibuk ambil gambar.


Tak sempat rehat pun hubby, terus pulun kerja


Lemang yang dibakar ada dalam 32 batang



Inilah antara team Mata Belalang, happy & ceria

Tuesday, July 21, 2009

Miss Kelly masuk ‘klinik’

18 JULAI 2009 (Sabtu)

Pagi:
Ammar kejutkan aku, tepuk-tepuk badan aku sambil mulut mengomel - “pah… pah…” dia tunjuk kat tilam dia, bukan air tumpah tapi dia dah piss piss atas tilam. Terus mandikan si kecik tu, kakak masih dalam selimut.

Memandangkan hari ni hubby sampai dari Singapura, aku siapkan bekal untuk anak-anak sebab nak hantar miss Kelly kat ‘klinik’ (kes accident hari tu), hubby suruh hantar sebelum pukul 10 am, Aku keluar rumah pun pukul 10 am.

Bengkel kereta tu sebelah office hubby je, sementara nak tunggu kereta tu siap, aku bertunggu-tangga kat office hubby, hubby smpai dekat kul 12 pm.


gambar selepas

Lepas settle, sampai je kat rumah, hubby dah mula sibuk nak bakar lemang. Nanti aku upload cerita pasal lemang tu.

Tuesday, July 14, 2009

Meeting AJK Pertama TDBi

12 JULAI 2009 (Ahad)

Malam:
Aku sempat gosok baju aku dan anak-anak untuk esok dan masih sempat tengok tv, rasa malas nak pergi, nak pulak hubby takde, meeting pukul 9 pm, setengah jam lepas tu baru mula. Aku je yang beria2 bawa pen & kertas sebab dah biasa macam tu kat office. 10.30 pm baru habis. Tapi yang tak syoknya aku kena buat minit mesyuarat (sedangkan setiausaha kedua ada masa tu)

Alasan: dah lama tinggalkan buat minit mesyuarat ni. Tak kisahlah. Nanti dah siap saya fwrdkn ye.

Monday, July 13, 2009

aku ke PPUM

10 JULAI 2009 (Jumaat)

Pagi:
Lepas hantar anak-anak ke rumah pengasuh aku terus pergi PPUM - sakit pinggang tak hilang-hilang lagi, patutnya hubby temankan aku tapi masih tersangkut di KLIA.

Lepas dah jumpa doctor, hubby pun sampai. Kali ni sakit pinggangku agak lama smpai dekat 2 minggu, dapat pula mc.

Ambil anak-anak, balik rumah.

Tuesday, July 7, 2009

Semalam accident

06 Julai 2009 (Isnin)

Petang:
balik kerja hantar hubby ke tempat kerja sebab malam ni outstation ke Singapura. Kemudian masa nak smpai kat traffic light Bukit Jelutong - 'ter' accident dengan WAJA. Aku panic sebab kakak Irah terdorong ke depan kena dashboard, ammar ok tapi dua-dua menangis, tapi masalahnya si Isa yang pandu, silap kitorang juga layan kakak dengan amar sampai tak perasan 'ter'hentam WAJA.

Dalam keadaan menggigil aku tengok keadaan kereta, terus call hubby, hubby ingat aku memain bila aku kata aku accident tapi nasib baik settle dekat situ dan terbang jugalah RM. Pakcik tu pun taknak buat police report sebab sikit je rosaknya, kereta pakcik tu calar sikit je tapi yang teruk keretaku lah - no. plate pecah, cover lampu signal pecah, bonet depan tertolak ke dalam impact dari hentaman.


keadaan miss Kelly ku.

Monday, July 6, 2009

Sabtu - BBQ

04 Julai 2009 (Sabtu)

Ni kes dah malas nak update blog dah nih.

Pagi:
Hubby pergi keje pukul 8am, sebelum tu, hubby belikan makanan untuk dimasak. Dah uruskan anak-anak dan sarapan kami duduk depan tv, maklumlah dah boleh tengok astro, takdelah bosan sangat. Lunch dengan anak-anak, aku lebih suka suapkan diorang, then aktiviti tidur.

Petang:
Hubby balik pukul 6 pm, anak-anak baru bangun tidur, keluar kejap beli barang untuk barbeque malam ni.

Malam:
Uruskan anak-anak dan tolong hubby sediakan bahan untuk barbeque


Acara barbeque bermula:
Aku tak berapa nak join sangat sebab pinggang aku belum baik lagi.


Inilah dia sebahagian dari Team Mata Belalang

Friday, July 3, 2009

mc sakit pinggang

02 JULAI 2009 (Khamis)

Pagi:
Hantar hubby – dekat pukul 9 am sampai off hubby sebab gerak lewat dari rumah, kemudian hantar ke rumah pengasuh sebab kakak Irah sekolah. Sempatlah aku pergi telaga cuci baju.

Dalam pada tu aku dapat sms dari hubby:
“abg takut sbnrnye awak tu cuti tapi tak pe la. Abg pun tak tau la nak pg mane” (11:53:33 am)

Petang:
Ambil anak-anak kemudian hubby terus balik rumah.

Malam:
Singgah makan kat kedai ‘akak’, pukul 10.30 pm baru sampai rumah. Hubby leka chit chat kat luar rumah, ada je Team Mata Belalang tu.

Makan ubat 2 set sebab nak bagi lena, xnak fkir sangat pasal sakit nih.

Wednesday, July 1, 2009

aku dpt mc lg - 2 hari, rekod!!

01 JULAI 2009 (Rabu)

Pagi:
Pagi ni pergi office pemaju ambil ‘cabutan tak bertuah’ – memang tak bertuah pun tapi dapat jugalah vouchers J.J RM150, nak beli apa ye?

Lepas hantar hubby ke tempat kerja, aku pergi klinik dan dapat mc 2 hari sebab pinggang sakit lagi.

Petang:
Ambil anak-anak terus tuju ke tempat kerja hubby sebab hubby nak balik sekali. Pukul 8.30 pm baru hubby sampai, hampir tertidur dalam kereta sebab letih sangat. Sampai rumah pun dah lewat dekat pukul 10 malam.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...