Followers Remaja Purba

Tuesday, June 30, 2009

exam KPSL, sakit pinggang

30 JUN 2009 (Selasa)

Hari ni aku kuatkan hati sebab ada exam KPSL pagi ni, mana tahu aku lulus. Sempatlah sampai office pukul 7.30 am, hubby yang hantar itupun sebab hubby takde outstation minggu ni, takdelah aku terkejar-kejar macam selalu. Exam aku di MAEPS, MARDI, Serdang.

Pinggang aku masih sakit. Aku jarang sangat kena sakit pinggan ni tapi bila sekali dah kena, sakitnya mencucuk-cucuk, kena kuatkan semangat je.

Monday, June 29, 2009

Majlis Suai Kenal Penduduk TDBi...

28 JUN 2009 (Ahad)

Malam…
Aku sedar pun sbb adik kejutkan aku… aduiiiyyaaiii lemahnye badan… dia paksa gak aku bangun sbb Has jiran sblh umah tunggu kat dpn pintu umah aku…. Eemmm… apalagi… terus terkam bilik air mandi… ngeh3x… sempoi je aku pakai mlm tu… yelah… t apa lak org kata… tp malu gak… sbb nmpk sgt aku baru lps mandi… dahler tu org dh ramai dtg tp sib baikler majlis tu lum mula lg… tunggu Ketua Kampung, Imam n wakil penduduk kg dtg meraikan kami...



Nih gambar masa majlis tu berlangsung… x byk pun amik gmbr sbb aku segan… yelah… aku sorang je yg beria2 amik gmbr… eemm… dorang malu2 lg tu… aku berani sbb hubby ada, klu x… ekekeke… alah.. aku amik pun sbb nak masukkn dlm blog nih…


Lepas selesai menjamu selera… maka bermulalah sesi pemilihan jawatankuasa penduduk TDBi… mmg menarik… happening… tp hubby berada di zon paling selamat sbb nama dia x dicalonkan.. ngeh3x… boleh pulak dorang x perasan… dh hbs jwtn utk lelaki baru dorang perasan…

- tp xpe… lan x kena bini lan ada…
- Aku…? Oh!Tidak..
- Apa nama bini kau lan…?
- Ntah…?
- Apa nama bini sndiri pun x tau…?
- xpe2… kitorang cari…
- ada yg tdo luar mlm nih t…
- hah! Lan hbsler kau tdo luar… hahahaha…


Jawatan...??? tu dia...

Timbalan Ketua Wanita… tinggiler jawatan tu aku rasa… huhuhu… terukler Team Mata Belalang nih.. dorang punye keje… aku takut sbb kat Taman nih aku n hubby yg paling muda… so rasanye x layak utk jawatan tu… napelh bg kat aku…

Dalam pada tu dorang dh mula utk acara seterusnye…. Mkn durian… aku mintk izin blah dulu…

- blh x ina blk dulu…
- wah mana blh larikn diri…
- x thn bau durian…
- hah!Lan… bini kau masuk jgn lak kau ikut skali… kau tunggu sini… hahaha…

sib baik dh nak hbs sesi pemilihan tu… n aku dh ada senarai lengkap nama semua… eemmm… sok lehler aku wat utk rujukan/simpanan aku…

Lewat mlm lps gosok baju, mandi… zzzzz… Otak jem nih, dahler selasa nih exam KPSL… x studi hape pun…

Esok keje…

Ahad... Zoo Negara...

28 JUN 2009 (Ahad)

Pagi… Aku dua urusan…
Satu: ada cabutan bertuah untuk semua penduduk TDBi.
Dua: Lawatan sambil belajar ke Zoo Negara.

Hubby minta aku uruskan kakak Irah, hubby uruskan pasal rumah tapi memang tak bertuahlah masa tu sebab S&P rumah takde, tertinggal kat office, kesian kat hubby.

Ok berbalik pada cerita ke Zoo Negara:

Kelam-kabut sikitlah sebab lewat bangun. Hantar kakak Irah ke sekolah, dia naik bas, aku follow guna kereta. Lepas hantar kakak Irah, aku ambil kakcik sebab dia pun nak ikut sama. Ini kali pertama aku lepaskan kakak Irah tanpa aku ikut sebelah dia.

On d way to Zoo Negara, kitorang ikut Mahameru, jalan sesak sebab ada International KL Marathon 2009, sampai di Zoo Negara pukul 9 lebih, aku terlewat sampai.

Harga masuk ke ZOO NEGARA:
RM15.00 – Dewasa (13 tahun ke atas)
RM6.00 – Kanak2 (3 tahun ke atas)

Kalau ke Zoo Negara, aku suka tengok pertunjukkan singa laut.




Kitorang lepak kat Zoo sampai tengahari, penat. Penat dukung ammar, dia malas nak jalan pun ye.


Makan time, lebih kurang macam KFC.


Masa nak balik:
Penjaga ular sawa promote ambil gambar dengan ular sawa dan kuda padi dia untuk RM20 2 keping, lepas tu extra lagi dapat ambil gambar guna camera sendiri. Kalau ikutkan tak boleh sebab kalau guna camera sendiri kena bayar RM10 untuk 3 keping gambar. Penjaga tu cakap kitorang memang kelakar & sporting, sporting sampai menggigil badan ambil gambar dengan ular sawa tu. Aku tak takut tapi geli dengan sisik ular tu.

tiada gambar sebab gambar blur.


Petang:
Smpai rumah pukul 4 lebih, siapkan makanan untuk kakak Irah Seronok sangat dari pagi tadi. Akku keletihan teramat tapi sempat basuh baju, kat depan rumah dah mula sibuk sebab malam ni ada majlis suai kenal/beramah mesra dengan penduduk TDBi tempat tinggal aku ni.

Thursday, June 25, 2009

Terserempak banyak kali dah

25 JUN 2009 (Khamis)


Lunch, keluar pergi beli barang, dalam perjalanan balik ke tempat kerja kami terserempak dengan trima kaseyyy Dato’ David Arumugam. Ironinya, k.GJa lah, sebab ni kali ketiga diulang kali ketiga terserempak.

Ini gambar masa kat Nobita (Giant) 29 Oktober 2007, Sue Azim, k.Yanz, masa ni aku baru habis pantang, k.Yanz lak yg buncit, tapi tak best sebab gambar aku k.Yanz ambil dia kasi gegar lak.

Ini pula kat depan RHB, P.J, tapi gambar k.Gja takde (02 November 2007 – Sue Azim camera womannya)

Gambar hari ni takde bezanya cuma nak cerita dah beberapa kali terserempak.

Wednesday, June 17, 2009

Susah nak tengok aku mc

16 JUN 2009 (Selasa)

Pukul 6 am dah keluar rumah, takut temperature kereta naik lagi, hubby kata hari ni nak repair kereta, pagi ada appointment adik kat Bahagian Pakar Kanak-kanak, PPUM.

Sebenarnya aku memang tak larat pagi ni, akhirnya aku ambil keputusan tak pergi ke PPUM, minta maaflah dik, ibu tak larat sangat ni, aku hantar sekejap anak-anak ke rumah pengasuh dan terus pergi klinik utk mc sebab aku sangat-sangatlah tak larat.

Lepas pergi klinik, aku buat sikit kerja di office sementara nak tunggu hubby smpai dari KLIA. Tengahari aku ambil hubby kat Shah Alam, terus hantar kereta untuk repair, habis dekat RM600, tukar kipas radiator, compressor aircond, tambah gas, air colling dan monting (betul ke ejaan dia ntahler).


Inilah kipas radiator (1 set) dan monting.

Lama juga dekat bengkel tu, entah berapa kali aku khatam baca PA&MA yang aku beli pagi tadi, bosan.


Lewat petang ambil anak dan hantar hubby ke Shah Alam semula, manakala aku dan anak-anak balik rumah. Letihnya tak cukup rehat dalam keadaan tak sihat ni.

kereta breakdown & PPUM

15 JUN 2009 (Isnin)

Hari ni aku gerak dari rumah kul 6.30 am, tapi memang tak sangka jalan jem teruk lepas Alam Budiman nak smpai UiTM Puncak Perdana, bukan risau sebab jem tapi risau condition keretaku.

Aku risau sangat sebab temperature kereta naik habis sampai maximum tapi Alhamdulillah sempat lepas traffic light Puncak Perdana, terus berhenti kat tengah-tengah tu, bagi double signal dan matikan enjin nak bagi enjin cool balik tapi kereta pula tak boleh start, nak pulak handphone ku tak cukup credit dan bateri low. Dugaan sungguh, aku dengan anak-anak duduk saja dalam kereta tak keluar pun sebab aku tau kereta ni memang tak boleh start pun, kena jumper gak baru boleh hidup enjin dia.

Call hubby dia tengah ada keje dan kebetulan berada di Singapura. Dari pukul 6.45 am smpai 8.30 am aku masih di tengah-tengah tiada siapa yang sudi nak membantu, ye aku faham semua mengejar masa nak pergi kerja, dari gelap sampai teranglah aku kat situ, nasib baik anak-anakku tak meragam.

Nasib baik along sepupu a.ipar hubby datang dan jumper bateri kereta. Alhamdulillah boleh start enjin cuma tak berani jamin sejauh mana boleh jalan.

Lega dapat hantar anak-anak ke rumah pengasuh, aku singgah office apply cuti, pagi dah masuk lewat dan petang ada appointment di PPUM utk ammar. Kemudian pergi beli bateri ganti baru.

Petang:
1.30 pm aku ambil ammar bawa ke Bahagian pemulihan Anggota Badan, PPUM dengan Wahida, sampai je parking kereta PPUM temperature kereta naik balik, kipas radiator keretaku tak berfungsi.

Masa kat Bahagian pemulihan Anggota Badan, PPUM, jumpa Lily, glove khas adik tak siap lagi, kena datang 7 Julai 2009 ni untuk ambil glove tu tapi untuk ‘pengikat’ pelapik khas tangan adik dia bagi free.


Ni masa adik tengah leka dengan mainan untuk latihan tangan adik. Salah satu tu nama dia easy grip peg board, yang tinggi tu entah apa nama dia aku tak ingatlah sebab aku pun turut leka layan dan main sama dengan adik.


Lepas selesai urusan di PPUM, ambil kakak terus balik dan nasib baik sepanjang perjalanan balik anak-anak tidur

Malam, sempatlah layan cerita Evolusi KL Drift, adik paling suka sampai layan 2 kali movie tu. Lepas tu paksa diorang tidur sebab pagi esok nak ke PPUM lagi, Bahagian Pakar Kanak-kanak sebab tonsil adik.

Tuesday, June 9, 2009

Genting Highlands

On d way to Genting, jalan menghala ke KL jem teruk sebab tutup satu lorong tebing runtuh.

Teringin nak main outdoor tapi masuk je RM44 satu kepala, kakak irah RM30++. Puas pujuk hubby tapi dapat main indoor je, tu pun puas pujuk sebab kakak dah rambang mata semua mainan dia nak cuba.


Malam di Genting, member dari Singapura, Kak Far, Nurul & Lia anak dia, Botak Pak Itam & Nor.



menari ke dik?



nampak comel kan?


Makan malam at KFC Genting. Thanx to you Kak Far, I enjoy it especially with your childs ,happeninglah diorang.

Dah selamat parking kat rumah baru perasan temperature kereta naik maximum, nasib baik takde apa-apa sepanjang perjalanan tadi, air radiator habis, compressor aircond tal ok tu yang problem.

Tuesday, June 2, 2009

Lagi gambar Family Day at Sunway Lagoon Theme Park

30 MEI 2009 (Sabtu)

Antara gambar-gambar sepanjang berlangsungnya Family Day MQA.

Family Day

30 MEI 2009 (SABTU)

PAGI…
Kami gerak pukul 7 am sebab nak kena ada kat tempat tu sebelum 8.30 am. Pendftaran pukul 7.30 am. 7.45 am baru sampai, daftar masuk, ambil cabutan bertuah, aku dapat iron, barang ambil di pejabat nanti.


Ni gambar masa kat check point, bergambar kenangan.





Sementara orang tengah leka dengan aktiviti pagi tu, aku ambil kesempatan main air, mana boleh tahan tengok je.


Kakak join untuk sukaneka untuk kanak-kanak.

======================================================

Aktiviti pagi:
Sukaneka untuk kanak2 dan dewasa. Budak-budak bila dah jumpa air tak dengar arahan dah. Asyik leka dengan air. Jangan kata anak, mak budak pun sama. Paling happening bila main tarik tali dalam ai. Team UNGU tak puas hati bila nak mula tarik tali ada gangguan. Habis kalah mudah tapi kitorang ulang main 3 kali. Akhirnya dapat masuk peringkat akhir. Masa peringkat akhir, dengan sesungguh hati kami nak menang tapi diberikan kemenangan percuma oleh pihak lawan yang mana akhirnya kitorang jatuh dengan mudah ke dalam air sebab pihak lawan lepaskan tali. Hahaha tapi syok sebab masa ni mood hubby dah ok.



Hubby tengah dok ralit nak tarik tali.


En. Botak (baju color biru) ni macam tak suka kat team UNGU, ada je yang dia tak puas hati, hahaha, yang baju kuning tu pengacara. Kelakar, memang happening diorang ni especially En. Botak ni.


Kesian kat adik sebab dia mengantuk nak tidur, masa ni aku dan hubby dok ralit dengan game tarik tali dalam air jadi lepas sorang, sorang pegang adik yang akhirnya dok kat riba bos bahagian aku, Cik Atiqah, yang sebelah Onje tu, Prof. Zita, bos kat MQA (TKPE(J/K))
===================================================

Selesai je sukaneka sebelah pagi, memasing dah tak sabar nak ke acara seterusnya. Acara BEBAS. Lepas dah makan tengahari (disediakan), simpan barang-barang dalam loker yang disediakan, pastu terus main tapi takdelah semua game aku main sebab bawa anak-anak. Budak-budak ni dok merengek nak mandi. Aku merasalah naik roller coster, kapal n tomawak. Best rasa nak naik lagi tapi tak smpai hati nak biarkan diorang tunggu tengok aku pulak. Anak-naka pun enjoy, kakak Irah tak lepaskan peluang yang ada.

Dalam masa yang sama aku dan atie paksa k.yanz main game luncur air keluar ikut kepala ular tu, kelakar. Mana taknya, awalnya dia mengelat jugak tapi kitorang paksa. Thanx to you k.yanz & atie. Enjoy.



PETANG:
Ingt nak naik jambatan gantung tapi sebab kesian kat anak-anak dan jauh pulak nak patah balik, kitorang turun balik. Lepas ambil barang-barang dalam loker kitorang lepak kat tepi kolam berpasir tapi kitorang pindah lepak balik kat check point pagi tadi. Kat situ lagi happening dan yang penting takde pasir. Budak-budak pun enjoy tapi yang kelakarnya adik boleh nak tidur dalam air.

Akhirnya, aku baringkan dia atas kerusi nak salinkan baju, dia tak bagi, tidur dengan baju basah tu - lena. kakak Irah usah cakaplah, dapat air macam itik, kejap kat depan kejap kat belakang, sampai kami tercari-cari dia kat mana.


LEWAT PETANG:
Pukul 5 lebih diorang nak tutup dah kolam, kitorang pergi salin baju, kakak pulak mengamuk nak mandi lagi. Pukul 6 lebih kitorang keluar pergi makan di Seksyen 13 sebab dah lapar gila. k.Yanzs dan anak-anak, Atiey dan suami, aku & family.

MALAM:
Kat rumah - zzzzz.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...